RADIO KOBAT FM

TERIMA KASIH KERANA ANDA SUDI MENJADI TEMAN KAMI, SILA DAFTAR SEKARANG

Rabu, 29 Ogos 2012

KALI INI AKU COPY CERITA MENARIK DARI YB KHALID SAMAD

Ada Berita Baik!! Dari YB Khalid Samad

Hari Raya Kedua: Bertemu Tun Musa Hitam

Pada Hari Raya kedua, seperti kebiasaan saya bersama keluarga beraya di rumah Bapa Saudara saya iaitu Dato Zaidan Othman. Beliau adalah adik lelaki ibu saya. Semua ahli keluarga berkumpul di situ termasuklah abang saya Tan Sri Shahrir bersama bapa serta emak saudara dan sepupu saya. Walaupun hubungan kekeluargaan kami semua adalah baik, seperti biasa, mereka yang pro-PR akan lebih bersama saya dan yang sebaliknya akan lebih bersama dengan abang saya. Hanya kali ini ada sedikit kelainan apabila muncul Tun Musa Hitam dan keluarganya bersama!

Rupa-rupanya Tun Musa Hitam adalah kawan baik Bapa Saudara saya Dato Zaidan. Tun merupakan pengapit semasa Dato’ Zaidan bersanding dan adalah junior setahun kepada beliau. Katanya, semasa kelam kabut pada hari persandingan, Dato Zaidan terlupa mengikat tali kasutnya dan beliau terpaksa melutut untuk mengikatkan tali kasut sahabatnya itu. Malahan, seperti kebiasaan pada masa itu, pengapit terpaksa bermalam bersama dengan bakal pengantin lelaki pada malam sebelum persandingan! Takut pengantin lelaki lari kut?

Tun juga turut bersalaman dengan saya dan duduk di kerusi bersebelahan saya. Dia menceritakan hal dirinya dan menyatakan bagaimana pada tahun 1986 merupakan tahun yang amat mencabar bagi dirinya. Penceraiannya dengan isterinya yang dari berasal dari Peru dan juga tekanan politik yang terpaksa beliau hadapi sungguh hebat. Saya pun terus bertanya, “mengapa Tun berundur dan tidak melawan apabila Dr. Mahathir berusaha menjatuhkan Tun?”. Tun Musa menjawab dengan nada yang selamba, “kalau saya lawan, maka saya pasti akan dituduh seorang homoseksual malahan mengadakan hubungan seks dengan binatang dan lain-lain. Kamu tidak kenal dia (Dr. M) sepertimana saya. Pada masa itu juga saya tidak ada kekuatan kewangan. Duit semua dipegang oleh Daim.”

Selepas makan dan sebelum Tun ingin meninggalkan rumah bapa saudara saya, beliau menguatkan suaranya dan berkata secara seloka, “saya tidak tahu apa yang akan berlaku dalam pilihan raya yang akan datang, tetapi di Lembah Klang saya ingin melihat kamu menang”, sambil menunjuk ke arah diri saya, “dan di Johor pula, Shahrir seorang sahaja yang menang!” Kami semua yang mendengarnya tergelak. “Shahrir seorang sahaja (dari BN) menang?” tanya saya. “Itu sudah pasti tidak senang didengari oleh Dr. Mahathir!” kata saya lagi. Tun tersenyum dan berkata, “I won’t tell you who I voted for in the last election”.

Zaman berubah seperti juga manusia.

WaLlahu 'Alam
KHALID SAMAD

41 ulasan:

  1. makan hati lah lagi mamak tu kalu dia terbaca ;) ABU !

    BalasPadam
  2. Sdra, semua orang nak menang bukan kerana mahu menegakkan syiar Islam tetapi tembolok, ongkos dan kemewahan. Tak ada politikus di Malaysia yang benar berjuang kerana Islam walaupun dia Islam, mereka hanya mengunakan istilah `kemungkaran' bagi menjatuhkan orang lain. Tetapi sebenarnya mereka juga cukup mungkar terhadap ALLAH. Kalau difikir-fikirkan orang politik ni semuanya `perompak' baik dipihak BN ataupun Pembangkang. Beri tahu saya siapa yg miskin dalam politik, yang pasti mereka mahu masuk politik utk kaya dan bermewah.

    BalasPadam
  3. Betul, kenapa Tun Musa baru `bersuara' sekarang setelah dia mendapat `semua habuan' sebelum ini. Adakah kemewahan yg ada dah tak mampu dia nak tanggung...Kat tempat saya ADUN baru 2 penggal dah ada projek kat Indonesia, bela ikan mahal2, pakai kereta BMW V6....apa nak cakap....

