RADIO KOBAT FM

TERIMA KASIH KERANA ANDA SUDI MENJADI TEMAN KAMI, SILA DAFTAR SEKARANG

Catatan Popular

Khamis, 25 Februari 2010

MENANTU DAH BERES, KINI KAWE GOMO TOK GURU LA PULAK !!

Menteri Besar Derhaka Kepada Tuanku?

25 02 2010

Khabar sedih berlegar-legar di Singapura berhubung kebiadapan YAB Tuan Guru Dato’ Haji Nik Abdul Aziz Bin Nik Mat, Menteri Besar Kelantan terhadap KDYMM Al Sultan Kelantan, Tuanku Ismail Petra Ibni Al Marhum Sultan Yahya Petra.

Tuanku Ismail Petra yang gering sudah hampir sepuluh bulan sudah beransur pulih tetapi masih mendapatkan pemerhatian di Hospital Mount Elizabeth di Singapura. Pada awal tempoh rawatan Tuanku di Singapura, hampir setiap minggu wakil Kerajaan Negeri akan mengambil giliran mengadap dan melihat keadaan Tuanku. Bagaimanapun, perkara ini sudah tidak lagi berlaku.

Lebih sedih lagi apabila Tuanku sendiri bertitah terus kepada Tuan Guru Nik Aziz supaya datang mengadap dan Tuan Guru telah tidak mengendahkan titah Tuanku.

“Rakyat Kelantan perlu tahu bagaimana MB begitu menghinakan Tuanku begitu sekali,” begitulah kata-kata yang keluar dari salah seorang kakitangan Istana Kelantan yang sudah hampir sepuluh bulan berada di Singapura.

Sementara itu, menurut kerabat terdekat Tuanku, “Setelah dititahkan oleh Tuanku sendiri untuk mengadap, masih tak mari. Lepas tu announce pulok medical conditon yang tidak tepat!”.

“Nak tepat macam mana tak mari ziarah Tuanku,” tegas kerabat terdekat itu lagi.

Bagi pihak yang terbabit, Nik Aziz telah banyak menipu dalam hal Tuanku.

Bila saya bertanya kali terakhir Tuan Guru Nik Aziz mengadap Tuanku di Singapura, jawapan yang saya terima amat memeranjatkan iaitu, “Lebih kurang 6-7 bulan dahulu.”

Daripada cerita-cerita di Kelantan pula, perkiraan yang boleh dibuat Tuan Guru Nik Aziz tidak lagi mengadap Tuanku semenjak akhir 2009 lagi.

Kacang lupakan kulit : Nik Aziz mungkin sudah terlupa, Baginda lah yang perkenankan perlantikan Nik Aziz Sebagai MB.

Sejak Al Sultan Kelantan dipindahkan ke Hospital Mount Elizabeth, tahta Kelantan di pangku oleh Tengku Mahkota Kelantan, YTM Tengku Muhammad Faris Petra.

Umum mengetahui terdapat sedikit pergeseran di antara Tengku Mahkota dan bondanya, DYMM Tengku Anis Binti Tengku Abdul Hamid, Raja Perempuan Kelantan. Bagaimanapun ianya harus dilihat sebagai masalah kekeluargaan dan adalah amat bacol bagi mana-mana pihak yang cuba menangguk di air keruh di dalam isu kekeluargaan pihak lain untuk kepentingan politik mereka.

Di akhir 2009 dan awal 2010 lepas Tuan Guru Nik Aziz telah membuat beberapa kenyataan terbuka berhubung keadaan kesihatan KDYMM Al Sultan Kelantan dan termasuk mendedahkan keadaan terperinci fizikal Tuanku.

Tindakan Tuan Guru ini amat menyedihkan kerana segala butiran berhubung Tuanku sepatutnya diuruskan oleh Pejabat Istana dan juga Setiausaha Kerajaan Negeri. Lebih menyedihkan ialah butiran yang didedahkan oleh Nik Aziz adalah butiran lapuk dan tidak lagi tepat.

