RADIO KOBAT FM

TERIMA KASIH KERANA ANDA SUDI MENJADI TEMAN KAMI, SILA DAFTAR SEKARANG

Catatan Popular

Rabu, 3 Januari 2018

APAKAH MUSTAHIL PAHANG DIRAMPAS OLEH PAKATAN HARAPAN ?

INI bukan dari analisis mana2 pihak. Ini analisis saya dari pandangan saya setakat ini. Analisis ini, terutamanya dari segi peratusan kaum, mungkin sedikit tersasar tapi rasanya tak jauh lari pun.

Pakatan Harapan sebenarnya masih ada peluang menang di banyak Kerusi Dun di Pahang ini sekiranya gerak kerja yg ada sekarang tidak menurun bahkan digandakan.

Di antara Kerusi Dun yang mampu direbut oleh Pakatan Harapan, walaupun pertandingan lebih dari dua penjuru, atas faktor peratusan pengundi Cina besar adalah;

1. Cheka (M-70.06%) (C-23.87%) (I-4.96%)
2. Benta (M-62.07%) (C-27.54%) (I-10.22%)
3. Damak (M-56.55%) (C-34.24%) (I-5.85%)
4. Lanchang (M-58.09%) (C-21.28%) (I-16.28%)
5. Dong (M-62.15%) (C-32.68%) (I-2.88%)
6. Lepar (M-76.65%) (C-18.30%) (I-2.61%)
7. Luit (M-80.53%) (C-15.28%) (I-1.39%) (OA-2.57%)
8. Sg Lembing - Saya masih tak dpt peratusan yg agak tepat lagi.

Manakala, Dun yang merupakan kawasan Melayu tradisional namun dimenangi BN bawah dua ribu undi majoriti yang mampu direbut oleh Pakatan Harapan adalah;

1. Padang Tengku (M-91.88%)
2. Tahan (M-94.23%)
3. Inderapura (M-92.67%)
4. Panching (M-84.08%)

Bagi Dun2 yg Umno/Bn menang dgn majoriti lebih dari 3 ribu ke atas, kita juga punyai harapan atas kehadiran parti serpihan Umno iaitu PPBM yang boleh membantu kita untuk mendapatkan undi2 secara senyap dari penyokong2 Umno di situ. Di kawasan ini, pengaruh felda agak kuat, tetapi kita jangan lupa warga felda kita tertekan dengan masalah besar. Contohnya seperti :

1. Pulau Tawar: 12 daerah mengundi (DM) adalah kawasan Felda daripada 17 DM keseluruhan.
2. Chini: Sembilan (9) DM kawasan Felda daripada 13 DM keseluruhan.
3. Kuala Sentul: Lima (5) DM kawasan Felda daripada lapan DM keseluruhan.
4. Kemayan: Tujuh (7) DM kawasan Felda daripada 14 DM keseluruhan.
5. Bukit Ibam: Tujuh (7) DM kawasan Felda daripada 11 DM keseluruhan.
6. Muadzam Shah: Enam (6) DM kawasan Felda daripada 12 DM keseluruhan.

Manakala, Dun2 yang telah kita menangi selain dari Dun yang dimenangi oleh sekutu Umno iaitu Pas, InsyaAllah, terus dikekalkan. Pakatan Harapan 'terpaksa' merampas Dun Beserah dan Tg Lumpur dari Pas kerana usaha kita untuk mengajak mereka bersama dalam Pakatan menentang rejim Umno/Bn ditolak mentah2.

InsyaAllah, jangan pelik jika ada penganalisis turut menyenaraikan Pahang adalah salah satu negeri yang Pakatan Harapan juga punyai potensi untuk mengambil alih kerajaan negeri.

Sabtu, 23 Disember 2017

APA SUDAH JADI DENGAN HADI ?


AKU baca dalam Harakahdaily hari ini. Lebai minta Najib bercuti kerana isu felda. Lawak sungguh.

Pakatan Harapan dah lama minta Najib bukan saja bercuti, malah berundur semenjak isu GST yg zalim dan isu Skandal 1MDB yg memalukan negara lagi. Waktu itu, ada lebai kata , "sebelum tuduh Najib, kena ada 4 saksi". " Tidak masuk akal Najib masukkan duit RM 2.6 Bilion dalam akaunnya sendiri".

