RADIO KOBAT FM

TERIMA KASIH KERANA ANDA SUDI MENJADI TEMAN KAMI, SILA DAFTAR SEKARANG

Catatan Popular

Selasa, 23 Februari 2010

MEREKA BERTANYA, ANDAIKATA ADIKKU DILIWAT

Oleh: WFAUZDIN NS

TERBACA pula saya satu tulisan di dalam sebuah laman web pro Umno yang kelihatan begitu rungsing dengan kehadiran penyokong-penyokong DS Anwar di Mahkamah pada setiap kali perbicaraan kes liwat yang beliau hadapi sekarang. Di dalam tulisannya, penulis agak hairan mengapa terdapat beberapa penyokong DS Anwar yang membaca Surah Yaasin di sekitar bangunan Mahkamah. Akhirnya, penulis berpendapat biar sahaja Mahkamah menentukan samada DS Anwar bersalah atau tidak dan penulis mengajukan soalan bagaimana perasaan kita sekiranya adik kita diliwat orang? Soalan itu tentunya bermaksud bagaimana perasaan yang dihadapi oleh keluarga Si Saiful yang dikatakan diliwat oleh DS Anwar.

Pertamanya, saya ingin mengandaikan (mohon dilindungi Allah) sekiranya adik saya menjadi mangsa liwat tidak kira oleh sesiapa pun hatta oleh Si Tua berusia 60 tahun ke atas. Saya akan memaksa adik saya membuat laporan Polis SEGERA sebaik sahaja beliau diliwat secara paksa. Ini membolehkan agar tindakan segera oleh pihak berwajib dapat dilakukan di samping memudahkan siasatan pihak Polis. Tindakan segera ini juga membolehkan `bahan bukti' diperolehi dengan mudah. Saya tidak akan membenarkan adik saya menangguh untuk membuat laporan Polis walaupun untuk dua hari apatah lagi memaksa adik saya `menahan membuang air besar' selama dua hari semata-mata untuk `memelihara bukti' yang ada tersimpan.

Seandainya adik saya mengadu beliau diliwat oleh seseorang, selain dari saya memaksanya untuk membuat laporan Polis saya juga akan menasihati beliau agar tidak lagi berjumpa dengan orang yang meliwatnya. Adik saya mesti menjauhkan diri selepas sahaja kejadian itu berlaku. Seandainya adik saya memberitahu beliau di`ugut' agar bersetuju untuk melakukan perbuatan terkutuk itu, saya juga akan meminta adik saya terus membuat laporan Polis agar pihak berwajib itu dapat melindungi beliau. Saya tidak akan meminta adik saya untuk membuat laporan kejadian itu kepada mana-mana Ketua Kampung, Imam, YB-YB, atau mana-mana Menteri sekali pun kerana ini merupakan kes jenayah dan pihak Polis adalah tempat yang pertama mesti dilaporkan kejadian itu.

Saya pastinya akan memastikan adik saya tidak berjumpa lagi dengan orang yang meliwatnya walaupun semata-mata untuk menghidangkan air teh di rumahnya. Selepas membuat laporan Polis, tentunya pihak berkenaan terus mengarahkan adik saya untuk menjalani pemeriksaan kesihatan di mana-mana Hospital Kerajaan, dan saya tidak akan izinkan adik saya pandai-pandai pergi sendiri ke mana-mana klinik kerana ini merupakan kes jenayah bukan sekadar sakit perut atau buasir biasa. Katakan lah (sekali lagi mohon dilindungi Allah) adik saya diliwat pada 26hb, saya akan tentukan adik saya membuat laporan Polis dan pemeriksaan kesihatan pada hari itu juga kerana `bahan bukti' masih dikira `fresh' lagi.

Sekiranya laporan Polis telah dibuat, bukti telah cukup memudahkan siasatan dilakukan. Tentunya saya tidak setuju kalau adik saya menggatal-gatal pula hendak membuat `sumpah laknat' junjung Al-Quran di mana-mana sekali pun, apatah lagi di Rumah Allah. Kenapa saya tidak setuju? Pertamanya, mengapa pula adik saya perlu `bersumpah' jika bukti sudah cukup? Keduanya, berdosa besar jika mempermainkan hukum agama dengan sumpah yang tidak mematuhi hukum Islam itu, walaupun adik saya ingin sangat untuk `bersumpah laknat' dengan berpakaian bagai pengantin akad nikah. Tentunya saya akan malu dengan perbuatan adik saya itu, apatah lagi yang hendak disumpahkan itu melibatkan binasa keturunan keluarga saya. Pada saya, jika semua kejadian jenayah hendak guna `sumpah' maka tidak perlu diadakan mahkamah, hakim mahu pun Qadhi. Lainlah jika Mahkamah Syariah yang memerintah berbuat demikian.

