RADIO KOBAT FM

TERIMA KASIH KERANA ANDA SUDI MENJADI TEMAN KAMI, SILA DAFTAR SEKARANG

Catatan Popular

Rabu, 24 Februari 2010

`PENDERHAKA' YANG CUBA HENDAK PERBODOHKAN RAKYAT KELANTAN

Penderhaka: Tok Pa Ungkit RM9.3 Juta,tapi rampas RM 1 bilion

Sumber: http://idrisahmad.wordpress.com


Parti Islam Se-Malaysia (PAS) menyokong dakwaan rakyat Kelantan bahawa Pengerusi Perhubungan Umno Kelantan, Datuk Mustapa Mohamed adalah penderhaka kerana enggan menyokong perjuangan rakyat Kelantan menuntut royalti minyak dari Kerajaan Persekutuan yang bernilai RM 1 Bilion.

Beliau sepatutnya malu kepada ahli parlimen Gua Musang Tengku Razaleigh Hamzah yang begitu nekad menyokong perjuangan rakyat Kelantan walaupun tahu akibat perbuatannya itu boleh menyebabkannya dipecat dari Umno. Tengku Razaleigh tahu untuk membezakan yang mana satu hak rakyat dan yang mana satu hak Kerajaan Persekutuan.

PAS mengecam surat layang di edarkan bagi memburuk-burukan imej ahli parlimen Gua Musang itu. Adalah tidak wajar beliau menjadi mangsa sedangkan seluruh rakyat berdiri diatas perjuangan yang sama dan menolak pandangan Mustapa yang jelas menyeleweng dari fakta sebenar.

PAS juga kesal kerana Mustapa mengungkit dana RM 9.3 juta yang digunakan bagi projek pembangunan Medan Tuan Padang, Pasar Siti Khadijah dan Medan Usahawan Perbadanan Stadium Kelantan, walhal itu sememangnya hak dan duit rakyat Kelantan bukan Umno.

Mustapa lupa bahawa segala hasil cukai kastam, hasil saman trafik dan pelbagai hasil lain yang dikutip dinegeri Kelantan telah banyak disalurkan kepada Kerajaan Persekutuan. Dan tidak sepatutnya menjadi isu jika Kelantan menerima semula peruntukan itu dari Persekutuan dan kerana duit itu bukan datang dari poket Mustapa untuk diungkit-ungkit.

Amat memalukan kena pemberian kecil itu diungkit semula sedangkan rakyat Kelantan kini menuntut dana yang menjadi hak mereka iaitu duit royalti minyak bernilai RM 1 Bilion.

Hanya kerana Kelantan diperintah oleh PAS, Mustapa dan Umno mencipta pelbagai alasan untuk menjustifikasikan tindakan mereka. Hakikatnya rakyat sedar bahawa tindakan itu dibuat atas dasar politik, sama seperti apa yang dilalui oleh Terengganu ketika diperintah PAS.

Jika di Perak Umno merampas kuasa rakyat, di Kelantan Umno merampas wang rakyat. Begitulah Umno yang tidak pernah mengenal erti kesusahan rakyat melainkan ingin mengumpul kuasa dan kekayaan untuk kepentingan mereka sendiri

Penderhakaan Mustapa dan Umno ini akan terus tercatat dalam sejarah pembangunan negeri Kelantan dan generasi akan datang harus diperingatkan tentang tragedi paling zalim ini.

Ustaz Idris Ahmad,
Ketua Penerangan PAS Pusat.

GUAN ENG LAGI YANG KENA.......

Guan Eng disiasat polis
Low Chia Ming
Feb 23, 10

Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng telah diminta menghubungi polis negeri untuk menetapkan masa dan tarikh bagi memberi kenyataan berhubung enam laporan polis yang dibuat terhadapnya.

lim guan engMenurut notis dari pihak polis, siasatan tersebut dijalankan berdasarkan laporan yang dibuat Sungai Nibong, Kg Baru, Kubang Semang, Seberang Jaya, Sungai Pinang dan Kepala Batas.

Menurut notis itu, empat laporan ialah mengenai dakwaan menyertai perhimpunan haram, satu lagi berkaitan Akta Hasutan 1948 dan tiga laporan mengenai dakwaan jenayah fitnah.

Peguam Jagdeep Singh Deo yang mewakili Lim, menyifatkan siasatan tersebut sebagai satu bentuk gangguan.

"Polis telah menyenaraikan enam kes untuk disiasat. Ini jelas menunjukkan niat untuk mengganggu ketua menteri, tetapi beliau akan memberi kerjasama kepada polis," katanya dalam satu sidang akhbar hari ini.

Laporan-laporan tersebut dibuat tahun lalu walaupun tiada tarikh khusus disebut. Tidak banyak yang diketahui mengenai dakwaan kesalahan yang dilakukan atau mengenai pengadu.

