RADIO KOBAT FM

TERIMA KASIH KERANA ANDA SUDI MENJADI TEMAN KAMI, SILA DAFTAR SEKARANG

Catatan Popular

Jumaat, 3 April 2015

HIMPUNAN 11 APRIL HIMPUNAN LAWAN REJIM, WAJAR DISOKONG


Dikhabarkan PAS akan menganjurkan Himpunan Membantah GST (Himpunan Derita Rakyat - HINDAR) di Padang Merbok pada 11 Apr ini mulai jam 4.00 petang hingga 08.30 malam. Khabarnya himpunan tersebut adalah anjuran Dewan Ulamak Pas Pusat.

Kita patut memberi pujian dan sokongan di atas usaha mulia ini agar pandangan rakyat terutamanya dari Non Muslim terhadap golongan ugama tidak salah. Golongan agama ini memang wajar berada di hadapan apabila merasakan berlakunya kezaliman atau ketidakadilan di dalam negara ini tidak kira siapa.

Maka, amat baik sekali jika semua di antara kita yang membantah GST ini pakat turun beramai-ramai sebagai satu solidariti bagi menyuarakan bantahan terhadap perlaksanaan GST yang telah pun bermula semalam. Usah dilihat siapa yang menganjur, tetapi lihatlah kepada apa tujuan dan objektif himpunan tersebut.

Pada 01 Mei nanti, itulah himpunan yang kita harapkan yang terbesar untuk kita kejutkan rejim bahawa lebih dari 53% rakyat tidak pernah redha dengan GST ini. Bersama-samalah kita gerakkan/ mobilisasikan setiap program yang diatur demi kebaikan bersama.

Khamis, 2 April 2015

TINDAKAN DAP DAN PKR SABAH TIDAK BETUL DAN TIDAK BIJAK

PADA pendapat aku, tindakan DAP Sabah dan PKR Sabah yg mengasingkan PAS di negeri tersebut bukan satu tindakan yg bijak dan betul. Jika mereka tidak bersetuju dengan langkah PAS di dalam isu berkenaan, memadai mereka menyuarakan pendapat mereka sahaja tanpa mengambil tindakan yang langsung tidak bijak itu.

Apatah lagi, di peringkat Pusat, DAP dan PKR masing-masing telah menyatakan pendirian mereka di dalam isu berkenaan. Maka, perlukah lagi setiap negeri membuat satu lagi keputusan untuk negeri masing-masing? Ini menunjukkan mereka tidak berusaha untuk cuba menjernihkan keadaan malahan cuba untuk mengeruhkan lagi keadaan yang ada. 
 
Kita bimbang ianya akan menjadi budaya dan kebiasaan di masa akan datang di mana negeri akan bertindak melampui dari keputusan parti di peringkat Pusat. Jangan perbanyakkan musuh kerana selama ini kita berdepan hanya dengan Umno/Bn saja kita terpaksa bekerja kuat dan menghadapi kesukaran, apatah lagi jika kita mencipta musuh di kalangan kita.

Aku harap parti di peringkat Pusat dapat melakukan sesuatu agar keputusan parti di Pusat dapat diterima pakai seadanya tanpa kurang atau lebih dan tanpa tindakan melampui yang diputuskan.

Rabu, 1 April 2015

HUDUD - APA KATA US TUAN IBRAHIM MALAM TADI DI MARAN AMAT JELAS

Mlm td sempat ikuti program ceramah anjuran PKR Cbg Maran di Jengka 4. Di antara penceramah jemputan adalah PJ Pas Pahang, Dato Us Tuan Ibrahim Tuan Man.

Beliau juga menyentuh isu kontroversi sekarang ini iaitu berkaitan hudud. Apa yg beliau sebut dan terangkan malam tadi adalah apa yg sebenarnya Pas Kelantan mahu buat bkaitan pindaan enakmen syariah II Hudud ini.
Sdr Ahmad Nizam, Timb Pengerusi KEADILAN Pahang turut berceramah
Penerangan beliau amat jelas iaitu yg mahu dipinda hanya bberapa undang2 kecil bagi mmperkuatkan hukuman yg ada dlm mhkamah syariah berkaitan bberapa kes sahaja, dan bukan keseluruhan hukum hudud.

