TERIMA KASIH KERANA ANDA SUDI MENJADI TEMAN KAMI, SILA DAFTAR SEKARANG

Catatan Popular

KOBAT FM


web widgets

Jumaat, 27 Januari 2012

Berita Baik - Himpunan Bloggers dan Face Booker Pahang yang progresif!

Himpunan Penulis-Penulis Blogger dan Face Booker Pahang yang progresif! 
 
Tuan Hj Suhaimi - Pengerusi Biro Masyarakat Felda dan Orang Asal/Ketua Cabang K.Krau/Blogger Lubok Kawah.Blogspot

Saya menawarkan diri menjadi Tuan Rumah kepada Perjumpaan para Bloggers dan FaceBookers yang progresif dari Negeri Pahang di Kuala Krau.

Perjumpaan ini bukan sahaja bertujuan untuk saling kenal berkenalan diantara satu sama lain, tetapi juga untuk menerima amanah bagi mengenengahkan perjuangan rakyat.

Bagaimana para bloggers dan facebookers di Negeri Pahang ini boleh memainkan peranan positif didalam perjuangan rakyat.

Di Negeri Pahang ini terdapat ratusan bloggers dan facebookers yang progresif, yang secara sendiri-sendirian berjuang untuk kepentingan rakyat.

Mereka terdiri daripada bloggers dan facebookers daripada pelbagai kaum, dan mereka akan mengenali antara satu samalain. Mereka akan menjadi lebih yakin dan seronok kerana ramai dari facebookers ini menggunakan nama-nama samaran, dan didalam Himpunan Bloggers dan Facebookers yang progresif dari Negeri Pahang nanti kita akan bariskan mereka dari semua Daerah, Lipis, Cameron Highlands, Raub, Bentong, Jerantut, Paya Besar, Maran, Temerloh, Kuantan, Indera Mahkota, Pekan, Bera, Rompin, Kuala Krau dan dari Daerah-Daerah/Kawasan Parlimen ini akan hadir bloggers dan facebookers dari kampong-kampong dan dari kalangan Orang Asal.

Dari perkampongan Penderas, Sg Mai dan Kg Mendoi akan hadir Sdr Shafei Deris, Sdr Daud Busu, dan Sdr Yusri Ahon yang sentiasa membimbing perjuangan Orang Asal menggunakan facebook masing-masing.

Dari rancangan-rancangan Felda di Gugusan Mempaga, Koyan, Jengka, Bera, Keratong dan Paya Besar akan hadir mereka yang berterusan memperjuangkan hak Peneroka Felda.

Dari pimpinan Pakatan Rakyat dari PKR, PAS dan DAP akan hadir bersama pengalaman masing-masing.

Saya berhajat melantik rakan-rakan dari semua komuniti dari semua Daerah dan dari semua kaum untuk menjadi Penyelaras kepada Himpunan ini agar Perjumpaan ini mendapat success.

Insya Allah, kita boleh juga bersantai dengan makanan tradisi Temerloh iaitu masakan Ikan Patin Masak Tempoyak yang akan dimasak oleh Kak Hendon yang juga seorang facebooker.

Sila hubungi saya di talian 019 9882115 atau melalui emel: Lksuhaimi@gmail.com dan saya juga adalah blogger lubokkawah.blogspot.com dan facebook saya adalah diatas nama Suhaimi Bin Said dan Haji Suhaimi, manakala Twitter saya menggunakan lksuhaimi./
 
-----------------------------------------------------------

Oleh:  WFAUZDIN NS

SAYA amat menyokong penuh cadangan Tuan Hj Suhaimi Said.  Dimaklumkan bahawa perjumpaan tersebut dicadangkan pada 24 Feb ini nanti sempena Program Ceramah YB Azmin Ali di K.Krau. 
 
Sehubungan itu, kepada semua rakan-rakan Bloggers/Facebookers, mohon majukan nama anda dan blog/facebook anda terus kepada Tuan Hj Suhaimi untuk dikordinasikan.  Jangan lepaskan peluang Ikan Patin masak tempoyak!! 

2 ulasan:

  1. Kalau saya tersenarai sebagai blogger yang progresif! ..teringin juga sertai...tapi bimbang nak mohon...

    BalasPadam
  2. Gaya Peneroka memang blogger yang progresif, sangat dialu2kan.

    BalasPadam

Terdapat ralat dalam alat ini