RADIO KOBAT FM

TERIMA KASIH KERANA ANDA SUDI MENJADI TEMAN KAMI, SILA DAFTAR SEKARANG

Catatan Popular

Sabtu, 18 Februari 2012

ISU ISRAEL - `PELURU' SEBENAR UNTUK UMNO

Sudahkah kita baca AWSJ ?

Ramai yang bising mengenai kenyataan Anwar Ibrahim mengenai Israel dalam ASWJ persoalan paling penting sudahkah kita baca majalah tersebut ? Jawapan pasti lebih 90% rakyat Malaysia menyatakan tidak dan hanya tahu melalui media propaganda Umno.

Bagi yang tidak membacanya, Anwar sekali lagi memberikan penjelasan dalam isu ini dengan menyebut dengan jelas dalam kenyataan medianya semalam seperti di bawah :
Telah dihebahkan kenyataan saya dalam Asian Wall Street Journal, "I support allefforts to protect the security of the state of Israel," (Saya menyokong segala usaha untuk melindungi keselamatan negara Israel) sedangkan kenyataan penuh selepas itu, "a step which he said remains contingent on Israel respecting the aspirations of Palestinians." (pendirian tersebut tertakluk kepada syarat bahawa Israel mesti menghormati aspirasi rakyat Palestin) tidak pula disiarkan sepenuhnya
Kini sepatutnya 'meriam' dihalakan kepada regim semula. Adakah benar Malaysia anti Israel. Bagaimana negara ini yang tidak mengiktiraf proses demokrasi Palestin dengan tidak mengiktiraf Hamas berdasar telunjuk Israel. Bagaimana dengan hubungan dagang terus membantu ekonomi Israel. (klik baca hubungan dagang sawit malaysia israel)

Dr. Mahathir sudahlah kamu memang banyak menyumbang kepada negara ini tetapi kamu juga bukan sedikit berbuat kerosakan. Cukuplah jangan tamak dan sombong lagi. Kenyataan Mahathir yang cuba menyelamat Najib yang boleh dipercayai oleh orang yang pendek pemikiran. Bagaimana mungkin Israel yang selesa dengan regim kini yang bersungguh - sungguh menjaga kepentinganya mahukan pertukaran kerajaan ? (klik untuk membaca jawapan SAMM terhadap Dr. M). Antaranya Kakitangan kerajaan yang sedar dan sudah meluat dengan regim Umno ini yang salurkan maklumat bukan Israel seperti mana tuduhan Dr. M. Saya tahu lah sebab saya yang pergi jumpa mereka dan saya yang dedahkan perkara tersebut. Bukan seorang tetapi ramai, bukan sekumpulan tetapi banyak kumpulan di perbagai pangkat dan perbagai jabatan.

Dari 10 kakitangan kerajaan boleh dikatan 9 sudah meluat dengan regim Umno ini dan pasti 5 dari mereka sedang bersama berusaha bersungguh-sungguh menjatuhkan regim Umno ini./Chegubard

Khamis, 16 Februari 2012

JANGAN KOMPROMI SOAL AKIDAH, HATTA NAJIB MAHUPUN ANWAR

Oleh:  WFAUZDIN NS

Gambar dipetik dari sebuah Blog Pro Umno

MUFTI Perak dikatakan telah menegur Najib apabila Najib hadir di dalam Perayaan Thaipusam baru-baru ini di Batu Caves.  Terbaru, beliau dikatakan hadir untuk menyampaikan amanat selaku pemimpin negara bukannya hadir untuk merayakan Thaipusam. 

Justeru itu, aku menaruh keyakinan seperti yang dinyatakan baru-baru ini oleh Mufti Perak bahawa Najib tidak menyalahi hukum Islam apabila tidak merayakan sambutan Hari Thaipusam tersebut.  Selebihnya, Wallahu Aklam.

Apa yang aku mahu tulis di sini adalah bagaimana pula dengan gambar di atas?  Gambar dikatakan DS Anwar bersama masyarakat India di Perayaan `Ponggal'?  Adakah DS Anwar hanya hadir sebagai pemimpin mereka atau turut meraikan bersama amalan agama mereka?  Dan, adakah `Ponggal' itu perayaan agama atau sekadar adat kaum India?

Aku berjumpa dengan beberapa teman kaum India dan bertanya mereka tentang hal ini.  Ada yang berkata `Ponggal' itu hanya adat sahaja bukan amalan agama, dan ada yang berkata itu adalah amalan agama.  Jadi, pada aku jika ianya adalah amalan agama dan DS Anwar turut merayakannya, maka DS Anwar menyalahi hukum Islam.  Sebaliknya, jika DS Anwar hanya hadir seperti Najib hadir di Batu Caves baru-baru ini, maka hukumnya sama seperti yang disebut oleh Mufti Perak itu.  Sehingga kini, aku tidak jelas samada `Ponggal' itu adat ataupun amalan agama.  Wallahu Aklam.

Baik, gambar yang menunjukkan DS Anwar `ditanda' pada dahi, aku telah mendapat jawapan dari beberapa rakan India bahawa `tanda' itu bukan amalan agama mereka tetapi adat semata-mata seperti orang Melayu menggunakan inai, kata mereka.  Sebab itu, kita selalu lihat ramai kaum wanita India yang memakai `tanda' di dahi walaupun mereka telah memeluk Islam.  Selalu kita lihat di dalam filem Tamil atau Hindustan, wanita Islam tetap memakai `tanda' di dahi dan mereka terus memakai Sari.  Jika ikut adat Melayu pun, memakai inai di kuku juga diambil dari cara kaum India sehingga ke peringkat bersanding di dalam Majlis Perkahwinan.

Kesimpulannya, aku tidak kata Najib atau DS Anwar betul atau salah.  Di sini sewajarnya pihak-pihak berkuasa Agama Islam harus peka dan segera menegur kerana terlalu banyak yang mengelirukan kita berkaitan sesetengah amalan agama atau adat kaum dan ugama lain.  Jika Najib salah, dan Anwar pun salah, maka tegurlah dengan segera.  Isu ini lebih penting dari isu politik./wfauzdin.blogspot.com


Rabu, 15 Februari 2012

ISU ISRAEL - ANWAR BERTEMU NIK AZIZ, TINDAKAN TEPAT DAN BIJAK

Oleh:  WFAUZDIN NS

BERLANJUTAN daripada nasihat Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Nik Aziz agar DS Anwar memberikan penjelasan atau menyaman akhbar AWSJ berkaitan isu sokongan terhadap Israel, maka difahamkan nasihat dari Tuan Guru Nik Aziz disambut baik oleh Ketua Pembangkang berkenaan.