Kemudian, ada ostat dlm kuliahya sebut, " Lebih baik kekalkan pemimpin Melayu Islam walaupun dia zalim". Tok mursyid pula kata, " Jangan jatuhkan kerajaan sekular ini, nanti yg ganti adalah kerajaan Liberal". Habis tu, nak pilih kerajaan mana? Kerajaan Islam la.....yg mahu menang 40 Kerusi. Haha.....
 

Tuang Presideng pula kata, "Bukang Urusang ambe nok suruh Pi Eng berehat". Hahaha.....

Tiba2, bila tercetusnya isu tanah felda tergadai, lebai2 terus nak jadi hero kononnya. Tiba2 minta Najib bercuti. Walhal, semua tahu yg lantang membela isu2 felda ini adalah dari Pakatan Harapan juga melalui ANAK oleh Mazlan Aliman . Ramai pimpinan dari PH yg sanggup didakwa di mahkamah kerana berjuang isu2 felda. Lebai hanya tahu masuk felda buat ceramah dan minta derma jihad penuhkan tin milo daripada para peneroka. Mereka tak cerita tentang isu2 felda sangat sebab mereka tak arif tentang skandal yg melanda felda. Mereka bawa isu RUU Akta 355 di felda2, tetapi RUU Akta 355 tersadai kat Parlimen kerana tukang bawa usul pun ponteng.

Pakatan Harapan istiqomah melawan Umno/Bn dalam semua isu besar sejak awal. Tandanya kita menolak Bajet oleh kleptokrasi, bukannya berkecuali.

Khamis, 30 November 2017

YB KHALID SAMAD DAN KOBAT DI MENTAKAB AHAD INI (03/12/17)

YB KHALID SAMAD AKAN JELASKAN MENGAPA PH MENOLAK BAJET NAJIB BARU2 INI - PROGRAM CERAMAH DI TAMAN SAGA, MENTAKAB AHAD (03/12/17) INI 
 
ISU menyokong Bajet, menolak dan berkecuali menjadi kontroversi di kalangan kita. Bagi rejim yg ingin terus berkuasa dan meneruskan dasar mencekik darah rakyat, tentunya mereka akan pertahankan Bajet yang mengekalkan GST tersebut.

Pakatan Harapan pula, sepertimana tahun2 yang lalu terus istiqomah menentang apa jua dasar dan urustadbir yang mencekik darah rakyat yang sedang menderita sekarang. Bagi Pakatan Harapan, penyakit ekonomi dan kesengsaraan rakyat kini tidak boleh diubati dengan sebiji dua 'panadol' berupa Brim, bonus atau wang tunai secara 'One Off". Pakatan Harapan mahu kerajaan melihat masalah sebenar rakyat sekarang untuk diatasi di dalam jangkamasa panjang

Atas sebab itu lah, Pakatan Harapan tiada pilihan lain kecuali menolak Bajet yang terang, jelas dan nyata tidak akan mampu mengubah nasib rakyat. Di dalam Bajet yang dibentangkan itu, terkandung satu virus penyebab penyakit terbesar iaitu GST, maka mana mungkin Pakatan Harapan tergamak untuk 'berkecuali' jauh sekali untuk menyokongnya.

Ramai yang masih keliru, apakah dengan sikap Pakatan Harapan yang menolak Bajet itu bererti kita menolak pembangunan dan gaji untuk kakitangan awam? Tidak kurang juga yang beranggapan bahawa mengambil sikap 'berkecuali' itu sudah memadai untuk membela nasib rakyat.

YB Khalid Samad, MP Shah Alam yang terkenal dengan sikapnya yang 'vokal' di Parlimen akan menjawab kesemua persoalan ini. Saya mewakili KOBAT (Kor Bekas Angkatan Tentera) akan mengulas beberapa isu politik semasa yang ditimbulkan oleh pihak lawan.

Orang ramai dijemput hadir pada hari Ahad ini (03/12/17) Jam 08.30 mlm bertempat di Bilik Gerakan Utama (BGU) Dun Lanchang, Jln Saga 8, Taman Saga, Mentakab bagi mendapatkan maklumat-maklumat semasa.