Aku rasa, seandainya penerangan dgn terus terang ini dilakukan di awal dulu lagi dan derafnya dibawa ke pimpinan2 PR utk dijelaskan lebih awal bahawa ini bukan hudud tetapi peningkatan hukuman dlm mahkamah syariah sahaja wlaupun ada kes yg mlibatkan kes2 yg di bwh hudud, mungkin kontroversi boleh dielakkan.
 
Ybhg Ustaz Dato Tuan Ibrahim Tuan Man
Aku rasa penerangan oleh Us Tuan Ibrahim lebih berterus terang berbanding dgn Nik Amar. Cuba dgr temubual TV3 suku dgn Nik Amar baru2 ini, beliau terlalu kerap sebut "saya difahamkan...bla2...bla...'. Siapa yg memahamkan beliau ? Apakah beliau sendiri tidak faham isu hudud sebelum ini? Jika beliau pun was2 utk terangkan isu berkenaan, pelik apanya jika Dap dan Pkr pun tidak faham? 
 

Apa yg aku lihat, isu ini gagal ditangani dgn bijaksana terutama bsama dgn rakan2 bahkan di dlm jemaah sendiri ramai yg tak tahu isu ini. Apa yg mahu dipinda, adakah hudud sebenar atau sedikit peningkatan thadap hukuman saja...ramai yg masih kelabu asap lagi. Kalau Nik Amar pun bcakap seperti org yg mahu "berahsia" dan seperti tidak pasti, ertinya penjelasan bkaitan isu ini gagal. Mungkin situasi berbeza seandainya us tuan ibrahim di tempat Nik Amar.

Apa pun, ianya telah berlalu. Sekarang agak lewat utk mmberitahu yg sebenar. Dlm keadaan bukan sepenuhnya hukum hudud pun, shingga kini pmimpin umno tak respon. Dap dah respon menolaknya atas alasan bcanggah dgn perlembagaan. PKR tidak menolak Hudud, tetapi ingin fokus kpd pengutamaan lain yg juga wajib diutamakan mengikut pandangan Ulamak Dr Yusof Alqardhawi dan sependapat dgn Dr Maza.

Sekarang, mana janji umno Kelantan utk tentukan Umno terima usul ini?

Ahad, 29 Mac 2015

HUDUD KELANTAN - HASIL UNDIAN BLOG, 88% TIDAK PERCAYA UMNO IKHLAS


SEMINGGU yang lalu, aku buka POLL ini untuk mengetahui pandangan saudara semua tentang usul berkaitan Hudud di Kelantan yang bakal dibawa oleh PAS ke Parlimen sebaik saja dibenarkan oleh Speaker nanti.

Tujuan POLL ini bukan untuk mempersoalkan atau bertanya saudara samada sokong Hudud atau tidak kerana bagi aku semua umat Islam wajib menyokong Hudud walaupun boleh berbeza dari segi pendekatan atau kaedahnya.  Tujuan POLL ini hanya untuk mengetahui sejauh mana anda semua yakin terhadap keikhlasan Umno yang mana mereka berjanji di Dun Kelantan untuk membantu Kelantan merealisasikannya.

Setakat ini, 29/3/15 jam 10.30 Mlm, seramai 54 % mengundi menyatakan Hudud hanyalah perangkap Umno, manakala 34 % lagi langsung tidak yakin Umno ikhlas.  Ini menunjukkan 88% merasakan Hudud bukan lahir dari keikhlasan Umno.  Cuma 6% sahaja yang yakin dan 6% masih ragu-ragu.

Undian masih dibuka untuk anda melahirkan pandangan anda.  Terima kasih kepada yang mengambil bahagian.

Jumaat, 27 Mac 2015

HUDUD OH HUDUD - KERANA MU MAHFUZ DIHALAU DEWAN

SEBELUM ini aku dah tulis, jaga-jaga dengan amno kalau mahu berunding perkara-perkara yang melibatkan agama Islam.  Semua tahu amno bukan berjuang untuk Islam pun bahkan sejarah amno ini selalu kita lihat zalim dan tidak adil.  Zalim dan tidak adil ini dosa besar di dalam Islam.  Maka, hati-hati jika mahu harapkan amno untuk laksanakan Hudud.

