RADIO KOBAT FM

TERIMA KASIH KERANA ANDA SUDI MENJADI TEMAN KAMI, SILA DAFTAR SEKARANG

Catatan Popular

Isnin, 29 Jun 2015

"ANJING DAN SERIGALA" - FITNAH EDAR PIL GUNA, GUNA TAKTIK ITU JUGA....

APABILA disebut menyalak seperti "anjing dan serigala" buat mereka yang kononnya menolak hukum Hudud, Hj Hadi kata "siapa makan cili banyak sangat, terasa pedas".    Ini kenyataan beliau setelah ramai pihak yang mempertikaikan 'uslub' beliau yang bagi aku pun tiada hujah langsung.

Pertamanya, sindiran "siapa makan cili, terasa pedas", itu adalah ayat biasa yang beliau gunakan untuk cover dirinya setelah membuat tuduhan.  Dalam isu fitnah edar pil kuda dulu pun, gitu jugalah jawapannya "siapa makan cili, terasa pedas", dan sampai sekarang dia sendiri tidak kenal siapa yang edar pil kuda itu.  Sebab itu di mahkamah, hakim menyebut memang terdapat unsur fitnah, tetapi 'fitnah umum', tidak sebut nama.  Maka, Hj Hadi menang kes.  Ini saja cara mahu cover, walaupun amat-amat tidak bertanggungjawab atau bijak.

Begitu juga apabila beliau sebut merreka yang menentang hukum Hudud itu umpama salakan 'anjing dan serigala".  Apabila ramai yang mempertikaikan cara dakwah Hj Hadi itu, beliai cover lagi dengan contoh makan cili.  Siapa yang makan cili?  Memang Hj Hadi tidak akan tahu dan kenal siapa yang makan cili itu sepertimana beliau tidak akan tahu siapa yang edar pil kuda dulu.

Hj Hadi mempunyai masalah untuk membezakan mereka yang mengkritik beliau dengan menghina beliau selaku Ulamak.  Sama juga, dia ada masalah untuk membezakan orang yang menentang hukum Hudud secara mutlak dengan orang yang berbeza pendapat dan pendekatan berkaitan perlaksanaan hukum Allah tersebut.  Ini masalah Hadi yang besar.  Adakah beliau mahu tutup malu kerana RUU Akta 355 telah memalukannya selaku Presiden yang gagal dan tertipu berkali-kali oleh Umno?  Beliau tidak malukah untuk bercakap tentang anjing dan serigala sedangkan yang "menganjingkan'nya adalah pihak yang berjanji untuk membantunya melaksanakan RUU Akta 355 yang selalu dianggap Hudud itu.

Sebab itu aku tidak hairan pimpinan Hj Hadi sekarang, hancur...

Ahad, 28 Jun 2015

TSKI BERAK MERATA-RATA, KINI MINTA AZMIN TERGESA-GESA CUCI BERAK DIA

TSKI khabarnya suruh MB Selangor, Azmin Ali agar letak jawatan.  TV3 suku pun sekarang promote TSKI bukan main lagi dan ambil kesempatan dari masalah air di Selangor.  TSKI pun tidak sedar diri, dia lupa TV3 suku juga pernah buruk-burukkan dia sewaktu dia jadi MB Selangor dulu dalam isu yang sama juga iaitu isu air.  

Ertinya, masalah air ini bukan berlaku di era Azmin saja.  Sekiranya Kak Wan ditabalkan menjadi MB Selangor itu hari, masalah ini tetap akan wujud.  Bezanya, masalah air yang ada sekarang tidak separah zaman TSKI, lebih-lebih lagi di zaman Umno jadi Kerajaan di negeri Selangor. 

Apakah TSKI ingat kita lupa, dosa dia paling besar kepada rakyat adalah dengan mengadakan perjanjian air dengan Pusat tanpa dibawa berbincang bersama pimpinan dan rakan-rakan di dalam PR.  Secara tergesa-gesa TSKI ke Putrajaya untuk menandatangani perjanjian air.  Mengapa tergesa?  Kerana Langkah Kajang waktu itu semakin dekat untuk menjatuhkannya?  

