RADIO KOBAT FM

TERIMA KASIH KERANA ANDA SUDI MENJADI TEMAN KAMI, SILA DAFTAR SEKARANG

Catatan Popular

Isnin, 30 Julai 2012

DASAR NEGARA KEBAJIKAN PAS MERUPAKAN SATU PENDEKATAN BIJAK

Oleh:  WFAUZDIN NS

TABIK pada PAS yang terus mempertahankan cita-citanya untuk melaksanakan Hukum Hudud apabila tiba masa yang sesuai, justeru itu dasar PAS berkaitan perlaksanaan hukum Allah tersebut tidak pernah dipadamkan walaupun slogan PAS sering berubah mengikut situasi yang sekarang ini menggunakan slogan "Negara Berkebajikan".  

Umpama Pasukan Bola Sepak yang matlamat utamanya adalah untuk memenangi setiap perlawanan dengan menjaringkan gol.  Bagi mencapai tujuan tersebut, sudah tentu berbagai cara atau taktik diperlukan mengikut situasi atau kekuatan pihak lawan.  Samada mereka menggunakan format 4-2-4, 4-4-2 atau apa jua susunan matlamatnya hanya satu iaitu memenangi perlawanan.  Begitulah juga dengan dasar PAS yang meletakkan hasrat mewujudkan Negara Islam sebagai objektif perjuangannya melalui berbagai kaedah.

PAS hanya boleh dianggap `khianat' sekiranya dasar berkaitan Negara Islam atau Hukum Hudud dipadamkan dari Perlembagaan PAS.  Tetapi ini tidak berlaku walaupun ditekan hebat bukan sahaja oleh mereka yang bukan Islam malahan lebih malang lagi dasar PAS ini turut ditentang oleh Umno yang kononnya parti Melayu yang Islam.  Jika DAP dikatakan tidak berkenan dengan Hukum Hudud (tidak semua) dan Umno juga tidak berminat dengan hukum tersebut, apa beza DAP dengan Umno?

Konsep Negara Berkebajikan merupakan satu pendekatan berhikmah yang PAS lakukan dan ianya amat releven sekali bagi mencapai hasrat mewujudkan sebuah Negara Islam.  Negara Berkebajikan yang mengutamakan kebajikan rakyat terlebih dahulu seperti taraf hidup yang lebih baik, ekonomi yang mampan serta melahirkan masyarakat yang berilmu mempunyai kaitan dengan perlaksanaan Hukum Hudud apabila tiba masanya ia dilaksanakan nanti.  Mana mungkin hukum ini boleh terlaksana sekiranya rakyat masih hidup melarat dan masyarakat masih ramai yang tidak mempunyai pendidikan agama khususnya?  Contohnya, pencuri tidak boleh dipotong tangannya jika dia mencuri akibat kelaparan lantaran kehidupan yang melarat. Hukum Hudud juga mesti difahami oleh semua masyarakat kerana mereka mesti tahu apakah bentuk hukumannya atas apa jua kesalahan yang dilakukan berkaitan dengan hukum ini.  Ertinya, rakyat mesti dibangunkan terlebih dahulu dan hukum Islam mesti diperjelaskan kepada semua sebelum ianya dilaksanakan.

Oleh sebab itulah PAS mengambil pendekatan untuk mewujudkan sebuah Negara Berkebajikan yang boleh mengurangkan kadar kemiskinan dan meninggikan lagi martabat pendidikan agama.  Tidak seperti sekarang, lebih 50 tahun Umno memerintah negara ini usahkan mahu melaksanakan Hukum Islam ini malahan menjadi penghalang kepada perlaksanaannya.  Di dalam dasar Umno, langsung tidak tercatat di dalamnya cita-cita untuk mendirikan sebuah Negara Islam.  Sebab itu lah Umno tidak pernah mahu menunjukkan parti tersebut benar-benar serius dengan Hukum Islam.  

Mengapa perlu tanya DAP jika kita mahu bercakap soal hukum Islam?  Kita tidak pernah bantah kaum Sikh dibenarkan memakai `Turban' dari awal persekolahan sehingga di mana jua kaum ini bekerja samada di dalam tentera, Polis atau sebagainya.  Di dalam tentera atau Polis, kakitangan yang berugama Islam dilarang memakai 'serban' sewaktu bertugas.  Tetapi bagi kaum Sikh mereka dibenarkan.  Jika ini tidak pernah kita bantah, mengapa Karpal Singh sibuk-sibuk bantah perlaksanaan hukum Islam?

Kita faham Karpal Singh tidak bersetuju dengan Hukum Hudud kerana selaku Peguam yang hebat beliau sandarkan kepada Perlembagaan bahawa Hukum Hudud tidak boleh dilaksanakan tanpa pindaan Perlembagaan.  Berbeza dengan pemimpin sekutu Umno dari MCA yang membantah Hukum Hudud tanpa sandaran.  Bahkan, pemimpin MCA ini mendakwa sekiranya Hukum Hudud dilaksanakan maka akan membawa masyarakat ke belakang.  Mana lebih hina, Karpal Singh yang menentang berlandaskan undang-undang daripada pemimpin MCA yang menolak secara total hukum tersebut?

Peliknya, Umno pun semakin terikut dengan MCA dan DAP.  Kita yakin di dalam DAP sekarang ini pun ramai yang sudah memahami tentang hukum Islam. Cuma Umno sahaja yang tidak memahaminya./wfauzdin.blogspot.com


1 ulasan:

  1. Wa sokong pr@pembankang tapi bukan ini yg wa mahu kn.sory bro..

    BalasPadam