    BalasPadam
  4. Cukup pelik, semua ahli politik ni ada kaitannya, baik bersaudara, sepupu atau berbau bacang je...bukankah ini kronisme...Ahli politik ni memang ada yg bijak, tapi yg tak ada roh untuk menegakkan Islam, tunjuk tauladan baik dan hidup sederhana, bukan menunjuk2, kejar kemewahan dan darjat. Seba tulah tak ada siapa yg menangis macam Saidina Umar kerana takut ALLAH kerana takut tak mampu menjalankan tanggungjawab yg besar. Kalau adapun YB yg menangis, menangis sebab duit.

    BalasPadam
    Balasan
    1. tun musa pernah kata (sebelum berundur masa jadi timbalan presiden umno) dlm ucapan perasmian pemuda/wanita umno, minta semua ahli jaga umno baik2, sbb dia bimbang umno akan hancur bukan sbb org lain tapi sbb oleh umno itu sendiri...

      kpd y.bhg tun, tun org politik tulen, sampai masanya utk bersama2 dg t.s kadir syeikh fadzir menjadi mantan pemimpin umno yg mesra PR...

      sebenarnya kumpulan bekas pemimpin umno yg mesra PR cukup penting bagi mempercepatkan PR naik menggantikan umno...

      Padam
    2. Saya bercakap bukan utk mempromosi mana-mana parti politik. Baik Tun Musa ke atau TS Kadir Syeikh Fadizir semuanya sama saja. tengok sajalah rumah dan hertanya yop..Mereka `hidup' mewah dan bernafas atas tiket politik dah puas `merasa' segala-segalanya yg mungkin org kampung tak mampu bayangkan. Baik PR dan BN itu bukan soalnya kerana perjuangan mereka semata-mata kuasa dan wang. Saya lebih setuju kalau Malaysia ni, piliharayanya tak perlu parti, semua org boleh bertanding secara bebas, senang nak pilih taklah terikat pada parti. Jadi calon bodoh, perasuah, perogol/peliwat, perompak, pencacai tak boleh menang...dan `calon terjun' pun tak boleh menang. kalau Tun Musa dan TS Kadir nak bertanding bolehlah..tapi mungkin dia fikir 300 kali sebab tembelangnya org dah tahu..Tahu ke sdra, saudara mara TS Kadir tu `bertabur' di Penang khususnya dalam UMNO!!!!. Kalau benar-benar mereka berjuang atas dasar Islam, utk menanggung tanggungjawab dalam masa 5 tahun dah jenuh yop!!, tapi sebab apa bekas YB ni nak ceburi balik dalam politik kalau pun dia kalah dulu atau dah tamat tempuh khidmatnya..sebabnya adalah kuasa, duit dan kemewahan...Selagi dia tak mati selagi tulah dia nak ceburi politik lagi..

      Padam

  5. Sdra, beritahu saya, macam mana peruntukkan parlimen tu dibelanjakan...kenapa tak bentangkan kat rakyat di kawasannya. Cuba buat mesyuarat dan panggil semua ADUN termasuk ketua kg, penghulu dan wakil-wakil yg sepatutnya dan bentangkan perbelanjaan! kalau betul2 dia jujur dan telus dia buat. Ini tidak semua nak sorok..Tanya kat Tun tu atau mana2 AP....Kita org kampung asyik kena tipu je hidup2. Kita tetap kais pagi makan pagi, kais petang tak tentu lagi....cubalah fikirkan baik2. Kita bukan benci YB2 ni tapi dia kena telus dan jujur macan Saidina Umar tu..mana YB yg tak ada projek dan perniagaan.

    BalasPadam
  6. Biarlah kita menjadi manusia berpendirian yg baik dan hanya menyokong kepada perkara yg betul bukan atas persaudaraan atau sahabat. Kalau salah tetap salah!.

    BalasPadam
  7. Bersyukur dia kat ALLAH kerana pertemukan dengan dengan Tun Musa, kalau Israil apa yg jadi..

    BalasPadam
  8. Sdra, tanya kat Tun Musa tu berapa ramai orang Melayu dia dah tolong khususnya kat kg dia. Dulu bagai nak rak dalam kabinet, tapi bila dah keluar dan tak dapat jawatan dalam GLC khususnya semuanya `dah bercakap'. Inilah perangai bekas YB. Hidup hanya kerana peruntukkan Parlimen?. Baik BN atau Pembangkang semua sama sahaja.

    BalasPadam
  9. Semua YB nak cari makan utk diri dan keluarga je yop.....Sebelum menang tabur janji sampai bintang dilangit pun nak beri..lepas tu mulalah sombong, pakai kereta mewah, berlagak, tukar gaya, tegur sapa pun dah tak jawab...kami org dia anggap nak mintak duit je...perangai YB dulu dan sekarang...

    BalasPadam
  10. Tak ada siapa bekas YB yg miskin lepas habis tempuh menjawat YB.......cuma Nabi dan sahabat2nya je....sebab tulah ALLAH sayang kat mereka dan menjanjikan syurga!. Sdra dan sahabatku, YB ni perlu berpijak alam nyata. Kerahmatan dan keberkatan hanya datang setelah menjalankan tugas dengan penuh ikhlas dan jujur, keimanan perlu teguh, niat perlu bersih. menjalankan tugas hanya kerana ALLAH semata2 bukan herta dan kemewahan...........