Kini, dia mahu tuding jari pada Azmin.  Dia yang tergesa-gesa berak tengah jalan, sekarang mahu Azmin juga tergesa-gesa cuci berak dia?  Cukup-cukuplah TSKI.  Lebih baik kamu bercakap tentang skandal 1MDB, GST ataupun skandal MARA sekarang.  Kamu pakar dalam ekonomi dan kewangan, kamu mesti tahu semua penyelewengan yang pemimpin Umno telah lakukan.  Kenapa berdiam diri?  Sebab, kamu juga mempunyai darah yang biru pekat, bukan?

Jumaat, 26 Jun 2015

G18 ATAU GERAKAN HARAPAN BARU, TIADA BEZA, SEMUANYA DEMI PAKATAN RAKYAT

G18 atau Gerakan Harapan Baru?  Apa bezanya?  Tiada beza pun.  Orang yang sama dengan gerakan yang sama untuk memperkukuhkan lagi Pakatan Rakyat.  Jika Dap atau KEADILAN sekalipun, ada sekumpulan yang melihat situasi sekarang tidak memperkukuhkan Pakatan, elok juga mereka gerakkan kumpulan mereka untuk tujuan baik itu.

Jadi, apa yang ditakutkan sangat?  Apakah dengan kukuhnya Pakatan maka kita tidak lagi Islam atau membelakangkan Islam?  Tentu tidak.  Tahalluf ini telah lama berjalan, jika Tahalluf ini bertentangan dengan Islam, mustahil tok-tok guru kita dahulu berjuang habis-habisan memppertahankan gabungan Pembangkang ini.

Lainlah jika ada hujah atau nas agama yang menyatakan Tahalluf di dalam Pakatan ini haram hukumnya.  Ada yang guna hujah agama untuk menakutkan mereka yang ingin menggerakkan G18 atau Gerakan Harapan Baru ini.  Bak kata, Dr Maza Mufti Perlis, jangan mudah sangat perasan dengan ayat Al-Quran atau Hadith itu dimaksudkan kepada kumpulan kita saja.  

Pada aku, sesiapa yang gementar dengan gerakan untuk memperkukuhkan Pakatan, mereka ini takut kepada bayang-bayang sendiri.  Biasanya orang yang takut, tentu ada salah dan silap yang telah mereka lakukan.  Seandainya menyertai atau menubuhkan gerakan ini merupakan satu yang salah dari segi hukum agama atau perlembagaan parti, mengapa tidak bertindak sekarang?  Gantung mahupun pecat.  Kita sudah cemuh dengan tuduhan ini salah, itu salah, namun tiada tindakan pun diambil.  Mat Sabu, Salahuddin Ayob, Khalid Samad, Hanipa dan ramai lagi sebelum ini dikatakan bersalah kononnya 'derhaka' atau tidak wala atau cuba untuk memburukkan Presiden.  Mana siasatan, mana dakwaan dan apa tindakan?  Ianya berlalu begitu saja sehingga selesai muktamar.

Eloklah berpijak dibumi nyata.  Baguslah jika bertindak lebih awal.  Jangan berhujah dengan perkara-perkara yang akan ditertawakan orang.  Ini akan memalukan jemaah. 

Khamis, 25 Jun 2015

HJ HADI ARAHKAN SOKONG AZMIN, APA YANG PELIKNYA?

APA yang pelik dan hairannya jika Presiden Pas telah mengeluarkan arahan kepada semua Adun Pas di Selangor untuk mempertahankan kerajaan PR di bawah Azmin di Selangor?  

Pas sekarang masih di dalam PR, maka tidak pelik jika semua Adun Pas wajib pertahankan kerajaan PR.  Bahkan Dap pun kena bersikap begitu.  Apa yang peliknya jika salah satu dari parti di dalam PR tidak menyokong MB dari PR tetapi menyokong yang bukan dari PR atau MB Bebas.  Itu memang pelik kerana sejarah pernah melihat keadaan sebegini.

