RADIO KOBAT FM

TERIMA KASIH KERANA ANDA SUDI MENJADI TEMAN KAMI, SILA DAFTAR SEKARANG

Isnin, 30 Julai 2012

SIAPA ZUL KULUM YANG DESAK LAJIM LETAK JAWATAN?

Oleh:  WFAUZDIN NS

APABILA Datuk Seri Lajim Ukim mengumumkan meletakkan semua jawatannya di dalam Umno dan paling `menghiris' hati Najib adalah apabila Lajim mencabar Najib agar memecatnya dari kabinet dan parti seberapa segera.  Lajim kini masih memegang jawatan Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan walaupun beberapa hari lalu beliau secara terus terang menyebut akan menyokong PR dan berada di pihak DS Anwar.  

Mengapa Najib tidak mahu pecat Lajim? Umno kini benar-benar tenat.  Mahu mencari ahli baru amat susah maka bukan mudah juga mahu buang ahli apatah lagi tokoh berpengaruh seperti Lajim.   Tapi yang peliknya, Zul Kulum pula terhegeh-terhegeh suruh Lajim letak jawatan dari kabinet dan parti itu apa hal?  Zul Kulum selaku Naib Presiden PERKASA berkata, perkara itu perlu dilakukan Lajim sebagai menghormati prinsip demokrasi memandangkan perjuangan bekas ketua Umno Beaufort itu sudah lagi tidak sehaluan dengan PM, Najib.

Mimpikah Zul Kulum?  Beliau lupakah yang beliau sendiri paling tidak bermaruah dan bangsat sekali apabila tidak meletakkan jawatan sebagai MP Kulim Bandar Baru setelah beliau dipecat dari parti.  Beliau sedar, beliau menjadi MP adalah atas anugerah parti beliau dahulu iaitu PKR dan rakyat mengundi beliau pun atas logo yang beliau bawa.  Kini, beliau bawa logo apa?  Mungkin sekarang beliau berlogo `katak' maka adalah lebih bermaruah jika beliau meletakkan jawatannya.

Sabtu lalu, Lajim, 57, mengumumkan peletakan jawatan sebagai anggota Majlis Tertinggi Umno, Ketua Umno Bahagian Beaufort dan pengerusi BN Beaufort berkuat kuasa serta merta. Beliau sebelum itu meletakkan jawatan sebagai Ketua Umno Cawangan Kerambai Kebatu.

Besar kemungkinan Zul Kulum cuba mengintai kalau-kalau beliau boleh ampu Najib untuk menggantikan tempat yang bakal dikosongkan oleh Lajim.  Sebab itulah tidak sabar-sabar Naib Presiden PERKASA ini menggesa Lajim letak jawatan segera sehingga dia sendiri lupa dia menenggek atas kerusi hak milik orang lain. Tidak malukah beliau?/wfauzdin.blogspot.com

9 ulasan:

  1. Salam bro..

    Zul Kulum tu ada rasa malu ke bro? Setahu aku tak ada..Maruah, integriti, komitmen, dayausaha, amanah, tanggungjawab...semua tu tak ada pada Zul Kulum ni... samalah dgn ketua dia tu...

    BalasPadam
  2. Geli hati baca kisah Zulkulim ni. Betul macam belanga kata kuali hitam.

    BalasPadam
  3. ZUL KULUM JE YB BERMARUAH KATAK PURU...LEPAS PRU13...JADI BARUA LE YE....

    BalasPadam
  4. la... ketua zul kulum..anuar la...

    apa beraknya...anwarlah ajar anak2 buahnya how tobe 'shit' in politik

    zul kulum mcm 'anwar2' apa lagi..bapak borek anak rintik...

    BalasPadam
  5. nak bg info paling bharga...

    menurut analisis aidc
    (blog paling genius utk paham selok belok otak anwar..sapa xcukup iq xdigalak pg situ- ibarat blog fizik einstein..)

    anwar telahpun pilih 'tobe hero 'hudud'' semula utk nx pru...so jgn ketinggalan...

    ia jg telly dgn analisis 'u' ...majority yakin bn akan sapu 2/3 smula... so chance terakhir utk jaga 3 ngeri tu...haaa lu pikir sendiri la..

    BalasPadam
  6. ini lawyer biol usah dilayan cakap pasal maruah...ptui!!!!!

    BalasPadam
  7. hoi Zul kulim sebelum anda suroh orang lain letak jawatan, hang tu letak jawatan dulu sebagai MP Kulim. Muka tak tahu malu meludah kelangit diri sendiri yang kena. Belajar tinggi tinggi tapi otak kepala lutut

    BalasPadam
  8. Dah kene letak jawatan pun....pi berambus

    BalasPadam
  9. Samale sume....katak yg melompat parti....bodonye wakil rakyat...

    BalasPadam