Selepas ditegur oleh YAM Tengku Temenggong Kelantan di dalam akhbar, Nik Aziz pula mengadu sakit dan beberapa hari terpaksa bercuti sakit.

Namun malangnya, setelah pulih dari sakit, Tuan Guru Nik Aziz telah dilihat mula memihak kepada YTM Mulia Tengku Mahkota Kelantan di dalam pergeseran Kerabat DiRaja Kelantan.

Tengku Mahkota Kelantan adalah Pemangku Raja, baginda perlu diberi sepenuh taat setia dan adalah menjadi tanggungjawab Menteri Besar memberi sepenuh kerjasama. Namun begitu, Al Sultan Kelantan bukan orang luar sebaliknya, Ayahanda kepada Tengku Faris Petra. Umum juga mengetahui betapa sayangnya Tengku Faris kepada Ayahanda baginda.

Lebih dari itu, Ayahanda Tengku Faris masih lagi Al Sultan Kelantan dan masih hidup. Menghina Ayahanda baginda dan apalagi Ayahanda baginda masih Al Sultan Kelantan tentu sekali mencalar kedaulatan Istana Kelantan.

Menderhaka kepada Al Sultan Kelantan, tentu sekali menderhaka kepada tahta yang dijunjung.

Yang tua sepatutnya menasihati yang muda. Yang berilmu agama tinggi, mengajar yang sedang menambah ilmu. Bukan menjadi duri yang menghiris dan menambah keperitan yang sedia ada.

Tuan Guru Nik Aziz yang mengetuai kerajaan yang dipilih oleh rakyat bertanggungjawab memberi penjelasan dengan tepat mengapa beliau memilih untuk menderhaka titah KDYMM Al Sultan Kelantan.

Atau mungkin, seperti Dato’ Seri Nizar, bekas Menteri Besar Perak, Nik Aziz telah angkat sembah mohon derhaka? Kalau benar begitu, rakyat juga harus tahu, di mana dan bila.

Tuan Guru Nik Aziz perlu memberi penjelasan kepada rakyat Kelantan yang setia kepada institusi Raja.

Hanya YB Dato’ Haji Husam Musa yang dilaporkan masih berhubung dan sering bertanya khabar Tuanku di Singapura.

Sumber: Kickdefella

Komen Blogger:

Apabila seseorang Fasik membawa berita, hendaklah disiasat terlebih dahulu. Apatah lagi dari seorang yang dikatakan peminum arak tegar.



5 ulasan:

  1. yallah ya tuhanku.
    aku mohon kamu tunjjukkanlah kepada rakyat kelantan.dengan penuh laknat diatas penulis bloger kapak ini.
    betapa jahat dan hina nya fitnah mamat ni.

    dengan nama tuhan aku sunpah mamat blog ini 40 hari 40 malam menjadi babi hutan yg hitam legam.
    cciisss celaka lah kamu mamat bloger kidhtebabi

    BalasPadam
  2. wahai kawan ku fauzdin aku mintak tak payah masuk blog la pasal berita fitnah macam gini.
    jangan pulak orang lain buat taik ita nak tumpang plak.

    mintak jauh jauh la pasal berita puok puok ni

    BalasPadam
  3. tahniah Wfauzdin kerana memanjangkan isi blog yang tidak diminati lagi olih kebanyakan pengunjung blog.
    ia ibarat 2x5 dengan ajakan dan kempen boikot um,bhairan.diwaktu pembaca bersatu memulaukan nya,masih ada pihak yang cukup gah menentang kefasikan isi intipati um-bh tolong copy paste pula dalam blog untuk ditatap olih pengunjung setia blog berkaitan.
    tahniah.

    BalasPadam
  4. Berita ni biasa je dari hantu raya. Bila tuan dia dah tak beri makan telur, dia mula gigit telur tuannya.

    BalasPadam
  5. Begitulah penulis blog upahan yg tidak bermaruah. Dulu penulis ini memfitnahkan menantu,tapi sekarang kapada Tuan Guru Nik Aziz pulak. Semoga penulis blog Kickdefella dilaknati tuhan..

    BalasPadam