RADIO KOBAT FM

TERIMA KASIH KERANA ANDA SUDI MENJADI TEMAN KAMI, SILA DAFTAR SEKARANG

Isnin, 6 Februari 2012

MENENTANG AUKU ATAU MAHU US AZIZAN BERUNDUR?

Oleh:  WFAUZDIN NS

BERMULA dari isu pelajar di KUIN, Kedah yang dikenakan tindakan yang awalnya ramai menyangka di bawah Akta AUKU, maka mereka yang tidak senang dengan MB Kedah, Us Azizan mula menggunakan isu tersebut agar beliau tertekan seterusnya meletakkan jawatan sebagai MB Kedah.  Usaha golongan ini juga untuk mempengaruhi PAS agar mengambil tindakan tegas ke atas MB Kedah berkenaan.

Isu pelajar-pelajar KUIN yang terlibat sebenarnya telah dijelaskan oleh Us Azizan, iaitu tiada AUKU yang dikenakan.  Isu samada Akta lain digunakan dilihat sama seperti AUKU itu soal lain kerana setakat ini prinsip PR hanyalah menyebut AUKU sahaja yang ditentang.  Ertinya, Us Azizan tidak melakukan kesalahan melanggar prinsip PR.  Jika PR melihat bahawa Akta yang digunakan sekarang ke atas para pelajar berkenaan juga zalim atau tidak adil dan lebih kurang sama dengan AUKU, maka ketetapan lain perlu dibuat dan Us Azizan pasti berbuat sesuatu mengikut ketetapan tersebut.

MB Kedah - Us Azizan mesti dikekalkan
Memang benar, sebelum ini saya banyak mengkritik tindakan Us Azizan di dalam isu ini.  Ini adalah kerana penjelasan secara terang dan nyata tidak dibuat dengan pantas sebelum media menggunakan isu tersebut.  Isu ini bertambah hangat apabila Us Azizan mendakwa Buku Jingga yang menggariskan penentangan PR terhadap AUKU, beliau menyebut Buku Jingga bukan Al-Quran.  Jawapan yang tepat dan benar, tetapi tidak bijak untuk memperjelaskan keadaan.  Alhamdulillah, akhirnya Us Azizan boleh bercakap secara jelas dan tepat bahawa tiada AUKU digunapakai terhadap para pelajar berkenaan.

Sepatutnya isu ini terhenti setakat itu, dan saya pun akur dengan penjelasan tersebut.  Tetapi, sehingga kini isu berkenaan masih berbangkit.  Ini membuktikan golongan ini bukan menentang AUKU yang sebenarnya, tetapi menentang MB Kedah secara peribadi.  Mereka mahu Us Azizan tidak menjadi MB Kedah.  Saya tidak bersetuju Us Azizan diganti kerana beliau telah menunjukkan pentadbiran yang baik, jauh lebih efisyen dari MB Umno dahulu.  Kita akur, Us Azizan manusia biasa yang tetap punyai kelemahan terutamanya dari segi kebolehannya berhadapan dengan media.  Kelemahan sedikit itu boleh kita terima.  Apa yang tidak boleh kita terima adalah kelalaian sehingga menyebabkan kerugian besar, penyelewengan dan sebagainya yang mana menjejaskan hak-hak rayat.

Apakah Us Azizan telah melakukan penyelewengan atau rasuah?  Jawapannya tidak.  Apakah Kedah bertambah teruk dari segi pengurusan berbanding sewaktu Umno perintah?  Jawapannya jugak tidak.  Lihat sahaja bukti dari Laporan Ketua Audit Negara yang menunjukkan Kedah di bawah Us Azizan telah menguruskan negeri jauh lebih baik dari zaman Umno dahulu.  Ini bererti, Us Azizan adalah seorang MB Kedah yang baik, berjaya dan wajar terus dikekalkan.

Apa yang perlu diperbaiki oleh Us Azizan adalah pendekatannya di dalam menghadapi isu-isu sensitif.  Beliau perlu lebih bijak dan berhemah serta menunjukkan kepekaannya terhadap sesuatu isu.  Di dalam isu KUIN sekarang, sekiranya ada ruang yang mana beliau ada kuasa untuk berbuat sesuatu, beliau haruslah melakukannya dengan berani dan bijak.  Rakyat sekarang boleh memahami setakat mana kuasa yang dimiliki oleh Kerajaan Negeri.

Kita tiada jalan lain untuk tidak berserabut memikirkan isu-isu seperti ini melainkan dengan mengambil alih Putrajaya.  Sebab itu, jatuh kewajipan kepada kita berada di Putarajaya kerana hanya di situlah berbagai kekusutan yang ada boleh kita leraikan.  Ayuh, satukan tekad dan berjuanglah kita bersama ke Putrajaya. ABU !!/wfauzdin.blogspot.com

2 ulasan:

  1. Awang Mad Husin BKHitam7 Februari 2012 pada 12:26 PTG

    Alhamdulillah!!! anda dah faham duduk perkara sebenar, kepada para blogger yg mengistihar diri sebagai blogger pakatan hendaklah memberi fokus kepada musuh kita yg nyata, bukan pemimpin pakatan...panjang2kan lah kepada kawan2 blogger semua...ayuh PRU dah dekat... kata nya minggu depan perlimen akan bubar...

    BalasPadam
  2. Kepada Bloger Wartamaya dan Tukar Tube harap ambil perhatian.atau dgn maksud ambil note apa yg.di katakan dlm artikel nie.

    Wartamaya mengaku bersama TGNA tapi mengutuk Ustaz Azizan yg.sudah sekian lama berjuang dlm PAS.,

    Sementara TT (Hishamudin Rais) yg.tak tahu hujung pangkal, perjuangan nya juga mengutuk Ustaz Azizsan walhal dia sendiri pun bukan lah hebat sangat, hanya di sebabkan tidak mendapat tempat dlm AMNO.,maka tidak ada pilihan melainkan masuk ke pihak Pembangkang.

    Tanya dia(HR) masa di UM apa yang dia buat?

    Lebih kurang dgn Braghim Ali aje(ITM)

    X caya.,tanya nama nama besar d UM sezamannya.,Mohd.Nor Sulaiman.,Ahmad GT.,malah Fuad Hassan,Ramlee Capek.,banyak lagi lh klu nak cakap.....

    Cukup cukup lah klu nak menghina Ustaz Azizan...(maaf DS.Azizan) Ulama yg.patut di hargai Ilmu nya.

    Jgn maree.

    BalasPadam