Akhbar Sinar hari ini melaporkan, Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim akan bertemu Musyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dalam masa terdekat ini bagi menjawab isu beliau dikatakan menyokong usaha melindungi keselamatan Israel seperti yang dilaporkan Wall Street Journal (WSJ), baru-baru ini. Menurut sumber dalaman PKR, perjumpaan akan dilakukan selepas mesyuarat bersama kepimpinan PKR, hari ini.

Ini lah satu bukti menunjukkan pandangan setiap pimpinan di dalam PR akan dibincangkan sebaik mungkin.  Tiada istilah PAS mengikut telunjuk PKR mahupun DAP.  Walaupun DS Anwar adalah Ketua Pembangkang, beliau sanggup bertemu Mursyidul Am PAS bagi memperjelaskan isu yang dibangkitkan kerana amat tidak bijak jika beliau menggunakan media arus perdana untuk menjawab isu berkenaan apatah lagi kita tahu jenis apakah media dan akhbar di negara ini.

Apa yang penting, rakyat sedar betapa Umno sendiri tidak pernah serius menentang Israel malahan banyak bukti menunjukkan pengaruh Yahudi termasuk Apco telah lama berada di negara ini./wfauzdin.blogspot.com

DASAR LUAR MALAYSIA TERHADAP PALESTIN BERKIBLATKAN AMERIKA SYARIKAT DAN ISRAEL

KENYATAAN AKHBAR
SETIAUSAHA AGUNG PARTI KEADILAN RAKYAT


Saya merujuk kenyataan Perdana Menteri Najib Tun Razak yang membidas Dato Seri Anwar sebagai bersikap dua wajah (two-faced) dan menegaskan kononnya Malaysia sentiasa memberi sokongan secara konsisten terhadap perjuangan Palestin.

Apakah PM Najib perlu diingatkan bagaimana layanan kerajaan Malaysia terhadap pemimpin negara Palestin yang sah dipilih secara demokrasi pada pilihanraya 25 Jan 2006?

Perdana Menteri Palestin Ismail Haniyeh dipilih sebagai ketua kerajaan yang kemudiannya melantik Menteri Luarnya Dr Mahmoud AlZahar. Malaysia pada Mei 2006 telah menjadi tuanrumah Persidangan Negara-negara Berkecuali (NAM) anehnya telah membelakangkan kehadiran Dr Mahmoud AlZahar sebagai Menteri Luar sah kerajaan Palestin dan sebaliknya mengiktiraf Farouk Qadummi iaitu Bekas Menteri Luar Palestin (sewaktu kerajaan Fatah sebelum Pilihanraya 25 Januari 2006). Pada persidangan tersebut Farouk Qadummi dijemput berucap sebagai wakil rasmi kerajaan Palestin.

Hal ini tidak sukar difahami kerana PM Ismail Haniyeh dan Dr Mahmoud ALZahar adalah pemimpin Palestin yang mewakili HAMAS yang pada kacamata Amerika Syarikat dan Israel adalah satu kumpulan pengganas. Hakikat bahawa HAMAS menang pilihanraya secara bebas dan demokratik tidak sama sekali mengubah pendirian Amerika Syarikat dan Israel terhadap HAMAS yang telah berjaya membentuk kerajaan Palestin yang sah. Amerika Syarikat dan Israel tidak mengiktiraf kerajaan Palestin pimpinan HAMAS. Adalah menjadi pengetahuan umum Amerika Syarikat dan Israel lebih bersikap lunak terhadap kumpulan FATAH yang tewas pilihanraya.

Dr Mahmoud AlZahar yang kecewa dengan layanan Malaysia kemudiannya memulau persidangan NAM tersebut. Beliau menemui pimpinan PAS termasuk Timbalan Presiden ketika itu Ustaz Nasaruddin Mat Isa. Dr Zahar turut mengutuk tindakan kerajaan Malaysia menjemput Qaddoumi dan menganggap keputusan itu sebagai sesuatu yang tidak dapat diterima oleh kerajaan beliau. Malahan Ustaz Nasaruddin kemudian mengeluarkan kenyataan mengecam kerajaan Malaysia sebagai ‘biadap’

Insiden tersebut memberikan bukti jelas bagaimana tidak konsistennya dasar kerajaan Malaysia terhadap Palestin. Insiden ini menjadi bukti bahawa dasar luar Malaysia terhadap Palestin sebenarnya berkiblatkan dasar Amerika Syarikat dan Israel terhadap Palestin. Insiden ini mengesahkan Kerajaan Malaysia tidak dapat membezakan antara kerajaan sah yang dipilih oleh rakyat Palestin dengan pemimpin Palestin yang ditolak dan tewas dalam pilihanraya. Hanya kerana Amerika Syarikat dan Israel tidak mengiktiraf kerajaan Palestin pimpinan HAMAS pada ketika itu maka Malaysia juga akur. Bukankah fakta ini dengan sendirinya menolak kenyataan PM Najib sebaliknya mengesahkan bahawa dasar kerajaan Malaysia terhadap Palestin sebenarnya tidak konsisten?


Sekian, terima kasih.


SAIFUDDIN NASUTION ISMAIL
SETIAUSAHA AGUNG
PARTI KEADILAN RAKYAT
 
*Melalui Email

Selasa, 14 Februari 2012

HARI KEKASIH - KARPAL TIDAK BOLEH TENTUKAN PRINSIP PAS

Oleh:  WFAUZDIN NS

BEBERAPA hari ini aku tidak menulis kerana tiada kesempatan.  Aku sekarang masih berada di KL, setiap hari berkunjung ke IJN menjaga ayahanda yang kini masih di tahan di wad IJN akibat penyakit paru-paru berair dan semput.  Doa kalian ku harapkan agar ayahanda ku sihat seperti sediakala, InsyaAllah.

Ada kesempatan sedikit, aku ingin menyuarakan sokongan aku terhadap kenyataan Presiden PAS, Tuan Guru Hj Hadi Awang yang tegas dengan prinsip Islam dan PAS membantah sambutan Hari Kekasih (valentine Day) di kalangan umat Islam.  Sekaligus aku menyanggah pendirian DAP, terutamanya dari Karpal Singh yang seolah-olah mahu memaksa umat Islam redha dengan sambutan yang menjadi budaya barat itu.  Baca di SINI.

Meskipun DAP adalah rakan sekutu PAS di dalam PR, ini bukan bererti semua dasar atau prinsip DAP mesti bersamaan dengan PAS, lebih-lebih lagi prinsip yang berkaitan dengan hukum Islam.  Sejak dari dahulu, PAS tetap konsisten dengan dasar dan prinsipnya, kecuali dengan beberapa perkara atau pendekatan yang PAS rasa harus dilakukan demi politik Islam selagi ianya tidak menyalahi hukum.  Di dalam isu Hari Kekasih ini, jelas di dalam Islam tiada hari yang ditetapkan untuk pasangan kekasih yang bukan muhrim atau belum berkahwin berpasang-pasangan secara berdua-duaan, apatah lagi bersama di dalam satu program mungkar.

