RADIO KOBAT FM

TERIMA KASIH KERANA ANDA SUDI MENJADI TEMAN KAMI, SILA DAFTAR SEKARANG

Sabtu, 4 Ogos 2012

RAIS JADI BAHAN KETAWA MEMALUKAN ORANG JELEBU

Oleh:  WFAUZDIN NS

SELAKU anak Jolobu, aku merasa simpati juga bercampor sedikit malu apa yang menimpa ke atas Ahli Parlimen Jelebu, Rais anak Yatim.  Nampaknya hayat politik tokoh yang telah "menyambung jambatan yang dibakarnya" dulu sewaktu bersama Semangat 46 bakal berakhir tidak beberapa lama lagi angkara kesilapan beliau "menjilat" Najib.

Tak sompek nak bersilat dah jang oiii.....

Semuanya bermula dengan kisah thema sambutan Hari Kemerdekaan beserta logonya.  Thema "Janji Ditepati" beserta lagu yang penuh melucukan dan meloyakan itu ditambah pula dengan logo yang tiada nilai langsung membuatkan ramai yang beranggapan Rais anak Yatim cuba mensabotaj Najib.  Aku sendiri tidak percaya Rais mahu sabotaj Najib kerana aku lebih percaya Rais akan sentiasa mahu menjilat dan mengampu Najib.  Itu memang perangai dia semenjak dia melutut menyertai Umno semula.

Silapnya Rais anak Yatim adalah beliau tidak membuat `tesis' awal sebelum mencadangkan thema, logo dan lagu sambutan Hari Kemerdekaan tahun ini.  Mungkin beliau sedar, tesisnya dahulu tentang kezaliman Akta ISA pun beliau tidak pakai, apatah lagi beliau mahu membuat tesis tentang Hari Kemerdekaan.  Itu silap beliau.  Justeru itu, thema "Janji Ditepati' kini menjadi bahan lawak rakyat dan mencipta sejarah baru negara apabila beberapa negeri akan menyambut Hari Kemerdekaan tanpa menggunapakai thema murahan idea Rais.

Ini semua memalukan Najib kerana seluruh dunia melihat kelemahan pentadbiran Najib iaitu untuk menetapkan thema sambutan Hari Kemerdekaan pun Najib gagal.  Hakikatnya ini kerja Rais anak Yatim, tetapi bahangnya dapat kepada Najib.  Siapa boleh terangkan apa kaitan 'Janji Ditepati' dengan semangat patriotik menyambut kemerdekaan?  Jangan cerita pasal lagu lagi kerana terang-terang lagu yang dicipta tiada sepatah pun ada perkataan 'Merdeka".  Yang ada adalah BR1M, KR1M dan bla...bla...bla...kemudiannya minta rakyat bersyukur.  Apa bende.....?

Jadi, eloklah Rais anak Yatim direhatkan terus dari politik.  Mungkin faktor usia beliau membuatkan otak beliau sudah tidak boleh berfikir dengan baik lagi.  Zaman untuk mengampu pemimpin Umno releven waktu Umno tengah kuat, tetapi disaat Umno tengah nazak sekarang tiada guna lagi untuk mengampu./wfauzdin.blogspot.com


9 ulasan:

  1. dah bekas bos dia cakap malaysia x pernah kena jajah...org bawahan pun ikut samalah bodoh...tu x sebut langsung merdeka...rais2...berambuslah.

    BalasPadam
  2. bukan kata jelebu je,1 n9 malu bosar di bueknya,den dari dulu mmg meyampoh botul dgn menteri pantun ni.

    BalasPadam
  3. paling den xdopek trimo yolah senikato 'kini masa balas budi'....

    BalasPadam
  4. dari sabah hingga ke perlis
    BN kalah Umno habis
    jelebu rebah hancurlah rais
    PR perintah najib menangis...

    BalasPadam
  5. melayu jilat melayu halall

    melayu jilat dap haha...jilat2 jgn xjilat..

    pantang dap dihina maka keluarlah melayu2 ni... menonggeng dpn dap...siap utk dikudakan...

    nasib ko la..labu..

    BalasPadam
  6. Ada jugak lembu kondo kek sini

    BalasPadam
  7. Ada jugak lembu kondo kek sini

    BalasPadam
  8. Ada jugak lembu kondo kek sini

    BalasPadam
  9. Hahaha.bagus rais.btambah menyampah lah rakyat sabah sarawak ngan tarikh m'sia merdel tu.m'sia merdeka????

    BalasPadam