RADIO KOBAT FM

TERIMA KASIH KERANA ANDA SUDI MENJADI TEMAN KAMI, SILA DAFTAR SEKARANG

Rabu, 11 Januari 2012

HASSAN ALI - MASUK PAS KERANA ISU ANWAR, DIPECAT PUN KERANA ANWAR JUGA?

Oleh:  WFAUZDIN NS

TIDAK perlu rasanya Dr Hassan Ali cuba mencari alasan mengapa beliau dipecat dari PAS.  Apa pun alasan beliau, PAS kini telah melabelkan beliau setaraf dengan Zul Kulim dan Berahim alkataki, tidak kurang atau lebih dari itu.  Maka, alasan Dr Hassan Ali seperti yang beliau sebut di Malaysiakini bahawa beliau dipecat kerana DS Anwar merupakan satu alasan paling bodoh, bengap dan gelabah dari seorang Pakar Motivasi.

Semua tahu Dr Hassan Ali sertai PAS sewaktu PAS mulai merasa `kesenangan' bukan di kala PAS susah.  Isu pemecatan dan kezaliman DS Anwar, tidak seorang pun boleh menafikan membantu menaikkan sokongan terhadap PAS dan di kala itu lah Dr Hassan Ali memasuki PAS.  Di kala PAS berada di dalam keadaan `sukar' sebelum itu, Dr Hassan Ali senang lenang di bawah BTN.  Ertinya, faktor DS Anwar Ibrahim jugalah menjadi salah satu sebab Dr Hassan Ali beralih kepada PAS.  Jika beliau tidak mahu mengaku, terpulang kepadanya tetapi kita tahu Dr Hassan Ali sertai PAS ketika PAS mula mendapat sokongan ramai atas isu DS Anwar ketika itu.

Jika Dr Hassan Ali berada di dalam PAS adalah disebabkan oleh isu DS Anwar, maka kali ini beliau terpelanting dari PAS juga adalah kerana orang yang sama?  Dr Hassan Ali jangan fikir orang lain yang bukan pakar motivasi sebodoh itu untuk menerima alasan beliau dipecat.  Terdapat dua persoalan yang saya mahu ulas di dalam isu Dr Hassan Ali ini.

Pertama, beliau berkata beliau dipecat kerana DS Anwar.  Bilakah masanya pernah sepatah atau sebaris ayat yang DS Anwar memberikan bayangan agar Dr Hassan Ali disingkirkan dari PAS?  Tiada sebab DS Anwar mahu Dr Hassan Ali dipecat sedangkan perlantikan jawatan Exco Agama yang diberikan kepada beliau oleh MB Selangor dari PKR itu tidak pernah dibantah oleh DS Anwar.  Jika DS Anwar anti sangat kepada beliau, mudah sahaja, DS Anwar boleh arahkan Tan Sri Khalid selaku MB Selangor melantik tokoh PAS yang lain untuk jawatan Exco Agama tersebut. 

Kedua, Dr Hassan Ali menyebut bahawa mengapa YB Azmin mencampuri urusan dalaman PAS dengan mencadangkan agar beliau dipecat dari PAS.  Dr Hassan Ali lupa bahawa beliau juga telah menyentuh dan memburukkan imej DS Anwar Ibrahim yang pada waktu itu sedang berdepan dengan mahkamah.  Dr Hassan Ali terang-terangan meminta mahasiswa dan orang ramai agar tidak menghadiri perhimpunan di mahkamah pada 09 Jan yang lalu untuk memberikan sokongan kepada DS Anwar.  Beliau turut menyatakan bahawa kes DS Anwar adalah kes atau masalah peribadi dan tiada kena mengena dengan rakyat.

Bukankah kenyataan beliau itu menghina secara peribadi DS Anwar dan para penyokongnya?  Lupakah beliau bahawa DS Anwar itu adalah Ketua Umum PKR.  Apa hak beliau untuk menghina Ketua Umum PKR?  Jika beliau tidak mahu hadir bersama anak bininya ke mahkamah pada 09 Jan yang lalu, mengapa busuk sangat hati perut beliau untuk menghasut orang lain agar tidak menyokong DS Anwar?  Maka, dengan penghinaan sedemikian rupa Dr Hassan Ali terhadap Ketua Umum PKR maka beliau mengharapkan ahli-ahli dan penyokong PKR boleh berdiam diri?

Justeru itu, amat tepat dan wajib bagi YB Azmin selaku Timbalan Presiden PKR bangun membantah dengan keras keegoan Dr Hassan Ali itu.  Jika beliau boleh hina pemimpin PKR, mengapa beliau pertikaikan YB Azmin mencampuri urusan dalaman PAS?  Pemimpin PAS tidak sebodoh Dr Hassan Ali yang, maka atas dasar Dr Hassan Ali melakukan perbuatan yang merugikan atau memalukan PAS maka beliau seharusnya dipecat.  Jika kelakuan seperti ini dibiarkan di dalam PAS, suatu hari nanti akan ada ahli-ahli atau pemimpin lain dari PKR atau DAP yang menghina pemimpin PAS pula.  Sehubungan itu, tindakan PAS ke atas Dr Hassan Ali amat tepat dan bijak.

