RADIO KOBAT FM

TERIMA KASIH KERANA ANDA SUDI MENJADI TEMAN KAMI, SILA DAFTAR SEKARANG

Ahad, 17 Ogos 2014

AZIZAH ATAU AZMIN ? PILIHLAH YANG KURANG MUDHARAT

AZIZAH atau Azmin?  Siapa yang sepatutnya berada di takhta MB Selangor?  Kemelut ini berterusan apabila sahih TSKI gugur sebagai MB Selangor kerana tiada majoriti sokongan di dalam Dun.  Penyokong Azizah dan Azmin kelihatan bersatu untuk gugurkan TSKI kerana itu adalah kehendak parti, bukan kehendak Anwar.

Kini, PAS pula berpegang kepada prinsip dan persefahaman PR bahawa Kerusi MB Selangor adalah hak PKR, begitu juga dengan DAP.  Jika itu Kerusi PKR, memang PKR punyai hak untuk tentukan siapa pengisinya tetapi amat kurang adab jika PKR membelakangkan pandangan dan pendapat rakan-rakan di dalam PR.  Justeru itu, Mesyuarat Majlis Presiden PR diadakan sebagai tanda isu MB Selangor harus disepakati bersama.

Datin Seri Wan Azizah - Bakal MB Selangor?
PAS pada awalnya hanya membuat keputusan melalui Majlis Syura bahawa PAS menyokong TSKI sebagai MB Selangor.  Itu keputusan sebelum TSKI dipecat dari PKR.  Selepas dipecat, Majlis Syura belum membuat sebarang mesyuarat melainkan kenyataan bahawa PAS masih berpegang kepada keputusan Majlis Syura, iaitu sokong TSKI.  Ertikata lain, Majlis Syura menyokong calon Bebas sekarang.  Tiada langsung keputusan dari Majlis Syura bahawa PAS menyokong penurunan jawatan TSKI dan PAS menolak Azizah.  Mungkin di dalam perkembangan terkini iaitu TSKI telah dipecat dari PKR, PAS hanya akan tentukan keputusan baru pada Mesyuarat AJK PAS Pusat pada hari ini (17 Ogos).  

Bolehlah turun perlahan-lahan...
Mesyuarat Lajnah PAS Pusat kelmarin baru kita dimaklumkan bahawa PAS telah menolak Azizah sebagai calon MB.  PKR diminta mencari calon lain dan PAS juga dijangka akan mengumumkan calon cadangan dari PAS walaupun itu hak PKR yang pilih.  Tidak mengapa, memang PAS ada hak cadangkan calon-calon yang mereka rasa terbaik pada pandangan PAS.

Azmin Ali - Ada harapan?
Buat PKR, tidak salah jika PKR adakan mesyuarat semula untuk mengkaji baik dan buruknya jika Azizah terus dipertahankan.  PAS dah sebut, isunya bukan wanita.  Ada isu lain.  Aku rasa PAS tidak sokong Azizah kerana Azizah isteri Anwar.  Mungkin PAS rasa amat sukar mahu hilangkan persepsi rakyat marhaen di bawah yang akan bertanya, "Mengapa Azizah?".  Tiada calon lain kah?  Itulah sebabnya aku fikir PAS tidak setuju Azizah bukannya soal wanita atau tidak layak.  Azizah seorang doktor perubatan yang menjadi pelajar terbaik sewaktu di Universiti, pernah diuji dengan berat di era reformasi, pernah menjadi Ketua Pembangkang dan kini Presiden PKR.  Dari segi kelayakan memang sudah dari mencukupi untuk menjadi seorang MB.  Tidak lain sebabnya Azizah adalah isteri Anwar.  Itu saja angapan aku apa yang PAS fikirkan.

Jangan salahkan PAS jika parti itu berfikiran begitu kerana memang ada asasnya.  Namun, PKR tidak boleh terus terima pendapat PAS.  PKR mesti ada pendapat sendiri dan hujah sendiri samada bersetuju atau tidak.  Seandainya memilih Azizah boleh mengendurkan krisis di antara penyokong Azmin dan TSKI yang masih di dalam parti, apa salahnya Azizah dikekalkan?  Jika parti berpandangan melantik Azmin yang kini menjadi Pengerusi MPN Selangor lebih praktikal dan krisis penyokong Azmin dan TSKI dilihat tidak lagi hebat seperti dulu setelah TSKI dipecat, maka Azmin juga boleh ditimbangkan.  

Seandainya Azizah dipilih, aku lebih suka Azizah dihadkan masa untuk mengemudi Selangor.  Azizah boleh jadi MB sementara kendurkan dulu krisis penyokong Azmin dan TSKI.  Selepas itu Azizah boleh berundur apabila semuanya stabil.  Jika Azmin pula dipilih, Azmin perlu diberikan syarat bahawa beliau tidak boleh melakukan perangai seperti TSKI.  

