RADIO KOBAT FM

TERIMA KASIH KERANA ANDA SUDI MENJADI TEMAN KAMI, SILA DAFTAR SEKARANG

Catatan Popular

Jumaat, 28 Mac 2014

WAN AZIZAH TUNJUK JALAN SEBAGAI AHLI POLITIK KEPADA TS KHALID

MESKIPUN seorang wanita, Adun Kajang yang baru DS Wan Azizah nampaknya lebih pantas bertindak berbanding dengan beberapa Adun lelaki bagi merealisasikan manifestonya sewaktu berkempen PRK Dun Kajang baru-baru ini.

Masalah trafik di Kajang merupakan masalah besar yang sering menjadi rungutan penduduk Kajang.  Tidak menunggu masa lama, tidak perlu menanti berada di Dun Selangor beberapa hari, Presiden PKR ini telah mula bekerja untuk rakyat.  Ertinya, silap besar mereka yang beranggapan PRK Dun Kajang tidak membawa erti apa-apa kepada penduduk Kajang.

Kerajaan Selangor merancang untuk menyediakan bas pengantara (feeder bus) sebagai alternatif menaik taraf sistem pengangkutan awam bagi mengelakkan kesesakan trafik di Kajang.  DS Wan Azizah Wan Ismail berkata, projek khas itu sebagai penyelesaian masalah trafik yang dijangka akan meningkat ekoran pembinaan stesyen Aliran Transit Massa (MRT) di Kajang.   “Antara masalah apabila MRT ini siap nanti, tiada penghubung khas untuk penduduk ke stesyen itu.   “Untuk mengelakkan kesesakan bertambah teruk, terutama pada waktu pagi dan petang, kita buat satu sistem pengangkutan awam iaitu sistem pengangkutan baru (feeder system). Sistem ini ke arah menyelesaikan masalah trafik,” katanya kepada media, hari ini.
 
Aku berharap MB Selangor TS Khalid akan dapat mencontohi usaha DS Wan Azizah yang lebih prihatin dengan rungutan rakyat akar umbi tanpa perlu 'berkira' atau asyik 'menabung' semata-mata.  Simpanan wang ringgit rakyat Selangor mestilah dibelanjakan untuk rakyat.  Pimpinan yang baik bukan saja tidak rasuah atau berintegriti, tetapi mesra rakyat dan tahu apa yang rakyat perlukan.  Siapa boleh nafikan Selangor di bawah TS Khalid memang memiliki simpanan wang yang banyak berbanding di zaman Umno dahulu, tetapi tiada siapa juga boleh menafikan terdapat beberapa masalah walaupun kelihatan kecil seperti jalan rosak, longkang tersumbat, sampah yang tidak dipungut dan beberapa masalah lain menjadikan rakyat merasa pelik ke mana wang yang banyak itu mahu digunakan.
 
TS Khalid diharapkan berubah dari seorang "korporat' kepada seorang pemimpin politik yang berjiwa rakyat.  Kita tidak mahu beliau menjadi seorang 'Korporat' sepertimana juga kita tidak mahu beliau menjadi seorang 'politiking' yang melampau dan bersikap kronisme.  Kita mahu beliau menjadi pemimpin politik berjiwa rakyat.
 
Jika beliau tidak berupaya menjadi seperti yang diharapkan, maka eloklah beliau tidak menjadi MB Selangor.  Harus diingat, Selangor bukan sebuah Syarikat.  Selangor juga bukan untuk PKR, PAS mahu pun DAP semata-mata.  Selangor milik rakyat Selangor, dan TS Khalid adalah ahli politik yang naik atas kuasa politik, maka tidak wajar ketepikan sama sekali mana-mana parti politik yang menaikkannya di samping tidak abaikan kepentingan rakyat keseluruhannya.

21 ulasan:

  1. Apa sebenarnya kisah Bank Islam dan Menteri Besar Koporat? Ada oencerahan terbaru?

    BalasPadam
  2. syabas wawi ! moga selangor aman & sejahtera tanpa perasuah & penyangak macam toyol ! ABU !

    BalasPadam
  3. Hahaha. ..zombies

    BalasPadam
  4. Hello bro,
    Takkan longkang sumbat mb nak turun. Adun dan ahli majlis buat apa? Makan gaji buta ke? Atau sibuk pikir nak jatuhkan org lain....

    BalasPadam
  5. Kepada tanpa nama 28 Mac 2014 11:01 PG...

