RADIO KOBAT FM

TERIMA KASIH KERANA ANDA SUDI MENJADI TEMAN KAMI, SILA DAFTAR SEKARANG

Catatan Popular

Selasa, 15 Mei 2012

MENJELANG PRU - MUZAKARAH DAN HARAMJADAH

Oleh:  WFAUZDIN NS

TIDAK menghairankan, apabila menjelang sahaja Pilihanraya, maka berbunyilah isu Muzakarah Umno - PAS.  Maka berbunyilah juga isu Hukum Hudud.  Persoalannya, tidakkah kita masih belum faham perangai Umno sejak azali lagi?  Jika kita sudah kenal, malang sungguh jika kita masih termakan dengan tipu daya puak-puak ini.

Apa yang mereka tidak kata terhadap kita?  Mereka pernah kata PAS parti ajaran sesat lebih dahsyat dari Ayah Pin.  Semenjak zaman Mahathir Kutty lagi bersungguh-sungguh mereka mahu halang PAS dari menggunakan perkataan ISLAM dalam parti tersebut.  Awal lagi dari itu, penyokong-penyokong PAS ramai yang terkorban di Memali.  Pembunuhan di Memali bukan dilakukan oleh DAP yang mereka anggap anti Islam itu, jauh sekali oleh Ambiga atau BERSIH.  Ramai pemimpin PAS disumbat masuk di dalam ISA, juga bukan oleh Karpal Singh atau DAP.

PAS pernah bersama mereka di dalam satu kapal kerana PAS memang ikhlas untuk bersatu demi Islam dan bangsa Melayu.  Akhirnya, siapa yang mencampakkan PAS keluar serta mengkhianati PAS?  Adakah ketika itu mereka dihasut oleh DAP atau Ambiga?  Ketika PAS ditendang keluar, di mana suara para Mufti ketika itu?  Ada fatwakah dikeluarkan ketika itu?  Mengapa para Mufti tidak mengecam puak-puak yang mengkhianati PAS waktu itu?  Bukankah ketika itu berlaku perpecahan ummah?

Ketika Mahathir merampas kuasa Raja-Raja Melayu, di mana suara para Mufti?  Bukankah Raja-Raja Melayu adalah Ketua Agama?  Baiklah, mereka dakwa mereka tidak menyokong PAS adalah semata-mata PAS berkawan dengan DAP sekarang.  Kita mahu tanya mereka, sewaktu PAS berpisah dengan DAP di dalam Barisan Alternatif waktu itu, adakah mereka menyokong dan memuji PAS?  Tidak, malahan mereka semakin ganas menyerang PAS kerana mereka tahu PAS keseorangan ketika itu.  Hasilnya, tumbang Kerajaan PAS di Terengganu.

Sama juga di dalam isu BERSIH.  Kononnya mereka tidak menyokong BERSIH sekarang adalah disebabkan BERSIH dipimpin oleh Ambiga yang mereka dakwa seorang kafir yang anti Islam dan pro LGBT dan pro Murtad.  Sewaktu BERSIH 1.0, BERSIH dipimpin oleh Syed Syahir bekas Presiden MTUC, seorang Melayu dan Islam, adakah mereka menyokong BERSIH?  Adakah waktu itu FRU tidak menyembur air dan gas pemedih mata kepada para peserta BERSIH?  Adakah kita boleh yakin sekiranya BERSIH 4.0 akan datang ini, jika dipimpin oleh Mat Sabu atau Tuan Guru Nik Aziz mereka akan sokong BERSIH?  Kita tidak tahukah ada di antara mereka yang menggelar Tuan Guru Nik Aziz `Bapa Segala Kafir'?  Atau kita masih lupa bahawa mereka menganggap kita yang hadir di dalam BERSIH 3.0 baru-baru ini adalah penyokong Komunis?  Siapa yang sudah lupa bagaimana Timbalan Presiden PAS sekarang, Tuan Hj Mat Sabu mereka cop penyokong Komunis apabila Mat Sabu kisahkan perjuangan Mat Indera?  Kita lupa agaknya terbaru apabila Najib menggelar penyokong-penyokong ANAK (warga Felda yang menentang penyenaraian saham FGVH) sebagai `Haramjadah'.  Masih lagi kita tidak kenal Umno?