"Jika ketua menteri hendak mempertahankan dirinya, beliau mesti tahu apakah tuduhan terhadapnya," kata peguam tersebut./Malaysiakini

Selasa, 23 Februari 2010

MEREKA BERTANYA, ANDAIKATA ADIKKU DILIWAT

Oleh: WFAUZDIN NS

TERBACA pula saya satu tulisan di dalam sebuah laman web pro Umno yang kelihatan begitu rungsing dengan kehadiran penyokong-penyokong DS Anwar di Mahkamah pada setiap kali perbicaraan kes liwat yang beliau hadapi sekarang. Di dalam tulisannya, penulis agak hairan mengapa terdapat beberapa penyokong DS Anwar yang membaca Surah Yaasin di sekitar bangunan Mahkamah. Akhirnya, penulis berpendapat biar sahaja Mahkamah menentukan samada DS Anwar bersalah atau tidak dan penulis mengajukan soalan bagaimana perasaan kita sekiranya adik kita diliwat orang? Soalan itu tentunya bermaksud bagaimana perasaan yang dihadapi oleh keluarga Si Saiful yang dikatakan diliwat oleh DS Anwar.

Pertamanya, saya ingin mengandaikan (mohon dilindungi Allah) sekiranya adik saya menjadi mangsa liwat tidak kira oleh sesiapa pun hatta oleh Si Tua berusia 60 tahun ke atas. Saya akan memaksa adik saya membuat laporan Polis SEGERA sebaik sahaja beliau diliwat secara paksa. Ini membolehkan agar tindakan segera oleh pihak berwajib dapat dilakukan di samping memudahkan siasatan pihak Polis. Tindakan segera ini juga membolehkan `bahan bukti' diperolehi dengan mudah. Saya tidak akan membenarkan adik saya menangguh untuk membuat laporan Polis walaupun untuk dua hari apatah lagi memaksa adik saya `menahan membuang air besar' selama dua hari semata-mata untuk `memelihara bukti' yang ada tersimpan.

Seandainya adik saya mengadu beliau diliwat oleh seseorang, selain dari saya memaksanya untuk membuat laporan Polis saya juga akan menasihati beliau agar tidak lagi berjumpa dengan orang yang meliwatnya. Adik saya mesti menjauhkan diri selepas sahaja kejadian itu berlaku. Seandainya adik saya memberitahu beliau di`ugut' agar bersetuju untuk melakukan perbuatan terkutuk itu, saya juga akan meminta adik saya terus membuat laporan Polis agar pihak berwajib itu dapat melindungi beliau. Saya tidak akan meminta adik saya untuk membuat laporan kejadian itu kepada mana-mana Ketua Kampung, Imam, YB-YB, atau mana-mana Menteri sekali pun kerana ini merupakan kes jenayah dan pihak Polis adalah tempat yang pertama mesti dilaporkan kejadian itu.

Saya pastinya akan memastikan adik saya tidak berjumpa lagi dengan orang yang meliwatnya walaupun semata-mata untuk menghidangkan air teh di rumahnya. Selepas membuat laporan Polis, tentunya pihak berkenaan terus mengarahkan adik saya untuk menjalani pemeriksaan kesihatan di mana-mana Hospital Kerajaan, dan saya tidak akan izinkan adik saya pandai-pandai pergi sendiri ke mana-mana klinik kerana ini merupakan kes jenayah bukan sekadar sakit perut atau buasir biasa. Katakan lah (sekali lagi mohon dilindungi Allah) adik saya diliwat pada 26hb, saya akan tentukan adik saya membuat laporan Polis dan pemeriksaan kesihatan pada hari itu juga kerana `bahan bukti' masih dikira `fresh' lagi.

Sekiranya laporan Polis telah dibuat, bukti telah cukup memudahkan siasatan dilakukan. Tentunya saya tidak setuju kalau adik saya menggatal-gatal pula hendak membuat `sumpah laknat' junjung Al-Quran di mana-mana sekali pun, apatah lagi di Rumah Allah. Kenapa saya tidak setuju? Pertamanya, mengapa pula adik saya perlu `bersumpah' jika bukti sudah cukup? Keduanya, berdosa besar jika mempermainkan hukum agama dengan sumpah yang tidak mematuhi hukum Islam itu, walaupun adik saya ingin sangat untuk `bersumpah laknat' dengan berpakaian bagai pengantin akad nikah. Tentunya saya akan malu dengan perbuatan adik saya itu, apatah lagi yang hendak disumpahkan itu melibatkan binasa keturunan keluarga saya. Pada saya, jika semua kejadian jenayah hendak guna `sumpah' maka tidak perlu diadakan mahkamah, hakim mahu pun Qadhi. Lainlah jika Mahkamah Syariah yang memerintah berbuat demikian.

Tentang bacaan Yaasin di mahkamah sewaktu bersidang, jika berlaku kepada adik saya, saya tidak hairan kerana apa salahnya sesiapa pun ingin membaca Yaasin. Mengapa pula adik saya rasa takut dan bimbang dengan Surah Yaasin, kerana yang takut mendengar Surah Yaasin itu lazimnya adalah Iblis, Syaitan dan Hantu Puaka. Jika benar, takut apa? Malah, saya akan suruh adik saya juga membaca Surah Yaasin bukan sahaja di mahkamah bahkan di rumah sebilang waktu kerana membaca Surah Yaasin itu mendapat pahala serta fadhilatnya terlalu banyak. Saya akan nasihatkan adik saya memperbanyakkan Solat Hajat, Solat Taubat atau apa jua amalan baik tidak kira dahi adik saya bakal menjadi hitam atau tidak kerana ibadah itu. Apa yang penting adik saya ikhlas dan jujur di dalam ibadahnya.