    BalasPadam
  11. Adalah tanggungjawab kita utk menyokong org yg baik dan beriman bukan sekadar kerana kita kenal atau hanya kepentingan diri. Cukup suasah nak dpt pemimpin yg baik......walaupun begitu, mereka kena belajar dan berubah jadi pemimpin yg baik. Nik Aziz pun tak benar2 ok, dia memang berilmu tetapi singkir kepentingan politik

    BalasPadam
  12. Saya telah mengamati perhimpunan bersih sebelum ni dan tak terkejut mereka nak buat demo janji bersih menjelang 30 ogos ni. Apa pun sebab dan alasanya nak buat pada malam 30 ogos tu boleh memberi kesan negatifnya terutamanya kepada masyarakat golongan tua yg merasakan kemerdekaan terlalu mahal dan berharga setelah berjuang menegakkan negara. Dari segi psikoloji pun dilihat cubaan nak menukar perayaan kemerdekaan kepada bencikan kerajaan da menolak kemerdekaan. Betapa pendeknya pemikiran pembangkang ni cara pengisian meraikan kemerdekaan! dia hanya pentingan politik perjuangannya semata2. Kalaulah dia tak buat masyarakat lihat pembangkang turut menghargai kemerdekaan dan sayangkan kesejahteraan dan kebebasan. Lepas tu pulak beri kat Marina Chin, apa dia tahu pengorbanannya sekadar menjadi atlet saja begitu juga A. Samad Said bukan sekadar baca sajak je. Kalau bersajak bermalam2 pun, negara tak kemana!, org Melayu tetap macam tu juga!. Adakah dengan bersajak, ekonomi Cina akan hancur!!!!atau org Melayu akan jagi kaya sekelip mata!!! atau aktiviti murtad akan terhenti. Pembangkan seharusnya berfikir dengan wajar, yg baik perlu diraikan secara baik. kalau pembangkang buat juga ia akan memberi kesan reverse psychology.....fikirlah yop.....

    BalasPadam
  13. Semua ni kerja Anwar Ibrahim dan DAP...mereka memang tak mahu raikan kemerdekaan kerana meraikan kemerdekaan akan hanya memgembalikan nostalgia pengobanan org Melayu yang mempertahankan negara. Mereka tak mahu rakyat mengingati dan `merasai' roh perjuangan pahlawan Melayu sejak dahulu lagi menentang penjajah Portugis, Belanda, Jepun mahupun Komunis. DAP dan Anwar mahu menukar sejarah Malaysia sepertimana Lee Kuan Yew yg tak pernah menghargai perjuangan Lt Adnan, org Melayu bertarung nyawa utk pertahankan singapura. Bacalah buku Lee Kuan Yew tu...Kita org Melayu kurang baca tapi bila cakap pasal politik tak perlu baca pada pemikirannya, janji benci org dan kerajaan.