Menjelang Pilihanraya Umum, muncul lagi isu muzakarah Umno-PAS.  Sebelum kita jawab samada perlu atau tidak kepada muzakarah dengan Umno, patut juga kita tanya mereka sudahkah tuntutan royalti minyak untuk Kelantan dan Terengganu ditunaikan?  Sudahkah wang rakyat yang digunakan untuk `membeli lembu kondo' berjumlah RM250 Juta itu dikembalikan?  Sudahkah pemimpin Umno yang menggelar PAS parti ajaran sesat itu memohon maaf? 

Sehubungan itu, Umno tidak perlu untuk bermuzakarah dengan PAS yang mereka anggap sesat dan menyokong Komunis itu.  Umno lebih baik bermuzakarah dengan para-para Mufti dan bertanyakan hukum jika seseorang menggunakan wang zakat untuk membayar peguam menentang kes Qazaf, yakni hukum dan perundangan yang termaktub di dalam Al-Quran./wfauzdin.blogspot.com

22 ulasan:

  1. MEREKA TIDAK MUDAH PUTUS ASA DALAM NIAT MEMPORAK PERANDAKAN PARTI ISLAM ,INGAT MACAMANA ISRAEL BERHELAH DENGAN RAKYAT PALESTINE ? PARTI KARAT BIRU SEKUU APCO PUN SERUPA DALAM 'DOCTRINE' DAN 'SPINNING' TERMASUK JARUM MUSLIHAT YANG LICIK UNTUK MENJAHANAMKAN PERJUANGAN ISLAM ! WASPADALAH PARA PEMIMPIN PARTI ISLAM SEMALAYSIA AGAR JANGAN TERMAKAN UMPAN PARTI PENGKHIANAT TERHADAP KEBANGITAN ISLAM INI SEPERTI SARANAN PENULIS WFAUZDIN, ALLAHU AKHBAR !

    BalasPadam
  2. Dengar khabar orang yang menyambut PM di London menghadiahkan bunga warna kuning kepadanya.

    BalasPadam
  3. PAS mudah masuk perangkap UMNOOOO. Siapa yg bahalol?

    BalasPadam
  4. Saya hairan mengapa Nik Aziz tidak mau melaksanakan hukum HUDUD di Kelantan setelah lebih 20 thn memerentah Kelantan,
    Apakah beliau takut kepada BN lebih TAKUK KEPADA ALLAH atau
    takut ISA lebih dp taku kpd Neraka ALLAH atau
    takut hilang penundi bukan Melayu???

    BalasPadam
    Balasan
    1. Samada engko bodoh atau buat-buat bodoh. Kalau nak provokpun, buat la kat blog UMNOBN. Orang lain semua dah tau taktik aaharam jadah UMNO kat Kelantan. Pasai tu hudud tak leh nak jalan. Yang kat Terengganu, naper lak ko tak tanya Md Said, pasai apa tak laksanakan hudud. Aku tulon jawab skali, pasai korang UMNO. Ngaku je Islam, tapi bukan nak laksanakan hukum Islam......

      Padam
    2. mmG BODO TAHAP HARAMJADAH KO NIE...ko x tau ker,pada zaman mahder kutik dia telah menolak hudud dijalankan di kelantan..pasal kerajaan persekutuan di bawah UMPORNO haramjadan dulu kini dan selamanya.....

      Padam
    3. dengar sini
      mula2 Tngku Abdul Rahman xbg
      tun husin on
      tun razak
      tun mahathir
      tun Paklah
      tun Najib xbagi
      last sekali Tun D.A.P. XBAGI
      PKR X BAGI
      ZOO NEGARA DAH FAX ..DIA XBAGI
      KERAJAAN THAILAND X BAGI
      LEE KUAN YEW XBAGI

      BERSIH TU. KERAJAAAN XBAGI KORANG BUAT JUGAKKANN

      Padam
  5. TAKTIK APA NAMA...SKRG AKU CUKUP PERCAYA...DULU BUKAN MAIN AKU PERCAYA KELANTAN PAS NAK BUAT HUDUD

    SETELAH AKU PELAN2 pikir.LAMA JUGAK NAK MENELAN MENDA NI.HUDUD TU SENJATA PARTI YG BERNAMA PAS .