Kesimpulannya, PKR perlu membuat keputusan sendiri berdasarkan keyakinan sendiri bahawa sesiapa yang dilantik sebagai MB Selangor mestilah yang terbaik untuk rakyat Selangor.  Pilihlah yang kurang mudharat. 

 

10 ulasan:

  1. Setuju 100%. Posting yang adil utk semua pihak. Sekarang terlalu banyak blogger menulis ikut sedap mulut.

    BalasPadam
  2. Dengan Nama Allah SWT
    Asal Bukan Umno. DS Anwar Ibrahim dulu di lahirkan oleh intelek Umno bila di pecat oleh Che Det mula goyang satu malaysia. Dah di beri kepercayaan oleh rakyat dan di sanjung sana sini . Bila DSAI dah ada kedudukkan mulalah pecat TSKI ( MB Selangor) bagaikan tiru cara bossnya dulu mungkin darah daging DSAI dah tak boleh di cuci atau di sertu kerana dah terlalu banyak makan makanan dari UMNO. Yang sedihnya kebanyakkan blogger blogger upahan PKR termasuk blogger WFAUZDIN kerap cerca dan memperlekehkan PAS . Bagaikan PAS buruk dan leceh di mata WFAUZDIN

    BalasPadam
  3. Tuan haji Jamaludin,Dalam menulis mempertikaikan Wfauzdin kerana memperlekehkan dan mencerca Pas tapi tuan haji terlupa sambil hati tu sakit tentang Wfauzdin tuan haji memcaci Anwar pulak.Inikah sikap dan perangai seorang haji?Nak kata kepada orang tu fikirlah dulu.Wafuzdin menulis menegnai dalam keadaan isu sekarang,tuan haji jangan terlalu taksub sangat pada peminpin,perkara yang benar kita sokong tapi perkara yang menyusahkan kawan kita jangan sokong,saya ni pun pengikut Pas yang setia juga,tapi tidak menyokong membabi buta.Allah beri kita akal untuk menilai .Gunakan otak tuan haji jangan guna kepalalutut.

    BalasPadam
  4. Pilihlah kak wan untol urusa.n businessSelangor yang jaadi pemimpin tu P M.

    BalasPadam
  5. AZIZAH atau Azmin? Siapa yang sepatutnya berada di takhta MB Selangor? Kemelut ini berterusan apabila sahih TSKI gugur sebagai MB Selangor kerana tiada majoriti sokongan di dalam Dun. Penyokong Azizah dan Azmin kelihatan bersatu untuk gugurkan TSKI kerana itu adalah kehendak parti, bukan kehendak Anwar.

    HEHE.. BUKAN KEHENDAK ANWAR YER? YE LAH TU..KALAU DAH FANATIK SGT DGN ANWAR NAK BUAT MCM MANA... SILALAH TERUS MENERUS TAKSUB KPD ANWAR. TSKI TETAP MB SELANGOR YG TERBAIK PERNAH DILAHIRKAN. TAKDE DUA NYA....