    BalasPadam
  14. Kita tak perlu mempersoalkan kenapa ada YB yang melompat2 khususnya dari pembangkang masuk BN. Malahan ada YB BN masuk pembangkang!. Yang pentingnya mereka ini penipu dan `perompak' tak bertanggungjawab dan hanya pentingkan temboloknya sahaja. tapi bukan pulak bermakna yg tak lompat tu baik, sama sahaja. Apapun kalau dia benar berjuang keran ALLAH, tak perlu masuk parti pun!. Sebab Nabi dan sahabat2nya tak ada parti pun. Itu mungkin dulu tetapi sekarang parti dijadikan landasan utk kaut untung dan kemewahan!, kalau tak masuk parti tak akan dapat habuan. Sebab tulah kalau parti tu menang, semua habuan pergi kat koroni dia, bukan atas landasan yang betul. Yg sedihnya semua parti kata dia bersih dan parti lawan tak betul. yg tak betul tu adalah YB, penyanggak dan pembelit. Cubalah lihat kerenah parti di Malaysia, bendera parti boleh gantung sebelah menyebelah malah ada yang melekat pada satu tiang, tapi orgnya (pemimpin dan penyokong) bagai nak rak bergaduh...bermusuh dan tuduh menuduh. Org kg macam kami ni nampak dan tahu benar YB ni penipu dan pembelit!, masa nak mengundi dialah otrg alim, penderma, peramah dan penyayang tapi lepas menang dia bertukar jadi penyombong dan takbur...berceramah sana sini macam dialah yg betul dan lurus tetapi belakang org kg dialah jadi `hero' macam dia toggak dan buat. Bila ceramah burukkan perangai YB lawan padahal membongkar perangai dia juga...kalau dia benar bagus dia tak perlu dedah kat rakyat sebaliknya berdepan dengan YB tu dan buat laporan kat polis ke atau mana jabatan yg perlu. Sebab tulah Allah jadikan manusia ni tak boleh lihat belakang dia, macam burung boleh pusing 180 darjah. Manusia perlu pertolongan org lain. Manusia ni semuanya Tuhan jadikan cerdik dan pandai, tetapi ada yg guna kecerdekkan utk tipu org lain. Kerana politik, Islam dihina dan dipermainkan pun tak apa, asalkan kepentingan dijaga. Org Cina boleh baca Quraan dan terjermah kat org Islam! Tak sedih ke dengar!. Inilah politik org Melayu, org Melayu/Islam pun kena tanya org kafir nak laksana Hudud ke tak!. Malah yg paling memilukan hati ada kalangan org Melayu nak PAS kerana nak `bersihkan diri' bukannya nak bertaubat dan mendalami Islam. Org Melayu dah terpesong...nak masuk syurga kena masuk PAS!!!nasib baik Dr Ahmad Deedat dah meninggal, tapi ada baiknya tanya Dr Naik datang kat Malaysia dan beri ceramag mengenai akidah Islam sebenar. Kenapa tak jeput ulama Melayu, sebab semua org beranggapan ulama Melayu hanyalah ulama PAS dan ulama UMNO!, mana ulama Islam.....ini semua kerja politik Melayu khususnya PAS. Khatam Quraan berulang2 dan pandai terjermah tapi perangai ,masih lagi macam Abu Jahal. Sebab tulah makin ramai org Melayu murtad dan masuk syiah!!!walaupun Nabi dah bersabda berpeganglah kepada AlQuraan dan Sunnahku. Setakat sunah berjanggut sahaja tak cukup, sunah yang lebih besar tak ikut. Kenapa nabi berjanggut pun tak tahu sebabnya sekadar mengikut je. kenapa tak potong kuku pada hari jumaat!. PAS gunakan Islam utk pesongkan org Islam bukannya nak dakwah kat org kafir, mungkin fikirannya lebih mudah `dakwah' org Melayu dari kafir...itulah menyebabkan kerja org kafir lebih senang setiap hari. Fikirkanlah.......................

    BalasPadam
    Balasan
    1. JIJIK & KOTOR bILA DENGAR umno bicara tentang Islam..puja iblis & syaitan,nak ajar ttg Islam..khaik tuiiiih..bangsat umno!!

      Padam
  15. Tun Mahathir kata syaitan lebih baik dari malaikat..pemimpin Islam sendiri pun puja iblis/syaitan..dan pemimpin ini juga mendapat sanjungan dari para ulama, mufti dan iman di Malaysia.
    UMNO..kamu dengan ugama kamu, kami umat muhammad saw tak dapat menerima umat yg mamuja iblis/syaitan..

    BalasPadam
  16. Ramai orang tidak tahu, selepas PRU12 beberapa pemimpin utama PAS yang ProUlamak seperti Datuk Harun Taib, Mustapha Ali dan Haji Hadi menaiki kapal terbang dari Kuala Terengganu ke Kuala Lumpur.

    Ke mana mereka pergi? Mereka telah pergi ke dua tempat, bertemu Perdana Menteri untuk merundingkan Kerajaan Campuran UMNO-PAS. Pada masa itu perbincangan lebih kepada mekanisme siapa MB Selangor dan Menteri PAS di pusat.

    Tempat kedua, Pesuruhjaya PAS Selangor pula berbincang dengan UMNO Selangor untuk membentuk Kerajaan Campuran UMNO-PAS. Di Perak mereka tidak sempat menemui MB Perak kerana Ngah dan Ngeh lebih awal memintas.

    Runner kepada semua ini sudah tentu YB Nasha, dengan dibantu oleh Datuk Harun Taib dan Datuk Mustapha Ali. Haji Hadi remute control. Jika Nik Aziz bising Haji Hadi akan remute balik supaya slow slow.

    Apakah signifikan cerita di atas?

    Signifikannya ada dua,

    1. Berita Majlis SYura mempertahankan YB Nasharudin menunjukkan ikatan lama kerajaan Perpaduan masih kuat dalam benak dan darah Datuk Harun Taib, Mustapha Ali dan Haji Hadi. Tetapi tidak kepada Mahfuz Omar dan Mat Sabu kerana mereka berdua proDap. YB Nasha terselamat kerana ikatan lama itu. Datuk Harun Taib yang mewakili suara Haji Hadi awal-awal bercakap sebelum Mursyidul Nik Aziz bercakap.

    2. Kedua, keputusan Majlis Syura mempertahankan YB Nasha pasti akan ditentang oleh Nik Aziz yang dipengaruhi geng-geng Erdogan dan ProDAP. Apapun kesannya kini sukar dikawal, di mana kemasukan YB Nasha dalam team DS Najib semakin hampir. Saya sangat yakin, di hujung permainan Haji Hadi dan YB Nasha ialah untuk melihat PAS keluar segera dari kepompong DAP.