    PERHATIKAN BAIK2 kawan2 ..BILA DEKAT2 pru prk ka HUDUD KLUAR BALIKKKKKK

    TANG DIA NAK BUAT BETUL2 TARAK..

    YG PENTING NAWAITU TU!!!

    'BAHAN POLITIK PARTI BERNAMA PAS'

    MASA AKU DODOK DLM PAS MMG MANA MUNGGKIN AKU PERCAYA..''KERANGKA PAS'' MASA KUAT...

    SKRG LG MEREKA AKAN KATA DEMI MUAFAKAT DGN DAP HUDUD DILONGGARKAN ..

    BILA NAK TERDETIK APA2 DLM HATI TUAN2

    PERHATIKAN JUGA CERAMAH...SENJATA2 YG DIGUNA SEMUA SENJATA POLITIK JUGAK (UTK PARTI BERNAMA PAS)


    YG BUKAK TEMBELANG NI SAPA TAK LAIN TAK BUKAN
    GERAKAN ANTI PKR..

    BARU PADAN MUKA AKU TERTIPU KAEDAH ISLAM PARTI BERNAMA PAS

    BalasPadam
  6. Gua masih menunggu hudud UMNO. PAS ahli dia seratus peratus islam. UMNO lebeh kurang 95 peratus islam. PAS telah bentangkan hududnya namun UMNO menyalak mengatakan itu hudud PAS. Namun sampai sekarang UMNO masih belum lagi membentangkan Hudud yg bukan hudud PAS dan bukan juga hudud UMNO. Malahan UMNO terus menerus menyerang dan memburukan hukum2 Allah dan sanggup bersama-sama org2 kafir di pentas yg sama memburukkan hukum2 Allah. Walau kita sebagai umat Islam yg ngaku Islam sebagai ADDIN cuma ada satu kitab, iaitu Al Quran. Segala kemuskilan dan perbezaan pendapat ada jalan penyelesaiannya dlm AL Quran. Jika Al Quran di ketepikan demi ego maka sampai kiamat kita takan jumpa titik penyel;esaiannya
    Janji Allah itu benar.

    BalasPadam
  7. wahai BN BN BN kat atas

    BAIK KO UNDI BN

    BNGSA SELAMAT
    AGAMA SELAMAT

    MKSUD AGAMA SELAMAT JANGAN LAH HARAP HUKUM HUDUD ADA PLAK..

    TP IA TERLEBIH BAIK DARI DAP PENDOKONG2 Tegar KRISTIAN NAIK..AGAMA KITA AKAN DILA****kan ..PAS PULAK RASA STEM..DPT JADI MENTERI..LAGILAH DEPA SANJUNG PELUK CIUM DAPTU

    UNDI BN SELAMAT MAA kecuali ko mmg kristian misionar aku xbuleh buat apa2 la

    BalasPadam
    Balasan
    1. Baik undi DAP dari UMNO..kerana mereka lebih jujur dari UMNO dalam pentadbiran....contoh terbaik negeri yg di perintah oleh mereka,tidak banyak penyelewengan dilakukan..apa guna sokong orang yg mengaku islam tapi peel mengalahkan yahudi......

      Padam
    2. TAPI HASSAN ALI KATA

      JGN BAGI SATU UNDI PUN KAT DAP

      SATU UNDI PUN JGN BG PKR

      TP BILA TANG PAS NADA DIA AGAK BERUBAH SAMBIL TGK2 kawasan gelap.. parasit2 pas jgn bg satu undi pun..

      aku 'baca' lah dia masih terasa sesuatu..

      dr hasssan telah mendedahkan permintaan2 berat DAP pada Pakatan..Sakit kepala!!

      byk nya komando2 kristian dalam dap.. sbgmana jg komondo islam dlm pas..

      pas akan kelihatan dayus dr kaca mata rakyat. disisi Allah pula Allah terus letak Zalim.Kapir yg terang2 menentang kita jika kita trus mendakapnya.maka jatuhlah pas zalim' ''.. tersirat pun tepat PAS ZALIM PADA BANGSANYA PADA AGAMANYA SENDIRI...'AKIBAT' NYA ALLAH DAH WARNING..ORG2 pas paham..