Ini soal hukum, bukan soal politik ke Putrajaya.  Oleh yang demikian, Karpal Singh mesti tahu menghormati hukum Islam sepertimana PAS sentiasa menghormati ugama-ugama lain yang diamalkan di negara ini.  Bukan soal hak asasi, ini soal hukum Islam yang jauh lebih adil dan selamat dari hukum hak asasi ciptaan manusia terutamanya dari Barat itu. 

Aku berpendapat, majoriti di dalam DAP menghormati pendirian PAS di dalam banyak perkara cuma yang sering menimbulkan kontroversi adalah Karpal Singh sahaja.  Mungkin bukan niat beliau untuk memperlekehkan hukum Islam tetapi di atas kejahilan beliau tentang banyak hukum yang terdapat di dalam Islam, beliau cuba untuk mencungkilnya.  Oleh itu, amat tepat Presiden PAS membuat kenyataan sedemikian agar beliau tahu bahawa di dalam Islam tidak semua perkara boleh dilakukan atas dasar hak asasi manusia.

Tindakan PAS untuk tidak menarik balik larangan umat Islam menyambut Hari Kekasih itu adalah satu tindakan tepat.  Seandainya Karpal Singh ingin membawa DAP keluar dari PR hanya kerana isu yang beliau sendiri tidak faham, maka bagi aku Karpal Singh boleh berbuat demikian.  Aku yakin, tidak seperti Dr Hassan Ali selalu sebut bahawa PAS diperkudakan oleh DAP itu adalah satu anggapan yang jauh meleset./wfauzdin.blogspot.com

Ahad, 12 Februari 2012

US AZHAR IDRUS BUKAN AHLI PAS, MAKA BELIAU SOKONG UMNO?

Oleh:  WFAUZDIN NS

SINAR semalam menyebut bahawa Pendakwah terkenal, Us Azhar Idrus tidak menjadi ahli PAS.  Maka, seronoklah puak-puak Umno yang sekular itu mendengar berita sedemikian.  Cuma, wartawan tidak bertanya kepada Us Azhar, apakah parti yang beliau pangkah sewaktu Pilihanraya?  Umno atau Bn? 

Aku sokong Us Azhar tidak menjadi ahli PAS, tetapi siapa boleh bertaruh bahawa Us Azhar mengundi Umno/Bn dan tidak mengundi PAS?  Kepada sesiapa sahaja yang sering mengikuti kuliah Us Azhar pasti tahu parti mana pilihan Us Azhar Idrus.  Sebab itu, bak kata Us Azhar sendiri dia tidak pelik jika Umno tidak menjemputnya berceramah atau memberi Kuliah.  Tidak pelik juga beliau sering dijemput oleh PAS untuk memberikan kuliah atau ceramah.

Ustaz Azhar Idrus
Menjadi ahli PAS tidak wajib pada pendapat aku.  Yang wajib adalah menyokong perjuangan Islam yang dibawa oleh PAS.  Aku sendiri pun bukan ahli PAS, tetapi aku merasa satu kewajipan menyokong PAS.  Aku ahli PKR selagi PKR bekerjasama dengan PAS yang dasarnya Islam.  Andaikata PKR menjalinkan kerjasama dengan Umno, aku tidak akan setia dengan PKR dan aku akan keluar parti untuk menyertai PAS. 
Ertinya menjadi ahli itu perkara nombor dua.  Paling penting menyokong perjuangan yang dibawa oleh PAS.  Ada rakan-rakan dari Umno mengatakan Us Azhar sendiri tidak menjadi ahli PAS.  Aku cabar mereka bertanyakan soalan di dalam mana-mana Kuliah Us Azhar, parti manakah yang Us Azhar pilih samada Umno atau PAS?  Aku jamin, Us Azhar akan menyebut bahawa PAS adalah pilihannya.  Sebab apa?  Sebabnya Umno parti Melayu bukan parti Islam jauh sekali berdasarkan Islam.  Bahkan, sekarang ini untuk sebut Umno parti Melayu pun sudah jauh terpesong kerana terlalu banyaknya hak-hak Melayu dirampas dan dicekik oleh pemimpin Umno./wfauzdin.blogspot.com

Sabtu, 11 Februari 2012

9 HUJAH HASAN DIJAWAB - KESIMPULANNYA HASAN ALI PENIPU

 Hassan dan Alasan

InsyaAllah ini merupakan kali terakhir saya menulis berhubung dengan Hassan Ali dan episod keluarnya beliau dari PAS. Kalau masih tidak kenal perangainya selepas membaca ulasan ini dan apa yang saya tulis sebelum ini, saya sudah tidak boleh kata apa.

Saya teramat setuju dengan kenyataan Tuan Ibrahim Tuan Man bahawa beliau sepatutnya meletak jawatan sebagai ADUN Seri Gombak memandangkan beliau menang kerusi tersebut di atas tiket PAS. Kemenangan ini datang bersama penat lelah dan pengorbanan ahli PAS dan penyokong yang sekarang ini dipandangnya dengan penuh hina dan jelik.

Oleh itu, 9 alasan yang diberinya hanya mendedahkan kebuntuan dirinya sendiri. Lebih banyak yang dicakap, lagi banyak yang terdedah. Saya tidak akan menulis kembali alasan-alasannya, tetapi akan terus memberi respon satu per satu.

ALASAN HASSAN YANG PERTAMA
 
Ahli mesyuarat PAS Pusat adalah pimpinan parti dari sudut eksekutifnya (perlaksanaan). Mereka dipilih oleh perwakilan di muktamar. Dengan menyatakan mesyuarat PAS Pusat dikuasai ‘golongan parasit’ bermakna:

a) Perwakilan muktamar tidak pandai membuat pilihan dan adalah pro parasit. Ini merupakan satu kenyataan yang menghina pihak perwakilan dan keputusan yang telah mereka buat. Oleh kerana dianggap dirinya lebih bijak, maka keputusan mesyuarat tidak dihormati Hassan Ali.

b) DS Presiden dan ulama’ lain yang juga merupakan ahli mesyuarat tidak mampu menangani hujjah-hujjah yang dikemukakan oleh ‘golongan parasit’. Mereka terpaksa akur kepada kehendak golongan ini. Ini satu penghinaan kepada DS Presiden dan ulama’ lain yang merupakan ahli mesyuarat.

c) Beliau mengakui bahawa dirinya sendiri tidak mampu berhujjah untuk meyakinkan mesyuarat akan kebenaran pendiriannya.

