RADIO KOBAT FM

TERIMA KASIH KERANA ANDA SUDI MENJADI TEMAN KAMI, SILA DAFTAR SEKARANG

Khamis, 16 Ogos 2012

BAB BERSUCI PUN TIDAK KHATAM MAHU SURUH KARPAL SINGH BELAJAR HUKUM HUDUD?

Oleh:  WFAUZDIN NS

MERUJUK kepada akhbar Sinar semalam, Presiden PERKASA Ibrahim Ali mahu agar Pengerusi DAP, Karpal Singh agar belajar hukum Hudud terlebih dahulu sebelum menentang hukum tersebut.  Persoalan pertama yang kita mahu Ibrahim Ali jawab adalah, "Siapakah yang diwajibkan untuk belajar hukum Allah ini, adakah Orang-Orang Islam atau diwajibkan juga kepada yang bukan Islam?".



Adakah Ibrahim Ali sudah khatam bab Hukum Hudud ini sebelum menasihatkan Karpal Singh belajar hukum tersebut?  Kalau Ibrahim Ali masih tidak khatam bab bersuci apabila mendirikan sepanduk "Tiada Air, Bagaimana Mahu Berwudhuk?' di Kelantan, apakah Ibrahim Ali cukup arif dengan bab Hukum Hudud?  Tentu beliau tidak pernah belajar bab bersuci di dalam ketiadaan air (itu pun jika benar tiada air) di Kelantan.  Amat malang sekali jika Ibrahim Ali tidak boleh bersolat kerana tidak mandi wajib akibat tiada air di Kelantan.

Kita masih ingat satu kisah puak yang mengadakan Solat Hajat selepas waktu Asar di Kelantan.  Jika bab yang sedemikian kecil dan asas pun mereka jahil, bagaimana mereka mahu orang lain terutamanya yang bukan Islam untuk mempelajari hukum Hudud?  Sudahkah Ibrahim Ali nasihatkan pimpinan Umno untuk belajar Hukum Hudud sedangkan mereka lebih dituntut mengetahuinya kerana mereka sekarang adalah pemerintah lebih dari 50 tahun?

Seandainya Karpal Singh belajar Hukum Hudud dan beliau khatam sepenuhnya, kewajipan melaksanakan hukum Allah tersebut tetap dipikul oleh orang-orang Islam, bukan Karpal Singh selagi beliau tidak memeluk Islam.  Eloklah Ibrahim Ali belajar sehingga tamat dahulu bab hukum Hudud ini setelah beliau khatam terlebih dahulu bab bersuci./wfauzdin.blogspot.com

6 ulasan:

  1. masalah besar bila katak keluar dari air ! apa pun tak tahu tapi melalut tak tentu hala ditambah dengan hasutan & ugutan perkauman yang teramat melampau ! tapi hairan bin ajaib puak katak-katak ini semacam punya kebal dari undang-undang sampai apasaja boleh ucap,pdrm buat Pekak badak ja tanpa tindakan ! jika dari pembangkang nampak sangat punya tegas ambil tindakan ! apa punya turr,ABU !

    BalasPadam
  2. ghupa ghupa nya ibrahim ali ni bodoh ye...kalau dia diam mungkin aku tak tau dia bodoh....tapi bila dia cakap terus nampak bodoh nya....

    BalasPadam
  3. Mung Begheheng @ Stopa @ che Po belajar FATIHAH biar betul dulu gak! Fatihah dengan Tahyat lete puke berlagak nak tunjuk panda.
    Kito tak betul jjale nak suruh oghe lain jjale betul.

    BalasPadam
  4. dia nak mintak simpati PAS lagi kot???

    -pemuda ampang-

    BalasPadam
  5. kalau muka ni yg bercakap dah gerenti hasilnya benda2 banggang... bini dia pun dia tak boleh betulkan bila pakai tight macam nangka busuk lepas tu nak suruh org lain belajo Hudud... Poooorahhh.. inilah muka Ikon Melayu Banggang...

    BalasPadam
  6. Sepatutnya Ibrahim Ali tujukan saranan agar belajar hukum hudud tu pada Mahathir dan Najib. Mereka inilah yang menyekat perlaksanaan hudud di Kelantan dan Terengganu.

    BalasPadam