Mohon hebahkan !!

Jumaat, 24 November 2017

MP YANG MENOLAK BAJET KEMENTERIAN 52 ORANG, TAPI SPEAKER KATA 51, LEBAI PULA BERKECUALI?

PH BERIKHTIAR DENGAN BERBAGAI CARA UNTUK SELAMATKAN RAKYAT DARI TERUS DIZALIMI

Ini senarai MP-MP yg menolak Bajet dlm Jkuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Pengguna kerana terkandung usaha untuk menaikkan harga minyak dan barang. Jumlah yang menolak usaha ini adalah seramai 52 orang.

Namun, Speaker menyebut jumlah yg menolak adalah seramai 51 orang, sebaliknya yg menyokong disebut 52 orang (termasuk yang datang lewat setelah Speaker menunggu mereka datang utk mengundi walaupun kertas perjumlahan undi telah ditandatangani).

Manakala MP yang hadir tetapi berkecuali adalah dua Orang, iaitu YB Ustaz Idris dari Bukit Gantang (Pas) dan YB Zailah dari Rantau Panjang (Pas). Alasan kedua2 MP dari Pas yg berkecuali ini adalah kerana " Ada arahan dari pimpinan atas untuk 'Berkecuali". MP-MP Pas seramai 6 orang yg bersama MP-MP dari PH yg menolak bajet itu mungkin tidak tahu tentang arahan untuk berkecuali tersebut, kata Us Idris.
 

Us Nasrudin Tontowi pula mempersoalkan mengapa MP-MP lain dari PH tidak hadir ke Parlimen? Mengapa perlu kepada undi Pas kerana Pas sejak awal memang akan 'berkecuali", katanya. Betulkah begitu? Jika begitu, mengapa 6 MP dari Pas ini bersama-sama dengan tindakan MP-MP dari PH? Adakah mereka melanggar arahan seperti yang Us Nasrudin Tontowi sebut?
 

Tentang ketidakhadiran lain-lain MP dari PH dipertikaikan, itu memang dirancang kerana strategi PH adalah untuk 'memerangkap' ahli-ahli Parlimen dari Bn. Kalau semua MP dari PH hadir, sudah pasti mereka terhidu akan sesuatu dan mereka juga akan bersedia. Sebab itu, tidak dirancang pun untuk semua MP dari PH hadir sepertimana dirancang sewaktu menolak Bajet sebelum ini. Strategi memerlukan kebijaksanaan. 
 

Terbukti, strategi itu berjaya cuma penipuan yang terang dan nyata telah membantu Bn ditambah pula dengan dua ekor atas pagar dari Bukit Gantang dan Rantau Panjang membantu Bn untuk menipu seterusnya dikira 'menang'.

Sekarang rakyat sudah boleh menilai pihak manakah yang begitu bersungguh-sungguh untuk menyelamatkan mereka dari kesengsaraan. PH berusaha sedaya upaya dengan berbagai cara untuk menyelamatkan rakyat, malangnya ada pihak yang berusaha sedaya upaya memberi alasan untuk menghalalkan tindakan mereka untuk menyusahkan rakyat.

Rabu, 8 November 2017

CERAMAH "BEBAS ANWAR, SELAMATKAN MALAYSIA" (BASM) DI INDERA MAHKOTA (KHAMIS 09/11/17)



Sempena kempen "Bebaskan Anwar, Selamatkan Malaysia" (BASM) yang dijalankan oleh sekumpulan ahli-ahli Keadilan dari golongan OKU yang akan tiba ke Pahang hari ini (Rabu-08/11/17), pada malam esok Khamis (09/11/17) akan diadakan Ceramah Umum bertempat di Indera Mahkota.

Selain dari pimpinan-pimpinan Pusat, pimpinan dari Pahang juga akan tampil berceramah dan saya juga dijemput untuk memberikan ceramah pada malam esok.  

Kumpulan ini seterusnya akan terus menjelajah ke seluruh Negeri Pahang mengikut jadual pergerakan yang telah diatur.  (Rujuk jadual program di FB saya)

Saya menjemput orang ramai untuk hadir bagi menyambut dan meraikan kumpulan OKU yang bersemangat waja ini.   LAWAN TETAP LAWAN !!