      yg xpaham ialah LEE AA PII yg sentiasa bermain api dan kepala batu xnak pulangkan ic biru pada umno semula..muka xmalu setebal kulit kinzirrr

      Padam
  8. KALAU INI DITAKDIRKAN PRESIDEN PAS...AKU MASUK PASS BALIK..(ingat dlm ceramah2 HassanAli yg aku follow..beliau xsebut 'BN' beliau mmg ganjil dan bijak)

    KUALA LUMPUR 14 Mei - Sikap berdiam diri golongan parasit di dalam Pas berhubung komitmen barisan kepimpinan parti itu khususnya Dewan Ulama untuk melaksanakan hukum hudud tetapi ditentang oleh sekutu mereka, DAP, hanya menunjukkan mereka lebih rela kepimpinan ulama diaibkan.

    Bekas Pesuruhjaya Pas Selangor, Datuk Dr. Hasan Ali berkata, kumpulan parasit di dalam Pas pada masa ini lebih selesa menyentuh isu hak asasi, pilihan raya bersih, mengambil pendekatan yang begitu liberal terhadap isu murtad serta keghairahan menuju ke Putrajaya.

    ‘‘Amat malang bagi sebuah parti Islam yang mempunyai barisan kepimpinan yang semakin liberal dan tidak menunjukkan sokongan padu serta kesungguhan yang jitu untuk melaksanakan hudud dan syariat Islam.

    ‘‘Malah sanggup pula melihat pimpinan ulama mereka diaibkan,’’ katanya melalui status Facebook terbaru beliau hari ini.

    Beliau mengulas kenyataan Ketua Dewan Ulama Pas, Datuk Harun Taib yang mula membayangkan kemungkinan parti itu tidak lagi akan meneruskan kerjasama dengan DAP dan Parti Keadilan Rakyat (PKR), apabila tiba masanya kelak.

    Harun berkata, walaupun mengakui Pas tidak menghadapi masalah untuk bekerjasama dengan kedua-dua parti itu, beliau tidak menafikan dasar perjuangan Pas sering mengundang bantahan daripada Pengerusi DAP, Karpal Singh.

    ...>>>>pg2

    Hasan berkata, sehingga kini belum ada riak-riak sokongan terhadap kenyataan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang komited untuk melaksanakan hudud namun ditentang hebat oleh Karpal.

    ‘‘Ketua Dewan Ulama seperti biasa telah membuka laluan dan memberi jalan kepada pimpinan Pas pelbagai peringkat untuk menyuarakan pandangan dan seterusnya merangkakan tindakan yang patut diambil bagi menebus maruah Presiden, ahli dan penyokong parti,’’ katanya.

    Bagaimanapun beliau berkata, setakat ini kelantangan suara-suara parasit hanya berkisar kepada usaha untuk menawan Putrajaya.

    ‘‘Saya masih menunggu komen daripada parasit-parasit dalam barisan kepimpinan Pas tetapi kebiasaannya mereka hanya lantang menyuarakan pandangan dan pendapat terutama isu yang melibatkan rancangan besar seperti untuk ke Putrajaya,’’ katanya.

    Dalam pada itu beliau berkata, agenda untuk melaksanakan hukum hudud merupakan perjuangan asal Pas dan ia telah diputuskan sejak parti itu ditubuhkan.

    ‘‘Ketua Dewan Ulama Pas telah merentangkan jalan untuk mendapatkan sokongan jitu daripada semua pemimpin dan ahli Pas. Bagi saya Harun telah membuat kenyataan yang paling jelas dan tegas. Hudud akan terus dilaksanakan melalui proses pindaan Perlembagaan.

    ‘‘Sekiranya rakan kongsi dalam pakatan tidak dapat menerima hudud, beliau dengan tegas tanpa bersembunyi menggambarkan kesediaan Pas memilih rakan kongsi lain yang dapat membantu melaksanakan hudud,’’ katanya

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ni pun satu orang melayu yang tak faham dengan hukum hudud, sama macam karpal sigh. Sebenar nya Karpal Singh tu silap faham,dia ingat hudud tu tak ada pengecualian,sebenar nya hudud bolih dikecualikan bagi orang kafir dan mereka bolih menggunakan undang2 civil tapi tiada pengecualian kepada orang islam dan hukumnya wajib kepada pemerintah menjalankannya terutama Malaysia sebuah negar Islam.

