RADIO KOBAT FM

TERIMA KASIH KERANA ANDA SUDI MENJADI TEMAN KAMI, SILA DAFTAR SEKARANG

Catatan Popular

Khamis, 16 Ogos 2012

KALAU DAP KAFIR HARBI, HASSAN JATI MELAYU HARBI?

Oleh:  WFAUZDIN NS

MAKA Hassan Jati pun berkata, eloklah PAS keluar dari PR kerana DAP tolak Hudud.  Hassan Jati pun kata, JATI telah berjaya tutup mulut Paderi-Paderi Kristian.  Dalam ertikatanya, PAS lebih baik tinggalkan PR dan join Umno sebab Umno konsisten dulu, kini dan selamanya menyokong Hudud.  Maksudnya juga, JATI amat berjaya semenjak dia pimpin sudah ramai yang tidak masuk Kristian.

Jangan termuntah atau terkentut baca kenyataan Hassan Jati ni ok.  Apabila si Hassan Jati ni mahu PAS keluar dari PR kerana DAP tidak setuju dengan Hudud, maka terfikirlah oleh kita bahawa sewaktu si Hassan JATI yang berangan mahu jadi MB Selangor ini menjawat jawatan Naib Presiden PAS dan Pesuruhjaya PAS Selangor dahulu, waktu itu DAP teramat menyokong Hudud.  Betulkah?

Jawapannya tentulah betul, kerana jika waktu itu DAP masih tidak bersetuju dengan Hukum Hudud sudah tentu si Hassan Jati ni awal-awal lagi cadangkan agar PAS keluar dari PR.  Ertinya, waktu Hassan Jati di dalam PAS dan pegang jawatan penting di dalam PAS, DAP sokong Hudud.  Apabila si Hassan Jati terpelanting dari jawatan dan disepak keluar dari PAS, secara tiba-tiba DAP menolak Hudud?  Jangan ketawa....Ini adalah kerana kekuatan si Hassan Jati yang boleh mempengaruhi DAP samada sokong atau tidak hukum Hudud.  Hahahahaaaa....

Pasal Kristian ni pulak.  Si Hassan Jati kata JATI telah berjaya tutup mulut Paderi Kristian dari melakukan kerja memurtadkan umat-umat Islam.  Jika berita ini diberitahu kepada Paderi-Paderi Kristian, aku berani potong jari kalau Paderi-Paderi Kristian ini tidak terkentut dan tertawa terbahak-bahak.  

Kesihan sungguh si Hassan Jati.  Semenjak JATI ditubuhkan, tidak pernah kita dengar orang puji pengaruh dan kehebatan JATI malahan tidak boleh menandingi hebat dan popularnya beras JATI.  Bahkan, jika ditanya seribu orang, jika dapat seorang saja yang kenal siapa AJK-AJK atau pimpinan di dalam JATI selain Hassan Jati itu sudah dikira hebat Jati ni. Oleh kerana begitu lama menunggu orang mahu memuji atau menyanjung JATI tidak kunjung tiba, maka selaku bos Jati terpaksalah puji diri sendiri.  Kemaruk sungguh....

Sesungguhnya kita amat bimbang jika fahaman agama Kristian ini menular ke dalam masyarakat Islam.  Begitu juga kita bimbang jika cerita-cerita fitnah seks, liwat, perbuatan dalam kelambu sesama umat Islam dijaja merata-rata untuk mengaibkan sesama Islam seperti si Hassan Jati selalu lakukan di dalam setiap ceramah Mantapkan Akidahnya itu.  Kita malu apabila Paderi Kristian lihat bagaimana kononnya tokoh yang anti murtad ini pun menjadi tukang sebar fitnah seks.  Paderi pun tidak melakukan seperti yang si Hassan Jati lakukan. Hassan Jati patut malu dengan Paderi-Paderi ini.

Kesimpulannya mudah.  Hassan Jati hanya menjadi `sub kontrak' parti sekutu APCO, itu sahaja.  Jika parti itu suka sebarkan ftnah, si Hassan Jati pun lakukan asalkan anak bini di rumah boleh makan.  Dia lupa DAP yang dikatakan Kafir Harbi itu adalah di antara ribuan yang mengundi beliau dahulu sehingga kini beliau boleh makan gaji dan elaun Wakil Rakyat.  Apakah halal undi kafir harbi kepada beliau waktu itu?  Ertinya, kafir harbi ini pilih Hassan Jati jadi Wakil Rakyat mereka dari Kafir Harbi?  Atau si Hassan ni adalah kaum sakat si Kafir Harbi juga iaitu Melayu Harbi?/wfauzdin.blogspot.com


6 ulasan:

  1. sudah2 lah hassan.... ramadhan yang hampir di penghujungnya xpernah ko ambik pengajaran untuk berubah...

    BalasPadam
  2. Ho oh, tak pernah pulak teman dengor ajk jati ni ... pelik pulak teman nengok nye. bangkali si mufti peghok, si mualaf cina dari bagan datok dan si ustad kazim tu kot yang jadi ajknye. susah le gini nak tanding pru. ate, kome ghamei2 masuk le jati, bior le senang sikit hati si hassan tu. sian die!

    BalasPadam
  3. Si Ah Sang Munafik ini tak habis-habis merapu lagi terutama bila muka dah boleh masuk TV. Sedarlah sikit kalau dah pendek dan hidung pula kembang, rambut dah macam mob lantai tetapi masih nak berperangai kebudak-budakkan maka tahap kehinaan beliau sudah sampai ke kemuncaknya.

    BalasPadam
  4. apa nak buat dah jadi pkr..dah jadi pas..
    nak ngundur xboleh... jilat lah dap ...apa buleh buat...aku trima macam2 email akan kebaikan dap... geli ati aku...puak2 korang punya jilat perhhkk

    baik punya...

    time sembelih.. sembelih baik punya...

    BalasPadam
    Balasan
    1. puak kau orang pun lebih teruk lagi,bintang prono csl hina hudud,kau buat apa,changkung aja?united lembu pun tolak hudud kau senyap aja,kata parti islam dan pejuang melayu,rupa2nya bangsat!!!ptuiiiii!

      Padam
  5. Sudah la.... pesetankan aje cakap Asang Jaki yang sudah pada kebiasaanya bercakap langsung tidak menambahkan ilmu, cakap ikut suka, macam smua orang bodoh dan terkebawah daripada dia ...talam dua muka yang memang tak boleh dipercayai...

    BalasPadam