Begitulah serba sedikit apa yang saya rasa perlu saya lakukan sekiranya adik saya menjadi mangsa seperti Si Saiful dakwa itu. Saya tidak mahu adik saya akan disumpah seranah orang tujuh keturunannya walau pun adik saya nanti bakal menjadi jutawan. Apalah gunanya harta benda jika hidup dicaci orang sepanjang hayat./wfauzdin.blogspot

IKLAN ROYALTI DI AKHBAR, TEMBERANG MEREKA TESERLAH

Ku Li: Iklan Isu Royalti Kelirukan, Cetus Implikasi Baru

Dari Harakah Daily

Iklan penjelasan tuntutan wang royalti yang disiarkan kerajaan pusat menerusi akhbar-akhbar Bahasa Malaysia semalam menimbulkan lebih banyak implikasi negatif dan kekeliruan berbanding penjelasan, kata Tengku Razaleigh Hamzah hari ini.

Justeru tegas beliau, iklan satu halaman itu sekali gus menunjukkan tiada negeri yang mempunyai hak untuk mendapatkan bayaran tunai ataupun royalti termasuk Sabah dan Sarawak.

Kata beliau, iklan muka penuh yang diambil oleh Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan berhujah Kelantan juga tiada hak kepada bayaran minyak di bawah Akta Kemajuan Petroleum kerana sumber minyak yang menjadi persoalan terletak di kawasan tiga batu nautika, yang menafikan hak kesemua negeri.

“Iklan itu gagal untuk menyatakan bahawa kesemua minyak yang diperoleh di Malaysia ditemui di kawasan pesisir lebih dari tiga batu nautika, dan bagaimanapun Petronas (terus) membuat pembayaran kepada negeri-negeri ini.

“Dengan hujah yang diturunkan dalam iklan (semalam), Terengganu, Sabah dan Sarawak juga tidak layak menerima bayaran tunai lima peratus (biasanya dan dengan kurang tepat dirujuk sebagai royalti minyak).

“Kesemua terletak pada budi bicara kerajaan persekutuan,” kata beliau dalam pandangannya dikeluarkan hari ini.

Pada 28 Jan lalu beliau menegaskan pada satu ceramah perdana bahawa Kelantan layak menerima wang royalti lima peratus.

Pun begitu kata beliau, pada tahun lalu Petronas telah membayar RM6.2 bilion dalam bentuk bayaran tunai dengan RM3 bilion kepada Terengganu, RM2.3 bilion kepada Sarawak dan RM0.9 bilion kepada Sabah.

Ahli Parlimen dan Ketua Umno Bahagian Gua Musang ini menambah, oleh itu ada pihak tertanya-tanya atas dasar apa bayaran itu dibuat memandangkan petroleum hanya ditemui di kawasan luar pesisir tiga batu nautika.

Oleh itu tegas beliau, hujah untuk menafikan hak Kelantan daripada memperoleh bayaran tunai lima peratus atas dasar minyak berada di kawasan tiga batu nautika sebenarnya “satu penghinaan kepada kebijaksanaan” seseorang.

Semalam kerajaan pusat mengiklankan penjelasan isu tersebut dalam akhbar-akhbar Bahasa Malaysia dengan menyasarkan pendirian Tengku Razaleigh dan juga Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Dalam iklan satu halaman yang disiarkan di Berita Minggu, Mingguan Malaysia dan Sinar Harian kerajaan pusat mendakwa kenyataan Tengku Razaleigh berhubung isu bayaran royalti kepada Kelantan hanya perlu dilihat sebagai pendapat peribadi beliau semata-mata.

Oleh itu, kerajaan pusat berkata sebarang keputusan yang diambil berkenaan hak pembayaran royalti perlu dibuat berasaskan peruntukan undang-undang yang berkaitan serta perjanjian-perjanjian yang ditandatangani di antara Petronas dengan kerajaan-kerajaan negeri.

Tengku Razaleigh, bekas pengerusi dan pengasas Petronas, menambah bahawa pembayaran wang tunai lima peratus adalah manfaat dinikmati rakyat tetapi telah dinafikan oleh Umno Kelantan selepas 34 tahun bekas perdana menteri Tun Abdul Razak Hussein meninggal dunia.

Katanya, tiada pihak dengan fikiran waras akan melakukan ini sebagai satu tindakan, yang kononnya akan memanfaatkan kedudukan jangka panjang Umno di Kelantan, malah di mana-mana sahaja orang memerhatikan perbuatan seperti ini.

“Saya dituduh meletakkan kepentingan negeri berbanding kepentingan parti. Bagaimanapun isu ini melangkaui (kepentingan) Kelantan.

“Hujah yang diletakkan dalam iklan semalan mengetepikan hak semua negeri dalam soal sumber alam semula jadi, yang merupakan hak kedaulatan mereka,” katanya.

Ia juga menafikan perjanjian antara Petronas dan negeri-negeri terbabit dan mengetepikan tujuan asal penubuhan syarikat tersebut, kata beliau.

