TERIMA KASIH KERANA ANDA SUDI MENJADI TEMAN KAMI, SILA DAFTAR SEKARANG

Catatan Popular

KOBAT FM


web widgets

ADAKAH WAJAR DITERUSKAN RUNDINGAN DENGAN PAS ?

Jumaat, 13 Januari 2012

CERAMAH CHEGU BARD PADA 24 JAN - JELEBU AKAN KUBURKAN UMNO BERSAMA RAIS YATIM

Oleh:  WFAUZDIN NS

SETELAH puas aku berusaha, akhirnya aku berpakat dengan pimpinan PAS Jelebu terutamanya bekas `classmate' aku dulu iaitu Sdr Noranif Selamat (Timb YDP PAS Jelebu) dan juga rakan perjuangan Sdr Saiful (Spg Durian) untuk mengadakan program ceramah di kampong aku sendiri iaitu di Kampong Simpang Durian, Jelebu, NS.

Beberapa kali mengadakan rundingan dengan Chegu Bard, akhirnya tarikh yang telah dipersetujui untuk beliau tampil menyerang Jelebu terutamanya tempat pekat biru orang-orang Umno di Spg Durian adalah pada 24hb Januari ini nanti.  Masalah besar di kampong karat biru Umno ini adalah masalah lokasi ceramah.  Alhamdulillah, dengan keberanian salah seorang rakan beliau sanggup menjadikan perkarangan rumahnya untuk lokasi ceramah malam itu.

Apa isu di Jelebu?  Terlalu banyak.  Isu maksiat juga tidak kurangnya di Jelebu.  Pekan Spg Durian kini sudah ada `mini kasino'.  Pengangkutan? Usah cerita.  Telah bertahun Jelebu tidak mempunyai bas awam kecuali di Kuala Klawang ke Seremban sahaja, itu pun mungkin kerana K.Klawang adalah kawasan MP Jelebu, Rais Yatim.  Di kampong aku?  Mahu cari tayar bas pun tak nampak.  Aku khuatir generasi akan datang tidak lagi kenal rupa bas.

MP Parlimen aku Menteri telekomunikasi.  Hebat, bukan?  Tapi cuba anda berkunjung ke beberapa kawasan di Jelebu, anda akan tahu hebat atau tidak telekomunikasi di sana.  Jika anda ke kampong aku, lebih baik tidak payah bawa broadband.  Menyakitkan hati saja.  Rangkaian 3G pun tak ada di sana.  Hebat, bukan?  Tapi, Menteri aku ke hulu ke hilir bercakap pasal Wifi percuma.  Di Spg Durian, ada Wifi percuma tetapi di sekitar atau keliling dewan saja.  Dengar cakapnya `Kampong Wifi'.  Satu dewan satu kampong, kot.  Mahu Wifi percuma, pergi je kat sebuah kedai makan di sana.

Sebab itu, rakyat di Jelebu harus cerdik.  Umno mesti disingkirkan di Jelebu kerana selagi ada Umno, rakyat Jelebu tidak mampu berfikir melebihi dari apa yang Utusan Meloya dan TV 3 suku siarkan.  Ayuh..../wfauzdin.blogspot.com


2 ulasan:

  1. mcm mat jenin je yg tulis artikel ni...

    BalasPadam
  2. kalau mat jenin yg tulis..takkan lah ada dua rais yatim?dia sorang je jenin he he he

    BalasPadam

Terdapat ralat dalam alat ini