Semalam, MP Pokok Sena YB Mahfuz dihalau keluar Dewan hanya mahu tahu Menteri jaga agama, Jamil Khir samada sokong atau tidak jika Hj Hadi bawa usul pindaan Enakmen Hukum Hudud Kelantan.  Jamil Khir punya belit, sampai Mahfuz naik berang dan gelar Jamil Khir bacul.  Maka, Mahfuz diarahkan keluar dewan.  Lihat, itulah amno.

Mahu buat hudud jangan berunding dengan perompak atau penyamun.  Biar lambat buat Hudud asalkan tidak dipermainkan dan dibuli.  Aku faham Mahfuz di dalam keadaan tertekan semalam, maklumlah PAS seperti dah putus hubungan dengan kawan dalam PR iaitu DAP hanya kerana Hudud ini.  Kawan sudah lari, hudud pula dipersendakan oleh amno yang diharapkan oleh PAS untuk bantu.  PAS tidak salah kerana tidak bijak di dalam percaturan politik bukan satu jenayah pun walaupun kesannya besar.

Bukankah tepat dikatakan, "Yang dikejar tak dapat, yang dikendung keciciran"?  

Pendapat aku, Hudud selama mana pun mesti dilaksanakan.  Mahu mudah, rampas Putrajaya dulu.  Hudud perlu ada kuasa, dan tidak cukup kuasa di Dun Negeri saja.  Apakah ada jaminan PR perintah Putrajaya Hudud akan dilaksanakan?  Jangan tanya yang belum dicuba, lihat yang di depan mata dulu.  Apakah amno yang sedang memerintah mahu hudud? 

Isnin, 23 Mac 2015

AWASI PERANGKAP HUDUD, JANGAN YANG DIKEJAR TIDAK DAPAT, YANG DIKENDUNG KECICIRAN

HUDUD adalah satu undang-undang yang Allah turunkan kepada kita umat-umat Islam, sebagaimana Allah perintahkan berbagai lagi ibadat yang lain seperti yang terkandung di dalam Rukun Islam yang Lima Perkara itu.  Bezanya, Hudud tidak disebut di dalam Rukun Islam seperti Mengucap Dua Kalimah Syahadah, Sembahyang 5 Waktu, Berpuasa di Bulan Ramadhan, Mengeluarkan Zakat dan Menunaikan Haji (jika mampu).

Walaupun ianya tidak disebut di dalam Rukun Islam, namun ianya wajib dilaksanakan oleh pemerintah atau yang berkuasa di dalam sesebuah negara, seperti juga wajibnya mendirikan ekonomi, pendidikan, pertahanan dan keselamatan negara dan rakyatnya dan banyak lagi tuntutan Islam yang wajib dilaksanakan. 

Menentang Hukum Hudud jelas kafir sama juga seperti menidakkan kewajipan menunaikan Haji ke Mekah bagi yang mampu.  Apabila Kerajaan PAS Kelantan ingin melaksanakan Hukum Hudud di negeri berkenaan, maka timbul kontrovesi.  Kita ketepikan dulu orang-orang Non Muslim yang tidak menyokong atau membantah hukum tersebut kerana tiada kewajipan pun untuk mereka menyokong atau menolaknya.  Samada mereka menyokong, tidak samasekali mengubah akidah yang mereka anuti.  

Bagaimana pula umat-umat Islam yang tidak menyokong?  Di sini ada beberapa kategori;

1.  Umat Islam yang menolak secara total hukum ini, maka rosak akidah mereka.  Sama juga dengan mereka yang menidakkan hukum pergi Haji secara total.

2.  Umat Islam yang tidak menyokong usul ini atas beberapa hujah dan sebab;

     -  Merasakan belum waktu yang sesuai untuk dilaksanakan.

     -  Mahu mengutamakan kewajipan lain yang masih belum terlaksana terutamanya melibatkan negara dan rakyat keseluruhannya.