“Salah satu implikasi segera diturunkan dalam iklan penjelasan rasmi oleh Kementerian Penerangan semalam ialah Terengganu juga tidak layak untuk mendapatkan bayaran minyak (tunai).

“Ini bermakna selepas memotong kesemua bayaran apabila Terengganu jatuh ke tangan pembangkang (pada 1999) dan digantikan dengan wang ihsan, tiada asas sama sekali bagi janji kerajaan untuk kembali kepada bayaran tunai.

“Kesemua minyak Terengganu ditemui jauh di kawasan pesisir pantai,” katanya.

Disebabkan itu menurut beliau, apa yang terpakai kepada Kelantan juga diguna pakai ke atas Terengganu.

“Pada akhirnya, ia bukan persoalan politik ataupun personaliti.

“Ia bukannya pasal saya atau sesiapa berkata, ataupun di mana PAS dan Umno berdiri,” kata Tengku Razaleigh sambil menambah, ia sebenarnya berkaitan dengan pematuhan kerajaan dengan perjanjian bertulis yang diluluskan oleh Parlimen dan sama ada menghormati prinsip demokrasi berparlimen.

Tegas beliau, sama ada hak orang ramai dipenuhi ataupun tidak ia bergantung kepada siapa mereka mengundi.

“Melayan Terengganu dan Kelantan dengan cara ini, kita menafikan hak mereka kepada wang yang mereka berhak untuk memiliki, menafikan hak kedaulatan negeri mereka dan mengikis demokrasi berparlimen,” katanya.

DEPAN TV 3 MEREKA HEBAT, BERDEPAN TERBUKTI BACUL

Tindakan Pemuda Umno Pulau Pinang dan Dewan Perniagaan Melayu Malaysia cawangan negeri itu (DPMMPP) yang menolak Debat Perdana Rakyat 2010 dianggap sebagai pengecut.

Sebaliknya kumpulan itu menuntut untuk hanya berdebat dengan Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng berhubung isu dakwaan peminggiran orang Melayu-Islam.


Menurut Setiausaha, Angkatan Muda Keadilan Pulau Pinang (AMKPP), Syed Mikael Rizal Aidid (kiri), alasan demi alasan yang diberikan oleh DPMMPP dan Pemuda Umno adalah mesej jelas mereka gentar dengan kebenaran.

“Sindiran Yang Dipertua DPMM Pulau Pinang, Rizal Faris Mohideen yang mengatakan dia tidak melayan cabaran dari 'ikan bilis' dan ejekan Norman Zahalan yang menuduh Pemuda Pakatan Rakyat Pulau Pinang seperti 'kuda tunggangan' Ketua Menteri, semakin menampakkan siapa diri mereka yang sebenarnya,” katanya.

Syed Mikael berkata Debat Perdana Rakyat 2010 anjuran Sekretariat Muafakat Pemuda Pakatan Rakyat Pulau Pinang yang bertajuk “Isu Melayu-Islam Pulau Pinang : Antara Provokasi & Kebenaran” adalah ruang yang terbaik kepada semua pihak memperjelaskan isu berkenaan.

SUMBER: MALAYSIAKINI

KOMEN: BILA INI BERLAKU,MAKA RAMAI YANG AKAN MENEMPELAK UMNO KERANA HANYA BERANI BERSUARA DI TV3,KITA MAHU MELIHAT NAINA MERICAN TURUT BERDEBAT TERMASUK KETUA PEMBANGKANG AZHAR.INI BARU KITA NAMAKAN SEBAGAI BERANI KERANA BENAR DAN UNTUK NAK MEMBUKTIKAN BAHAWA UMNO MEMBELA MELAYU PULAU PINANG.MANAKALA PAKATAN RAKYAT DI BAWAH DAP MENINDAS MELAYU PULAU PINANG.

ADA YANG TAK SEDAR DIRI, KENA HALAU DARI PULAU PUN DATANG MENETAP DI SEBERANG PERAI DAN KULIM ..MASIH DOK SOKONG UMNO LAGI.AKAI TAK DAK....

Isnin, 22 Februari 2010

ORANG PERMATANG PAUH AJAR UMNO, PROGRAM BATAL

Orang Kampung Bantah Belanjawan Pendidikan Dipotong

Lebih 500 penduduk berhimpun di perkarangan Sekolah Kebangsaan Bukit Indera Muda, Permatang Pauh di Pulau Pinang hari ini membantah tindakan pemerintah Umno-BN memotong belanjawatan Kementerian Pelajaran sehingga 20 peratus menyebabkan kesengsaraan kepada pelajar dan ibu-bapa miskin.

Penduduk memilih untuk berhimpun di sekolah ini, yang disalahguna kerajaaan BN untuk program politik Juara Rakyat.

Ibu-bapa marah kerana pemotongan belanjawan itu telah menyebabkan pendidikan anak-anak mereka terencat. Skim Bantuan Tuisyen Pelajar Miskin, Bantuan Seragam Unit Beruniform, Bantuan Makanan Asrama, Rancangan Makanan Tambahan, elaun murid berkeperluan khas dan bantuan sukan dan ko-kurikulum telah dimansuh atau dikurangkan.