    Apabila strategi Haji Hadi dan YB Nasha mengeluarkan PAS dari kepompong DAP berjaya, maka ketika itulah HJ Hadi akan turut menyertai YB Nasha ke dalam team Najib. Diikuti Datuk Harun Taib, Datuk MUstapha, termasuk Ustaz Azhar Idrus.

    Inilah kesukaran yang dihadapi oleh Haji Hadi. Haji Hadi amat berhati-hati dalam hal ini.

    sukar nak pcaya bukan..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Jabatan Agama Islam bila nak siasat akidah TUn Mahathir!! Masihkah Tun Mahathir yakin dgn ALlah swt..sedangkan syaitan/iblis yg dipuja..UMNO sanjung Tun mahathir...Jabatan ASgama Islam pun sama juga..puja syaitan/iblis...Dimalaysia skrg dah ramai pengikut syiah dan pengikut iblis/syaitan..PRU13 tolak pengikut iblis/syaitan

      Padam
    2. Macam tak percaya.UMNO yg diwakili oleh orang melayu beragama Islam dari rupa2 nya pemuja iblis/syaitan..sukar nak percaya tapi inilah kenyataan UMNO ialah pengikut iblis/syaitan

      Padam
    3. umno ugama baru puja iblis/syaitan...macam tak percaya!!!

      Padam
    4. relax...yee kawe nik ajis tu...nanti dia pakat2 baik. tetiba je fatwa kuar..masalah da selesai..

      kan slalu camtu...

      Padam
    5. UMNO mmg selalu camtu..bukan setakat dia sembah iblis/syaitan..umno juga pariah paling bangsat...

      Padam
    6. aku ada 80% confident dlm pas..xkira jika aku kembali atau still outside..

      yg mnjadi masalah besar ialah melayu pkr.. islamnye xjelas..if too islam then get into pas...if too komunis then joint dap..

      jka pas sendirian..pegangan akan kembali merdeka...(islam menang)

      jka pas bentuk gabungan pas-umno (islam jg menang..not bad)

      islam akan kalah teruk jk trus duduk bawak celah ketiak dap...

      anwar trus konsisten utk menobat dap sbg parti no.1 (pegangan)..
      -inilah kunci kemusnahan islam-faktor anwar itu sendiri..

      aku bukan pemuja umno..tp mahu bentuk rupabentuk pakatan islam kita.. menghala ke kaabah bukan negeri China...

      apa yg u.nasha sedang buat ialah pengorbanan maha besar..beliau tahu apa beliau buat dan bukan main2. yg penting islam menang.dan bukan pegangan2 yg lain.

      xboleh tunggu lps pru13 utk menetukan dasar. dap spt jg pap akan tuntut kuasa rakyat yg pakatan dapat. keuntungan jangka pendek islam tidak bermakna jk jangka panjang ISLAM KALAH BESAR!

      Allahuakhbar..
      (hanya sikit je manusia akan paham bahaya senario politik skrg)

      Padam
    7. Kenapa mereka (pemimpin PAS) tak sepakat mengenai perkara ini!. Mereka cukup takut dengan pengaruh ustaz Nasha yg memang terkenal dengan kepintaran dan ilmunya. Sukar melontar perkataan berbaur fitnah dan pembohongan seperti pemimpin PAS lain khususnya Mat Sabu tu, pencacai yg sentiasa beroh jahat, merosakkan imej PAS sebenar. Macamana `Ulama' Mat sabu boleh menang pun tak tahulah..dunia dah nak kiamat kot...

      Padam
    8. pengaruh nasha dlm PAS..setakat buku lali jer bro x jd kudis pun...apa beza hassan ali dgn nasha!!! PAS bertambah kuat bila 2 ekor keldai yg lapar duit ni keluar...jd lah syaitan yg celik...jgn jd syaitan yg bangang!!!relak lah bro!

      Padam
  17. KENYATAAN MEDIA PEMBELA

    PERTUBUHAN MUAFAKAT SEJAHTERA MASYARAKAT MALAYSIA BERSAMA
    PERTUBUHAN-PERTUBUHAN PEMBELA ISLAM (PEMBELA)

    =======================================

    1. PEMBELA mengulangi penegasan bahawa pertubuhan-pertubuhan Islam yang diwakilinya tidak berminat dengan persaingan mendapatkan sokongan melalui politik kepartian. PEMBELA juga tidak terpengaruh dengan sebarang sikap dan tindakan partisan para pemimpin Negara, sama ada di pihak kerajaan ataupun di pihak pembangkang yang ghairah memperjuangkan dasar dan manifesto masing-masing, khususnya di dalam mengemudi kehangatan bahang Pilihanraya Umum ke-13.

    2. Tetapi, PEMBELA tidak akan berdiam diri mahupun berkompromi apabila persoalan kedaulatan Islam disentuh dan dijadikan modal percakaran di kalangan parti-parti politik.

