RADIO KOBAT FM

TERIMA KASIH KERANA ANDA SUDI MENJADI TEMAN KAMI, SILA DAFTAR SEKARANG

Catatan Popular

Ahad, 14 Ogos 2016

MULIANYA AKHLAK NABI, MALU KALAU MAHU MENGAKU KITA PEWARIS NABI TAPI KAKI FITNAH

SUATU ketika Nabi sedang berkhutbah. Tiba2 di hadapannya ada seorang telah melepaskan kentutnya yg agak kuat hingga didengari oleh Nabi yg sedang berkhutbah. Nabi tahu siapa yg melepaskan kentut itu dan orang itu tidak bangun untuk berwuduk semula, mungkin rasa malu dan takut jemaah lain tahu beliau yg terkentut.

Nabi tidak menegur orang itu dan membiarkannya. Nabi yg memiliki akhlak yg terpuji, tidak mahu mengaibkan orang yg terkentut tersebut. Nabi bersabda, " Barangsiapa yg memperbaharui wudhuknya, maka itu lebih baik".

Apabila para jemaah mendengar kata2 Nabi, ramai yg bingkas bangun untuk memperbaharui wudhuk masing2. Di kesempatan inilah orang yang terkentut tadi pun bangun untuk wudhuk semula setelah wudhuknya tadi batal kerana terkentut.

Lihatlah, begitu sekali Nabi memelihara aib orang lain. Bagaimana dengan kita yg sengaja hebahkan aib orang lain apatah lagi menjaja fitnah yg kita sendiri tidak mempunyai bukti samasekali? Menuduh pemimpin memakan wang RM90 juta tapi tidak berani sebut nama dan tunjukkan bukti? Memang salah. Sama juga salahnya dengan menuduh orang edar daun ketum atau pil kuda tanpa kita tunjukkan bukti dan saksi bahkan kita pun tidak tahu siapa dia? Itu pun salah juga.

PARTI BERSATU BOLEH RINGANKAN KERJA KEADILAN

KITA ada pengalaman dgn parti Semangat 46 dulu di bawah Ku Li yg nk lawan Mahathir. Akhirnya, Ku Li dan Rais Yatim masuk Umno semula dan bubar Semangat 46. Apa kesannya pada kita waktu itu? Takde besar kesan pun kerana majoriti dlm Semangat 46 tidak ikut Ku Li dan Rais Yatim kerana mereka amat marah bila Ku Li belot. Ramai ahli2 Semangat 46 waktu itu sertai Pas kerana waktu itu hanya Pas yg ada sbg Pembangkang. Begitu juga, jika Mahathir atau Muhyidin akan sertai Umno semula, aku yakin pengikut2 mereka tak kesemuanya akan mengikut langkah pemimpin yg belot seumpama itu. Wlau bagaimanapun, kita harus berhati2 dgn apa jua persefahaman dgn BERSATU. Itu yg penting.

Isnin, 8 Ogos 2016

RUU AKTA 355 - APAKAH REJIM MAHU MENIPU LAGI?

SATU usaha baik untuk pertingkat Mahkamah Syariah. Hukum Allah tiada cacat celanya, jauh sekali dari mempunyai kelemahan kerana Allah yg cipta manusia ini dan tentunya Allah yg lebih tahu apakah undang2 yg terbaik untuk manusia.

Apabila ianya mahu dijadikan Akta dan undang2, sudah tentu menjadi tugas manusia yg merangka kaedah2nya untuk dijadikan sebagai undang2 bertulis agar tidak lari dari kehendak Allah. Siapakah yg paling sesuai untuk merangka kaedah2 ini? Tentunya selain dari Alim Ulamak, pakar2 perundangan dan semua yg berkaitan dengannya perlu bertanggungjawab termasuk Raja2 Melayu yg mana di negara kita bidang agama di bawah kuasa Raja2. Tidak cukup dengan meminta Wakil2 Rakyat menyokong membuta tuli RUU ini. 