     -  Ingin mendahulukan agenda Islam yang lain di mana agenda itu disokong kuat oleh Non Muslim seperti membasmi rasuah, menaikkan taraf hidup rakyat, meningkatkan tahap pendidikan, memulihkan sistem kehakiman, meningkatkan tahap ekonomi, melaksanakan Maqasid Syariah sebagai permulaan dan banyak lagi kewajipan Islam yang mesti diperjuangkan.

     -  Menangguhkan perlaksanaan Hukum Hudud sehingga rakyat memahami secara berperingkat-peringkat melalui pendidikan.

     -  Mendapatkan kuasa memerintah di Pusat terlebih dahulu bagi memudahkan usaha memperkenalkan hukum Hudud di kalangan rakyat sebelum dilaksanakan.

      -  Menyedari tiada keikhlasan dari pihak pemerintah yang mana diketahui mereka hanya mahu mempergunakan hukum Allah ini bagi kepentingan politik mereka untuk memecahbelahkan Pembangkang.

Dan, banyak lagi sebab musabab mereka tidak menyokong Hukum Hudud diusulkan sekarang dan sebab musabab itu mestilah berdasarkan kepentingan Islam juga bukan alasan kosong semata-mata.  Maka, tidak wajar mereka ini dicop pementang hukum Hudud dan mengkafirkan mereka.

Jika adik kita mahu menunaikan Haji ke Mekah, di dalam masa yang sama kita lihat rumah mereka dan adik beradik mereka pun musnah akibat banjir dan tidak didirikan, menetap di khemah sementara sahaja, maka kita memberitahu adik kita 'tangguh'kan dulu ke Mekah.  Utamakan keluarga yang sedang susah dan kehidupan mereka yang tidak sempurna itu.  Adakah kita menasihatinya sedemikian dianggap menentang ibadat Haji yang diwajibkan?

Terlalu banyak nas dan dalil yang dibawa oleh Ulamak Dunia, Syeikh Yusof Qardhawi yang tidak menekankan keutamaan Hukum Hudud ini.  Bahkan, Presiden PAS satu ketika pernah menyebut "Hudud bukan keutamaan PAS".  

Sehubungan itu, berhati-hatilah dengan perangkap ini.  Jangan yang dikejar tak dapat, yang dikendung keciciran.  Musuh berjaya ke atas kita, kita pula kehilangan rakan.


Ahad, 15 Mac 2015

DALAM FB KETUA DEWAN ULAMAK PUN ADA GAMBAR SEKSI?

Gambar edit dari asal dipotong
SIAPA kata geng-geng lebai tak minat wanita seksi?  Siap upload dalam FB lagi.  Bukan calang-calang orang tu, Ketua Dewan Ulamak negeri tu.

Paling menarik, sudah la gambar tu seksi, di edit pula dari yang asal demi mahu mengaibkan 'musuh' politiknya dari jemaah yang sama.  Siapa kata 'ulamak' tidak tahu edit-mengedit?
 
Ni gambar asal...bukan berdua je macam di atas tu
 
Yang ini ok....alasannya, tak seksi?


Sudah-sudah la ustaz.  Bawa hujah lah kepada YB Khalid Samad.  Jangan jual agama demi kepentingan peribadi sehingga menjatuhkan imej Dewan Ulamak.  Takkan la seorang Ketua Dewan Ulamak di dalam FB ada gambar seksi.....  

Rabu, 11 Mac 2015

KUMPULAN BUAT KERJA TIDAK SALAH TETAPI BODOH !!


SEWAKTU himpunan #KitaLawan "March To Freedom" Sabtu (07 Mac 15) baru-baru ini di Sogo, aku ternampak sekelompok 'sarkas-sarkas' buat muka selamba di kaki lima kedai mengangkat banner mahu Mahdey Kutty menjadi Ketua Umum PKR bagi menggantikan Anwar yang terpenjara.

Memang aku setuju hak asasi manusia untuk berhimpun dan menyuarakan pendapat dan perbuatan mereka itu bukanlah salah pun.  Tetapi tak semua yang tidak salah itu betul tetapi ada ketikanya tidak salah tetapi 'bodoh'.  

