Oleh: WFAUZDIN NS
JIKA seseorang tetamu yang kita kenali datang ke rumah kita samada tetamu itu berugama Islam atau tidak, Islam mengajar agar kita menghormati tetamu yang datang dengan niat baik. Apatah lagi tetamu itu seorang Islam, teman rapat yang kita kenali maka sudah tentu jatuh kewajipan untuk kita melayan tetamu berkenaan.
Adab melayan tetamu ini dititikberatkan dalam Islam, sehinggakan sekiranya kita baru bercadang untuk melaksanakan Solat Sunat, tetamu tiba di pintu rumah, maka wajib bagi kita menangguhkan Solat Sunat itu bagi meraikan tetamu yang datang. Tetamu tersebut hendaklah kita jamu makanan yang paling baik yang terdapat di rumah kita. Itulah indahnya Islam.
Setinggi dan sekuat mana pun akidah kita, sehebat mana pun perjuangan kita mempertahankan akidah masyarakat Islam tetapi jika kita bersifat burukdan tidak menghormati tetamu hatta seorang kanak-kanak biasa, lebih-lebih lagi seorang yang berumur dari kita, apalah ertinya perjuangan kita?
Sifat seseorang boleh dibaca dengan tingkah lakunya walaupun saban hari ke hulu ke hilir kononnya memperjuangkan akidah. Sudah tentu ada yang tidak kena dengan jiwanya. Malang sungguh orang yang bersikap sedemikian....Artikel di bawah dipetik dari MalaysiaInsider.
PETALING JAYA: Pesuruhjaya PAS Johor, Datuk Dr Mahfodz Mohamed mungkin paling kecewa dengan keputusan Datuk Dr Hasan Ali tidak mahu merayu menyertai semula PAS.
Naib ketua dewan ulamak PAS mengakui beliau sangat rapat dengan Dr Hasan yang dipecat dari parti awal Januari lalu.
Bekas pesuruhjaya PAS Selangor itu dipecat kerana mempunyai pendirian berbeza dengan parti dan juga Pakatan Rakyat.
Dr Hasan yang menubuhkan NGO JATI kerap menyerang PAS dalam siri program di seluruh negara.
“Saya kenal rapat dengan Dr Hasan dan selalu bertemu di masjid Mujahiddin Damansara Utama.
“Malah saya orang pertama yang diarahkan parti bertemu bekas exco agama kerajaan negeri Selangor untuk mendapatkan penjelasan mengapa menyerang PAS.
“Saya dan isteri pergi ke rumah Dr Hasan di Pinggiran Taman Tun Dr Ismail di Kuala Lumpur tetapi beliau tidak membuka pintu untuk kami masuk.
“Jadi kami tidak dapat bertemu Dr Hasan,” kata Dr Mahfodz.
Salah satu penyakit penganut PAS adalah BURUK SANGKA juga FITNAH.
BalasPadamSedih sungguh dgn sikap orang yang dikatakan saorang juara oleh beberapa stesen tv diakhir akhir ini.
Padamtungkaran hati..
BalasPadampenyakit orang umno lg teruk
UMNOK kan berfahaman sekular, halal haram sama je, Nauzubillah.
BalasPadam