Namun tiada seorang wakil Umno turun menemui warga miskin ini. Sebaliknya kedatangan mereka disambut oleh ketumbukan Unit Simpanan Persekutuan.

Desakan kuat daripada Pakatan Rakyat menyebabkan Umno akhirnya akur dan terpaksa membatalkan program tersebut apabila penyokong melaungkan 'Umno bukan juara rakyat, Umno juara penipu".

"Umno dah lama kalah tapi masih tak sedar diri dan cuba adakan program yang hanya dihadiri beberapa kerat orang saja. Kami tak puas hati mereka dengan senang guna sekolah yang sepatutnya tidak boleh digunakan sebagai tempat politik," kata seorang penduduk Abdul Manap Osman./TVSelangor

SAYA TERPENJARA ATAU TIDAK, BN PASTI DITOLAK RAKYAT - DS ANWAR

Anwar: BN akan ditolak rakyat dalam p'raya nanti
Athi Shankar
Feb 21, 10

Ketua pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengingatkan kerajaan BN bahawa rakyat akan menolak BN dari Putrajaya dalam pilihan raya umum akan datang - tidak kira sama ada beliau merengkok di penjara atau tidak.

Katanya, rakyat sudah begitu bosan dengan BN dan mereka kini sudah bersedia untuk menumbangkan kerajaan pusat yang didukung oleh Umno dan menggantikannya dengan Pakatan Rakyat.

Bercakap kepada hadirin yang membanjiri rumah terbuka sempena Tahun Baru Cina di Machang Bubok, Pulau Pinang, Anwar berkata, BN, Umno, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, malah isterinya Datin Seri Rosman mansor "tidak seharusnya hidup dalam ilusi palsu'.

Katanya, mereka tidak seharusnya mempunyai persepsi salah yang para pengundi akan kembali menyokong BN jika beliau dipenjarakan.

Anwar merujuk kepada perbicaraan tuduhan kes liwat terhadapnya yang sedang berjalan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.

Sebaliknya, kata beliau, rakyat akan bangun menolak Umno dan BN dalam pilihan raya umum akan datang, tidak kira sama ada beliau di dalam penjara ataupun tidak.

Anwar berkata, di mana-mana sahaja, rakyat dilihat sudah bersedia untuk menolak Umno dan BN.

Beliau berkata, rakyat sudah lama hilang kepercayaan kepada Umno dan BN kerana "rasuah telah menjangkiti pentadbiran Putrajaya hingga ke akar umbinya".

Kerana rasuah, katanya, Malaysia telah jauh ketinggalan dalam bidang ekonominya, termasuk di rantau Asean.

Malaysia, katanya, kini ketinggalan di belakang Singapura, Thailand, Indonesia, malah Vietnam di segi pertumbuhan ekonomi dan daya saing.

"Kita hanya baik sedikit daripad Burma dan Zimbabwe," kata Anwar yang juga ahli parlimen Permatang Pauh.

Majlis rumah terbuka itu dihoskan oleh ADUN Machang Bubok yang juga timbalan speaker DUN Pulau Pinang, Tan Hock Leong.

Ia turut dihadiri ADUN tunggal PAS di negeri itu, Mohd Salleh Man (Permatang Pasir)./Malaysiakini

Ahad, 21 Februari 2010

UMNO JUARA RAKYAT PERMATANG PAUH BERHADAPAN DENGAN DEMONTRASI PENDUDUK

PERMATANG PAUH- Program Umno Juara Rakyat akan di adakan di Sekolah kebangsaan Bukit Indera Muda pada 21 Feb ini (esok) .Sebelum itu seramai 50 anak qariah kampung telah mengadakan demontrasi aman di hadapan sekolah berkenaan pada Jumaat baru-baru ini yang di ketuai oleh Timbalan Ketua Pemuda PAS Permatang Pauh.

Dalam masa yang sama juga kumpulan demontrasi tersebut telah menyampaikan bantahan kepada guru besar sekolah berkenaan dan laporan polis yang di buat berhubung dengan pengunaan bangunan milik kerajaan untuk program politik sebuah parti politik.

Menurut ketua Umno bahagian Permatang Pauh,Dato Jalil, "Umno tidak mengunakan sekolah sebagai tempat kempen politik tetapi mengunakan tempat itu untuk membantu rakyat.Kita tidak pula membantah apabila selama 7 hari 7 malam PAS dan PR mengunakan tapak Expo " demikian jelas beliau kepada akhbar Sinar Harian edisi utara 20hb.

"Masaalah nya ialah tapak expo pun masih boleh di gunakan oleh Umno jika mereka mahu menyewanya selama 30 hari atau 30 malam,Cuma apa yang hendak di gambarkan ialah bantuan dan kedatangan murid sekolah nampak seolah-olah ramai yang menyokong Umno." demikain ujar salah seorang penduduk yang hadir.

Namun di sedari sejak pilihanraya lalu, hanya itu sahaja yang menyokong Umno.maknanya Jika kemenangan calon Pas Permatang Pasir dengan majoroti 5 ribu, maka 5 ribu iatulah penyokong Umno di Permatang Pauh kerana Umno gagal untuk menarik sokongan golongan muda selain hanya memainkan retorik membantu Melayu.