Kenapa bodoh?  Apakah tidak bodoh ingin mengangkat tokoh yang jatuh dari takhtanya ingin menggantikan tokoh yang telah menyebabkan dia tersungkur?  Siapa boleh nafi mahdey kutty ini akhirnya menyerah angkara tekanan dan pengaruh reformasi?  Siapa pencetus reformasi waktu itu?  

Adakah kita yakin jika tidak kerana reformasi, mahdey kutty akan meletakkan jawatan?  Kirim salam.  Tidak sedarkah kita bahawa sehingga kini Mahdey kutty meroyan kerana Anwar masih menjadi sebutan rakyat di negara ini?

Sebab itu aku kata 'sarkas-sarkas' yang ada 20-30 orang itu buat kerja yang tidak salah tetapi nampak lucu dan bodoh.


Isnin, 9 Mac 2015

ULAMAK YANG MAHU BERCAKAP POLITIK JANGAN MALAS MENCARI MAKLUMAT


SEJAK dulu lagi aku selalu menyebut bahawa sebaik-baik pemimpin itu mestilah Ulamak.  Jika ada Ulamak yang boleh memimpin sebuah negara, alangkah bertuah dan berkatnya negara itu.  Namun kita tidak mudah dapat yang kita hajati.  Kita tidak kurang Ulamak tetapi amat kurang yang boleh memimpin negara.  Usahkan menjadi pemimpin negara, mahu bercakap darihal politik pun ramai ulamak yang tidak berkemampuan.

Aku ambil contoh seorang Ustaz, kalaupun bukan Ulamak.  Ustaz Mokhtar Senik adalah Ketua Dewan Ulamak PAS Pahang.  Bila beliau menjadi ketua dalam Dewan Ulamak, maka disebut orang dia Ulamak.  Aku tidak pertikai tentang gelaran itu, biarlah dengan gelaran yang mulia itu.

Siapa kata DAP tak sertai #KitaLawan ?
Cuma, status beliau di dalam FB yang aku lihat nyata sangat beliau malas mahu mencari bahan atau maklumat berkaitan politik tetapi mahu mencuba untuk mengulas.  Banyak isu-isu semasa berkaitan politik dan negara ini beliau 'songsang' memperkatakannya dan sering menjadi bahan ketawa orang ramai.  Ertinya, kejahilan beliau di dalam mengulas beberapa perkara mendedahkan dirinya sebagai seorang Ulamak yang menjadi bahan lawak orang ramai.  Sepatutnya beliau perlu jaga imej Ulamak yang beliau ada apatahlagi Ulamak yang berpolitik.

Di dalam isu Himpunan #KitaLawan "March To Freedom" yang telah diadakan pada Sabtu 07 Mac 15 baru-baru ini, beliau seolah-olah kurang senang melihat ramainya anak-anak muda yang mengambil bahagian.  Mungkin kerana ada perasaan cemburu atau rendah diri yang teramat, beliau terpaksa menyebut himpunan itu adalah Demo PKR.  Maka ditafsirkan tiada pemimpin DAP atau PAS yang terlibat.  Jelas kepada kita Mokhtar Senik malas untuk mencari maklumat.  Apabila malas, terpaksa menjual dirinya untuk diperbodohkan orang.  Jangan salahkan sesiapa jika ada yang mentertawakan anda kerana Ulamak akan ditertawakan bila berkelakuan 'bodoh'.  

Siapa kata PAS tak sertai #KitaLawan ?

Semua tahu, kita pun tahu walaupun tidak perlu mencari maklumat sebanyak mungkin bahawa himpunan #KitaLawan itu bukan anjuran mana-mana parti politik tetapi disokong kuat oleh parti-parti politik yang mahu menegakkan keadilan dan menentang kezaliman.  Sebab itulah, #KitaLawan itu dianggotai oleh beberapa pimpinan politik dari PR, Mahasiswa dan lebih dari 50 NGO yang menganggotainya.  