    3. Umat Islam menjadi semakin gusar, khususnya apabila saban hari menyaksikan kebiadaban para pemimpin politik yang secara terang-terangan menghina Islam bukan sahaja disebabkan kejahilan mereka, tetapi provokasi yang disengajakan untuk mendapat publisiti murahan dan meraih keuntungan politik yang bersifat sementara.

    4. PEMBELA bertegas bahawa sikap dan tindakan sebegini adalah sangat tidak bertanggungjawab, kerana melanggar keluhuran Perlembagaan Persekutuan yang meletakkan Islam sebagai agama Negara melalui Perkara 3 (1). Kenyataan-kenyataan yang biadab sebegini harus segera dihentikan dan ditarik semula.

    5. Kedua-dua Yang Berhormat Karpal Singh a/l Ram Singh, selaku Pengerusi DAP dan Yang Berhormat Donald Lim Siang Chai, selaku Pengerusi MCA Negeri Selangor merangkap Timbalan Menteri Kewangan I, serta lain-lain pemimpin politik di setiap lapisan, wajib menghentikan kenyataan-kenyataan yang tidak bertanggungjawab mengenai Islam di Negara ini.

    6. YB Karpal Singh bersungguh-sungguh memperjuangkan konsep Negara sekular dan ini menggambarkan kejahilan beliau yang melampau tentang peranan Islam yang telah membina masyarakat Islam yang baik di Negara ini hatta sejak sebelum Perlembagaan Persekutuan hadir di dalam sejarah penubuhan Negara. Prinsip-prinsip ideal dan sumbangan Islam dalam membina individu Muslim yang baik telah menyumbang kearah pembinaan masyarakat Malaysia yang mantap, sejahtera dan harmoni. Mengapa YB Karpal Singh beria-ia memperjuangkan konsep Negara sekular, yang jelas rapuh, bermasalah dan telah terbukti menghancurkan tamadun lain di dunia, khususnya Negara-negara barat?

    7. Kenyataan YB Donald Lim yang ingin menghalang sebuah Negara Islam pula bersifat pramatang, menghasut serta mencerminkan sikap tidak bertanggungjawab di dalam menjaga sensitiviti terhadap umat Islam yang menjalankan kehidupan beragama mengikut lunas dan ruang lingkup Perlembagaan Persekutuan. Khususnya bagi seseorang yang berstatus menteri kabinet Kerajaan Persekutuan, kenyataan tersebut menggambarkan kejahilan beliau tentang kedudukan Islam sebagai agama Negara, hakikat perlindungan terhadap agama-agama lain dan sumpah Yang DiPertuan Agong bagi memelihara dan mempertahankan kemuliaan Islam yang jelas termaktub pada perkara 37(1), Jadual Keempat Perlembagaan Persekutuan.

    8. Adalah sangat malang bahawa YB Karpal Singh dan YB Donald Lim, mahupun mana-mana pihak yang sealiran dengan mereka membiarkan pemikiran dipengaruhi unsur-unsur stereotaip dan label media-massa musuh-musuh Islam di dalam membuat kenyataan-kenyataan mengenai Islam, yang jelas tidak berwibawa dan berprasangka jahat terhadap Islam. Malah, ramai di kalangan pemimpin Muslim sendiri tidak membantu menjernihkan kekeliruan ini, tetapi sebaliknya menambah-kusut kecelaruan mereka disebabkan sikap prasangka buruk, hasad dengki dan taasub kepartian mahupun individu, lantas membuat kenyataan-kenyataan yang mengesahkan kejahilan mereka tentang kedudukan Islam di Malaysia.

    9. PEMBELA menegaskan kepada para pemimpin politik khususnya, bahawa sebarang pendekatan yang boleh memprejudis kedaulatan agama Islam sebagai agama Negara boleh menghakis prinsip “Kesetiaan kepada Raja Negara” dan prinsip “Keluhuran Perlembagaan” yang menghilangkan kelayakan untuk menyertai proses pemerintahan Negara.

    BalasPadam
  18. Justeru dalam menangani masalah yang timbul dari sikap sebegini, PEMBELA dengan ini:

    1. Bersepakat dengan pertubuhan-pertubuhan Islam untuk membuat aduan polis terhadap kedua-dua YB Karpal Singh dan YB Donald Lim, serta mendesak pihak berkuasa melakukan penyiasatan kenyataan-kenyataan mereka di bawah Akta Hasutan 1948 dan peruntukan undang-undang yang relevan, serta mengambil tindakan-tindakan yang perlu mengikut saluran sedia wujud;

    2. Menyeru agar semua pertubuhan-pertubuhan Islam di Negara ini menyertai PEMBELA dan rakan-rakan pertubuhan Islam lain di dalam menzahirkan kegusaran dan bantahan terhadap sikap tidak bertanggungjawab para pemimpin politik Muslim dan non-Muslim, tidak kira di pihak kerajaan mahupun pembangkang, yang membuat kenyataan-kenyataan jahat dan tidak adil mengenai Islam di Malaysia;

