RADIO KOBAT FM

TERIMA KASIH KERANA ANDA SUDI MENJADI TEMAN KAMI, SILA DAFTAR SEKARANG

Catatan Popular

Khamis, 25 Februari 2010

SIAPA KATA PROF SENANG ? KADANG-KADANG PUN SESAK DE....

Oleh: WFAUZDIN NS

SIAPA kata hidup seorang pesara bergelar Profesor, bekas Pensyarah Universiti mampu hidup senang? Berat mata memandang, berat lagi bahu memikul. Itulah yang terjadi kepada seorang pesara bekas Pensyarah Universiti Sains Malaysia di Kepala Batas, P.Pinang iaitu Prof. Zainal Abidin Abdul Aziz. Seperti dilaporkan oleh akhbar Utusan Malaysia di sini, beliau kini menanggung hutang hampir RM 100, 000. Kegagalan beliau membayar sewa bulanan tanah kepada Lembaga Kemajuan Wilayah P.Pinang (PERDA) mengakibatkan jumlah tunggakan sebanyak itu.

Nasib yang menimpa Prof berkenaan menyebabkan beliau merayu agar `tuan tanah' membenarkannya terus mengusahakan tanah tersebut biarpun mahkamah telah mengarahkan beliau untuk mengosongkan tanah perladangan tersebut. Saya tidak pasti apakah MP Kepala Batas yang juga merupakan mantan Perdana Menteri tahu akan hal ini, dan sekiranya beliau tahu apakah tiada terasa dihatinya untuk membantu bekas Pensyarah tersebut? Tiadakah NGO atau Pemuda Umno `pembela Melayu' yang selama ini berdegar-degar dan menyalak-nyalak di P.Pinang datang untuk membantu?

Apa pun kita berharap masalah yang dihadapi oleh Prof ini akan disampaikan kepada KM Melaka, Ali Rustam. Bukankah Ali Rustam sering prihatin untuk membayar `hutang-hutang' sesiapa sahaja asalkan berlaku di negeri yang dikuasai oleh PR. Sebelum ini Kerajaan Melaka sanggup hendak membayar sebahagian dari tunggakan hutang cukai tanah berjumlah jutaan ringgit kepunyaan YBK di Selangor. Masakan tunggakan sebanyak RM 100, 000 ini Kerajaan Melaka tidak boleh bantu?

Sekiranya Prof ini masih gagal mendapatkan bantuan dari sesiapa dan beliau terpaksa keluar dari ladang tersebut, tidak hairanlah nanti Umno P.Pinang serta NGO-NGO yang sering menjerit `Ketuanan Melayu' ini akan mendapat modal baru dengan mengatakan Kerajaan P.Pinang di bawah Lim Guan Eng menzalimi orang Melayu. Kita kena ingat, di P.Pinang orang-orang Melayu jangan di usik sedikit pun walaupun tidak membayar lesen, cukai atau pun sewa. Orang Melayu di P.Pinang mesti dijadikan `anak emas' Lim Guan Eng. Jika tidak, terbakar lagi patung Lim Guan Eng.

Di P.Pinang Lim Guan Eng kena buat perarakan Maulidur Rasul kerana di seluruh Malaysia ini di P.Pinang sahaja yang ada orang-orang Melayu Islam. Sebab itulah banyak negeri-negeri lain seperti Pahang dan Perlis tidak membuat perarakan Maulidir Rasul. Sebab itu jugalah Perkasa ke, Pewaris ke, Pemuda Umno ke tidak berdemontrasi di negeri-negeri lain yang tidak membuat perarakan Maulidur Rasul. Ibrahim Ali sanggup menyeberang jambatan P.Pinang kerana hendak mendaulatkan Islam untuk berarak.

Walau bagaimanapun, kita berharap masalah yang dihadapi oleh Prof ini dapat diselesaikan dengan baik. Kita tumpang simpati juga dengan beliau apatah lagi mengenangkan jasa-jasanya mendidik anak bangsa kita sewaktu beliau menjadi Pensyarah. Kita nantikan apakah kesudahan nasib Prof ini./wfauzdin.blogspot.com

2 ulasan:

  1. Silap spin abang!

    Fakta untuk maklumat tuan:

    1. Ladang tersebut terletak dalam kawasan Parlimen Tasek Gelugor yang kini diwakili oleh Nor Mohd Yakcob;

    2. Tanah itu milik PERDA, agensi di bawah ICU Jabatan Perdana Menteri;

    3. Ladang tersebut ditanam dengan tanaman nangka madu klon "Mastura" yang dihasilkan oleh Prof Zainal semasa di USM.

    4. Prof Zainal mengalami masalah kewangan dari awal lagi, kekurangan modal untuk memulakan projek, kawan-kawan membantu beliau memulakannya. Ianya bukan sebahagian dari projek USM. Prof Zainal menggunakan kemudahan grant research USM untuk ladangnya itu.

    5. Pengusahaan ladang tersebut atas kapisiti peribadi Prof Zainal; beliau juga pernah memajak sebahagiannya kepada pengusaha lain;

    6. Pemasaran hasil nangkanya tidak menjadi, Prof Zainal bijak sebagai seorang bio-teknologis, tetapi beliau kurang arif dalam perniagaan.

    Jadi ianya tiada kena mengena dengan Guan Eng. Tiada kena mengena dengan politik Penang. Kalau Pemuda UMNO Penang, nak buat kelam kabut, memang depa banggang! Aku kenal dia secara peribadi, so cukup info untuk tuan walaupun ada lagi yang boleh aku bagi tau.

    BalasPadam
  2. sejak LGE jadi KM berduyun-duyun orang Penang masuk Melayu!!

    BalasPadam