Sekiranya itulah pandangan beliau terhadap perwakilan dan pimpinan PAS, maka amat wajar beliau tidak bersama PAS. Lebih baik beliau tubuh organisasi sendiri dan menjadi Presidennya. Sekiranya khuatir ianya akan dianggotai orang-orang yang tidak mampu beliau berhujjah, maka lantiklah diri juga sebagai Timbalan, Naib dan Setiausahanya.

ALASAN HASSAN YANG KEDUA
 
Surat dan sebagainya adalah hanyalah formaliti. Hassan Ali tidak hadir mesyuarat bulanan untuk beberapa bulan selepas tidak dilantik sebagai Pesuruh Jaya PAS Selangor. Namun beliau dihubungi oleh pimpinan Pusat dan Negeri. Sebahagian beliau layan, sebahagian beliau buat tidak endah seperti Dato Dr. Mahfuz, Ahli Majlis Syura Ulama’ dan PJ Johor yang saya difahamkan telah datang ke rumahnya bersama isterinya tetapi tidak dibuka pintu. Beliau turut dinasihati TGNA dan pimpinan yang lain. Hakikatnya amaran keras yang pernah diberi dalam kes sebelum ini sudah memadai sebagai alasan memecat kerana beliau melanggarnya secara terang-terangan.

ALASAN HASSAN YANG KETIGA
 
Selepas pertemuan dengan TGNA di mana TGNA telah menyebut semua isu telah pun selesai, mengapa Hassan Ali tuduh pula Harakahdaily menipu dan memutar-belit kenyataan TGNA? Sikap menyerang PAS, termasuk media PAS, adalah sesuatu yang tidak wajar dilakukan. Kredibiliti media PAS perlu diusahakan dan dipertahankan, bukan disanggah begitu sahaja! Tindakan sedemikian hanya menguntungkan pihak musuh. Itu bukti masalahnya belum selesai dan permintaan maafnya tidak bermakna. Hanya manis di mulut.

ALASAN HASSAN YANG KEEMPAT
 
PAS tidak tersasar. Dasar PAS Islam. Islam mampu melindungi hak Melayu dan kaum lain dan juga institusi Raja. Tidak perlu diletak Melayu dan Raja setaraf dengan Islam sehingga dasar PAS menjadi 3. Islam sempurna dan tidak perlu ditokok tambah.

Soal istilah ‘Negara Berkebajikan’ tidak merupakan masalah kerana konsep ini tetap tertakluk kepada definasi yang berpaksikan perlembagaan PAS iaitu Islam. Ianya hanya istilah untuk menjelaskan bahawa Negara yang ingin dibentuk oleh PAS berdasarkan Islam bersifat berkebajikan, bukan kejam dan zalim seperti yang didakwa UMNO.

Soal kepimpinan ulama, ini juga tidak diubah oleh PAS. PAS menginstitusikan kedudukan ulama’ dalam parti dengan tertubuhnya ‘Majlis Syura Ulama’ yang kesemua ahlinya adalah ulama’. Bagi seorang yang mendakwa ingin mengikut kepimpinan ulama, Hassan Ali sepatutnya membuktikan apa yang didakwanya. Ini sebaliknya! Majlis Syura Ulama tidak kata apa-apa, Hassan Ali pula yang pandai-pandai mengeluarkan fatwa bahawa PAS telah terkeluar dari landasan asalnya. Ini bukan hendak ikut ulama’ tetapi ingin ulama’ ikut cakapnya! Atau adakah ulama’ juga dianggapnya sebagai parasit?

Soal ukhuwwah Islamiyah dan akhlak Islam yang kononnya tidak lagi menjadi amalan dalam PAS; saya tidak nampak pimpinan PAS menghina pimpinan lain dengan gelaran seperti parasit atau sebagainya kecuali Hassan Ali sendiri! Sepatutnya Hassan Ali menunjukkan contoh ukhuwwah dan akhlak Islam yang kononnya diingin-inginkan.

ALASAN HASSAN YANG KELIMA
 
Bagi saya alasan ini merupakan pengakuan yang saya tunggu selama ini. Hassan Ali mengaku bahawa dia sememangnya tidak mahu pada PR dan kerap kali mencadangkan kedudukan PAS dalam PR dikaji semula. Sedangkan keputusan untuk bersama dengan PR dan mengukuhkan PR adalah keputusan muktamar, bukan mana-mana golongan dalam PAS. Maka beliau sendiri apabila diamanahkan dengan apa-apa jawatan dalam PAS sepatutnya memahami jawatan itu perlu dimanfaatkan untuk mencapai matlamat dan strategi yang dipersetujui PAS, bukan agenda dirinya sendiri! Sekiranya beliau tidak setuju, sepatutnya beliau melepaskan jawatan-jawatan ini dan benarkan orang lain berusaha untuk mencapai kehendak parti.

Tetapi berlaku sebaliknya; jawatan hendak tetapi guna ikut kepala sendiri. Ini yang dikatakan tidak amanah. Ini yang dikatakan khianat. Parti suruh kukuhkan PR, tetapi beliau berkali-kali berusaha untuk membawa PAS keluar PR! “Kaji semula kedudukan dalam PR” cara cakap penuh diplomatik. Maknanya keluarlah tu. Tetapi apabila sudah keluar hendak buat apa? Gabung dengan UMNO lah pula!

Empat tahun terbuang kerana Hassan Ali mengejar agenda sendiri.

ALASAN HASSAN YANG KEENAM
 
Alasan ini juga merupakan satu pengakuan yang saya tunggu-tunggu. Hassan Ali mengaku beliau tidak mampu menjalankan tugasnya. Dia mengakui bahawa dia “menghadapi kesukaran dan suasana serba salah” bukan kerana kekurangan pada orang lain tetapi kekurangan dirinya sendiri. Hassan Ali tidak tahu bagaimana untuk melaksanakan kerjanya dalam suasana berbilang kaum dan berbilang bangsa serta fahaman. Dia hanya mampu buat kerja apabila semua sudah setuju dengan dirinya dan ikut sahaja cakapnya.

Yang saya hairan, mengapa dia keluarkan pengakuan ini setelah dipecat? Kalau dia memahami jawatan dia adalah suatu amanah dan dia memang menghadapi kesukaran dan serba salah, sepatutnya dari awal lagi dia beritahu pimpinan; “Saya tidak mampu. Tunggu semua sudah setuju untuk ikut saya baru beri balik jawatan dan tanggung-jawab ini kepada saya. Saya tidak mampu untuk berhujjah dengan mereka yang tidak setuju dengan apa yang saya cuba lakukan”. Serah sahaja kepada mereka yang sanggup dan mampu berhujjah”.