    3. Memohon persefahaman dan kerjasama utuh dengan Majlis-majlis Agama Islam Negeri dalam usaha melaksanakan hasil percambahan fikiran strategik dari masa ke semasa, demi mengurangkan pergeseran di kalangan umat Islam dan mendepani salah faham tanggapan terhadap kedudukan Islam di Negara ini di kalangan Muslim dan non-Muslim;

    4. Menyeru umat Islam terus mengekalkan iktibar dan didikan bulan Ramadhan yang baru sahaja berlalu, di dalam bermunajat kepada Allah SWT supaya diberikan taufiq dan hidayahNya untuk mengukuhkan kesatuan hati dan menghadapi mehnah kecelaruan pemikiran di kalangan masyarakat yang menyebabkan Islam terus-menerus diserang dan diganggu-gugat anasir-anasir daripada kalangan non-Muslim dan Muslim sendiri.

    PEMBELA ingin menegaskan bahawa seruan dan tindakan kami hendaklah dilihat sebagai usaha mengekalkan keharmonian beragama di kalangan masyarakat Malaysia. Dengan menyanggah kenyataan-kenyataan tidak bertanggungjawab para pemimpin politik, PEMBELA sebenarnya mengembalikan citra dan keizzahan jati diri Islam sebagai agama Negara, yang telah dimomokkan dan diganggu-gugat persaingan politik partisan yang tidak bertanggungjawab.

    Sambutan dan iktibar ulang tahun kemerdekaan ke 55 tanahair ini tidak akan bermakna sekiranya kekuatan Islam yang diibaratkan Mahkamah Tinggi sebagai “pohon jati”, dan tidak dipersoalkan sehingga ke Mahkamah Persekutuan, tetapi diremehkan dan diberikan kedudukan yang tidak adil di sisi Perlembagaan Persekutuan yang disanjung seluruh warganegara Malaysia.

    A. Karim Omar
    Setiausaha Agung MUAFAKAT
    Dan
    Hj. Aminuddin Yahya

    Pengerusi PEMBELA

    Pertubuhan-pertubuhan yang bernaung di bawah PEMBELA – Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA), Pertubuhan Muafakat Sejahtera Masyarakat Malaysia (MUAFAKAT), Pertubuhan Jalur Tiga (JATI), Pertubuhan Profesional Muslim dan Ukuwwah Ummah (PROMUSLIM), Persatuan Peguam Muslim Malaysia, Persatuan Belia Islam Nasional (PEMBINA), Institut Kajian Islam dan Strategik (ISSI), Persatuan Ulama Malaysia -Pulau Pinang, Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Institut Pemikiran Tradisional Islam (IPTI)

    Sekretariat PEMBELA
    d/a Pertubuhan Muafakat Sejahtera Masyarakat Malaysia (MUAFAKAT)
    25 Jalan Bandar 3
    Taman Melawati
    53100 Kuala Lumpur

    BalasPadam
  19. Sdra A.Karim Omar,

    Kalau pasal merdeka mereka mahu berkumpul di dua tempat, tetapi pasal agama mampus mereka tak mampu mengerakkan sesiapa utk bersuara!!!Masalah besar adalah kerana parti PAS, PKR dan UMNO tak pernah bersetuju mengenai hal-hal Islam. Nak salahkan siapa?. Nik Aziz sering keluarkan fatwa pelik, Anwar Ibrahim lagilah jauh...jauh...so siapa yg nak harap. mengeluarkan kenyataan seperti dia atas dah tak larat baca dan dengar. Ahli politik (Melayu) hanya nak jaga periok nasi je, mampus mahu berjuang pasal agama.....

    BalasPadam
  20. `JIJIK & KOTOR bILA DENGAR umno bicara tentang Islam..puja iblis & syaitan,nak ajar ttg Islam..khaik tuiiiih..bangsat umno!!'

    Inilah `manusia' yang berfikiran syaitan sebenar yg sentiasa mahu menusnahkan segala-galanya. Berfikiran jumut dan sangat cetek. Dalam dunia ni dia hanya tahu sebut `UMNO dan PAS/PKR' dan segala-galanya berkisar politik je kerana sibuk dengar ceramah politik je. Dengarlah ceramah Dr Ahmad Deedat atau Dr Zakir Naik tu pasal Islam.....atau cuba cari artikel bertajuk ..Disini ramai Muslim tatapi sedikit Islamnya....

    BalasPadam
    Balasan
    1. ..apa nak buat sahabat..PKR saja yg betul..

      Padam
    2. waima apa pun..UMNO parti bangsat..khaik tuiih!!!Dah bersekongkol dgn syaitan nak ajak org p dengar ceramah ttg Islam...
      Akai letak kepala lutut..kalau nak jd syaitan biarlah syaitan yg cerdik..ni jd syaitan kategori bangang..apa barang bro!