    MB tetap bertanggungjawap ke atas negerinya walaupun dia sudah sub kan tanggungjawap tersebut kepada orang lain...

    Pernahkah mendengar kisah Umar Ibnu al-Khattab memikul guni gandum di malam hari...

    Sedangkan beliau ketika itu menjadi orang nombor satu dalam kerajaan Islam di Madinah al-Munawwarah!

    BalasPadam
    Balasan
    1. Saidina umar pikul ganddum kawasan mana? Mesir? Jordan? Mekah? Atau kawasan dia saja? Adun2 yg dah dilantik buat apa? Gaji buta?

      Padam
  6. Itu yg kami heran...puak2 PKR ni takde keje lain ke. Asyik nk memburuk dan memfitnah dan menjatuh kan orang aje keje kamu.
    Takpe. ..kita tgk nnt bala Allah jatuhkan kpd kalian.

    BalasPadam
  7. Sorang dh terima bala azab dunia dah..jd penduduk tetap 5 thn di kajang

    BalasPadam
  8. Aku nk ketawa bila baca so-call tindakan pantas Azizah mengenai trafik diKajang spt yg dinyatakan diatas. Kak jijah tak tau ke pembangunan MRT dibandar tersebut dirancang dlm satu projek mega Economic Transformation Policy, , Klang Valley Intergrated Traffic system, berserta sistem penyuraian tragik, transit and feeder system dll yg di rancang lebih 5 thn dulu dan skrg ni dlm pembangunan dan implementasi.

    Kak jijah baru nk kecoh nk buat itu ini...

    Itupun pecacai dah bersorak taktau rancangan tersebut sedang dijalankn oleh BARISAN NASIONAL.

    Tgk la nnt...bila dh siap ada yg mengaku itu initiative dia tanpa rasa malu.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tak bole salahkn jijah...mana dia tau semua tu...laki dia tunggang langgang selera besaq. ..ank pulak tunggang langgang cerai berai..

      Padam
  9. sdr admin tolong ambil perhatian. sudah beberapa kali saya dikejutkan dgn bunyi dari siaran radio blog sdr yg datang tiba-tiba sedang saya asyik membaca blog atau sedang melayari website lain. tolong matikan siaran radio atau turunkan habis volume agar tidak membuat kejutan. bayangkan kalau ada pembaca blog yg mengidap sakit jantung. apakah tuan punya blog mahu bertanggungjawab kalau berlaku serangan jantung akibat bunyi yg tiba-tiba membuat kejutan? saya pasti ramai pembaca lain yg mengalami nasib yg sama. termia kasih.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Apa susah...kalau ada yg mati...kita salahkn umnoBN je...elehhh mcm tak biasa.. kihkih

      Padam
  10. Itu pun kecuh ke beb...aku selalu follow ini blog...pasal bunyi radio tu korang sendirk boleh tutup kat volume tu...takkan itu pun korang nk suruh admin buatkan...adoii

    BalasPadam
    Balasan
    1. Apa nk heran...pecacai mmg byk yg lembab. ..tu sbb senang kena kencing
      Kikihkih

      Padam
  11. betul tu saudara sbenar itu lah yg menjadi rungutan pendudk selamgor skarang ni. Kami sayang kan PR utk perintah Selangor tpi disbbkan sikap Tan Sri Khalid yg agak liat utk salurkan peruntukan pembangunan maka percaya lah pru akan dtg PR akan tumbang> sekiranya sikap beliau tidak berubah. ingat rakyt selangor ni berani buat perubahan

    BalasPadam
  12. Tu la pasal...mcm mana nk perintah negara. .satu negeri ni pun dh bertelagah.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Yg tokong penang pulak dah naik tocang. Kelantan jugak yg best.

      Pas dgn umno join la...kasi terajang dap dgn pkr keluar

      Padam
    2. Setuju.. !! Bak sirih pulang keganggang. ..!

      Padam
  13. Boleh tak sesapa yg kenal wartawan Peranchis pompuan tu hari utk inteview Wan Azizah dan tanya....are u married to Anwar Ibrahim?

    BalasPadam
  14. woi semua hendak...ADUN nak, MP nak, MB nak chairman nak...Timbalan Presiden pun nak...apa punya tamak la jawa ni....

    BalasPadam
  15. Anwar Ibrahim bukan jawa la ngok...dia keturunan malberi kawin dgn cina muaalaf.

    BalasPadam