Menentang hukum Allah memang boleh menjadikan kita kafir. Tapi, membahaskan RUU ini atau tidak setuju dengan beberapa kaedah yg terdapat di dalamnya termasuk dari segi teknikal dan seumpamanya dibenarkan demi untuk menentukan undang2 ini nanti benar2 mematuhi apa yg digariskan oleh Islam.

Kita menaruh keyakinan, Speaker atau yg berkuasa iaitu kerajaan di mana Umno adalah terasnya, membenarkan RUU Akta 355 dibahaskan pada bulan Oktober ini nanti sepertimana yg dijanjikan. Mustahil Umno menipu lagi kali ini kerana usul ini dicadangkan oleh Menteri Umno, Azalina dan disokong oleh wakil Umno juga.

Kita tidak mahu mereka menggunakan alasan seperti mereka gunakan sewaktu usul Hudud Kelantan ingin dibawa dulu yg akhirnya mengakibatkan Mahfoz Omar diarahkan keluar dari Dewan Parlimen hanya kerana menuntut janji2 Umno. Kini hudud kita terpaksa tangguh kerana "tiada kereta lagi, mana mungkin boleh buat undang2 jalanraya", seperti kata Hadi.

Semoga RUU Akta 355 tidak dimangsakan lagi oleh rejim...

Khamis, 4 Ogos 2016

RUU AKTA 355 - AKIBAT PEMIMPIN YG TIDAK CERDIK

Sumber: FB Usin Teleng

Mu tau tak?

RUU Akta 355 asalnya kedudukan susunan utk dibahas atau dibacakan dalam Parlimen di kedudukan N0. 15. No 1 hingga 14, banyak RUU atau usul yg melibatkan kepentingan negara dan rakyat.

Tapi, mengikut Hadi, RUU Akta 355 tu teramatlah penting dan perlu diutamakan dari benda2 lain. Maka, 'dirancang' seorang Menteri dari Umno untuk cadangkan agar Hadi bawa usul tersebut segera, sebab PENTING SANGAT!!

Maka, Muslimah Azalina Said pun bangun mencadangkan agar RUU Akta 355 itu dibaca utk dibahaskan segera. Sebab PENTING!! Cadangan Azalina Menteri Umno ini disokong oleh MP dari Umno juga. Bukan oleh mana2 lebai dalam Parlimen masa tu. Mungkin pak2 Lebai waktu tu sibuk berzikir memegang tasbih.

Oleh kerana PENTING sangat, Speaker pun kelamkabut susun balik susunan usul2 dan tarik usul No. 15 itu diangkat sertamerta untuk dibacakan SEGERA, sebab PENTING SANGAT!! Maka, Hadi pun dibenarkan bangun untuk membawa usul RUU Akta 355.

Beberapa wakil Dap bangun bantah kerana mereka tidak dimaklumkan awal tentang usul ini utk dibahaskan segera. YB Khalid Samad, MP Shah Alam juga bangun dan hanya bertanya "atas apa pertimbangan Speaker" untuk bawa usul ini mendahului lain2 kerana jika Pembangkang tahu atas pertimbangan apa, maka mudahlah di masa akan datang Pembangkang akan bawa usul "Private Member Bill", tidak seperti seelum ini yg tak pernah diluluskan oleh Speaker.

Apabila beberapa wakil Dap dan YB Khalid Samad bangun, maka menyalaklah beberapa lebai yg sebelum itu main telor saja, tiba2 bangun dan menuduh "YB Khalid Samad dan Dap" menentang RUU Akta 355. Azalina dan semua MP Umno dah mula tersenyum melihat umpan sudah mula diusik.

Lupakan itu. Hadi pun bangun sambil betul2kan samping dan serbannya, maka dia pun baca tajuk usul RUU Akta 355. Semua mata tertumpu kpd Hadi kerana semua yakin usul yg akan dibawa oleh Hadi itu TERAMAT PENTING. Bagaikan 'dharurat' rasanya waktu itu. Tapi.....terlalu pantas, bagaikan itik mengawan, habis baca dia terus duduk. Buat muka sadin.