Aku harap selepas ini Mokhtar Senik tidak lagi menjadi bahan ketawa orang.  Ini akan menjatuhkan imej Dewan Ulamak yang beliau ketuai. 

Jumaat, 6 Mac 2015

MARI SERTAI "MARCH TO FREEDOM" DI RAUB MALAM INI, KEMUDIAN TERUS KE KL #KITALAWAN

PADA 06 Mac 2015 (Jumaat), mari kita semarakkan "March To Freedom" bersama anak perempuan tokoh reformasi yang kini terpenjara angkara kezaliman rejim.  Nurul Nuha Anwar akan bersama kita di Markas PAS, Kg Durian Sebatang, Dong, Raub, Pahang pada tarikh tersebut bermula jam 08.30 malam.


"March To Freedom" adalah satu gerakan untuk membela dan membebaskan DS Anwar Ibrahim dengan apa jua cara dari kezaliman yang menimpanya.  Turut bersama pada malam itu nanti adalah Penyelaras Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM), Chegu Bard yang terkenal dengan pidato vokalnya yang pasti menggegarkan pentas ceramah di Raub nanti.  Program ini turut mendapat kerjasama dari KEADILAN Pahang di mana tuan rumah diserahkan kepada KEADILAN Cabang Raub.  Turut berceramah adalah Pengerusi KEADILAN Pahang yang juga MP Indera Mahkota, YB Dato' Fauzi Abdul Rahman, MP Raub dari DAP, YB Dato' Arif Sabri serta beberapa pimpinan PR yang lain.

Difahamkan pada malam ini akan dilancarkan "Book Pocket" fakta-fakta berkaitan kes fitnah Liwat II DS Anwar Ibrahim.  Sudah pasti buku ini akan dapat menjawab beberapa persoalan yang dikemukakan oleh Shafee , Pegawai Pendakwa yang sekarang ini sibuk menjelajah untuk terus membawa cerita karut tentang DS Anwar.



Paling penting, Sabtu (07/3/15) selepas Konvensyen KEADILAN Audiorium Dewan Sivik MBPJ yang dijangka berakhir jam 12.00 tengahari, semua peserta konvensyen akan terus menuju ke Sogo untuk berhimpun di sana sekitar jam 3.00 petang.  Lokasi berkumpul telah pun ditetapkan dan bagi peserta-peserta Konvensyen KEADILAN akan dimaklumkan sewaktu konvensyen.  Apa yang penting, kesemua kita mesti berada di Sogo pada waktu tersebut untuk menyertai rakyat dalam program #KitaLawan.  

Sila dapatkan maklumat terkini di --->  FB: https://www.facebook.com/KitaLawanOfficial TW: @KitaLawan_my

Selasa, 3 Mac 2015

FORUM 04 MAC DI SEMAMBU, CERAMAH "MARCH TO FREEDOM" PADA 06 MAC DI RAUB

ESOK, Rabu (04/3/15) Jam 08.30 malam akan diadakan Forum Bicara Rakyat "MENGAPA NAJIB WAJIB TURUN?" bertempat di Pusat Komuniti Adun Semambu, Jln Hj Ahmad, Kuantan (Hadapan Petronas).



Di antara ahli panel adalah Ybhg Us Fakhrulrazi (Sekretariat #KitaLawan/Bendahari Pemuda PAS Pusat), Sdr Hishamudin Rais (Blogger Tukar Tiub/Aktivis) , Adun Semambu YB Lee Chean Chung (Penganjur) dan Ketua Penerangan PKR Pahang.


Pada hari Jumaat (06/3/15) jam 09.00 malam pula, di Markas PAS Durian Sebatang, Raub akan diadakan Program Ceramah anjuran "March To Freedom" yang akan dihadiri oleh anakanda DS Anwar Ibrahim iaitu Nurul Nuha beserta Penyelaras SAMM, Chegu Bard.  Beberapa pimpinan PR juga akan dijemput memberikan ucapan, di antaranya YB Dato' Fauzi Abdul Rahman (Pengerusi MPN Pahang/MP Indera Mahkota), YB Dato' Ariff Sabri (MP Raub) dan lain-lain.

Orang ramai dijemput hadir beramai-ramai.