Sebenarnya, inilah di antara cabaran yang mesti dihadapi oleh gerakan Islam. Samada dengan orang Islam mahupun yang bukan Islam, iaitu kemampuan untuk berhujjah untuk membuktikan kebenaran Islam dan ketepatan pendekatannya. Bukan hanya dengan ‘bull-doze’ sahaja.

ALASAN HASSAN YANG KETUJUH
 
Soal pimpinan, yang Hassan Ali gemar menggelar sebagai ‘parasit dalam PAS’, lebih suka mendengar pandangan dari DAP dan PKR adalah kerana mereka memahami bahawa kita berada dalam kerajaan campuran. Maka pandangan semua pihak mesti didengari. Kalau ada yang tidak setuju, maka perlu dibincang dan dibahaskan.

Yang malangnya Hassan Ali hanya ingin dengar pandangannya sendiri dan sanggup memutar-belit fakta dalam usaha memenangkan pandangan sendiri.

ALASAN HASSAN YANG KELAPAN
 
Hassan Ali merasakan dia tidak dapat buat kerja nahi mungkar dalam pentadbiran Selangor. Apa itu ‘mungkar’ ini ada yang dipersetujui bersama, ada yang tidak dipersetujui bersama. Bagi yang dipersetujui bersama, seperti rasuah dan penyelewengan, kronisma dan pecah amanah, boleh dicegahi bersama atas nama PR. Bagi yang tidak dipersetujui bersama pula boleh mencegahnya dengan kaedah ‘bil lisan’ atau dengan lidah atas nama PAS.

Dalam beberapa perkara, seperti penjualan beer dalam kawasan majoriti Islam, PAS boleh berhujjah dengan bijak dan lancar supaya mendapat persetujuan rakan-rakan di dalam PR supaya ianya dilarang walaupun ianya tidak dilihat sebagai sesuatu kemungkaran dari sudut perspektif orang bukan Islam. Ini telahpun bejaya dilaksanakan dan mendapat persetujuan semua pihak.

Pada masa yang sama, PAS boleh juga melancarkan kempen anti-arak yang melibatkan semua, Islam dan bukan Islam. Konsep hak asasi manusia, kebebasan individu, hak untuk memilih adalah perkara yang terdapat dalam ajaran Islam. Itulah sebabnya Islam tidak dipaksa ke atas masyarakat. Kita sebagai ummat Islam mesti menghayati perintah Allah yang bermaksud “Serulah ke jalan Tuhanmu dengan hikmah, serta contoh dan nasihat yang baik dan berhujjah dengan mereka melalui cara yang terbaik”. Amat malanglah jika Hassan Ali menganggap bahawa Islam tidak mengiktiraf bahawa manusia itu mempunyai hak asasi dan tidak boleh diperlakukan sesuka hati atau bahawa Islam itu perlu dipaksa ke atas masyarakat tanpa mengakui adanya hak memilih dan kebebasan individu.

ALASAN HASSAN YANG KESEMBILAN
 
Hassan mengadu dia sering diserang oleh pimpinan ‘parasit PAS’ apabila dia melakukan sesuatu melalui jabatan yang di bawah penguasaannya seperti MAIS, JAIS dan LZS. Perkara ini mungkin perlu beliau tanya dirinya sendiri mengapa ianya berlaku. Mungkin dia sendiri tidak berbincang dengan pimpinan PAS Pusat dan Negeri mengenai keutamaan atau awlawiyyat yang perlu diusahakan terlebih dahulu. Maklumlah, untuk berbincang dengan manusia yang beliau lihat sebagai ‘parasit’ apa gunanya.

Setahu saya beliau tidak pernah berbincang persoalan ini di dalam mesyuarat PAS Negeri yang diadakan sebelum ini. Saya berasa pelik mengapa semua ini diluahkan hanya selepas dia dipecat. Kedua, adakah benar MAIS, JAIS dan LZS di bawah ‘penguasaannya’? Itu perlu tanya, MAIS, JAIS, LZS dan Hassan Ali sendiri.

KESIMPULAN
 
Bagi saya semua alasan yang diberi hanya alasan semata-mata.

WaLlahu 'Alam
KHALID SAMAD

Jumaat, 10 Februari 2012

TOK GURU NIK AZIZ SURUH FUAD ZAKARSHI CARI KEBENARAN DI DALAM TANDAS


HarakahDaily

Oleh YAB Tuan Guru Dato Nik Aziz Nik Mat
Merujuk kepada komen Fuad Zakarshi (UM & BH 8 Februari 2012) yang mencadangkan agar saya ditarbiyah semula atas sebab enggan memberi komen terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim atas isu negara Israel. Ia sesuatu yang jelas tersesat.

Saya amat kesal atas pemikiran sekular seorang timbalan menteri juga bekas seorang guru Yayasan Anda di bawah bumbung ABIM yang dikatakan pernah menyokong kepimpinan Anwar Ibrahim kelihatan begitu dungu dalam menilai mana satu yang benar dan mana pula yang salah.

Sepatutnya sebagai seorang yang pernah mengagumi Anwar Ibrahim dan pernah duduk sebumbung Yayasan Anda/Markaz ABIM sepatutnya sudah tahu permainan kotor media tajaan Barat (WSJ) itu yang kerjanya untuk menjatuh kredibliti seorang yang tidak sebulu dengan Israel.

Begitu juga akhbar Barat dan pro-Barat juga yang acapkali mengulang-ulang kes liwat (menuduh Anwar) atas sebab untuk memalukan hamba Allah ini.

Apakah hak Fuad Zakarshi mencadang saya ditarbiyah semula? Sedang beliau sendiri sudah dilihat gagal memahami prinsip tarbiyah. Kalau benar dia memahami tarbiyah, masakan boleh membuat respon atas fakta yang diputar oleh WSJ, hantu media Barat yang sentiasa bertindak untuk memecah belah umat Islam. Logikkah saya mengulas atas fakta yang belum pasti benar kerana ia bukan dari sumber pertama.

Sebaiknya Fuad dapat berjumpa sendiri Anwar jika benar ingin mencari pencerahan. Kerana Anwar pernah jadi ketuanya.

Justeru adalah sesuai kalau dia ingin mencari kebenaran, baik sahaja pergi beribadat di masjid. Tapi bagi seorang yang mendokong ideologi kebangsaan sekular, sudah tentu tidak sesuai mencari kebenaran di masjid.

Saya cadangkan lebih baik mencari kebenaran di bilik tandas. Kerana dalam tandas sudah tentu sesuai––banyak syaitan dan iblis yang boleh merangsang fikirannya––menjadi waras selari dengan otak sekular.

Maka, tak payahlah asak dan menyibuk untuk mentarbiyah semula orang lain. Kerana asas tarbiyah itu hendaklah dipaksikan dengan keredahaan Allah.