Esok dijangkakan akan ramai yang turun di jalanraya berhadapan sekolah berkenaan sebagai langkah untuk menentang pengunaan sekolah untuk program politik."Bulan lepas Umno cuba meraikan murid yang cemerlang dalam UPSR dengan memberi bantuan sebanyak RM40 bagi setiap murid yang terpaksa berpanas dan juga makan nasi bungkus.Inilah program membantu anak melayu dengan baucer RM 40 dan makan nasi bungkus tetapi ibubapa berdiri 2 jam. Kini mereka mengunakan pula sekolah untuk tujuan kempen politik.". demikian jelas salah seorang penduduk yang hadir bagi menerima bantuan berkenaan./wrlr.blogspot

APA BEZA KHIR TOYO DENGAN KHALID ? INI BEZANYA

Penduduk bersyukur rumah tergendala, kini siap
Abdul Rahim Sabri
Feb 20, 10


Beberapa pemilik rumah di pangsapuri Taman Ukay Bistari di Hulu Kelang yang sudah tujuh tahun menunggu kerana pembinaannya tergendala, hari ini bersyukur kerana akhirnya dapat mendiami rumah sendiri.

Riak wajah ceria mereka jelas terpancar selepas kerajaan Selangor berusaha menyiapkan projek perumahan itu, yang terbengkalai sejak tahun 2003.

housing hulu kelang"Siapa yang tidak seronok dapat rumah sendiri. Itu yang diidam-idamkan selama ini. Mak cik berasa lega dengan kemudahan yang diberikan.

"Siapa yang tidak suka. Inilah saat yang diidam-idamkan," kata Norziah Nurajin yang ditemui sebelum perasmian program pemulihan perumahan terbengkalai di Hulu Kelang pagi ini.

Pelancaran program tersebut disempurnakan oleh Penasihat Ekonomi Selangor Datuk Seri Anwar Ibrahim di Taman Ukay Bistari.

Beliau turut menyampaikan kunci rumah kepada penduduk di Hulu Kelang dan Puchong yang berjaya memiliki rumah melalui skim pemulihan perumahan terbengkalai di negeri itu.

Kira-kira 300 hadirin termasuk pembeli dari taman berkenaan dan dari Saujana Puchong hadir dalam majlis tersebut.

Norziah, 52, yang sebelum ini merupakan penduduk setinggan di Kampung Pasir Tambahan, melahirkan rasa gembira dan tersenyum apabila dia menerima kunci rumahnya selepas tujuh tahun menunggu.

Sementara seorang lagi pembeli Haliza Che Harun turut melahirkan rasa yang sama dengan Norziah selepas lama menunggu untuk menduduki di rumah sendiri.

Haliza, 40, yang ditehouse key hulu kelangmani dua anaknya di majlis tersebut, turut memuji kerajaan Pakatan Rakyat di Selangor yang berusaha membantu membolehkan beliau dan keluarganya menetap di situ.

Menurutnya beliau akan berpindah dari rumah sewanya di Taman Permata dekat Hulu Kelang, selepas menerima kunci daripada kerajaan negeri.

Manakala Abu Samat Abdul Razak, 40, mengucapkan penghargaan dan terima kasih kepada kerajaan Selangor yang berusaha untuk membantu penduduk di taman itu menyiapkan rumah mereka yang terbengkalai sejak 2003.

Beliau juga menempelak kerajaan terdahulu yang menurutnya "tidak membantu rakyat" untuk menyiapkan rumah mereka yang terbengkalai.

"Kerajaan sebelum ini banyak tidur. Tidak membantu rakyat. Rumah banyak terbengkalai. Mereka menipu rakyat sebelum pilihan raya. Selepas pilihan raya, mereka tidur," katanya ketika ditemui di majlis tersebut.

Abu Samat yang ketika ini menetap di Pangsapuri Sri Nilam di Ampang berkata sebelum ini beliau risau selepas tiga pemaju masih gagal menyiapkan pangsapuri tersebut.

Bagaimanapun beliau berasa lega kerana pemaju yang dilantik oleh Pakatan Rakyat dapat berbuat demikian.

"Pakatan Rakyat betul-betul membantu rakyat," katanya.

Sementara itu, seorang lagi penduduk di situ memberi reaksi yang berbeza apabila tidak berpuas hati kerana ketiadaan bekalan air dan lif yang tidak berfungsi.

Aminah Othman, 46, yang ditemui Malaysiakini selepas pelancaran program tersebut berkata walaupun berbangga dengan kehadiran ketua pembangkang tetapi masalah tersebut harus diselesaikan segera.

Aminah yang sudah mendiami rumahnya kira-kira sebulan yang lalu, kerana mendakwa pemaju tidak membayar sewa kepada pemilik rumah yang disewanya, berharap kerajaan Selangor bertindak segera untuk menyelesaikan masalah bekalan air dan lif yang tidak berfungsi

Sementara itu, Exco Perumahan, Pengurusan Bangunan dan Setinggan Ir Iskandar Samad ketika ditemui pemberita, berjanji pihaknya akan menyelesaikan masalah tersebut dalam masa seminggu.