Jika dahulu ada arahan agar bertahan untuk menyokong TSKI sebagai MB Selangor yang sudah Bebas setelah dipecat dari PR, kali ini berbeza.  Kembali kepada hakikat dan realistik.  Apa yang peliknya?

Situasi ini mungkin berbeza jika salah satu dari parti di dalam PR telah terkeluar dari PR.  Maka, tiada sokongan terhadap Azmin sebagai MB Selangor, itu juga tidak menghairankan.  Seperti yang aku sebut, jika TSKI tetap disokong walaupun bukan lagi MB mewakili PR, pelik apanya jika selepas ini Azmin pula tidak disokong bukan kerana Azmin MB Bebas tetapi ada parti yang terkeluar dari PR yang tidak akan menyokongnya lagi.  

Aku harap kerajaan PR tetap memerintah di Selangor samada salah satu dari komponen PR terkeluar.  Rakyat sudah tolak Umno/Bn di Selangor dan rakyat tidak juga terima parti yang cuba berjinak dengan Umno/Bn. 

Selasa, 23 Jun 2015

DAP BERTINDAK BIJAK, JIRUS AIR DALAM KEMARAKAN API

DI TENGAH kehangatan isu perkauman dimainkan untuk memburukkan Dap, secara tiba-tiba di Perak, YB Nizar mantan MB Perak dari Pas telah dipilih oleh semua Adun-Adun dari Dap untuk ditabalkan sebagai Ketua Pembangkang di Perak.  Ini adalah kesinambungan persefahaman sejak kejatuhan Kerajaan PR di Perak dahulu, walaupun Dap memiliki Kerusi Dun terbanyak di Perak.

Sebelum itu, di Pulau Pinang juga Kerajaan Negeri melantik Siti Aisyah Serikandi sebagai memenuhi kuota Senator di Dewan Negara, bukannya calon berbangsa Cina atau dari Dap.  Terbukti, isu perkauman langsung tidak berkesan walaupun cuba diselitkan sewaktu krisis Pas - Dap sedang hangat sekarang ini.  Pemimpin yang bijak adalah pemimpin yang 'menjiruskan' air di dalam kemarakan api yang sedang membara bukannya membuangkan puntung-puntung kayu sebagai bahan pembakar yang akan menyemarakkan api.

Tahniah kepada YB Nizar dan Siti Aisyah Serikandi.  Tahniah juga kepada Dap yang langsung tidak melayani provokasi perkauman yang dimainkan.  Mungkin ada yang berpendapat ini merupakan satu taktik Dap untuk menunjukkan kononnya Dap bukan anti Melayu.  Namun hakikatnya bukan ini kali pertama Dap membuktikan bahawa parti itu bukan Rasis seperti yang dimomokkan oleh media arus perdana.  

Isnin, 22 Jun 2015

ISU PAPAN TANDA TIBA-TIBA MUNCUL BILA WUJUD KRISIS PAS - DAP

ISU papan tanda yg cuba dirobohkan oleh pengkuatkuasa Majlis Bandaraya P.Pinang bukanlah isu besar sangat. Isunya, adakah pemasangan papan tanda itu mendapat kebenaran atau tidak dari pihak berkuasa di P.Pinang?

Jika benar mereka ada kebenaran, memang zalimlah pihak yang ingin merobohkannya tidak kira samada P.Pinang itu diperintah oleh Dap atau tidak. Jika benda yang sama berlaku di Kuantan, misalnya, adakah pihak berkuasa Majlis Perbandaran Kuantan akan berdiam diri jika ada papan tanda yang didirikan tanpa kebenaran? Sudah tentu tidak.