Mana ada hak bagi manusia seumpama Fuad Zakarshi untuk mentarbiyah orang lain, sedangkan dia sendiri sedang menganut ideologi yang bercanggah dengan keredhaan Allah SWT.

Khamis, 9 Februari 2012

BAHAN PORNO DI JEPUN - KALI PERTAMA NEGARA KITA ATASI JEPUN

Oleh:  WFAUZDIN NS

MAKA hebohlah di dunia Bloggers pro Umporno bahawasanya gambar lucah yang kononnya DS Anwar tersebar di Majalah Porno Jepun.  Nama pun Umporno, kisah porno adalah kesukaan mereka di dalam keadaan jangka hayat Umporno masih lagi bergantung pada dubur budak Sepol.

Pelik apanya kalau gambar porno yang kononnya DS Anwar tersebar di Jepun, sedangkan di Malaysia yang didakwa oleh Umporno sebagai Negara Islam pun berani siarkan gambar sedemikian?  Jepun tidak pernah mendakwa negara mereka negara Islam justeru itu beberapa pihak yang mempunyai minat yang sama dengan puak-puak Umporno di sini akan menerima apa sahaja bahan porno untuk keuntungan mereka.  Mereka peduli apa benar atau tidak gambar itu asalkan bakal mendapat keuntungan.

Ertinya, sekafir-kafir negara Jepun pun negara kita lebih hebat dari Jepun kerana di negara kita gambar sedemikian lebih awal tersiar.  Jepun agak mundur dari kita dalam aspek penyiaran bahan porno, termasuk di media kerajaan sendiri.  Kita lebih hebat.  Mungkin itulah yang menjadi kebanggaan puak-puak Umporno warisan penjajah di negara ini.

Adakah tercemar nama DS Anwar kerana gambar itu?  Jika di negara ini, rakyat negara ini yang bakal mengundi pemimpin, tersiarnya gambar porno itu tidak langsung menjejaskan imej DS Anwar, apatah lagi di Jepun.  Di Jepun hanya sebilangan kecil sahaja yang berminat dengan bahan-bahan porno kerana masyarakat mereka maju bukan seperti puak-puak otak lembu kondo di dalam Umporno ini.  Mereka lebih banyak memikirkan soal pembangunan dan ekonomi negara mereka dan pemimpin mereka lebih telus dan bertanggungjawab.  Pantang berlaku sesuatu isu yang memudharatkan rakyat dan negara mereka, nescaya PM dan menteri-menteri berkaitan pasti akan meletakkan jawatan.

Di negara kita?  Curilah berapa banyak hak rakyat, belasahlah berapa banyak duit KWSP atau Petronas hatta duit zakat sekali pun, selagi ada nyawa selagi itu lah mereka mahu memegang kuasa.  Di Jepun, pemimpin mereka bergantung kepada kredibiliti masingp-masing mentadbir negara bagi menentukan hayat politik masing-masing.  Mereka tidak bergantung hayat kepada dubur sesiapa pun.  Berbeza di negara kita, tanpa dubur Sepol dan tanpa bahan porno dan fitnah, mana mungkin boleh hidup lama.

Itulah bezanya Jepun dengan kita.  Apa pun, kesimpulannya negara kita lebih hebat `Porno'nya dari Jepun.  Kita lebih awal tengok bahan porno itu, barulah Jepun.  Dari segi itu, kita hebat!!/wfauzdin.blogspot.com.


HASSAN ALI TIADA `JATI DIRI' KERANA MASIH KEKAL DI KERUSI PARTI YANG BELIAU HINA

Oleh:  WFAUZDIN NS

KALAU aku jadi Hassan Ali, bila aku sudah tuduh PAS itu dikuasai oleh `Parasit', PAS hanya ada 30% Ulamak sahaja dan PAS itu lari dari dasar Islam, aku akan buat dua perkara saja.

Pertama, aku tidak akan merayu untuk terus kekal di dalam PAS.  Kedua, aku akan letak jawatan atau kosongkan kerusi Adun sekarang yang aku baru sedar bahawa itu adalah kerusi PAS yang `berparasit' atau kerusi yang bukan dipilih oleh majoriti Ulamak dan juga aku malu mahu kekal di kerusi PAS kerana PAS sudah tidak Islamik.

Tindakan pertama, aku ucap syabas pada Hassan Ali kerana tidak mahu merayu.  Di situ ada kebijaksanaan beliau kerana jika merayu pun belum tentu diterima, dan tidak merayu kompom tidak diterima.  Cumanya, Hassan Ali masih `malu-malu kucing' untuk lakukan tindakan kedua iaitu mengosongkan kerusi Adun beliau sekarang.  Persoalannya, mengapa?

Sudah pasti jawapannya sama seperti jawapan Berahim alkataki dari Pasir Mas yang masih menebalkan mukanya menenggek di kerusi Parlimen Pasir Mas yang dipinjamkan oleh PAS itu.  Alasan Berahim, beliau telah diundi oleh rakyat sebagai Wakil Parlimen di situ.  Itulah juga jawapan Zul Kulim di Parlimen Kulim Bandar Baru.  Apabila Hassan Ali yang kini mahu tubuhkan JATI, maka sewajarnya beliau mesti mempunyai `jati diri'.  Hassan tiada jati diri ini iaitu tangungjawab dan kesedaran bahawa kerusi yang beliau duduki sekarang adalah kerusi yang tidak direstui atau diredhai oleh rakyat yang mengundinya dahulu.

Tidakkah terasa was-was di hati Hassan Ali tentang halal haramnya gaji dan elaunnya sebagai Adun setelah beliau dengan sengaja membiarkan dirinya dipecat?  Seronokkah hati Hassan Ali memakan gaji dan elaun sebagai Wakil Rakyat yang mana rakyat tidak meredhainya sebagai wakil mereka?  Bayangkan, menjadi Imam Solat yang Makmum tidak meredhainya.  Seronokkah?

Hanya mereka yang pentingkan diri dan perut sahaja di samping tiada lagi perasaan malu akan terus kekal di kerusi yang sepatutnya bukan lagi menjadi haknya.  Jadi, tidak perlulah Hassan Ali ke hulu ke hilir bercerita tentang keburukan orang lain sedangkan beliau sendiri menumpang atas kerusi parti yang diburukkannya itu.  Di mana JATI diri Hassan anak Ali ini? 

Di bawah ini, saya perturunkan semula nasihat dan gesaan dari Us Tuan Ibrahim Tuan Man yang mahu Hassan Ali bermuhasabah diri agar tidak terpedaya dengan ketamakan di dunia ini.  Kosongkan kerusi anda dan insaflah bahawa sampai bila mahu menenggek atas kerusi parti yang kamu hina sepanjang hari itu./wfauzdin.blogspot.com


---------------------------------------------------------

Datuk Dr Hasan Mohamed Ali perlu meletakkan jawatan sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Gombak Setia sekiranya enggan membuat rayuan kerana kerusi dimenanginya itu atas tiket Pas.

