RADIO KOBAT FM

TERIMA KASIH KERANA ANDA SUDI MENJADI TEMAN KAMI, SILA DAFTAR SEKARANG

Sabtu, 27 Februari 2010

MAULIDUR RASUL P.PINANG, TERGAMAK MEREKA SABOTAJ ?

Anjur Perarakan Maulud Nabi, Pulau Pinang Tangkis Tuduhan Pihak Tertentu

Majlis Sambutan Maulidur Rasul bertemakan “Memantapkan Ukhuwah Memperkasa Ummah” yang dianjurkan Kerajaan Pulau Pinang nyata menangkis tuduhan pihak tertentu kononnya kerajaan negeri pimpinan Ketua Menteri, Lim Guan Eng membatalkan perarakan itu.

Malah menurut EXCO Hal Ehwal Agama Negeri Pulau Pinang, Abdul Malik Abdul Kassim, kerajaan negeri juga menjana pelbagai program dalam usaha melahirkan umat Islam yang celik agama melalui beberapa ceramah dan forum agama.

"Masa-masa akan datang kita akan lebih menitikberatkan untuk pengisian Maulidur Rasul bukan hanya budaya atau cara yang selalu dilakukan, tetapi kita akan fikir usaha di mana kita akan buat pembaharuan supaya rakyat dan umat Islam dapat dapat manfaat dalam pembentukan akhlak", katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang medianya selepas majlis sambutan berkenaan.

Dalam pada itu beliau melahirkan rasa kesal terhadap sikap Jabatan Penerangan kerana menolak permintaan kerajaan negeri untuk menggunakan khidmat jabatan itu untuk mengadakan perarakan sambutan berkenaan hari ini.

“Dalam surat ini dinyatakan, dukacita dimaklumkan, bahawa jabatan ini tidak dapat menyediakan kenderaan dan bekalan siaraya di atas kerana kelengkapan ini telah lebih awal dijadualkan untuk aktiviti-aktiviti penerangan mengenai dasar-dasar kerajaan persekutuan.

“Ini adalah surat yang dihantarkan oleh Jabatan Penerangan hari Rabu petang, setelah kita mendesak meminta jawapan. Sungguhpun wakilmya memang hadir pada setiap mesyuarat perarakan tapi Rabu baru dapat surat, terpaksa Khamis kita terpaksa cari usaha-usaha lain antaranya mengambil syarikat krein swasta, sewa generator dan sound sistem.

Beliau menyifatkan tindakan berkenaan sebagai salah satu usaha mensabotaj kerajaan negeri pimpinan Pakatan Rakyat," katanya.

Menurutnya, walaupun pelbagai tekanan dan halangan dihadapi, kerajaan negeri sedaya upaya merealisasikan hasrat rakyat untuk menyemarakkan sambutan Maulidur Rasul./TVSelangor

Tiada ulasan:

Catat Ulasan