Khamis, 2 November 2017

APA ALTERNATIF JIKA LOGO PH TIDAK DILULUSKAN?

 
 
LOGO PAKATAN HARAPAN MASIH 'DIBEKU" di PEJABAT ROS

Sehingga sekarang ROS masih belum luluskan logo Pakatan Harapan, iaitu sudah melebihi 100 hari. Ertinya, KPI penugasan ROS gagal, tidak efektif dan lembab.

Apa alternatif PH, jika pendaftaran logo PH ini terus dibekukan sehingga menjelang PRU14?

Kemungkinan ada dua alternatif;

1. Setiap parti yg bertanding akan menggunakan satu logo sahaja, iaitu salah satu logo parti di dlm PH yg dianggap lebih popular dan mudah dikenali rakyat.

2. Logo akan digunakan mengikut negeri2 yg telah ditetapkan utk ditawan dan ditadbir oleh parti2 di dlm PH. Contohnya, Kedah, setiap parti dlm PH akan menggunakan logo PPBM kerana Kedah diberikan kpd PPBM sebagai MB jika PH menang. Selangor, semua parti akan menggunakan logo Keadilan. Kelantan akan menggunakan logo Amanah. P.Pinang akan menggunakan logo Dap.

Kemungkinan untuk semua parti guna logo masing2 aku rasakan kemungkinan itu kecil kerana PH telah komited bahawa hanya satu logo sahaja akan digunakan.

Rabu, 18 Oktober 2017

LEPAS PRU14 BAWA BALIK RUU AKTA 355 ?


Dah agak dah. Main2 je lebai ni, nak buat modal politik je. Sanggup kena kencing berkali2 asalkan dpt buat modal kempen.

Tahukah lebai, jika Parlimen bubar maka tamat episod RUU 355 yg lebai bawa dan tertangguh 3 kali itu? Lepas PRU14, samada 'Na'uzubillah' rejim umno/Bn memerintah atau IsnsyaAllah, PH memerintah, maka nak bawa RUU akta 355 ini perlu bermula dari kosong semula? Lebai perlu bawa usul semula. Harapkan lebai nk perintah Putrajaya, lebai cuma sasar 40 Kerusi Parlimen saja. Lebai pulak tak mahu PH perintah Putrajaya.

Ertinya, lebai masih harap Umno/Bn perintah dan lebai akan bawa usul RUU Akta 355 sekali lagi. Umno yg sama akan tentukan usul lebai selepas ini. Apakah lebai mahu dikencing lagi?

Apalah nak jadi dgn parti lebai. Selagi harapkan umno/Bn, sampai sudah tak ke mana. Islam hanya utk ditunggang oleh lebai.

Sabtu, 14 Oktober 2017

MENGAPA AKU HADIR HIMPUNAN PETANG INI ?


MENGAPA AKU HADIR HIMPUNAN "SAYANGI MALAYSIA, HAPUSKAN KLEPTOKRASI" DI MBPJ, PETALING JAYA PETANG INI ?

Dari Abu Sa’id Al-Khudri R.A, dia berkata: Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda: “Barang siapa di antara kalian melihat suatu kemungkaran hendaklah ia mengubah dengan tangannya; jika tidak mampu, maka dengan lisannya; jika ia masih tidak mampu, maka dengan hatinya dan itu adalah selemah-lemahnya iman.” (HR. Muslim).

Objektif utama himpunan petang ini adalah untuk bersolidariti bagi menunjukkan kepada rejim bahawa masih ada lagi rakyat di negara ini yang berani bersuara untuk menyatakan kebencian, kekesalan dan kekecewaan terhadap kerosakan yang dilakukan oleh rejim yang memerintah terhadap negara ini.

Negara ini boleh diselamatkan dengan syarat rakyat berani menegur pemimpin dan sekiranya pemimpin masih pekakkan telinga, maka rakyat wajib menukar teraju kerajaan. Teguran demi teguran telah dilakukan oleh banyak pihak, samada di dalam Parlimen mahupun di luar Parlimen. Malangnya, rejim masih mendabik dada kononnya mereka telah mendapat sokongan majoriti rakyat dan boleh melakukan apa saja.

