RADIO KOBAT FM

TERIMA KASIH KERANA ANDA SUDI MENJADI TEMAN KAMI, SILA DAFTAR SEKARANG

Catatan Popular

Isnin, 28 April 2014

BERSYUKUR KERANA ANWAR EJEN AMERIKA MAKA OBAMA DATANG KE SINI

OLEH kerana Anwar ejen Amerika, maka Obama dijemput dan diraikan di Malaysia.  Anwar ejen Amerika, maka Obama tidak perlu berjumpa Anwar di sini.  Bukti Anwar ejen Amerika, maka Najib dan Obama pun ber'selfie' dengan intimnya.  

Itulah hebatnya Anwar.  Kerana Anwar, Obama datang ke negara ini dan mencipta sejarah.  Mulut Obama dan Najib menyebut nama Anwar di dalam tempoh lawatan pemimpin dunia ini.  Mereka kata Anwar sudah tidak ada pengaruh lagi, tetapi bibir kedua-duanya terpacul sebut nama Anwar.  
 

Obama kata dia tidak berjumpa Anwar bukan bererti dia mengabaikan kisah Anwar.  Aku tak peduli samada Obama abai atau tidak tentang nasib Anwar kerana yang akan mengangkat dan membela nasib Anwar adalah rakyat 52% di negara ini.  Jika Obama kutuk Anwar pun, siapa peduli?  Jika Obama jumpa Anwar pun, korang ingat Najib akan letak jawatan?  
 
 
PM Korea letak jawatan hanya kerana feri karam.  Bukan PM Korea yang bawa feri itu, tetapi kerana ada maruah dan sikap bertanggungjawab maka beliau letak jawatan.  Sebab itu lah Korea jauh lebih maju dari negara ini.  Korea mengikuti langkah Jepun yang juga negara maju kerana pemimpin mereka ada maruah dan kredibiliti.  Di negara ini, usah dibilang feri karam.  Usah dikira bas terbalik.  Usah bicara berapa banyak bangunan dan stadium runtuh.  Jangan hitung soal duit negara hilang dan dibazirkan.  Pesawat sampai hilang pun, peduli apa mereka?  Mahu letak jawatan?  Silap besar lah....ini bukan Jepun.  Ini bukan Korea.  Ini negara BRIM yang boleh setel semua masalah dengan BRIM saja.
 
Malu juga kita dengan rakyat Korea dan Jepun.  Tapi apakan daya sudah suratan kita begitu.  Bila gamaknya kita boleh miliki pemimpin seperti Korea dan Jepun?  Selagi parti "Keris Telanjang tak bersarung" atau "Dacing Baghdad" itu berada di Putrajaya, usah bermimpi lah.   Usahkan mahu letak jawatan tinggi, puak-puak ni letak jawatan Ketua Cawangan pun amat payah.

9 ulasan:

  1. Pemimpin Korea dan Jepun bukan beragama Islam tapi punyai prinsip yang berteraskan Islam iaitu AMANAH. Pemimpin Malaysia beragama Islam tapi berpegang pada prinsip HARAMJADAH.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul. Pemimpin BN dan PM harus mencontohi DSAI. Lihat bagaimana DSAI segera meletak jawatan sebelum Tun Mahathir sempat memecat beliau apabila aktiviti dan kegemaran songsang DSAI terbongkar.

      Padam
    2. OLEH kerana Anwar ejen Amerika, maka Obama dijemput dan diraikan di Malaysia. Anwar ejen Amerika, maka Obama tidak perlu berjumpa Anwar di sini. Bukti Anwar ejen Amerika, maka Najib dan Obama pun ber'selfie' dengan intimnya.

      Padam
    3. Setuju ..anwar mmg ejen amerika yahudi..

      Padam
  2. itulah, masa tentera jepun jajah malaya dulu kita halau mereka. sekarang apa dah jadi. alangkah baiknya kalau negara ini sebahagian dari tanah jajahan matahari terbit itu.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tgk cara ko menyampuk & hujah tak relevant mmg sah ko ni puak Pro-liwat yg kurang berpelajaran. Kikikik

      Padam
  3. Hebatlah Mahathir kerana begitu maksum sekali...
    sama dgn puak2 um....no yg sgt warak tu

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ahli umno tak de warak sgt pun. Tp setahu aku takde yg main jubo.

      Padam
  4. Macai...
    M: Mempercayai
    A: Apasaja
    C: Cakap
    A: Anwar
    I: Ibrahim

    BalasPadam