TERIMA KASIH KERANA ANDA SUDI MENJADI TEMAN KAMI, SILA DAFTAR SEKARANG

Catatan Popular

KOBAT FM


web widgets

Jumaat, 27 Januari 2012

ISU KUIN - US AZIZAN PERLU FOKUS DAN LEBIH PEKA

Oleh:  WFAUZDIN NS

MB KEDAH, Us Azizan Razak terbukti seorang MB yang berupaya memerintah negeri Kedah jauh lebih baik dari MB sebelum ini.  Itu fakta yang tiada sesiapa pun boleh pertikaikan, malahan turut diakui oleh Jabatan Audit Negara.

Justeru itu, rakyat mahukan agar Us Azizan terus mengekalkan tahap kecemerlangannya itu sehingga menjelang PRU akan datang tanpa melakukan sebarang kesilapan besar yang boleh menghampakan rakyat.  Beliau bukan Maksum, justeru itu beliau adalah layak untuk menerima pandangan dari sesiapa pun demi untuk membantunya mempertahankan kecemerlangannya.

Di dalam isu KUIN di mana terdapatnya pelajar-pelajar yang dikenakan tindakan atas undang-undang zalim iaitu AUKU, sedikit sebanyak memerlukan kebijaksanaan beliau selaku MB Kedah di mana KUIN adalah di bawah Kerajaan Negeri, manakala AUKU di bawah Kerajaan Pusat.  Ertinya, Kerajaan Pusat lebih berkuasa di dalam isu ini.  Namun demikian, adakah kerana itu maka MB Kedah `terpaksa' bersetuju dengan AUKU?

Saya tertarik dengan tulisan MSO (Mohd Sayuti Omar) di dalam Harakahdaily, yang memberikan contoh seperti berikut, " Contohnya begini, kita tidak suka dengan tol yang dikenakan oleh pihak menguruskan lebuh raya sekarang ini kerana ia membebankan. Malahan kita berjanji untuk menghapuskannya kalau kita memerintah. Tetapi selagi kita belum memerintah, lebuh raya itu tetap terikat dengan perjanjian kerajaan, kita wajib membayarnya. Tidak membayar bermakna kita melakukan kesalahan yang boleh dikenakan tindakan (HarakahDaily).
 
Contoh yang diberikan oleh MSO di atas mengelirukan kita.  Apakah selama ini kita membayar tol di Lebuhraya dengan keadaan `terpaksa', maka lidah kita pun turut berkata bahawa "Kita menyokong kutipan Tol di Lebuhraya?"  Sudah tentu tidak.  Kita tidak akan berkata begitu kerana kita tidak bersetuju dengan tol ini, namun tangan kita `terpaksa' juga membayar tol tersebut.  Berbeza dengan isu di KUIN.  Sekiranya MB Kedah memang betul-betul tidak bersetuju dengan AUKU, walaupun KUIN `terpaksa' mematuhi AUKU yang ditetapkan oleh Kerajaan Pusat ini, perlukah MB Kedah berkata beliau menyokong tindakan ke atas pelajar-pelajar berkenaan?

Ini persoalannya.  Mengapa perlu menyokong tindakan ke atas pelajar-pelajar berkenaan walaupun dengan berbagai alasan sedangkan diketahui mereka itu diambil tindakan di bawah AUKU?  Kita sedar bahawa terdapat tangan-tangan ghaib di belakang pelajar-pelajar berkenaan untuk menimbulkan masalah atau isu, tetapi kita harus fokus kepada dasar kita bahawa AUKU TIDAK BOLEH disokong atas apa jua tujuannya.  
 
Justeru itu, apakah tindakan yang boleh Us Azizan lakukan?  Beliau wajar menyatakan bahawa Kerajaan Negeri Kedah MEMBANTAH AUKU yang dikenakan terhadap para pelajar berkenaan.  Sukar sangatkah untuk berkata sedemikian?  Selepas itu, kita tunggu apa jua keputusan pihak KUIN dan yang pasti Kerajaan Negeri Kedah terutamanya MB Kedah tidak tercemar dengan isu ini.  Amat malang sekali, isu semudah ini akan mencemarkan nama baik Kerajaan Negeri khususnya dan PR, amnya./wfauzdin.blogspot.com

1 ulasan:

  1. Tu sungguh lawak. MB Zizan ternyata terlebih lawak (overacting) daripada Zizan si pelawak tu dalam kes di KUIN.

    BalasPadam

Terdapat ralat dalam alat ini