Hakikatnya, situasi yang berlaku adalah cubaan untuk memainkan sentimen perkauman semata-mata. Mereka mahu mengambil kesempatan dengan krisis yang sedang berlaku di antara Pas dan Dap, khususnya di P.Pinang. Kononnya, kerajaan Dap (dilihat sebagai kaum Cina) amat anti Melayu, sebab papantanda itu katanya ada kaitan dengan Umno (parti Melayu). Bukan kita bodoh sangat untuk membaca taktik jahat mereka kerana sebelum ini sudah naik muak dan sudah kerap kita muntah bila isu perkauman ini didendangkan di P.Pinang. Kita tidak lupa kisah sekumpulan "melayu" (kulit ala mamak) mengusung 'kek tahi' ke Pejabat KM P.Pinang dahulu. Akhirnya, "kek tahi" itu mereka juga makan beramai-ramai.

Orang tua-tua selalu kata, sesiapa makan 'tahi' atau termakan tahi, seumur hidupnya jadi tolol. Mungkin benar juga kata2 orang dahulukala.

Ahad, 21 Jun 2015

KEPUTUSAN DAP PAHANG TIADA BEZA DENGAN PAS DAN KEADILAN

DAP Pahang memutuskan untuk mematuhi apa jua keputusan yang dibuat oleh Dap Pusat berkaitan isu hubungan parti tersebut dengan Pas.  Meskipun Pas terlebih awal menyatakannya di dalam Muktamar parti Islam tersebut, namun Dap setakat ini belum mengikuti jejak langkah Pas itu.  

Keputusan Dap Pahang ini positif buat PR di Pahang kerana kesemua parti di dalam PR di Pahang ini bertindak sama seperti tindakan Dap Pahang.  Pas, di bawah Pesuruhjayanya yang baru, YB Ustaz Rosli Abdul Jabar juga menyatakan perkara yang sama berkaitan hubungan Pas Pahang dengan Dap.  Ertinya, Pas Pahang akan wala' dengan keputusan Pas Pusat yang katanya akan diputuskan pada tarikh yang belum ditetapkan.  Begitu juga dengan KEADILAN Pahang, keputusan Pusat pasti menjadi rujukan dan akan dipatuhi.

Bagi rakyat, apa pun keputusan yang bakal diambil mereka mengharapkan jangan sampai memusnahkan mood rakyat yang tengah memuncak untuk membenamkan rejim yang ada sekarang.   Jangan sampai rakyat muak dan jemu dengan sikap pemimpin yang tidak bijak membuat keputusan, ikut emosi dan melihat kepentingan di kawasan mereka sahaja. 


Sabtu, 20 Jun 2015

MOKHTAR SENIK ADA CADANGAN UNTUK PARTI BARU

AKU terbaca status Ustaz Mokhtar Senik.  Dia menasihatkan kepada sesiapa dari kumpulan yang tewas di dalam Muktamar baru-baru ini jika ingin tubuh parti baru, hendaklah membuat undang-undang agar Presiden mesti pegang jawatan sampai mati untuk mengelakkan tertubuhnya parti baru lagi selepas itu.



Mokhtar Senik juga mahu Majlis Syura mesti menentukan Presiden mesti pegang jawatan tanpa pertandingan kerana bimbang jika tewas, tertubuhnya parti baru.  Hebat Mokhtar Senik punya cadangan, sebab itulah usul dari Dewan Ulamak baru-baru ini amat membantu perkembangan Pas.

Aku fikir apa yang Mokhtar Senik sebut itu tidak penting sangat.  Apa yang penting dan mungkin Mokhtar Senik lupa mahu cadangkan adalah elok jika parti baru itu nanti buat undang-undang untuk mewajibkan "Chai" sebagai cara memilih pemimpin.  Itu lebih syarie aku rasa.

DR ZUHDI MELINGKUPKAN PAS

AKU tabik dengan Pengerusi ANAK, Sdr Mazlan Aliman yang tidak emosi bila diserang secara bodoh oleh Dr Zuhdi.  ANAK jadi mangsa serangan jahat Dr Zuhdi hanya kerana Mazlan Aliman letak jawatan di dalam AJK Pas Pusat.  