Mendukacitakan, para ilmuan dan agamawan yang seharusnya berada di saf hadapan untuk menegur rejim yang berkuasa, mereka lebih selesa dengan kedudukan mereka. Mereka sedar rakyat kini sedang menghadapi kesusahan untuk meneruskan kehidupan, namun mereka hanya memikirkan kepentingan diri masing2. Mereka tahu wang negara iaitu wang rakyat telah dirompak dengan rakus, tetapi mereka tidak berkemampuan untuk berbuat apa2. Pandang dan lihat.

Lebih malang lagi apabila mereka paling hebat mengampu dan memuja pemimpin zalim ini. Ada parti yang sanggup berkata, kita biarkan rejim ini memerintah asalkan kita dapat 4, 5 buah negeri untuk kita tadbir. Apalah yang mereka harapkan untuk mentadbir 4, 5 negeri sedangkan kerajaan masih dipimpin oleh Kleptokrasi? Langsung tiada cita2 untuk menamatkan pemerintahan rejim yang ada. Mereka fikir hanya untuk mereka sahaja.

Pakatan Harapan sanggup melupakan perbezaan dan sengketa lampau di antara parti2 yang bergabung demi untuk rakyat. Dendam kesumat diketepikan, rakyat diutamakan. Kita mahu negara ini ditadbir sekurang2nya seperti di Selangor atau P.Pinang. Rakyat selesa, negeri maju, rezab kerajaan negeri bertambah dan hutang paling sedikit. Apakah rakyat tidak melihat ini?

Himpunan di MBPJ petang ini adalah satu himpunan aman yang dibenarkan oleh Perlembagaan dan dituntut oleh Islam berpandukan kpd dalil di atas. Ertinya, satu usaha yang baik untuk menyelamatkan negara. Perkara baik harus disegerakan dan jangan ditangguh2 seperti RUU Akta 355.

Wahai anak2 muda. Masa depan negara ini terletak di tangan anda semua. Kalau anda kini merasai kesusahan, bayangkan ibu bapa kamu yang semakin dimamah usia terpaksa lalui kehidupan seperti sekarang. Kalau mereka tidak mampu untuk melakukan perubahan, apakah kamu juga tidak mampu meneruskan perjuangan ini?

Saya menanti anda di sana....InsyaAllah.

Selasa, 10 Oktober 2017

TUN M TEBUS SILAPNYA TERHADAP TIAN CHUA


Kita masih ingat, di era reformasi, di antara tokoh yg hebat adalah YB Tian Chua, waktu itu beliau tidak berapa dikenali lagi. Namanya mula dikenali dan menjadi sebutan dibibir para reformis adalah kerana sikapnya yg berani, tidak padan dengan batang tubuhnya yang kecil dan kurus itu.

Beliaulah yg berani menghalang trak FRU dari terus mara menyembur air ke arah para reformis. Beliaulah di antara yg diseret, disepak dan diterajang bahkan ditangkap waktu itu. Waktu itu beliau bukan sesiapa, jauh sekali dari seorang Wakil Rakyat. Mungkin, Anwar sendiri waktu itu tidak kenal insan bertubuh kecil ini.


Ya. Era reformasi paling getir dan mencabar adalah dizaman Tun M jadi PM. Tian Chua menghadapi kesukaran dan penderitaan banyak dizaman Tun M. Kalaulah ada lagi insan lain selain dari Anwar yang patut berdendam dengan Tun M, tidak lain tidak bukan orang itu di antaranya adalah Tian Chua. Tapi, kedua2nya bukan berjuang untuk diri sendiri. Mereka berjuang untuk rakyat.

Apakah manusia tidak diberi peluang oleh Allah untuk berubah? Anwar diberi peluang untuk berubah, sebab itu Anwar memiliih untuk menentang Umno sedangkan beliau mempunyai satu langkah saja lagi untuk menjadi orang nombor satu di negara ini jika beliau mahu akur dengan kezaliman. Begitu juga dengan Tun M. Beliau memilih untuk berhijrah dari terus menyokong rejim Umno yang beliau pernah pimpin lebih dari 20 tahun.

Tidakkah Allah suka kepada manusia yang melakukan hijrah dari berada dalam kelompok yang tidak baik kepada yang lebih baik? Hanya Iblis dan syaitan sahaja yang suka agar kita melakukan kejahatan dan berterusan menyokong kejahatan. Allah melihat penghujung hayat kita.

