RADIO KOBAT FM

TERIMA KASIH KERANA ANDA SUDI MENJADI TEMAN KAMI, SILA DAFTAR SEKARANG

Khamis, 9 Februari 2012

HASSAN ALI TIADA `JATI DIRI' KERANA MASIH KEKAL DI KERUSI PARTI YANG BELIAU HINA

Oleh:  WFAUZDIN NS

KALAU aku jadi Hassan Ali, bila aku sudah tuduh PAS itu dikuasai oleh `Parasit', PAS hanya ada 30% Ulamak sahaja dan PAS itu lari dari dasar Islam, aku akan buat dua perkara saja.

Pertama, aku tidak akan merayu untuk terus kekal di dalam PAS.  Kedua, aku akan letak jawatan atau kosongkan kerusi Adun sekarang yang aku baru sedar bahawa itu adalah kerusi PAS yang `berparasit' atau kerusi yang bukan dipilih oleh majoriti Ulamak dan juga aku malu mahu kekal di kerusi PAS kerana PAS sudah tidak Islamik.

Tindakan pertama, aku ucap syabas pada Hassan Ali kerana tidak mahu merayu.  Di situ ada kebijaksanaan beliau kerana jika merayu pun belum tentu diterima, dan tidak merayu kompom tidak diterima.  Cumanya, Hassan Ali masih `malu-malu kucing' untuk lakukan tindakan kedua iaitu mengosongkan kerusi Adun beliau sekarang.  Persoalannya, mengapa?

Sudah pasti jawapannya sama seperti jawapan Berahim alkataki dari Pasir Mas yang masih menebalkan mukanya menenggek di kerusi Parlimen Pasir Mas yang dipinjamkan oleh PAS itu.  Alasan Berahim, beliau telah diundi oleh rakyat sebagai Wakil Parlimen di situ.  Itulah juga jawapan Zul Kulim di Parlimen Kulim Bandar Baru.  Apabila Hassan Ali yang kini mahu tubuhkan JATI, maka sewajarnya beliau mesti mempunyai `jati diri'.  Hassan tiada jati diri ini iaitu tangungjawab dan kesedaran bahawa kerusi yang beliau duduki sekarang adalah kerusi yang tidak direstui atau diredhai oleh rakyat yang mengundinya dahulu.

Tidakkah terasa was-was di hati Hassan Ali tentang halal haramnya gaji dan elaunnya sebagai Adun setelah beliau dengan sengaja membiarkan dirinya dipecat?  Seronokkah hati Hassan Ali memakan gaji dan elaun sebagai Wakil Rakyat yang mana rakyat tidak meredhainya sebagai wakil mereka?  Bayangkan, menjadi Imam Solat yang Makmum tidak meredhainya.  Seronokkah?

Hanya mereka yang pentingkan diri dan perut sahaja di samping tiada lagi perasaan malu akan terus kekal di kerusi yang sepatutnya bukan lagi menjadi haknya.  Jadi, tidak perlulah Hassan Ali ke hulu ke hilir bercerita tentang keburukan orang lain sedangkan beliau sendiri menumpang atas kerusi parti yang diburukkannya itu.  Di mana JATI diri Hassan anak Ali ini? 

Di bawah ini, saya perturunkan semula nasihat dan gesaan dari Us Tuan Ibrahim Tuan Man yang mahu Hassan Ali bermuhasabah diri agar tidak terpedaya dengan ketamakan di dunia ini.  Kosongkan kerusi anda dan insaflah bahawa sampai bila mahu menenggek atas kerusi parti yang kamu hina sepanjang hari itu./wfauzdin.blogspot.com


---------------------------------------------------------

Datuk Dr Hasan Mohamed Ali perlu meletakkan jawatan sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Gombak Setia sekiranya enggan membuat rayuan kerana kerusi dimenanginya itu atas tiket Pas.

Ketua Penerangan Pas, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, Pas akan terus mendesak Hasan supaya melepaskan jawatannya serta-merta sekiranya beliau sudah membuat keputusan muktamad tidak mahu merayu dan berhajat untuk ‘angkat kaki’ daripada menjadi ahli parti itu.

Menurutnya, adalah lebih baik bagi bekas Pesuruhjaya Pas Selangor itu berdiam diri dan tutup mulut daripada memburukkan orang lain serta melabelkan pemimpin tertentu sebagai parasit.

“Sekiranya beliau tidak suka pada seseorang, itu haknya. Ini semua tiada kaitan dengan Pas lagi, tetapi saya ingatkan supaya tidak meletakkan semua kesalahan kepada orang lain sedangkan ia adalah kesalahan yang dilakukan dirinya sendiri.

“Hasan tidak boleh cakap orang lain parasit kerana orang berkenaan ada hati dan perasaan. Sebab itu menasihatinya supaya tidak buka mulut,” katanya, semalam.

6 ulasan:

  1. AKU NAK SAMPAIKAN KPD WAK ASSAN ALI NI APA YG ATOK AKU KATA......

    'BILA SATU JARI MENUDING KE ARAH ORANG LAIN, MAKA TIGA JARI LAGI AKAN MENUDING KE ARAH SI PENUDING JARI'...
    'BILA MEMUJI ORANG, IBU JARI KITA AKAN MENEGAK KE ATAS, MAKA EMPAT JARI LAGI AKAN MENGHALA KE ARAH SI PEMUJI'...

    WAK ASAN ALI NI PILIH YG MANA YERRR???....

    BalasPadam
  2. Woiit beras jati jenis baru ni sodap x...

    BalasPadam
  3. Mana akidah HA, memburukkan parti tapi masih engan meletak jawatan DUN

    BalasPadam
  4. Salam kenal.. x lama HA kne ludah jgak.. ha3..

    BalasPadam
  5. dulu hebat benteras maksiat di selangor, sertai perhimpunan anti murtad....

    sekarang buat kerja fasik burukkan parti islam dan pemimpin islam; anwar. dh lupa nk benteras murtad dan lupa nk nahi mungkar.

    hassan sudah terbalik.

    begitulah kalau iman letak kat kepala lutut, ilmu hanya di mulut tetapi rupanya NAFSU SERAKAH BERTAKHTA DI KEPALA DAN HATI.

    takkan la setakat seorg dua pemimpin PAS tersasar dlm tindakan dikatakan PAS sudah tukar hala tuju?

    tugas kau la sebagai pemimpin membetulkan sesama jemaah pemimpin dalam PAS supaya betulkan hala tuju...bukan jadi pengkhianat dan hentam parti sendiri dari luar.

    kesalahan hassan masuk media umno utk hentam parti sendiri tidak boleh dimaafkan.

    30% ulamak dlm PAS adalah ramai kalau nak banding hanya 40 org ulamak dlm umno.

    BalasPadam
  6. anak ali ni da x tau nk caro jati diri kut...makan la bebanyak beras jati...nak jadi pemimpin konon..mu dok layak jadi pemimpin kami..molek ngat mu kuar pas..kalau x mu jadi nila yg rosakkan susu sebelanga

    BalasPadam