Tiba-tiba saja Mazlan dituduh penghasut anak-anak felda untuk fanatik atau agresif.  Aku nak tanya la Dr Zuhdi, berapa hari dia duduk di felda sewaktu kempen PRK Rompin baru-baru ini?  Bandingkan dengan Mazlan Aliman.  Berapa banyak Pas dapat curi undi dari Bn di Rompin dan berapa ramai anak-anak felda merusuh kerana dihasut oleh Mazlan?

Malang sungguh Pas dapat Dr Zuhdi.  Merosakkan jemaah.  Sebelum ini pun analisa Dr Zuhdi menunjukkan otaknya tidak betul apabila mahu jentik gereja jika Pas dan Umno bersatu di Selangor.  Nampak sangat Dr Zuhdi ni perosak jemaah. 

Apa pun tabik dengan Sdr Mazlan Aliman yang tidak emosi, sebaliknya mencabar Dr Zuhdi tunjukkan bukti sejauh mana dia merosakan anak-anak warga felda.  Kompom Dr Zuhdi tiada bukti.

Khamis, 18 Jun 2015

TIDAK PUAS LAGI DR ZUHDI? APA SALAH MAZLAN ALIMAN KEPADA KAMU?

PERNAH atau tidak anda dengar Pengerusi ANAK, Sdr Mazlan Aliman membuat satu-satu kenyataan kontroversi sebelum ini khususnya sepanjang kempen pemilihan Muktamar Pas baru-baru ini?  Pernah anda tahu Sdr Mazlan ini pernah mengkritik Ulamak atau Profesional mahupun menyebelahi mana-mana kumpulan?  Itulah Sdr Mazlan Aliman, lantaran itu beliau dipilih sebagai salah seorang yang menduduki Kerusi AJK Pas Pusat.

Ertikata lain, Sdr Mazlan Aliman 'tidak ganggu orang'.  Dia hanya tumpu kepada tanggungjawabnya sebagai Pengerusi ANAK iaitu menjaga hak dan nasib warga Felda di samping berbagai lagi jawatannya yang lain, kesemuanya melibatkan kepentingan rakyat marhaen.  Dia sanggup turun naik mahkamah, keluar masuk felda meskipun sering dihambat keluar oleh masyarakat felda sendiri hanya kerana ingin memberitahu warga felda bahawa kamu telah tertipu.  Dia bukan cakap kosong, dia ada hujah beserta fakta malahan beberapa kali mencabar pihak kerajaan berdebat secara terbuka dengannya berkaitan isu felda.

Itu Sdr Mazlan Aliman.  Jauh sekali tokoh berasal dari Johor ini ingin mengusik rakan-rakannya di dalam jemaah.  Mengapa si Dr Zuhdi 'jentik-jentik' ini sakit hati sangat dengan Sdr Mazlan Aliman?  Apa yang Sdr Mazlan Aliman buat kepada Dr Zuhdi yang terkenal dengan 'anti-Anwar" dan pemuja amno ini? Mengapa tergamak Dr Zuhdi tuduh Sdr Mazlan ingin merosakkan jenerasi muda anak-anak peneroka Felda?  Berapa ramai kini yang rosak angkara Sdr Mazlan?   Dr Zuhdi kini asyik menyerang ANAK sebaik sahaja Sdr Mazlan Aliman melepaskan jawatannya secara baik dari Kerusi AJK Pas Pusat.  Apakah itu memberi masalah kepada Dr Zuhdi yang pernah buat analisa jika Pas bersama amno di Selangor, mereka boleh perintah Selangor dan boleh 'jentik' saja gereja di Selangor.  