      Padam
    2. walaupun kita paham 'hudud' adalah senjata utama PARTI BERNAMA.PAS...

      AMBIKLAH PELUANG BUAT BETUI2...tak dpat buat dgn dap... buat dgn umno..tak dapt buat dgn umno buat dgn PKR(anua tu xkan x islam lagi apa...warakkkkKKKK )

      NAK MINTAK LEE KUEN YEW PUN BULEH

      YG PENTING NAWAITU..BUAT KERANA ALLAH ...BUKAN PASAL PILIHANRAYA NAK DEKAT.. NIAT KENA BETUIIII BARULAH ALLAH 'IZINKAN'

      tp kalau tau dlm hati tau LKY CAMANA..''mampuih la ko nak tulung aku'' MAKA berbaik2lah pada yg sudi'' takkiralah sapa xsemestinya umno... abim ada.. jati ada berpuluh2 ngo islam tak terbilang ngn jari..gerakan depa2 dgn ikhlas...istiqamoh betui.. buang 'hudud senjata pas' buang jauh2 dlm minda...

      Padam
  9. umno dah kena penyakit down syndrom, p menari serupa budak cacat akai depan rumah ambiga..masih ada hati nak muzakarah dgn pas!!
    semangkin hari umno mangkin teruk penyakit sawan gila babi..kesian pulak tgk umno sedara seislam aku yg kian parah ni..bawa berubat dulu..lupakan saja hal muzakarah..umno dah gila babi serupa lancau!!

    BalasPadam
    Balasan
    1. PKR ke yg ckp .''over my dead body..''


      BUKAN YG CKP TU DAP


      BEGITU JUGA YG BERLAKU BUKAN UMNO...

      YG TENTANG KAMU XSEMESTINYA UMNO
      YG BERKAWAN DGN KAMU BUKAN SEMESTI NAK ISLAM NAIK

      (nak jahanam lagi adaaa)...politik kebencian boleh membutakan manusia

      Padam
  10. Kalau boleh hassan ali & ostaz umno tolong bagi tarbiah pada umno yg berpenyakit sawan gila babi ni berubat dulu..malu tgk melayu & islam perangai mcm beruk ni..x payah fikir hal muzakarah..PAS jauh kedepan dlm urusan islam.

    BalasPadam
  11. PERHATIAN**SILA LAPURKAN PADA ADUAN RAKYAT TV3, JIKA ADA DIDAPATI SEKUMPULAN VETERAN PERANG UMNO YG BERKELAKUAN ANEH MENUNGGING JUBOK DISEKITAR KAWASAN AWAM. MEREKA TIDAK PANDAI BAHASA INGGERIS TAPI HANYA MINUM AIR SUAM
    MASALAH MUZAKARAH UMNO & PAS TIDAK DAPAT DITERUSKAN, KERANA UMNO PERLU MENHADAPI MUZAKARAH BERSAMA VETERAN PERANG INI DAHULU...umno dah jadi serupa lancau!!

    BalasPadam
  12. HUDUD Umno ialah, main "doggy" dgn bini orang cuma denda RM2000/ sahaja atau penjara 2 tahun walaupun anak,laki bini tu and orang kampung nampak terang2 dgn mata sendiri perbuatan mereka. Contoh mcm yg berlaku pada ketua bahagian umno tahun lepas. Anak, laki dan orang kampung terjumpa manusia2 lahanat tu tengah "berdoggy" beb.

    BalasPadam
  13. Memalukan bekas2 angkatan tentera.
    Macam tak dak akai...
    Betoi2 lembu la hampa ni...
    Pi menonggeng depan rumah orang buat apa....
    Heeeeee.... Hudoh betoi la perbuatan hampa ni.
    Ingatkan lagi tua lagi berisi, rupanya lagi tua lagi BANGANG.
    Jadi macam ni bukan apa, masa dok angkatan tentera dulu, asyik dok mengkedarah duit bawah meja la ni.

    BalasPadam
  14. INILAH AMBIGA NAK ....KEBEBASAN MENUNJUKKAN PERASAAN....

    MALAH KEBEBASAN CARA SEKSUAL.. MENUNGGENGPUN APA SALAHNYA'...SEXUAL MERDEKA..APA

    BalasPadam