Ketua Penerangan Pas, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, Pas akan terus mendesak Hasan supaya melepaskan jawatannya serta-merta sekiranya beliau sudah membuat keputusan muktamad tidak mahu merayu dan berhajat untuk ‘angkat kaki’ daripada menjadi ahli parti itu.

Menurutnya, adalah lebih baik bagi bekas Pesuruhjaya Pas Selangor itu berdiam diri dan tutup mulut daripada memburukkan orang lain serta melabelkan pemimpin tertentu sebagai parasit.

“Sekiranya beliau tidak suka pada seseorang, itu haknya. Ini semua tiada kaitan dengan Pas lagi, tetapi saya ingatkan supaya tidak meletakkan semua kesalahan kepada orang lain sedangkan ia adalah kesalahan yang dilakukan dirinya sendiri.

“Hasan tidak boleh cakap orang lain parasit kerana orang berkenaan ada hati dan perasaan. Sebab itu menasihatinya supaya tidak buka mulut,” katanya, semalam.

KISAH SEBENAR HASSAN ALI YANG RAMAI TIDAK TAHU

Husam Dedah Kisah Sebenar Rancangan Hassan Ali Selepas PRU 2008 [UPDATED]



Hasan diminta telus sebab jumpa Umno pada 2008

Naib Presiden PAS, Datuk Husam Musa menggesa bekas pemimpin parti itu, Datuk Dr Hasan Ali untuk membersihkan dirinya daripada dakwaan bercita-cita untuk menjadi menteri besar Selangor.

Hasan yang juga bekas pesuruhjaya PAS Selangor dan bekas exco kerajaan negeri itu, dipecat daripada parti itu baru-baru ini kerana menimbulkan masalah kepada parti.

Husam berkata Hasan harus telus mengenai peranannya dan sebab-sebab beliau bertemu dengan pemimpin Umno sejurus selepas pilihan raya umum 2008, dan bukan sebaliknya mencaci PAS dalam program jelajahnya.

Beliau mendedahkan bahawa Hasan telah menemui pemimpin Umno di Selangor pada 10 Mac - dua hari selepas Pakatan Rakyat memenangi lima negeri dalam pilihan raya umum tersebut, dalam percubaan untuk membentuk kerajaan perpaduan antara PAS dan Umno.

"Tetapi pemimpin PAS telah menolak terus idea tersebut, maka beliau tidak berjaya dalam percubaannya untuk menjalin hubungan antara parti kita dan Umno," kata Husam ketika ditemui di Pulau Pinang.

Husam, yang juga ADUN Salor berkata, beliau berada di Kedah pada 9 Mac 2008 untuk membantu Kedah Menteri Besar, Datuk Seri Azizan Abdul Razak menubuhkan kerajaan negeri yang baru.

Pada 10 Mac beliau berada di Perak, untuk membantu menubuhkan "kerajaan rakyat" sebelum negeri itu dirampas oleh BN pada bulan April, selepas tiga ADUN meninggalkan Pakatan.

"Saya telah dimaklumkan mengenai rancangan Hasan kerana pada hari yang sama, beliau telah mengatur mesyuarat dengan (pemimpin) Umno dan topik perbincangan ialah untuk menggabungkan PAS dan Umno.

"Jika rancangan itu berjaya, Hasan sepatutnya menjadi menteri besar Selangor.

"Tetapi kerana prinsip dan komitmen kami kepada Pakatan Rakyat, maka pemimpin PAS menolak cadangan tersebut," tegas Husam yang juga exco kerajaan negeri Kelantan.

Hasan, ADUN Gombak Setia, telah menafikan pernah mahu menyertai Umno, dan menegaskan beliau disingkir daripada PAS kerana pendirian tegasnya mempertahankan Islam dan kempen menentang kes murtad yang "berleluasa" di kalangan umat Islam.

Tetapi, tegas Husam lagi, Hasan masih bercita-cita untuk menjadi MB, dan ini, tambah naib presiden PAS itu, terbukti melalui kecaman berterusan (Hasan) terhadap pentadbiran Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim. -mk


APA KATA KHALID SAMAD MENGENAI HASSAN ALI

Ada yang berpandangan saya tidak perlu melayan segala dakwaan Hassan Ali terhadap diri saya. Mereka kata biarlah dia meroyan seorang diri, semakin dia meroyan, semakin terserlah keperibadiannya yang sebenar. Saya akui, ada kebenaran nasihat dari kalangan sahabat saya itu. Pada masa yang sama, saya dapati kali ini dakwaan beliau terlalu melampau, jauh melepasi batas ‘adaabul ikhtilaf’ yang perlu dihayati oleh mereka yang takut kepada azab Allah. Walaubagaimanapun, bagi yang mempunyai maklumat, walaupun sedikit, dakwaannya pasti akan ditertawakan sahaja.

Namun, bagi yang tiada maklumat langsung dan mungkin ramai juga yang begini, mereka mungkin termakan dengan tuduhan liar yang dibuat olehnya. Oleh itu, pada pendapat saya, jawapan terhadap tuduhan liar tersebut, khususnya tuduhan beliau terhadap diri saya, perlu dikemukakan. Oleh yang demikian, bagi memahami dengan jelas persoalan ini, maka perlu disingkap sedikit sejarah saya bersama Hassan Ali.

Sebelum itu, ingin saya sebut bahawa saya pernah fikirkan kesesuaian perkataan dalam beberapa istilah bahasa Melayu, termasuk istilah ‘gila talaq’. Saya hairan mengapa nenek moyang kita memilih perkataan ‘gila’ dalam istilah berkenaan sedangkan beberapa perceraian pasangan suami isteri yang saya lihat sebelum ini tiada yang menzahirkan kelakuan yang boleh disifatkan sebagai ‘gila’. Namun dalam kes Hassan Ali ianya menjadi jelas dan adalah terbukti bahawa perkataan gila amat tepat untuk diguna-pakai. Memang ada yang apabila ‘ditalaq’ menjadi gila. Pendekata, Hassan Ali sudah ‘gila talaq’ dan dalam kegilaannya, meroyan dan meracau tidak ketentuan.

SEJARAH RINGKAS

Saya dan Hassan Ali bukan baru berkenalan. Sebenarnya saya diantara yang paling gembira dengan kemasukan beliau dalam PAS pada tahun 1998. Sebagai orang yang menyertai PAS lebih awal dari beliau, iaitu pada tahun 1983, saya telah sambut kemasukan beliau dan membantu beliau setakat mana yang saya mampu. Sebagai seorang ‘baru’ dalam PAS, penerimaan beliau oleh orang ‘lama’ seperti saya pasti memudahkan pergerakan beliau di kalangan ahli lama yang lain.