"Penduduk tidak akan masuk selagi tidak lengkap dengan kemudahan ini," katanya.

Taman Ukay Bistari dan Saujana Puchong adalah antara 141 kawasan perumahan yang terbengkalai di negeri terbabit yang membabitkan kos pemulihan projek berkenaan dianggarkan bejumlah RM 5 bilion merangkumi hampir 5,000 unit rumah.

Program itu diselia oleh jawatankuasa khas yang dipengerusikan ADUN Hulu Kelang, Saari Sungib dan dijalankan melalui sumbangan modal dan kepakaran dari syarikat swasta.

Jawatankuasa itu pula diletakkan di bawah jawatankuasa induk yang turut dianggotai exco perumahan, pihak berkuasa tempatan dan juga wakil penduduk.

anwar house hulu kelangSementara itu, dalam ucapannya, Anwar berkata, lebih 140 projek rumah terbengkalai di negeri itu adalah diwarisi dari kerajaan terdahulu.

Katanya kerajaan Selangor akan berusaha untuk mempercepatkan projek terbengkalai di Selangor walaupun beliau tidak menjanjikan keseluruhannya pada tahun ini.

"Kita tidak menjanjikan (semua projek terbengkalai) untuk siap dalam tahun ini, tapi kita ikhlas (menolong) memberi tempat (kepada pembeli).

"Kita berjanji, tidak ada habuan wang daripada pemaju dan kita tidak akan mengkhianati rakyat," katanya.

Dalam ucapannya juga Anwar yang juga ketua umum PKR menjelaskan masalah projek perumahan terbengkalai juga mempunyai kaitan dengan keadaan ekonomi di negara ini.

"Ekonomi kita tidak berada dalam keadaan kukuh. Pelabur tidak yakin dengan institusi dan sistem (di Malaysia). Suatu ketika dahulu pertumbuhan ekonomi negara kita mengatasi negara seperti Singapura dan Thailand.

"Dan dari segi persaingan ekonomi, kita berada di tangga kedua, tapi sekarang kita masih rendah. Ini berpunca daripada kurang upaya pemimpin negara untuk meyakinkan pelabur luar untuk menguruskan ekonomi negara," kata Anwar yang juga bekas menteri kewangan.

Dalam ucapan itu juga, Anwar menyatakan berjanji akan mendapatkan sijil pengesahan penduduk (CF) di projek perumahan Taman Ukay Bistari minggu hadapan.

"CF belum dapat lagi, hanya (sijil) sementara sahaja daripada Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ). Kalau Isnin ini dapat surat, minggu itu juga diluluskan. Kalau tidak lulus, saya akan turun lagi. Saya berjanji," katanya.

resident house hulu kelangSebelum itu, Exco Perumahan, Pengurusan Bangunan dan Setinggan Selangor, Ir Iskandar Samad menolak tanggapan sesetengah pihak yang menyatakan bahawa jawatankuasa khas yang ditubuhkan "tidak ada gigi" untuk mengenalpasti dan menyelia projek terbengkalai di negeri itu

Kata Iskandar yang juga timbalan pesuruhajaya PAS Selangor berkata, jawatankuasa tersebut sebenarnya mempunyai tanggungjawab penuh kepada kepadanya selaku exco yang terlibat.

"Segala apa yang dilakukan akan dilaporkan kepada Exco dan perlu juga mendapat kebenaran daripada saya terlebih dahulu," katanya.

Beliau berkata demikian bagi menjawab ucapan wakil persatuan penduduk Taman Ukay Bistari, yang dikenali Dr Rafick yang berucap sebelum itu yang menyatakan jawatankuasa khas yang ditubuhkan oleh kerajaan negeri adalah "organiasasi longgar" dan "tidak ada gigi" kerana tidak berada di bawah agensi kerajaan.

Dr Rafick berharap kerajaan Selangor dari Pakatan Rakyat berperanan sebagai satu kerajaan yang lebih baik daripada kerajaan terdahulu.

"Kerajaan kini, jika tidak selesai masalah rakyat dan (mengambil kira) pandangan orang ramai, maka ia tidak banyak beza dengan kerajaan sebelum ini. Tunjukkan keyakinan kepada rakyat," katanya./Malaysiakini

NAJIB PENAKUT HADAPI REALITI - TERESA KOK

Lagi Desakan Adakan Sidang Parlimen Tergempar


Keengganan Datuk Seri Najib Razak mengadakan Sidang Parlimen Tergembar terus dikecam pimpinan Pakatan Rakyat dengan menganggap Perdana Menteri berdolak-dalik dengan memberi alasan rapuh.

Sedangkan, kes konspirasi kedua terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim mendapat perhatian serius pimpinan masyarakat antarabangsa baik dari negara Barat mahupun negara Islam.

Mengulas alasan Najib, kononnya sidang tergempar itu tidak perlu diadakan kerana ia bukan melibatkan dasar atau pentadbiran negara, Ahli Parlimen Seputeh, Teresa Kok melabel Najib sebagai penakut untuk berdepan realiti sebenar.