Speaker pun bertanya, samada Hadi mahu bahaskan usul RUU Akta 355 ini sekarang, atau pun mahu tangguh? Hadi pun slow2 bangun dan berkata, " Minta tangguh sehingga bulan Oktober".

Azalina dan beberapa MP Umno dah mula nampak macam tak dapat menahan ketawa masing2. Ada yg sampai terkentut2 menahan ketawa melihat 'mangsa' nya dibuli. MP2 Pembangkang selain dari kumpulan Pak lebai masing menepuk dahi melihat situasi berkenaan. Rasa kesihan dan simpati serta lucu bercampur baur melihat gelagat ulamak hebat ini beraksi.

PENTING? Mana pentingnya? Kalau penting sangat, kenapa tangguh? Alasan kononnya ramai dari Pembangkang lain tidak bersedia untuk bahas? Atau, kamu yg tidak bersedia untuk bahas? Jelas, yg ada pada Hadi hanya tajuk usul RUU Akta 355 saja. Dia pun tiada persediaan untuk bahas.

Umpama, kita memandu di jalanraya. Tengah2 kesibukan dijalanraya, terdengar bunyi siren ambulan. Tentulah kecemasan. Kesemua kenderaan memberi laluan kpd kereta ambulan tersebut kerana itu kecemasan dan ambulan itu terus melanggar lampu isyarat merah. Tiba2 setelah ambulan itu berada di hadapan, pemandunya berhenti di sebuah warung dan minum teh. Rupa2nya ambulan itu hanya mahu elak dari lampu merah.

Apabila ini berlaku di Parlimen, baru kita tahu, rupa2nya untuk hadapi PRK Sg Besar dan K.Kangsar saja.

Politik itu strategi. Tak salah kalau Umno buat strategi seperti itu kerana mereka tahu untuk umpan Hadi mereka harus beri umpan yg betul. Umpan 'ugama' nampaknya praktikal. Sekarang, mereka tuduh kita menentang Akta 355. Bagaimana mahu setuju atau menentang, sedangkan Hadi pun baca tajuk saja? MP mana yg sokong tajuk usul dalam dunia ni? Maaf, Parlimen bukan Majlis Syura Ulamak Hadi yg apabila bos beri salam je, terus pakat setuju!!

Sabtu, 23 Julai 2016

ORANG BERITAHU KITA BAHAWA KITA TELAH DITIPU, TAPI KITA MASIH SOMBONG !!

BAB duit Tabung Haji, KWAP, LTAT dan saham Felda, ada tak US masuk campor? Takde kan? Tapi apa puak kita buat? Buat tak tau je.....

Bila skandal 1MDB ini mula2 dibangkitkan oleh Anwar Ibrahim tahun 2011, waktu itu US tak campurtangan pun isu ini, kita masih buat tak tahu dan biarkan Anwar serta Rafizi dan Tony Phua yang bercakap bertahun2. Akhirnya, skandal ini terdedah. Allah tunjukkan kebenaran dan ramai yg baru bangun tidur termasuklah Mahathir, Muhyiddin, Shafie Afdhal dan lain2. Walaupun mereka baru bangun tidur, tapi mereka terus lawan 1MDB menyambung apa yg pernah disebut oleh Anwar. Waktu itu, puak kita buat apa? Kita beri alasan dan hujah untuk cuba menafikannya. Maka, muncullah kata2 "Tak masuk akal" dan "datangkan saksi2" serta seumpamanya dengan membelakang fakta yg ada.
 

Menyedari isu ini semakin membahayakan rejim, maka banyak dokumen dan fakta2 lain berkaitan isu ini di "OSA" kan. Tapi mereka lupa bahawa OSA hanya laku di MSia. Tidak laku di SPore, US atau negara lain. Oleh itu, terbongkar satu demi satu rahsia 1MDB. Kita buat jenayah kat negara luar, maka menjadi tanggungjawab negara berkenaan menyiasat dan mendedahkannya.