Pada malam Solidariti terhadap YB Tian Chua yg di dalam penjara untuk tempuh sebulan, Tun M dan isterinya menyusupi waktu malam yang dingin untuk berada bersama para penyokong yang bersolidariti untuk Tian Chua. Beliau dan isteri menandatangani sokongan terhadap Tian Chua. Tentu terfikir oleh Tun M, apa lagi yang mampu beliau lakukan untuk menebus kesalahannya terhadap Tian Chua. Tun M sanggup ke hulu ke hilir di dalam usianya yang melebihi 90 tahun untuk membela nasib rakyat. Umno yang dulunya beliau pimpin kini terlalu banyak dosanya kepada rakyat, maka Tun M terpaksa korbankan usia tuanya untuk menebus kembali hak rakyat.

Biarlah apa orang mahu perkatakan tentang perubahan sikap Tun M. Sekurang-kurangnya Tun M tidak tersesat di penghujung usianya, InsyaAllah. " Kita mesti memerintah, barulah kita boleh bebaskan Anwar dan lakukan reformasi", itu kata-kata Tun M pada malam itu. Siapa sangka, 'musuh reformasi' itu kini mahu melakukan "reformasi"?. Aku yakin, atas semangat Tun M sekarang yang begitu berani malah lebih berani dari kita, ramai di antara kita sudi memaafkannya atas perkara yang lalu.

Ahad, 8 Oktober 2017

SUBKY LATIF SUDAH HILANG ARAH ?


Aksi Adun lebai di Selangor 

Subky Latif tidak lagi suka menulis tentang kebobrokan rejim kleptokrasi. Beliau menulis tentang arak pula kali ini. Dlm Harakah terbaru, beliau puji Pas kerana satu2nya yg berjuang menentang arak yg diminum oleh orang2 kafir sesama mereka.

Orang kafir minum arak dengan orang Islam berpesta joget dikir, mana satu yg berdosa? Orang kafir minum arak dengan orang Islam yg redho kleptokrasi terus memerintah selain dari 5 negeri yg Pas berangan mahu perintah, mana satu musibah terbesar? Orang kafir minum arak dgn lebai2 yg berpuas hati dgn skandal 1MDB, manu satu khianat kpd Islam? Orang kafir minum arak, dengan seorang Adun lebai pakai baju tokong dewa utk dapatkan sokongan kaum Cina, mana lebih merosakkan akidah?

Lelaki pamir otot badan, dihakimi oleh wanita dan ditonton oleh wanita di Kelantan

Joget dikir dangdut di Serambi Mekah
 Semakin berusia, Subky nampaknya semakin hilang ingatan.

Isnin, 11 September 2017

SETELAH GAGAL PAMERKAN ISLAM YANG TERBAIK, MEREKA SALAHKAN DAP

PAS bawa politik zaman 70-an. At Takiri kata, Islam tak selamat di bawah Dap.

Mengarut betul At Takiri. Islam tetap selamat sampai kiamat kerana Islam itu agama yang Allah redho dan pelihara. Jangan cuba tafsir Islam akan hancur kerana Dap.

Islam akan terus dipandang baik dan mulia semuanya atas tanggungjawab umat2 Islam sendiri, bukan parti. Islam takkan selamat di bawah Pas atau mana2 parti politik selagi umat2 Islam tidak mengikut ajaran Islam itu sendiri.

Contohnya, yang luluskan Hudud dalam Dun Kelantan itu adalah dari sokongan Adun2 dalam Dun Kelantan, tanpa seorang pun Adun dari Dap. Mengapa tidak dijalankan hudud di Kelantan? Jawapannya, ini bidangkuasa Kerajaan Pusat. Siapa Kerajaan Pusat? Jawapannya, Dap tidak terlibat samasekali. Umno/Bn adalah kerajaan Pusat.

Gagal Hudud di Kelantan pun mereka salahkan Dap. Maka, dibawa satu lagi usul iaitu RUU Akta 355. Hadi pun melanggar Jkuasa pembentukan usul ini dengan membawanya bersendirian ke Parlimen. Apakah waktu itu Hadi tidak tahu bahawa sebarang usul jika dibawa ke Parlimen, akhirnya kuasa penentu terhadap usul itu adalah Kerajaan juga? Harus diingat Dap bukan kerajaan dan tiada kuasa meluluskan atau menolaknya.