Oleh yang demikian, Dr Hassan Ali jangan cuba untuk melindungi sifat ego, sombong dan bebal yang ada pada dirinya dengan menyalahkan orang lain.  Beliau memang tidak selayaknya berada di dalam PAS kerana beliau bukan pejuang Islam yang tulen.  Pejuang Islam yang tulen tidak mempunyai hati yang busuk dan bersifat hasad dengki.  Jika beliau sekarang ini kesempitan wang samada tidak mencukupi untuk menangung hutang atau mahu hidup mewah, tempat beliau sebenarnya adalah di dalam Umno.  Itu pun jika beliau sanggup menjadi `lembu di dalam kondo'./wfauzdin.blogspot.com

11 ulasan:

  1. mungkin sebagai pakar... pakar... pakar motivasi dia berasa pendapat dia sahaja yang benar. memang mengajar orang berbuat baik adalah kerja pakar motivasi, tetapi kebanyakan pakar.. pakar.. pakar motivasi gagal mengamalkan apa yang diajar atau disampaikan. bukan mudah untuk menjadi manusia yang tidak memandang kebendaan, pangkat dan sanjungan.

    BalasPadam
  2. Hassan Ali ini adalah kembar tak seiras dengan Ibrahim Ali. Tetapi yang betul-betul sama adalah sifat munafik atau hipokritnya itu.

    BalasPadam
  3. Hujah seorang pakar motivasi yang sudah basi.Beliau hanya boleh bagi nasihat motivasi tetapi tak boleh terima nasihat orang lain.

    BalasPadam
  4. boleh di kata kan semua pakr pakar motiBASI semua hidup mewah dan cakap tak serupa bikin ,, menjual ISLam untuk mencari kekayaan,, tak kira halal mau pun haram ,, janji KAYA RAYA jual Agama,,,,,, Puck lahhhhhh....

    BalasPadam
  5. Dulu dia mengajar kami menghormati jamaah atau kumpulan dalam motivasinya. Beliau pernah berkata pendapat dua orang lebih baik dpd pendapat seorang. Pendapat 10 orang lebih baik dpd pendapat 2 orang dan seterusnya.

    Tapi, nampaknya beliau tidak menghayati apa yang beliau katakan pada kami. Beliau lebih pentingkan pendapat seorang beliau sahaja. Beliau mengenepikan pendapat jamaah.

    Mungkin beliau ada PHD dan pengalaman lebih 30 tahun dalam motivasi orang maka sebab itulah beliau angkuh dan ego. Beliau rasa beliau seorang sahaja yang pandai dan bijak di dunia ni.

    NOTE: Cakap tak Serupa Bikin.

    BalasPadam
  6. dah la tu hasan ali,kau jangan x sangat dengan pingat hasad dengki(phd)kau tu..ramai lagi orang lain macam kau tapi tak munafik macam kau la..lol!

    BalasPadam
  7. peribahasa baru..masuk kandang kambing mengembek..masuk kandang lembu berkokok?? mana ada jalannya..kalau itek berbulu ayam tu, boleh la di maafkan kalau kita tersilap pandang..rupa hampir sama , berkaki dua dan berbulu pelepah..tapi kalau dah musang pun kita tersilap pandang nampak macam ayam..memang cari nahas..

    BalasPadam
  8. Pakar motivasi? hmm.. Hassan Ali sepatutnya memotivasikan diri sendiri dulu.

    BalasPadam
  9. Pakar motivasi ni biasanya bercakap melalui pengalamannya sendiri, pengalaman orang lain, dari pembacaan dan rujukan2 dari sesuatu sumber tertentu. Semuanya ditokok tambah untuk melengkapkan penyampaian yang indah yang sedap didengar. Kadang2 dia sendiri terlupa apa yang dikata kerana terlalu banyak berkata2, sehinggakan kata2 itu memakan dirinya sendiri. Pandai berkata2 tapi tak pandai mempraktikan apa yang dikatakan @diucapkan

    BalasPadam
  10. tu tandanya AnUwar tu menipu....org yg menipu ni lambat laun pecah jugak tembelangnya...korang bila nk sedar2 lagi....tak bosan ke kena tipu lama2 dgn peliwat tu...

    BalasPadam
  11. salam sahabat-2 sekalian. Janganlah kerana 1 kesilpan yang dilakukan beliau memadam 10 kebaikan yang pernah dilakukan oleh beliau. Dalam waktu-2 begini tidak elok rasanya kita mengaibkan beliau, biarlah perkara ini diselesaikan oleh majlis tertinggi. Jangan menambah tekanan yang sedia ada. Jagalah adab dan santun kita sebagai ahli jemaah. Beliau sedang diuji oleh allah. Bimbang jika kita pula diuji dengan perkara yang sama, kita pun gagal melepasi ujian tersebut. Mudah-mudahan kita semua diberi hidayah dan petunjuk oleh allah.

    BalasPadam