Malangnya, kita tak berani bersuara, kita malas untuk mencari maklumat sedangkan ianya melibatkan kepentingan negara kita sendiri, tiba2 apabila US yg mendedahkannya untuk memberitahu rakyat negara ini bahawa 'Kamu telah ditipu oleh 1MDB", kita pula menjerit2 menyatakan "US, kamu jangan campuri urusan negara kami". Bijak ke bodoh kita?

Jumaat, 22 Julai 2016

FOBIA DENGAN MAHATHIR ?

ADA orang kerja dia sekarang ikut bontot Mahathir. Mahathir nak pergi masjid pun dia maki sebab Mahathir tak bertaubat lagi, katanya....

Bagi aku, aku tak peduli Mahathir nak bertaubat ke tidak, tapi kalau dia nak ke masjid buat baik, bukan kerja aku nak halang. Kalau Mahathir tak ikhlas nak lawan Umno, aku tak rasa semua anak2 buah dia pun tak ikhlas. Dalam 10 orang pengikut Mahathir, kalau 5 orang tak ikhlas ikut Mahathir (kalau Mahathir tak ikhlas), kita dapat 5 orang bersama kita teruskan lawan Umno pun dah cukup bersyukur daripada tak buat apa2 untuk tarik sokongan mereka.

Kalau kita ambil contoh waktu Pak Lah jatuh, Mahathir masuk Umno semula. Kononnya kita bimbang perkara itu berlaku lagi. Kita lupa, waktu tu, Mahathir tak sampailah nak tubuh parti baru dan waktu itu pun Mahathir ada sokongan dari belakang oleh ramai pemimpin Umno termasuk Muhyiddin untuk desak Pak Lah undur. Mudah untuk beliau masuk Umno semula bila Pak Lah undur. Sekarang ini, siapa pemimpin Umno yg mnyokong Mahathir untuk jatuhkan Najib? Semua dah dicantas awal lagi oleh Najib.

Aku lebih suka ambil contoh dari peristiwa Ku Li serta Rais Yatim yg terkeluar dari Umno dan tubuhkan parti Semangat 46. Memang betul, akhirnya bila dapat dedak, Ku Li dan Rais masuk Umno semula. Tapi, adakah semua ahli2 dan penyokong Semangat 46 join Umno semula? Tak ramai pun, bahkan ramai ahli2 dan penyokong mereka menyertai Pas atau terus berehat dari politik, termasuk arwah ayah aku sendiri.

Andainya (bersangka buruk sikit), Mahathir wujudkan parti baru sekarang, kemudian bila Najib jatuh, Mahathir pun istihar masuk Umno semula, apakah kesemua yg bersama Mahathir waktu ini akan turut bersama beliau? Mungkin ada, mungkin tidak. Kalau seribu orang kumpulan penyokong Mahathir yg ada hari ini, 90 % dikatakan ikut Mahathir join Umno semula, ertinya kita telah dapat 10% dari orang2 Mahathir untuk bersama kita. Ingat mudah ke nak dapatkan 10% orang2 Mahathir?

Oleh kerana Anwar tahu sejarah Semangat 46, maka tidak pelik kalau Anwar alu2kan Mahathir buat parti baru untuk lawan rejim Umno/Bn, bukannya Anwar menyokong Mahathir sebagai Ketua Pembangkang. PH telah muktamadkan Kak Wan tetap Ketua Pembangkang dan Anwar masih lagi dalam senarai bakal PM jika PH merampas Putrajaya. Itu pun, KEADILAN masih belum muktamadkan samada bersama parti baru Mahathir kerana parti itu pun belum wujud lagi dan tentunya kita mahu tahu apa asas perjuangan parti tersebut. Cuma, Kak Wan sebut KEADILAN akan bekerjasama dengan sesiapa sahaja yang mahu merealisasikan asas perjuangan PH.

Mengapa fobia sangat dengan Mahathir?

Rabu, 20 Julai 2016

KENYATAAN AZMIN YANG MENGELIRUKAN

AKU nak tegur sedikit kenyataan MB Sgor, Azmin Ali di dalam kenyataan beliau dlm isu Konsert Selena Gomez yg khabarnya bakal diadakan di Stadium Melawati, Shah Alam.

