RADIO KOBAT FM

TERIMA KASIH KERANA ANDA SUDI MENJADI TEMAN KAMI, SILA DAFTAR SEKARANG

Catatan Popular

Khamis, 20 September 2012

KUNJUNGAN TAMRIN GHAFAR DAN KOBAT BAKAL MEMANASKAN PEKAN

Oleh:  WFAUZDIN NS

PEKAN, Pahang terus menjadi kawasan yang semakin hangat dan menjadi tumpuan Pakatan Rakyat bagi menghadapi PRU ke 13 nanti.  Untuk kali ini, Najib tidak boleh merasa selesa jika masih ingin bertanding di Parlimen Pekan walaupun kita maklum di kawasan tersebut `aset' berharga buat Najib adalah undi tentera (undi pos) dan undi di kalangan Orang Asal ditambah dengan undi kaum Kemboja.

Tamrin Ghafar
Pada 23hb Sept ini jam 09.00 malam, di kawasan Pekan akan dikunjungi oleh bekas tokoh Umno, anak kepada bekas TPM, Almarhum Tun Ghafar Baba.  Tamrin Ghafar yang baru sahaja menyertai PAS akan berceramah di Markas PAS Makasar, Pekan.  Pekan dikatakan kubu kuat Umno di Pahang dan pada PRU ke 12 yang lalu, Najib mendapat majoriti lebih dari 20 ribu.  Justeru itu, memang wajar Tamrin Ghafar berkunjung ke Pekan untuk `mentarbiyyah' orang-orang Pekan.

Wakil dari KOBAT (Kor Bekas Angkatan Tentera), saya sendiri, InsyaAllah, akan bersama beliau dan sudah tentunya isu berkaitan hal ehwal tentera dan bekas tentera akan diperkatakan.  Pertamanya, saya akan nyatakan mengapa tentera perlu melakukan perubahan.  Dari pengalaman sewaktu berkhidmat dahulu, kita gagal mendapatkan sokongan warga tentera ini adalah kerana kita tidak serius untuk mendampingi mereka bagi membekalkan maklumat.  Kelemahan lain adalah sikap warga tentera itu sendiri yang tidak peka dan prihatin akan isu-isu semasa yang melibatkan juga kepentingan mereka.

Mewakili KOBAT
Bukan sekadar ceramah, KOBAT juga mempunyai strategi tertentu untuk menyalurkan maklumat kepada warga tentera tanpa memaksa mereka melanggar etika dan peraturan di dalam Angkatan Tentera.  Selaku bekas tentera, saya pastinya memahami sejauh mana dan di tahap mana saya boleh berinteraksi dengan mereka kerana saya tetap menghormati peraturan-peraturan yang ditetapkan untuk warga tentera.

Sehubungan itu, saya menyeru rakan-rakan di kalangan warga tentera dan bekas tentera termasuk pasukan keselamatan yang lain seperti pesara Polis untuk kita bertemu di Pekan pada tarikh tersebut. /wfauzdin.blogspot.com

3 ulasan:

  1. boleh kitaorg tolong bg post tak


    esok lusa punya


    ''PAKU PAYUNG BERSEMPAH ATAS JALAN''


    '' CAT HIJAU KUNING MERAH DISIMBAH..KERJA ORG NAJIB..''


    '' MOTOR ANWAR DIPANCIT TAYAR ''



    '' KUDA ANWAR HILANG LAGI SEKALI...''
    ''


    '' 50,000 menanti anwar dan dap''


    dah tau dah

    .

    BalasPadam
  2. Terbangun dr mimpi... nik aziz berucap di Pekan.....


    '' ....ha.. Nge Kor Ham tu bermaksud..errr '' Kita tak patut hina agama org lain.''..pihak media umno menyalahtafsirkan kenyataan beliau...''Nge Kok Ham tu kwn hambo...hambo tau la maksud sebenarnyo weii..''

    Anwar yg berucap di Pekan hari pun berkata dap cina tak pun bermaksud begitu...media umno telah memutar belitkan kenyataan beliau..'' kata anwar berucap didepan 100ribu kaum cina disini, Pekan Pahang..

    Dlm pada itu ketua AMK berjaya menjumpai sebuah paku payung dlm beg tangan milik Anwar..beliau bersama 7ribu penduduk kampung Najib..akan membuat laporan polis ptg nanti..

    dlm pada itu dlm kejadian berasingan... kubur penduduk bernama antutuya berjaya ditemui di Pekan Pahang..

    Prof Mamphus berkata kejadian ini sungguh pelik..secara tiba2 kubur tersebut muncul disaat2 kedatangan DSAI ke Pekan..

    sekian.. Kapal Sink melaporkan dr tempat kejadian... ''Harapkan Pagar Pagar makan Padi..Harapkan Pas..Pas kata NgeKokHarm itu Berani..''
    .

    BalasPadam
  3. Pahlawan melayu yg sebenar ialah yg tak minum 100 plus. Hanya minum air suam.

    BalasPadam