RADIO KOBAT FM

TERIMA KASIH KERANA ANDA SUDI MENJADI TEMAN KAMI, SILA DAFTAR SEKARANG

Khamis, 22 Januari 2015

ADUN PAS DARI TG LUMPUR, KUANTAN - YB USTAZ ROSLI YANG AKU KAGUMI

TIDAK semua dapat mewarisi kepimpinan Ulamak sekaligus kepimpinan politik daripada Tok Guru Nik Aziz, Muryidul Am PAS.  Semoga Allah lanjutkan usia Tok Guru dan anugerahkan kesihatan yang baik kepada Murabbi ini kerana kita masih memerlukan kepimpinannya dan masih ramai di kalangan kepimpinan yang mahu melihat contoh dan teladan kebijaksanaan beliau berpolitik.

Menyampaikan kuliah hampir setiap malam
Di Pahang, aku amat menghormati Adun Tg Lumpur, Kuantan dari PAS yang juga seorang Ulamak tetapi lebih dikenali sebagai Ustaz, mungkin itulah gelaran yang popular sejak beliau dari muda lagi berjuang di dalam PAS.  YB Ustaz Rosli Abdul Jabbar, Adun Tg Lumpur amat disenangi oleh rakyat di kawasan beliau tidak kira latar belakang dan kaum.  Memang diakui, di dalam PRU 13 yang lalu kemenangan Ustaz Rosli banyak dibantu oleh undi kaum Cina di beberapa kawasan.  Ini membuktikan kaum Cina tidak segan silu jauh sekali dari takut melihat batang tubuh Ustaz yang sering berserban ini.

Ceramahnya dengan bahasa yang mudah dan berisi mirip cara Tok Guru Nik Aziz
PAS Pahang amat bertuah memiliki YB seperti ini.  Beliau amat bijak di dalam perjalanan politiknya dan berjaya merealisasikan cara dakwah yang penuh hikmah tetapi amat berkesan.  Aku anggap Ustaz Rosli telah sedikit sebanyak dapat mewarisi kepimpinan Tok Guru Nik Aziz.  Beliau adalah seorang yang komited terhadap perjuangan dan dasar PAS.  Tiada siapa pernah mengecop Ustaz Rosli sebagai puak UG walaupun semua tahu beliau seorang penyanjung kepimpinan Ulamak.  Harus diingat, menyanjung kepimpinan Ulamak bukan dari kategori UG.  Sebab itu aku sering katakan bahawa UG tiada kaitan dengan kepimpinan Ulamak yang sememangnya perlu ada pada PAS sebuah parti Islam.

Bukan saja Alim dalam soal ugama, tetapi 'Ulamak memasak" juga


Bukan saja rajin ke Masjid dan surau, tetapi rajin turun ke akar umbi kerana tugasnya dianggap juga sebagai ibadah

YB Ustaz Rosli tegas dengan dasar-dasar PAS dan beliau telah buktikan beliau adalah penyanjung kepimpinan Ulamak.  Beliau juga tidak pernah pamirkan kebencian kepada sesiapa yang berbeza pendapat dan pandangan dengannya.  Beliau tidak menghentam rakan-rakan di dalam PR kerana prinsipnya seperti yang beliau pernah tulis di dalam bukunya  "Aku dan PAS", musuhnya adalah Umno dan sekutunya.  Prinsip ini sama seperti prinsip Tok Guru Nik Aziz selagi Umno kekal sebagai parti yang menolak Islam dan tidak berlaku adil kepada rakyat.  

Oleh kerana kebijaksanaan beliau berdakwah dan berpolitik, beliau tidak dicemuh sebagai UG atau Ulamak jumud walaupun beliau menyokong penuh kepimpinan Ulamak.  Menyokong kepimpinan Ulamak bukan bererti beliau menolak pemimpin profesional di dalam PAS.  Sikap yang beliau tunjukkan menjadikan beliau dihormati kawan dan lawan.  