Azmin dipetik sebagai berkata " Seksi itu ciptaan Tuhan, maka jangan teruja". Kata beliau. 

Aku berpendapat, "seksi' itu bukan ciptaan Allah. sebaliknya yang Allah cipta adalah 'kecantikan dan keindahan' pada seseorang. Orang yg cantik tidak semestinya 'seksi' begitu juga orang yg sering bergaya 'seksi' tidak semestinya cantik.

Rupa paras itu memang ciptaan Allah, tetapi tingkah laku dan perangai di dalam menggunakan ciptaan Allah itu tidak seharusnya dikatakan adalah ciptaan Allah. Apakah satu hari nanti kita mahu sebut gaya 'lucah' itu juga ciptaan Tuhan?

Jika konsert tersebut untuk menghiburkan masyarakat yg bukan Islam di Selangor, maka tiada masalah pun. Jika dikhuatiri ada masyarakat yg berugama Islam akan hadir ke konsert berkenaan, aku cadangkan agar MUIS atau JAIS atau pihak Istana keluarkan arahan agar mengharamkan Orang2 Islam menjejakkan kaki ke konsert berkenaan. Tiada masalah aku rasa, keluarkan arahan menyeluruh sepertimana ada arahan agar mengharamkan MP dari Dap menjejakkan kaki ke dalam masjid di Selangor, boleh kan?

Sabtu, 16 Julai 2016

DULU KU LI BELOT, TIDAK RAMAI IKUT KU LI. MENGAPA TAKUT KALAU MAHATHIR BELOT?

JANGAN PERSIAKAN HARAPAN RAKYAT HANYA KERANA DENDAM KEPADA MAHATHIR

SESUATU benda yg baik yg kita nak buat, Mahathir nak join, terus kita tak jadi buat. Itu tindakan bodoh.
Kita meletakkan Mahathir sebagai insan yg tak boleh membuat apa pun kebaikan di dunia ini. Itu kezaliman, namanya. 

Alhamdulillah, Almarhum Us Fadzil Noor tidak pernah membaca rekod dan sejarah lampau Anwar sewaktu Anwar bangun menentang rejim zalim Mahathir dulu. Waktu itu, Almarhum juga amat berhati2 apabila bersama Anwar kerana ada pimpinan Pas waktu itu curiga dengan Anwar. Kebijaksanaan Almarhum Ustaz Fadzil Noor lah maka Umno/Bn sekarang kekal tanpa suara majoriti di Parlimen.

Memang benar sejarah lalu, Mahathir menentang Pak Lah dan Mahathir keluar Umno. Apabila Pak Lah turun, Mahathir masuk Umno semula. Jika ini ditakdir berlaku, mengapa kita harus bimbang? Bukankah kita juga ada sejarah dari Semangat 46? Ku Li dipecat dari Umno dan menubuhkan Semangat 46. Semangat 46 menjalinkan hubungan dengan Pas sehingga berjaya merampas Kelantan. Akibat dedak, Rais Yatim orang kanan Ku Li menyertai Umno semula dan menjadi menteri. Kemudiannya diikuti oleh Ku Li sendiri. Semangat 46 bubar.

Apakah Pas rugi waktu itu? Tidak. Di dalam parti Semangat 46 tidak ramai yang menyertai Umno semula, bahkan ramai yg menyertai Pas kerana marah dengan tindakan Ku Li belot kpd perjuangan. Pas cuma hilang Ku Li dan Rais Yatim tetapi Pas dapat ribuan para penyokong baru bekas Semangat 46. Seandainya Mahathir belot dan umum menyertai Umno semula, apakah kita yakin semua penyokong Mahathir akan mengikutinya? Kita jangan lupa, kekuatan Mahathir menjatuhkan Pak Lah dulu adalah kerana adanya sokongan dari belakang pimpinan Umno sendiri yg mahu Pak Lah turun. Berbeza dengan sekarang, siapa pimpinan Umno yg sokong Mahathir untuk jatuhkan Najib? Semuanya telah Najib cantas dan buang awal2. Situasi berbeza. Mahathir sudah tiada kekuatan untuk kembali bersama Umno kerana tiada lagi pimpinan Umno yg ada di dalam kabinet Najib yg menyokongnya.