      Padam
  21. Betul Sdra, kalau semua org macam tu memang payahlah Melayu bersatu sebab Islam menurutnya hanya milik parti tertentu,SubhanALLAH!!!!Bukan Islam tak mampu menyatukan umat tetapi `manusia' seperti itulah yg mempunyai roh kejumukkan yg sangat terok menyebabkan org Melayu di Malaysia keliru antara agama dan politik. Apa taknya kalau nak masuk Syurga pun kena masuk PAS dulu. Lihat sahajalah gelagat pelakon-pelakon kita tu.....nak cari syiar Islam tetapi masuk parti politik. Maka sibuklah pelakon-pelakon `terjun' dengan labu-labunya (PAS). Walaupun Al-Quraan telah banyak diterjemahkan dalam bahasa Melayu, tetapi masih ramai tak faham tentang Islam. Seharusnya org Melayu/Islam lebih memahami isi kandungan Al-Quraan dengan lebih jelas tetapi kenapa terjadi begini..sebabnya satu sahaja MEREKA terlalu taksub dengan parti politik yg sempit pandangannya terhadap Islam. Kalau betul-betul masuk PAS boleh masuk Syurga kenapa tak jaja ke seluruh dunia, di Bosnia, Pakistan, Kazakstan, Turki, Tajikistan, Italy, USA, China dan semuanya, walaupun mereka tahu yg mereka tak boleh mengundi tetapi kerana syurga mungkin mereka tertarik dan berminat sama. Fikirlah `manusia'....Al-Quraan dan Sunnah adalah petujuk yg benar dan kekal bukan PAS!!!! Ada juga `manusia' seperti ini yg menganggap meraka yg tak sehaluan dengannya dia cop UMNO je...........(sentiasa bersyukur mendapat kerahmatan ALLAH).

    BalasPadam
  22. demokrasi itu musuh islam

    sebab asas demokrasi
    1. terpaksa memburukkan parti org lain
    2. terpaksa 'menjaga' parti sendiri agar dipandang mulia..

    nasib ada 3 parti melayu kat mesia ni
    kalu 10 jadi macam pakistan,india dll brather
    terpaksa berbunuh antara parti2..

    Hari2 di media2 sosial homo2,lesbian2 berkumpul, menyatakan perasaan bersama..

    MUSUH KITA sebenar IALAH 'DEMOKRASI' itu sendiri

    \marilah kita cuba meng ANTI-DEMOKRASI sket...Dlm membina ukhwah sesama muslim (dgn janji jgn sebut sikitpun parti apa kita sokong)

    berjabat tgn erat2..inilah amalan mulia

    POLITIK KEPARTIAN SEBENARNYA MEROSAKKAN !!!

    BalasPadam
  23. Sokong, inilah yg sepatutnya dibuat. kita (Melayu) sebenarnya telah `dipisah' berlandasan kenegerian, bahasa pertuturan, suku kaum tetapi kita disatukan kerana anutan dan peganggan agama dan kestuan negara. Lepas tu kita semacam merelakan `dipisahkan' pulak atas landasan kepartian. kenapa ini terjadi!, kerana wujudnya politik taksub, kesempitan ditambah pula dengan ilmu dunia dan akhirat yg kuraaang.

    BalasPadam
    Balasan
    1. ahli & penyokong maupun yg sewaktu dgn UMNo..hanya satu saja nawaitu perjuangan dlm UMNo..buat duit sebanyak mungkin selagi laku..itu saja..politik apa pula ni..paria punya politik..macamana yg kata UMNO ni bijak sangat ilmnu dunia&akhirat..kalau najib pun standad longkang.yg bawah dari tu..memang patut berkawan dgn syaitan/iblis..bole tumpang ilmu depa sikit...

      Padam
    2. betul sahabat 2.33.. anon atah ni dah termakan nasi kangkang anwar...dgn lendir2 skali.. apa buleh buat..

      dia kata dia bijak, org lain longkang je...kikiki

      rm300juta rakyat tuntut air pree.. haaa.. Mungkir Janji 4.0...diaorg selebrete benda nilah mlm ni..

      hidup pakatan
      hidup pakatan!

      Padam
    3. kenapa tak longkang..ajak manusia cium mulut dgn syaitan..bukan takat longkang..otak umno standad lubang jamban..
      setakat beratur ikut turn nak jilat lebih taiik dipunggung Rosmah..baru bole hidup mewah sikit..hidup umno macam haram jadah!!

      hidup BN!!
      Hidup umno!!

      Padam
    4. org yg penuh benci yg da ditiup2 'hasad' olej saitan2 bertopeng manusia

      Padam
    5. contoh saitan bertopeng manusia berlambak dalam UMNO...dah jenuh tengok!!
      Akhir2 ni saja baru UMNO istihar sokong syaitan/iblis oleh kepala syaitan yg dah tua dalam umno..

      Padam