Alangkah bertuahnya jika PAS memiliki lebih ramai lagi Ulamak sedemikian rupa yang tegas dengan prinsip dan kenal musuh sebenar.  


16 ulasan:

  1. Hari hari terakhir adun dan wakil Parlimen dari PAS yang menangi kerusi dengan bantuan orang bukan Islam. Dasar PAS khasnya Hadi dan gulungan ulama sudah tidak berkawan lagi dengan Pakatan. Jadinya wakil2 saperti Ust.Rosli Jabbar kenalah buat keputusan dari sekarang, kemana arah beliau dalam PRU 14.

    BalasPadam
  2. din........cover line nampak ! bukti gred A tentang Pas berUG dgn umno telah didedahkan ...........sila rujuk blog sakmongkol AK 47 dan mountdweller @ Rottweiler........syabas macai PKR the spinner

    BalasPadam
  3. Assalamualaikum admin,
    Posting yang membanggakan penyokong dan pengikut PAS. Ustaz Rosli mempamerkan diri-ciri yang perlu ada pada seorang pemimpin dan patut dicontohi oleh semua pemimpin Islam termasuk juga PKR.
    Alangkah bertuahnya PR kalau semua pemimpin macam YB Ustaz Rosli.

    Saudara admin,
    Boleh jelaskan apa maksud saudara " Harus diingat, penyanjung Ulamak bukan dari kategori UG ".
    Saya tak berapa faham boleh tolong bagi pencerahan?
    UG ni apa mende? UG dengan siapa? UMNO + PKR ke?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Org yg tak faham ni yg mudah termakan fitnah dan mainan spin puak PKR

      Padam
  4. Din.......Anwar dah boleh masuk TV....TV3 pulak tuuuu.....happy Din....ko tak happy ke..????

    BalasPadam
  5. Tentulah happy,takkan muka puak mu aja msk TV,ko marah ke..?

    BalasPadam
    Balasan
    1. bukan ada ajenda perpaduang ke?

      Padam
  6. Halal ber UG kalau datang dari anwar. Yang lain tidak boleh sama sekali. Beruk2 PKR jenis hidup membodek apa bos dia buat semua jadi boleh. Apa- apa bos dia tak setuju dia pun sama tak setuju. Tak perlu guna dalil. Tak perlu guna Quran atau hadis lagi.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Dasar otak beku puak UG yang perasan ula mak. Masuk TV hentam UMNO BN apa pulak jadi masalah. Ostad ularmak masuk TV hentam rakan sendiri tu yang jadi masalah. Jap, nak tanya jap...duit derma bina tahfiz tu guna kat mana...tak nampak dan tak siap-siap tahfiznya. Bhai.

      Padam
    2. ek eleh!

      baru derma "sehengget" bunyiknya macam dah derma "sejota"...

      ada hati gak nak tanya dah siap ke belum...

      agak-agak la bhai...

      lain la kalu hang derma "sejota", memang tak patut bina bangunan tahfiz tak siap-siap!

      Padam
  7. apa nak jadi, apa jadi .........beruk pkr dah masuk tv...........apa nak jadi, apa nak jadi........putar alam PKR dah tak menjadi.............apa nak jadi, apa nak jadi .............puak macai dah membogelkan diri................tak boleh jadi !

    BalasPadam
  8. PKR PR ni mmg huru hara.

    BalasPadam
  9. Anwar masuk TV belasah Daim. Daim tu Umno. Jadi siapa yg cerdik? hangpa yg bodoh masuk TV nk kutuk kawan sendiri.....kahkahkah

    BalasPadam
    Balasan
    1. berani "belasah" amnu pencen je ke?

      amnu yang belum pencen tak berani nak "belasah" ke?

      ke ada janji perpaduang?

      Padam
  10. Anwar hentam Najib dlm isu 1 MDB dan Altantuya. Najib dah pencen ke? bengap hang....

    BalasPadam