Tentang bacaan Yaasin di mahkamah sewaktu bersidang, jika berlaku kepada adik saya, saya tidak hairan kerana apa salahnya sesiapa pun ingin membaca Yaasin. Mengapa pula adik saya rasa takut dan bimbang dengan Surah Yaasin, kerana yang takut mendengar Surah Yaasin itu lazimnya adalah Iblis, Syaitan dan Hantu Puaka. Jika benar, takut apa? Malah, saya akan suruh adik saya juga membaca Surah Yaasin bukan sahaja di mahkamah bahkan di rumah sebilang waktu kerana membaca Surah Yaasin itu mendapat pahala serta fadhilatnya terlalu banyak. Saya akan nasihatkan adik saya memperbanyakkan Solat Hajat, Solat Taubat atau apa jua amalan baik tidak kira dahi adik saya bakal menjadi hitam atau tidak kerana ibadah itu. Apa yang penting adik saya ikhlas dan jujur di dalam ibadahnya.

Begitulah serba sedikit apa yang saya rasa perlu saya lakukan sekiranya adik saya menjadi mangsa seperti Si Saiful dakwa itu. Saya tidak mahu adik saya akan disumpah seranah orang tujuh keturunannya walau pun adik saya nanti bakal menjadi jutawan. Apalah gunanya harta benda jika hidup dicaci orang sepanjang hayat./wfauzdin.blogspot

10 ulasan:

  1. Salah tu bro...

    Lu kena bawa adik lu pergi jumpa Najib/Rosmah dulu, lupakan cerita liwat... tapi mohon biasiswa...

    Kalau Najib nasihat pergi buat laporan polis..., baru lu bawa adik lu pergi buat laporan...

    ha..ha..ha...

    BalasPadam
  2. Adik kau bangang lah! Dia sudah tahu itu orang sudah kasi pecah buntut benggali pun lagi mau kerja sama dia.

    BalasPadam
  3. dah lah bangang, tungging buntut sampai luka, medi-cek kat hospital gila, lapor pada sarjan bodo, ambil loya buruk bicara kat kot takraw!!!pening dibuatnya

    kah...kah...kah

    BalasPadam
  4. Tapi kan, apa pulak korang rasa andainya bapak korang dituduh meliwat padahal dia tak buat. Yang ada hanya fitnah semata-mata. Mungkin kerana takut, dengki, resah dan macam-macam. Kalau aku, situkang fitnah disula kot bontotnye!

    BalasPadam
  5. Allah maha mengetahui kejahatan umno dan seipol ni. Puak2 ni dah banyak songlap harta negara,jadi utk membuatkan anwar dan pembangkang diam adalah dgn tuduhan2 begini. Mengapa lari dari keadilan Islam yg maha suci dunia dan akherat?Ayuh...sambutlah hukum qazaf biar kita mengetahui yg hak dan yg batil di sisi Islam.Umno sesekali tak mau qazaf sebab dia sendiri jahat.Pegawai besar dlm JAWI sendiri Umno.jahat lagi jahat.Susah2 sangat bawa 2 org ni ke Arab saudi tolong QAZAFkan...kami tak ada kepakaran ni.Satu malaysia tidak akan memberi keadilan namanya pun satu malaysia.

    BalasPadam
  6. Sudah terang..Papagono dah suluhkan..

    BalasPadam
  7. kalau adik aku la...aku rasa dia takkan kena liwat dengan org tua umur 60 taun...kan dia ada blackbelt..sekali terajang je..patah 2 beb..hahaha..lainla sefool ky jeli...

    BalasPadam
  8. rileks..rileks... kita tengok dulu apa yang terjadi kat mahkamah nanti... DNA sape yang mahu dibuktikan oleh pihak pendakwa...

    dna sama seperti cap jari. satu manusia didunia mempunyai satu cap jari dan 1 dna.

    marilah kita berdoa ramai2 agar allah tunjukkan kebenaran dan laknatlah org yg suka memfitnah sesama muslim.

    BalasPadam
  9. kederat saifool yang masih muda tu ,tak boleh lawan ke Anwar yg dah tua?

    BalasPadam
  10. aku baca semua komen...semua nya ikut perasaan,ikut nafsu....itu ini..semua tak kena semua tak betul....rilek lah hai manusia...tak kan semua orang jahat belaka....tuhan maha kaya,maha adil...tak caya ke..??..tak kan lah orang pr je yang baik...yang betul....orang bn semua nya jahat..semua nya tak betul...akai ada kaa.....berserah lah pada Allah....kalau dah semua manusia tak boleh dipercayai....bukan begitu ya muslimin dan muslimat.

    BalasPadam