Sejarah ini mungkin membuatkan Anwar menerima dan menyokong tindakan Mahathir untuk menubuhkan parti barunya untuk bersama PH melawan rejim Umno/Bn.

Khamis, 14 Julai 2016

APABILA ADA SUARA-SUARA PENYATUAN MAKA SAHUTLAH DENGAN IKHLAS

RAMAI pihak yang mengulas tentang cadangan Timb Presiden Pas, Ustaz Tuan Ibrahim Tuan Man yang menyeru agar pembangkang kembali bersatu dan fokus kepada musuh sebenar, dan pastinya yang dimaksudkan oleh beliau itu adalah Umno/Bn, bukannya Keadilan, Dap mahupun Amanah.  

Seruan beliau itu disambut oleh kepimpinan Keadilan melalui Timbalan Presidennya, Azmin Ali, begitu juga mendapat respon positif dari Dap dan juga Amanah.  Ertinya, semua sedar tiada gunanya kita mengaku parti kita kuat sedangkan Umno/Bn terus berkuasa.  Hakikat yang mesti kita sedar adalah Umno/Bn memang mahu melihat Pembangkang berpecah dan mereka telah berusaha lama untuk mencapai cita-cita mereka.  Hari ini kita lihat usaha Umno/Bn itu semakin mencapai kejayaan melainkan kita cepat sedar dan bertindak.

Setakat ini aku belum lagi membaca kenyataan resmi dari Pas oleh Presidennya atau Mursyidul Am tentang cadangan Ustaz Tuan Ibrahim.  Jika cadangan ini diterima oleh Pas, aku yakin Pas akan meletakkan beberapa syarat.  Tiada masalah jika mana-mana parti yang ingin bersama dalam satu pakatan meletakkan syarat masing-masing kerana kita harus akur bahawa setiap parti sudah tentu akan menjaga kepentingan parti masing-masing terutamanya berkaitan dasar perjuangan mereka.  Keadilan, Dap dan Amanah tentunya mahu melihat jika ada penyatuan di kalangan pembangkang kali ini mestilah bersyarat.  Apatah lagi masing-masing ada pengalaman yang telah dilalui.  Apa yang penting, tiada tuding menuding sesama kita.

Jika ikut emosi dan perasaan, bukan sahaja para penyokong PH yang 'terluka' dengan Pas.  Bahkan, para penyokong Pas juga 'terluka' dengan parti-parti di dalam PH.  Sama-sama telah merasai luka yang dialami akibat bertempur sesama sendiri.  Justeru itu, jika benar-benar ikhlas ingin bersatu, hanya dengan satu syarat iaitu kita mesti kenal musuh utama kita dan jatuhkan musuh utama terlebih dahulu sebelum kita berbicara tentang apa yang boleh kita lakukan untuk menjayakan dasar parti kita masing-masing.

Aku yakin, Umno/Bn pasti berkubur di dalam PRU14 nanti jika semua parti pembangkang iktiraf Umno/Bn adalah rejim yang wajib ditumbangkan.  Politik matang seharusnya matang di dalam bertindak mendepani musuh.  Banyakkan kawan, kurangkan musuh.  Cari jalan untuk berbaik dan bersatu bukannya cari jalan untuk berpecah.

Isnin, 11 Julai 2016

TV3 SUKU GASAK KELANTAN PULA, MAHU KATA APA?

MENGAPA masih ada yang masih bodoh percaya kepada TV3 suku?  Ada yang guna TV3 suku ini untuk jatuhkan sesama Pembangkang, malahan sanggup bersekongkol dengan TV3 suku untuk menghentam Dap.  Kalau mereka itu dari puak Umno, aku tidak hairan sangat.  