Hadi kata Umno akan bantu. Umno pun kata, parti Melayu itu juga akan bantu. Maka, Jamil Khir seorang Menteri yang jaga agama pun diseret atas pentas sokong RUU Akta 355 di Padang Merbok. Asyraf Dusuki pun hadir. Tegang2 urat Jamil Khir atas pentas Padang Merbok menyerang Dap dan menyokong RUU Akta 355. Bertakbir sekelian walaun di malam itu mendengar Jamil Khir berucap dan sampaikan 'salam' Najib kepada semua yg hadir berbaju Unggu.

Tidak beberapa hari selepas itu, Najib Presiden Umno umumkan Umno tidak akan bawa usul RUU Akta 355. Bola diserahkan kembali kepada Hadi. Di Parlimen, untuk kali ketiga, Hadi bangun dan baca usul serta rengkasan dan huraian tentang RUU Akta 355. Kemudian disambung oleh Takiyuddin dengan panjang lebar.

Sepanjang ucapan Hadi dan Taki, tiada seorang pun wakil dari Dap mahupun dari PH bangun mencelah, jauh sekali membantahnya. Masing2 sibuk mencatatkan apa yg Hadi dan Taki hujahkan agar mereka dapat menggunakan peluang untuk memberi pendapat dan hujah sewaktu perbahasan nanti.

Malangnya, sebelum masuk waktu Asar, terlalu awal lagi setelah Taki selesai beri huraian, Speaker buat keputusan untuk menangguhkan perbahasan pada siri akan datang. Untuk makluman walaun, Speaker itu bukan dari Dap. Bangun beberapa orang wakil dari PH mendesak Speaker untuk adakan perbahasan kerana ini isu penting melibatkan umat2 Islam seperti yang Hadi selalu laung2kan. Cepat bahas, cepat dibuat undian dan cepat diputuskan. Bukankah ini yg Hadi mahukan? Bukankah Islam ajar benda2 yg baik jangan suka ditangguh2kan?

Pelik bin ajaib, sewaktu ramai MP2 dari PH bangun mendesak Speaker untuk bahas segera RUU Akta 355, tiada seorang pun MP dari Pas yang bangun menyuarakan bantahan terhadap Speaker. Bukankah itu usul dari Hadi Presiden mereka sendiri? Mengapa tak membelanya dan anggap pembelaan itu sebagai jihad jika Speaker halau keluar dewan nanti? Sebaliknya yang berlaku, MP2 dari PH pula yang terpaksa berbalah dengan Speaker untuk membahaskan RUU Akta 355 idea dari Hadi itu. MP2 dari Pas angkat punggung dan naikkan banner di lobi Parlimen yang tertera "Hadi Wira Islam" dan bertakbir beramai2.

Apa kata lebai2 ini selepas itu? Biarlah Speaker tangguh pada siri akan datang dan kita bersedia untuk bahas nanti. Apa yang berlaku seterusnya? Tiba sidang Parlimen baru2 ini, usahkan mahu bahas RUU Akta 355, Hadi pun terus tidak hadir ke Parlimen atas alasan uzur. Tapi Hadi hadir pada program Ijtimak Ulamak pada waktu itu.

Ini satu kisah betapa Islam pun tidak selamat di bawah nama Pas. Islam akan terpelihara dan dipandang mulia sekiranya umat2 Islam itu sendiri ada keikhlasan dan jujur di dalam memperjuangkannya tidak kira di atas nama wadah politik mana sekalipun. Islam akan tercemar jika umat2 Islam sendiri bersekongkol dengan kezaliman.

Pas terus salahkan Dap kerana itu sahaja modal yang ada pada mereka untuk mendapatkan undi orang2 Melayu. Mereka telah belajar taktik ini dari Umno. Biarkan mereka berebut2 undi dari orang2 Melayu yang kuno dan jahil kerana kita yakin majoriti orang2 Melayu tidak lagi bodoh dan termakan dengan jualan murah bangsa dan agama.