RADIO KOBAT FM

TERIMA KASIH KERANA ANDA SUDI MENJADI TEMAN KAMI, SILA DAFTAR SEKARANG

Selasa, 5 Jun 2012

ALAHAI MAHATHIR KU SAYANG......

Oleh:  WFAUZDIN NS

HIMPUNAN HIJAU Menuju Putrajaya bukan sahaja membuatkan perut Najib jadi kecut, bahkan mantan PM yang sudah pencen Mahathir Kutty pun terasa mahu tercirit dibuatnya.  Maka, Mahathir Kutty pun berkata jumlah yang hadir di Stadium Darul Aman sewaktu Himpunan Hijau Menuju Putrajaya itu sebenarnya dibeli, dan mereka itu semua bukan pengundi untuk menentukan kemenangan PR atau PAS.  Baca di SINI.




Jika mereka itu bukan pengundi PAS/PR, ertinya yang hadir ratusan ribu itu adalah pengundi Umno/Bn?  Jangan ketawa dengan komen orang tua tersebut kerana kita sedia maklum faktor usia dan faktor tekanan membuatkan doktor ini membuat kenyataan sedemikian rupa.  Bukan mudah untuk menghadapi tekanan apabila membayangkan jika PR memerintah negara ini, beliau mungkin akan mencipta sejarah berada di kandang mahkamah.  Beliau juga terbayangkan nasib Hosni Mubarak sekarang ini yang jatuh sakit secara tiba-tiba apabila kuasanya hilang.  Amat berat tekanan yang dihadapi oleh Mahathir Kutty, dan anaknya selaku pemegang saham terbesar Syarikat Arak di Filipina tidak mampu membantunya lagi.

Benarlah, yang berhimpun di Stadium Darul Aman baru-baru ini bukan hadir untuk mengundi, wahai Mahathir Kutty.  Begitu juga yang hadir di Hari Himpunan Belia sambil menyaksikan punggung-punggung Wanita Korea baru-baru ini pun bukan hadir utuk mengundi.  Mereka semua akan mengundi apabila Najib umumkan pembubaran Parlimen.  Tapi bila?  Ada yang berkata, selagi Najib tidak jumpa `telor' selagi itu lah Parlimen tidak akan dibubarkan.  Kita pakat-pakat tunggu sahaja Menteri Wanita ini jumpa apa yang dicarinya.

Jelas, Himpunan Hijau di Kuantan, Himpunan BERSIH 3.0 dan Himpunan Hijau Menuju Putrajaya sudah cukup buat pemimpin Umno tidak tidor lena malam.  Sebab itulah, program-program ceramah kita mereka selalu bikin kacau kerana daya berfikir pemimpin mereka hampir `zero' sekarang ini.  Apa yang penting, tingkatkan tekanan ke atas mereka dan terus bekerja kuat./wfauzdin.blogspot.com

9 ulasan:

  1. org cina BAJU MERAH roket...MERAH roket MENUJU PUTRAJAYA.

    org pkr BIRU-MERAH..BIRU MERAH TUJUI PUTRAJAYA

    GELOMBANG PAKATAN RAKYAT !!

    BalasPadam
  2. Anwar akui Bank Negara silap campuri dagangan matawang

    Ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim mengakui bahawa beliau turut bertanggungjawab atas kesilapan Bank Negara campur tangan dalam perdagangan matawang pada 1992, ketika beliau menjadi menteri kewangan pada waktu itu.

    Bagaimanapun, beliau menegaskan bahawa individu utama dalam kes tersebut ialah bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad, bekas menteri kewangan Tun Daim Zainuddin dan juga Tan Sri Nor Mohamed Yakcop yang mengetuai jabatan perdagangan mawatang di Bank Negara ketika itu.

    Perkara itu menyebabkan Bank Negara mengalami kerugian RM30 bilion di pasaran perdagangan matawang, namun Anwar berkata bank pusat itu bertindak tanpa pengetahuannya.

    Anwar berkata beliau tidak mengetahui mengenai perkara itu sehinggalah seorang rakannya memberitahu beliau bawah Bank Negara merupakan salah satu pemain utama dalam perdagangan matawang.

    BalasPadam
  3. bee end sudah mau bee end

    kah kah kah

    mahatir sudah takut
    30 billion sudah mari

    BalasPadam
  4. budak umno bekas pas da cemas tengok gelombang Himpunan hijau.

    biru sudah tenggelam. mahathir pun meloncat aku tengok. yg bodoh je tinggal dalam umngok..haaha

    BalasPadam
  5. sayang-sayang buah kepayang ditelan mabuk dibuang sayang

    BalasPadam
  6. BERIKUT INI ADALAH BERITA TIDAK BENAR.. Tak perlu ambik pot pun..
    teringat masa belajar di ukm.. 3 org caw bkt aman, sorang tu bgtu aktif dlm kelas.. dia juga melerai soalan sensitive caa ''kenapa islam tak benarkan kluar islam. masuk islam bkleh.''.. keadaan tegang.. kelas bukan belajar agama ..tp ketemadun politik malaysia islam camtula..(ada dua subjek wajib amik..tanadun iskam pun caa kena amik).ye le subjek masuk isu2 snsitive pastu dibenarkan tanya soalan lak..

    mmber bkt aman berjaya mengcool kan keaddaan..'' kita xmau la satu rumah sana sejadah islam smbhyang..sini ada tongkong..sana kuil hindu'' keluarga boleh gaduh hoo..''bukan pasal apa...'' islam nak ketenteram... fuh lega aku dengar jwp dia... dia juga bgtau dlm kelas satu lg ...dpn ustod oooo...perisik malaysia ada dimana2..dieurope,rusia pun ada.. tiap2 6 bln.. mereka akn bgtau kita dia masih hidup...bkn kita je.. semua buat mcm tu..itu cite 10 thn dulo ooo.. terpulang kkk

    Seorang wanita yang dikenali sebagai CEROLIN HONG yang dikenalpasti sebagai agen Singapura telah hadir ke Himpunan Hijau Ke Putrajaya. ''CEROLIN HONG'' menyamar sebagai wartawan dan mencatatkan setiap butiran untuk dihantar ke Singapura.

    wallahualam...bersedia lah kita ingat dulu ramalan arqam..mahathir akan kluar umno dan masuk balik...bekenaan arqam jg ramalan peta singpura malaysia ..terbalik dlm byk objek di langit. aku xingat thn berapa dulu..

    kutuk la aku...aku terima..wassalam..

    BalasPadam
  7. hoi mabuk ka..balik-balik cina jahat. balik-balik DAP jahat.. umno kaki Borong, kaki Boncit (mentedarah wang rakyat), kaki Buntot dan kaki Bom. itula dia umno lengkap umno 4B. kalu priksa dpt B , takpenah dapat markah A, dpt B for Bodoh...

    BalasPadam
  8. Malangnya Arqam tidak tepat ramalannya bahawa Ashaari akan jadi PM ke 5....hihi

    BalasPadam
  9. hahaha aku ada dengar arqam jg akan dpt jadi PM dgn cara istimewa/khas..kah kah kah...

    apa yg istimewa lain dr lain pun entah...

    ha yg ni ok
    version yg aku dengar ada pm berpangkal dgn susahpayah akan jadi PM selepas masuk 'tempoh masa' tertentu.. jaga jaga sapa yg akan ke putrajaya tu...hahaha sapa tu yg susahpayah tu... menggigil abang najib...'anwar ka' kalu ramalan ni tepat dr pak qam tu hahhaa

    kesian kojol tekejut la tok det tu

    BalasPadam