    BalasPadam
  6. PAS tidak bersetuju TSKI dilucutkan jawatan bergantung hanya semata mata tuduhan serupa PAS tidak bersetujuan DSAI dituduh bermacam dan tidak mendapat pembelaan. Bagaimana sebuah parti islam boleh mengambil keputusan atas dasar syak wasangka. PAS juga perlu menghurmati Sultan dalam perkara perkara yang tidak boleh didedahkan kepada umum, kerana Sultan juga sebahagian daripada kerajaan. Apabila PKR memecat TSKI, beliau bukan lagi ahli PKR dan tidak lagi menjadi ADUN PAKATAN. Pas tidak menyokong TSKI kekal sebagai MB bukan atas dasar pertama tadi tapi atas dasar perundangan. Isu kerjasama dalam Pakatan dan Isu TSKI mempunyai dua sudut yang berbeza. Satu dari sudut dosa dan pahala dan satu lagi dari sudut kerjasama politik. PAS bukan parti autokratik dan jumud, Suara presiden bukan jadi kata pemutus. Suara syura yang jadi kata pemutus. Masalah dedah mendedah, londeh melondeh, ini kerja orang yaang tidak beriman. Pas tidak perlu dipengaruhi olih orang jahil dalam membuat keputusan, Bagi PAS perkara pertukaran MB buakanlah satu masalah yang melanda tapi ia adalah masalah yang dicipta. Sepatutnya yang mencipta masalah berfikir dahulu sebelum bertindak, berbincang dan sama sama mengambil kata sepakat. Yang nampak bersalah adalah PAS, sepatutnya PAS boleh senang lenang tapi malang diheret dalam isu ini dan tak semena mena apabila presiden menyatakan perkara agama, presiden PAS dimaki hamun, dituduh lembab dan sebagainya. DSAI dan kuncu kuncu nya dilihat HERO, malah ada ADUN PAS mengambil tindakan sediri tanpa menunggu Keputusan Mesyuarat PAS. Diharapkan cadangan meletakkan 2 orang calon dipertujuan dalam mesyuarat tergempar PKR. Jika sekira nya PKR bertegas hendakkan DSWAI juga dengan meminggirkan AZMIN maka kita perlu persoalkan kenapa DSAI mahukan sangat DSWAI sedangkan telah dimaklum nama DSWAI akan ditolak oleh sultan. Adakah ini perancangan DSAI untuk menyerah Selangor kepada BN dan merealisasikan rancangan Konsensus National bersama Dato Najib. Dalam keadaan sekarang kalau TSKI bubar DUN, Kemenangan dipihak BN amatlah cerah. Dalam politik jangan percaya sampai dalam perut. 99 % penasehat sultan adalah orang UMNO, Siapa tahu perancangan DSAI, DSWAI, TSKI, DS Najib, UMNO dan pihak istana ingin mengambil Selangor. Usia DSAI semakin lanjut. Mustahil DSAI rela menghabiskan usianya 5 -6 tahun lagi didalam penjara disamping cita cita politik masih belum tercapai. DS Najib mempunyai masalah untuk terus memimpin. Sekarang mereka berdua mempunyai common enemy iaitu Dr. Mahathir dan puak puaknya yang sentiasa mempastikan DSAI tidak punya peluang dalam politiknya dan juga mahukan DS Najib turun dari menjadi PM kerana kepentingan harta dan jawatan anak anaknya.
    disamping untuk menghalang kesalahan dan penyelwengan nya semasa menjadi PM akan dibingkar. Kita tunggu dan lihat. Cuma bacaan politik kita biar lebih, banyak buat hipothesis.

    BalasPadam
  7. Takde Salahnya jika DSWA diangkat menjadi MB..tidak timbul soal DSWA isteri anwar...isunya untuk melantik seseorang menjadi MB dia perlulah menjadi ADUN terlebih dahulu dan terbukti DSWA telah menang kerusi dikajang dan menjadi ADUN kajang

    Jika alasan PAS menolak DSWA kerana bimbang persepsi rakyat..,harus diingat sejak diumumkan 'Langkah Kajang'semua orang tahu bahawa agenda 'Langkah Kajang' adalah untuk menukar MB, Sebaik DSAI dinafikan hak bertanding dan digantikan dengan DSWA,semua orang termasuk pengundi di kajang sudah menjangkakan bahawa DSWA akan diangkat menjadi penganti MB..Isunya disini jika rakyat tidak bersetuju mana mungkin DSWA akan menang dikerusi kajang,maka kebimbangan PAS sama sekali tidak relevan...harus diingat DSWA telah melalui proses demokrasi jadi tidak timbul soal nepotisme kerana majoriti sebulat suara memilih DSWA,jgn dipeduli apa yang akan Umno kata...dah memang lumrah parti lawan akan sentiasa menghentam tindakan kita...mana pernah dalam sedjarah UMNO ikhlas memuji kita...jadi pedulikan

    Begitu juga kedudukan DSWA sbg presiden, ianya telah mendapat sokongan majoriti walaupun DSWA menang tanpa bertanding,tiada apa yang nak diherankan sedangkan HJ Hadi dan Najib juga menang tanpa bertanding

    Isunya ialah MB yang akan dipilih hendaklah seseorang yang mampu membawa aspirasi rakyat dan tidak lari dari hala tuju PR dan boleh diterima oleh setiap lapisan masyarakat dan juga komponen PR...hanya segelintir dalam PAS shj yang menentang

    DSWA adalah susuk yang dikira sesuai pada waktu ini .untuk meredakan ketegangan dua kumpulan iaitu kumpulan Azmin dan kumpulan TSKI...
    Isunya sokongan majoriti dah terarah kepada DSWA jadi tidak timbul soal sultan berkenan atau tidak..suara majoriti adalah suara keramat.

    BalasPadam
  8. woii pak aji...tang mana blogger hina PAS? cuba hang bagitau aku? hang hina Anwar aku tengok ada lah..

    BalasPadam
  9. Satu posting terbaik untuk renungan semua pihak. Bagi DSWA dan YB sdr. Azmin jadikanlah posting ini sebagai sebahagian panduan buat anda apabila mentadbir nanti.

    BalasPadam
  10. Kelakar betul rakyat Selangor ni...
    Yg mengundi org Selangor, tp yg diundi plak, org bukan Selangor...
    Lantak kome ler....
    Apa pun, Southern Tiger terbaik utk Piala Malaysia 2014 ni... hahaha

    BalasPadam