Waktu PRK Sg Besar dan K.Kangsar, setiap malam puak-puak ini berganding bahu dengan Umno untuk menghentam Dap dan Amanah, terutamanya.  Peliknya, tidakkah mereka kenal haramjadah yang bernama TV3 suku itu?  

PRK dah pun selesai dan Umno seronok dengan keputusan yang mereka perolehi.  Bagaimana pula dengan puak yang lagi satu yang bersekongkol dengan Umno gunakan TV3 suku sepanjang kempen tersebut?  Menangkah?  Atau, meningkatkah undi mereka?  Berbaloikah hanya memberi alasan kita kalah di dunia, tapi menang di Akhirat.  Apa jaminan kamu akan menang di Akhirat bila kamu tewas di dunia?  Adakah Allah minta kita cari jalan untuk tewas?

Berita jam 8 mlm sebentar tadi, teruk kerajaan Kelantan kena belasah oleh TV3 suku.  Isu banjir mereka mainkan dan memburuk-burukkan pentadbiran kerajaan negeri.  Jangan lupa, bukan Dap yang menerajui Kelantan.  Setelah kamu bersama-sama Umno melanyak Dap di dalam PRK baru-baru ini, kini media mereka melanyak kerajaan negeri Kelantan.  Tidakkah isu air ini lebih hebat di Pekan, kawasan Parlimen Najib?  Di Kedah juga ada kampung yang digelar "Kampung Tanpa Air".  Siapa perintah Pahang dan Kedah?  Mengapa mereka serang Kelantan?  Kamu masih tidak sedar lagi?

Umno tidak pernah tahu berkawan.  Mereka akan berkawan dengan kita bila mereka ada kepentingan.  Bila mereka rasa tidak lagi penting, mereka akan lanyak kita secukupnya.  Sekarang, Kelantan dihebahkan satu negeri di bawah Ulamak yang gagal urus air.  Mana penting, air atau hukum hudud?  Itu mainan mereka.  Tidak faham dan tidak kenal lagi Umno?  

Ahad, 3 Julai 2016

MUHYIDDIN TIDAK LAYAK MENJADI KETUA PEMBANGKANG

BERITA yang menyebut Muhyidin Yasin akan menganggotai Pakatan Harapan seterusnya dilantik sebagai Ketua Pembangkang ternyata satu berita yang palsu.  Ini disahkan sendiri oleh YB Khalid Samad selaku Pengarah Komukasi Amanah di mana beliau menyebut isu ini timbul apabila beberapa kenyataan dari Mazlan Aliman telah disalah petik.

Muhyiddin sebenarnya tidak layak untuk dipilih sebagai Ketua Pembangkang bagi menggantikan Kak Wan, jauh sekali untuk menggantikan DSAI.  Beliau tiada kekuatan dan auranya untuk memikul tugas berat selaku Ketua Pembangkang.  Jika sekadar beliau adalah penentang Najib, beliau tidak layak untuk tugas itu kerana tugas Ketua Pembangkang bukan sekadar mahu jatuhkan Najib tetapi Ketua Pembangkang mesti membawa Pakatan Harapan untuk menjatuhkan Umno/Bn seterusnya melengkapkan PH untuk mengambil alih Putrajaya.  Muhyiddin tiada komitmen ini.  Mahathir yang jauh lebih hebat dari Muhyiddin pun tiada komitmen ini.

Apakah Muhyiddin boleh diterima menyertai PH?  Jawapannya, tentu boleh kerana PH tidak pernah menutup pintu kepada sesiapa yang ingin bersama perjuangan PH.  Apakah Muhyiddin bersedia untuk mengiktiraf DSAI adalah bakal PM sekiranya PH berjaya ke Putrajaya?  Apakah Muhyiddin bersedia untuk menerima Kak Wan selaku Ketua Pembangkang?  Apakah Muhyiddin bersedia dan akur dengan prinsip2 yang termaktub di dalam PH?  Jika tidak bersedia, Muhyiddin boleh lupakan hasrat untuk bersama PH.