Siapa yang tidak tahu, Dr Zuhdi ini seorang pensyarah di Universiti kerajaan yang bebas berada di dalam Pembangkang asalkan beliau menjalankan 'visi' yang diarahkan kepadanya.  Kini, sedikit demi sedikit beliau menggerakkan "siku' dan 'lutut'nya untuk merealisasikan impian amno.  Setelah puas membelasah rakan-rakan di dalam jemaah seperti Mat Sabu, Khalid Samad, Dr Hatta dan lain-lain melalui "Chai Planning" yang Islamik itu, kini dendamnya kepada Sdr Mazlan Aliman pula.

Itulah Dr Zuhdi yang merosakkan Pas dengan menggunakan otak amno.

Isnin, 15 Jun 2015

SAMADA PAS BERSEDIA UNTUK BERSAMA KITA, SERANGAN TERHADAP UMNO/BN WAJIB DIPERTAJAMKAN LAGI

KEADILAN telah mengeluarkan kenyataan tegas mereka berhubung dengan krisis yang berlaku di dalam Pakatan, terutamanya yang melibatkan Pas dan Dap. Ketegasan KEADILAN adalah bahawa Pakatan mesti meletakkan keutamaan kehendak majoriti rakyat lebih 52% yang mahukan Umno/Bn ditumbangkan dan negara ini diambil alih oleh kerajaan baru bernama Pakatan Rakyat.

Ini hasrat rakyat dari berbilang kaum.  Namun demikian, KEADILAN melalui kenyataan resmi Presidennya menyatakan KEADILAN memahami rakan-rakan di dalam Pakatan mempunyai beberapa masalah dalaman dan ini juga pernah dilalui oleh KEADILAN sendiri. KEADILAN tiada hak untuk menentukan rakan-rakan mereka di dalam arah perjuangan dan pendekatan yang ingin mereka ambil.  Jika Muktamar Pas ingin menentukan usul bahawa Pas mesti putus hubungan dengan Dap, maka itu adalah kehendak Pas dan KEADILAN mesti menghormatinya.

Jika ini berlaku, Pas tidak mahu bersama Dap di dalam menumbangkan rejim Umno/Bn, KEADILAN tentunya tiada pilihan lain selain dari duduk bersama Dap yang telah menyatakan komitmen mereka bahawa musuh mereka adalah Bn.  Aku sendiri pun tidak setuju KEADILAN terlalu memaksa Pas untuk bersama di dalam Pakatan di dalam masa yang sama Pas tidak mahu berkawan dengan Dap.  Itu politik songsang yang tentunya tidak menjamin penyatuan di dalam Pakatan di dalam masa yang panjang.

Sekarang bukan masa untuk menuding siapa yang bersalah atau yang memulakan krisis ini.  Setiap parti tentu pernah lakukan khilaf, tetapi selama ini boleh kita selesaikan atau kita lupakan.  Tetapi, apabila Pas sendiri meletakkan permasalahan perbezaan pendapat ini diselesaikan melalui Muktamarnya, dan Dewan Ulamak Pas yang juga majoritinya adalah juga dari kalangan Majlis Syura Ulamak iaitu badan tertinggi di dalam PAS, sukar untuk kita mengerti apakah usul dari Dewan Ulamak untuk memutuskan hubungan dengan Dap itu bakal ditolak oleh Majlis Syura kerana majoritii individu di dalam Majlis Syura itu juga yang meluluskan usul tersebut di dalam Dewan Ulamak.  Bahkan, Mursyidul Am juga ada sewaktu usul ini dibincangkan di dalam Dewan Ulamak.  Apakah mereka akan merubah keputusan yang mereka sendiri bawa?

Atas perkembangan inilah, maka mahu tidak mahu, seberat mana sekalipun, Pakatan (KEADILAN dan Dap) mesti bersedia untuk menerima keputusan dari Pas nanti.  Maka, sewajarnya lah KEADILAN menyatakan bahawa Pakatan kini membuka kepada semua termasuk NGO yang mempunyai iltizam bagi merealisasikan kehendak rakyat majoriti ini untuk bersama-sama Pakatan agar serangan kita kepada Umno/Bn terus dipertajamkan.