Sedangkan, Parlimen Malaysia juga campur tangan dalam beberapa isu dunia, sekali gus bermakna tindakan lebih 50 Ahli Parlimen Australia dalam kes konspirasi kedua, bukan campur tangan dalam erti kata sebenar.

"Beberapa tahun lepas, Malaysia pernah mengadakan sidang parlimen tergempar berkenaan dengan isu Palestin. Tapi, kali ini Najib tidak berani untuk berhadapan Anwar.

"Nyata, perbicaraan kes kosnpirasi kedua terhadap Anwar itu memang penuh dengan muslihat daripada Barisan Nasional," katanya kepada TV Selangor.

Teresa Kok juga menyelar kerajaan Umno-BN kerana membantah campur tangan kerajaan asing tapi pada masa sama, campur tangan dalam urusan institusi kehakiman.

Beliau menganggap pertemuan Najib dengan Saiful Bukhari Azlan sebelum ini adalah skrip awal konspirasi kedua dan Najib mesti memberi penjelasan di Parlimen mahupun mahkamah.

"Najib dan Rosmah perlu hadir mahkamah kerana memang terdapat bukti Saiful pernah berjumpa mereka. Faktor ini menyebabkan kes perbicaraan Anwar penuh campur tangan BN. Jadi, itu sebab la Najib tolak permintaan lah daripada Datuk Seri Anwar untuk mengadakan sidang tergempar.

Dalam pada itu, Angkatan Muda Keadilan menyifatkan perbuatan Pemuda BN melakukan demontrasi ketika masih ada saluran lain termasuk mengadakan sidang tergempar Parlimen, sebagai terburu-buru.

Malah, mereka langsung tidak menunjukkan keberanian mahupun kebijaksanaan ketika berdepan masyarakat antarabangsa hingga akhirnya perbuatan mereka memalukan Malaysia.

Ketua AMK Pusat, Shamsul Iskandar Mat Akin berkata kes konspirasi kedua terhadap Datuk Seri Anwar bukan isu peribadi lantaran kedudukannya sebagai Ketua Pembangkang.

Malah, kebanyakan pimpinan dunia melihat kes konspirasi kedua itu semata-mata rekaan untuk menyekat kemaraan politik Anwar dan ia bertujuan memenjarakan beliau.

"Dunia memberi perhatian tidak semestinya dianggap campur tangan. Ini bukan macam mahu jajah Malaysia. Dengar dulu apa mereka kata, soal prinsip undang-undang, soal hak Anwar dalam perbicaraan.." katanya.

Shamsul juga mengingatkan semua pihak, dunia tidak lagi terkongkong dalam komuniti kecil, sebaliknya sesuatu isu di sesebuah negara memberi kesan kepada negara lain.

Tanpa mempertikai hak untuk mengadakan demontrasi, beliau meminta Pemuda BN tidak hanya bergantung kepada saluran demontrasi sahaja sebaliknya mengupas isu dengan lebih kritis.

"Apakah selepas ini Pemuda BN mahu melakukan demontarsid di kedutaan Qatar kerana ulama terkemuka, Sheikh Yusuf al-Qaraqawi berasal dari negara itu. Dia mengeluar kenyataan keras dalam hal ini.

"Adakah mereka akan berdemontrasi di kedutuaan Turki kerana mereka juga membantah konspirasi terhadao Anwar," katanya kepada TV Selangor./TVSelangor

NAJIB AKUI UMNO MENGHIDAPI PENYAKIT MIMPI NGERI

Oleh: WFAUZDIN NS

NAJIB, beradik kepada seorang insan terkaya di Malaysia hari ini mohon dan berharap agar Wanita Umno dapat bantu Umno dari `mimpi ngeri' (baca Bernama) yang menjadi penyakit kepada Umno sekarang. Beliau benar-benar hampir putus nyawa sekarang sehinggakan terpaksa mohon bantuan dari kaum hawa di dalam Umno. Apakah mimpi ngeri itu?

Tumbangkan 5 buah negeri ke tangan PR di dalam Pilihanraya Umum yang lalu salah satu dari mimpi ngerinya. Mungkinkah kematian Altantuya juga sering menghantui mimpi-mimpi Najib? Terlalu banyak yang mengerikan di dalam era Najib. Kematian Beng Hock, runtuhan stadium di Terengganu, pendedahan isu royalti minyak oleh Ku Li, drama semacam tidak menjadi dalam kes liwat Saiful, terlepas cakap oleh jurucakapnya di Melaka sehingga menghina kaum Cina dan India, hilangnya injin pesawat bawah jagaan TUDM, bocornya rahsia keselamatan negara kepada negara luar, pembakaran gereja beserta dengan isu Kalimah Allah dan terlalu banyak lagi yang menghantui Najib sekarang. Semua itu mengerikan buat Najib.

Mampukah kaum hawa ini pulihkan Umno di bawah Najib? Jika si jantan pun sakit hendak pulihkan Umno, manalah tahu kalau-kalau `bomoh' hawa ini boleh ubati Najib. Dan, orang yang paling sesuai untuk cuba pulihkan Umno dari golongan hawa ini tentunya Rosmah. Bukankah Rosmah dikatakan suka berbomoh? Apa salahnya jika mahu mencuba./wfauzdin.blogspot