BERLANJUTAN daripada isu penggunaan dana KWSP bagi membiayai Skim Perumahan Kos Rendah yang didakwa oleh MP PR iaitu YB Nurul Izzah, Dr Zulkefly dan Tony Phua, Menteri Pembangunan Wilayah dan Pembangunan Bandar, Raja Nong Chik mencabar MP PR untuk berdebat secara terbuka.
Seperti yang dilaporkan, anggota parlimen pembangkang hari ini bangun menyahut cabaran debat berkenaan. Persoalannya, adakah kali ini pemimpin Umno akan kelentong rakyat lagi? Sebelum ini, Ketua Pemuda Umno, KJ telah mencabar Sdr Rafizi, Pengarah Strategik PKR untuk berdebat secara terbuka di dalam isu NFC atau sinonim disebut `lembu kondo". Dengan pantas cabaran dari KJ disahut oleh Rafizi disusuli dengan surat berkenaan tarikh yang dicadangkan untuk perdebatan tersebut.
Apa yang berlaku? Sehingga kini KJ terus membisu dan cabaran debat berlalu begitu sahaja. Beliau hanya sudi berdebat dengan Rafizi di luar negara baru-baru ini, itu pun tiada hubungkait langsung dengan isu NFC seperti yang dicadangkan. Ertinya, KJ menyedari isu NFC amat sukar untuk dipertahankan.
Apa yang pelik, Umno memang suka mencabar pihak lain untuk berdebat kononnya untuk menunjukkan keberanian atau kebenaran, namun apabila cabarannya disahut, Umno menjadi seperti kura-kura yang menyorokkan kepala ke dalam kerangnya. Itulah ilmu yang diperturunkan oleh Najib selaku bos mereka. Najib pernah berkata, beliau tidak gentar berdebat dengan Anwar, cuma beliau bimbang Anwar akan demam jika berdebat dengan beliau. Sehingga kini, sudah lebih dari tiga kali Anwar menyahut cabaran Najib sekalipun Anwar terpaksa `demam; kerana `kehebatan' anak Tun Razak itu, namun Najib menyorok di belakang Rosmah.
Pujian harus diberi kepada Shabery Chik. Setelah Anwar mencabar Najib untuk berdebat di dalam isu minyak, Menteri yang juga bekas orang kuat Anwar ini tampil untuk melindungi maruah Najib di pentas debat. Walaupun `berbuih' mulut beliau sewaktu debat berlangsung ditambah pula dengan `kejahilan' seorang Profesor `kangkung' yang tidak tahu apa-apa tentang minyak, kita boleh respek Shabery Chik di dalam hal ini. Beliau ada sedikit keberanian, tetapi orang yang berani jika berada di tempat yang salah tiada berguna satu sen pun.
Kali ini, Raja Nong Chik pula mahu melindungi maruah Najib yang semakin lama semakin di`telanjangkan'. Anwar tidak perlu tampil kali ini, tetapi anak beliau atau salah seorang dari rakan-rakan di dalam PR akan tampil untuk berdebat dengan Raja Nong Chik. Adakah kali ini Raja Nong Chik akan mengimplimentasikan cara-cara Najib atau KJ? Cabar kemudian lari? Kita tunggu selanjutnya walaupun kita percaya mengharapkan Umno berdebat sama seperti mengharapkan `kambing mandi pagi'./wfauzdin.blogspot.com
Berani ke R Nong Chik debat dgn Izzah tu.....kot.. kot cakap je lebih.Jangan jdi pondan udah le...takut nanti 2 biji batu dlm seluar hilang kat sungai kelang. .
BalasPadamRoti Nong Chik satuuuu...( Roti tanpa teloq )
BalasPadamInilah 'standard' pemimpinx UMNO yang dibentuk
BalasPadamoleh Mamak Kutty dan diwarisi oleh Mat Monggol.
Dulu letak calon tahap LEMBU confirm menang dan
inilah hasilnya.
Raja nong,apa ilmu yg dipakai utk berdebat....ilmu kedal....kah,kah,kah
BalasPadamjgn kecut sahut cabaran,nanti rakyat kata ahli2 umnog byk hilang teloq....