GEMPAR!! Ugutan Oleh Ketua Pemuda Umno Bahagian 
Untuk Halang Ceramah ABU Esok(9Mac) di Wangsa Maju
Untuk Halang Ceramah ABU Esok(9Mac) di Wangsa Maju
Seorang
 ketua pemuda Umno bahagian merangkap Timbalan Pengerusi Unit Media Baru
 (UMB) telah membuat satu ugutan terbuka terhadap Chegubard. Ia 
berikutan ceramah A.B.U yang akan disampaikan oleh Chegubard pada 9 Mac 
ini di sebuah lokasi pertindihan tiga parlimen iaitu kawasan Sri Rampai.
 Parlimen yang terlibat ialah Setiawangsa, Titiwangsa dan Wangsa Maju.
Ugutan Razlan berbunyi "Jangan salahkan Umno kalau tak balik Rembau",
 berbunyi seolah satu ugutan pukul/culik/bunuh sekiranya Chegubard 
meneruskan ceramah pada 9 Mac nanti. Ugutan ini juga merupakan satu 
usaha untuk menghalang Chegubard menyampaikan ceramah yang mendedahkan 
hubungan dagang Malaysia-Israel termasuklah pendedahan perniagaan minyak
 sawit secara terus ke Israel.
Umno 
cuba mengepung maklumat dan kebenaran daripada sampai terus kepada 
rakyat. Pendekatan samseng berbentuk ugutan digunakan dan ia bukan 
dihambur oleh ahli biasa tetapi seorang ketua pemuda Umno yang juga 
memegang jawatan utama sebuah badan yang direstu oleh Umno sendiri iaitu
 Unit Media Baru. Jelas menunjukkan Umno panik dan terpaksa menggunakan 
pelbagai kekerasan dengan matlamat pihak polis menghentikan majlis 
penerangan yang berlangsung.
Walaupun
 diugut sedemikian rupa, saya yakin Chegubard dan penceramah lain akan 
tetap hadir di tapak ceramah yang bertempat di rumah yang berdepan 
dengan sebuah padang. Sila rujuk poster di bawah untuk mengetahui lokasi
 ceramah;
Ketua
 pemuda Umno Seputeh ini juga pernah membuat fitnah besar ke atas 
kerajaan negeri Selangor kononnya terlibat membangunkan gereja terbesar 
asia tenggara - klik entry Pembinaan Gereja Terbesar di Selangor Guna Tanah Rezab Melayu ?? 





Jom kita turun ramai-ramai...nengok sapa yg kene belasah nnt...
BalasPadamBawahlah berapa lori samseng Umno, kita tetap tunggu.Jangan tolak sampai dinding,walaupun diberi kekebalan olih Pemerintah Umno.Nak tahu langit tinggi rendah,bolihlah cuba malam ini.
BalasPadamBro...ada info pasal isu 9hb ni...sapa yg kene belasah...
BalasPadam