Saya sering berceramah bersama beliau dan pada tahun 2003, apabila beliau dilantik Pesuruh Jaya PAS Selangor buat kali pertamanya, saya dilantik beliau sebagai Ketua Penerangan PAS Negeri Selangor. Hubungan dan kerjasama kita menjadi semakin rapat dan pada tahun 2005, apabila beliau dilantik kembali sebagai Pesuruh Jaya untuk sesi kedua, saya diminta untuk mengambil alih jawatan Bendahari yang dikosongkan oleh Tuan Haji Nasir. Pada tahun 2007, beliau dilantik sebagai Pesuruh Jaya untuk sesi ketiga, saya dilantiknya sebagai Timbalan Pesuruh Jaya 2.

Jelas sekali bahawa pada ketika itu saya tidak dianggap beliau sebagai parasit tetapi sebaliknya sebagai orang kanan beliau.

DUGAAN JAWATAN MB SELANGOR

Pada tahun 2008 hubungan kita mula berubah. Perubahan bermula apabila setelah menang saya menolak usaha kerjasama dengan UMNO yang dikemukakan. Sekiranya kerjasama itu menjadi, Hassan Ali akan dilantik sebagai Menteri Besar dan itu adalah apa yang ditawarkan oleh UMNO.

Ketika usaha kerjasama dengan UMNO dijalankan, Hassan Ali pernah bertanya pada saya, “siapa patut menjadi MB Selangor?” Saya jawab sambil memandang terus ke muka beliau, “Tan Sri Abdul Khalid”. Beliau terdiam, perasaan kecewa jelas kelihatan terbayang di mukanya. Mungkin beliau merasakan saya mengkhianati dirinya. Mungkin beliau inginkan saya, sebagai orang kanannya memperjuangkan ‘haknya’ untuk menjadi MB. Mungkin bagi dirinya, itulah peranan seorang kanan. Saya tidak tahu, mungkin itulah yang difikirkannya. Beliau diam dan terus berpaling.

Pasti ada yang masih ingat bagaimana saya telah menggantinya dalam pertemuan dengan Pak Lah dan Khir Toyo. Kami berjaya menggagalkan usaha kerjasama bersama UMNO dan dengan itu cita-cita Hassan Ali untuk menjadi MB hancur berkecai.

Bermula dari saat itu saya merasakan hubungan kami sudah mula berubah dan Hassan Ali mula membawa agenda tersendiri.

MELAGA PAS DENGAN DAP & PKR

Selepas Menteri Besar dilantik dan isu itu saya anggap telah selesai, saya melihat Hassan Ali berusaha untuk menimbulkan ketidak-stabilan dalam pentadbiran kerajaan PR Selangor. Beliau berusaha untuk mencari peluang untuk menunjukkan perbezaan di antara PAS dan DAP khususnya dan menimbulkan pergeseran di antara parti komponen PR. Saya beranggapan niatnya adalah untuk membuktikan kerjasama dengan DAP adalah sesuatu yang mustahil.

Saya sering menegurnya dan meminta supaya ditumpukan pada persamaan yang banyak di dalam PR. Saya ingatkan beliau akan keputusan muktamar PAS yang diadakan di Ipoh supaya PR dikukuhkan. Malangnya beliau terus dengan usahanya dengan mengatakan beliau mempunyai agenda tertentu tanpa menjelaskan apa agendanya itu.

SAYA DIPECAT SEBAGAI TPJ

Akhirnya, oleh kerana saya sering menegurnya, saya dipecat dari jawatan Timbalan Pesuruh Jaya 2 PAS Selangor pada pertengahan tahun 2008. YB Iskandar dinaikkan pangkat menjadi TPJ 2 dari TPJ 3 dan YB Dr Che Rosli dilantik menjadi TPJ 3. Itu semua saya tidak hairan, itu hak Hassan Ali sebagai PJ. Oleh itu saya tidak menjadikan pemecatan saya sebagai satu isu sepertinya sekarang. Tetapi saya telah sempat berpesan sambil saya keluar mesyuarat setelah dipecat, “ingat keputusan muktamar adalah untuk kukuhkan PR, bukan merosakkannya”.

Walaupun saya bukan lagi TPJ 2, saya tetap YDP PAS Kawasan Shah Alam. Saya tetap merupakan ahli mesyuarat Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor. Oleh itu saya hadir di mesyuarat Negeri dan setiap kali Hassan Ali menimbulkan isu melalui media untuk melaga-lagakan PAS dengan parti komponen PR yang lain, saya membantah dalam mesyuarat tersebut dan juga melalui media. Ini saya lakukan kerana saya sudah dapat membaca agenda dirinya. Pada masa yang sama, hubungan beliau dengan OKU UMNO semakin kukuh, termasuklah dengan Tan Sri Rozali Puncak Niaga (SYABAS).

TUDUHAN GOLONGAN ERDOGAN

Kumpulan yang menyokong beliau mula mempopularkan istilah ‘golongan Erdogan’. Istilah ini digunakan terhadap diri saya dan beberapa pimpinan Negeri dan Pusat yang lain dan kami dituduh tidak wala’ pada pimpinan dan terlalu kuat menyokong DSAI. Oleh itu, penggunaan istilah yang bertujuan untuk menghina dan menjadikan orang prejudis terhadap saya bukan perkara baru. Dulu Erdogan dan sekarang parasit. Penggunaan nama untuk tujuan menghina merupakan senjata kegemaran golongan seperti ini rupanya.

Kaedah ini membuktikan kerapuhan hujjah pihak yang cuba memburuk saya. Oleh kerana mereka tidak ada hujjah dan tidak mampu berhujjah, maka mereka menggunakan kaedah melabelkan orang atau ‘name calling’.

SAYA DAN HASSAN ALI DIKENAKAN TINDAKAN DISIPLIN
Akhirnya perbalahan kami dirujuk kepada PAS Pusat pada tahun 2009. Saya digantung semua jawatan parti selama 6 bulan. Hassan Ali didapati bersalah dan diberi amaran keras supaya tidak lagi mengeluarkan kenyataan yang bercanggah dengan dasar kerajaan PR melalui media massa. Kalau ada yang tidak dipersetujui, maka hendaklah dibawa berbincang bukan diheboh melalui media.

Berbeza dengan saya, hukumannya tiada tempoh masa. Ianya berkuat-kuasa selagimana PAS bersama PR.

SOKONGAN HASSAN MERUDUM

Walaupun saya yang dikenakan tindakan yang lebih keras oleh jawatan kuasa disiplin, ahli PAS melihat dan menilai apa yang sedang berlaku. Ramai beranggapan bahawa tindakan Hassan Ali menjejas kestabilan PR dan menguntungkan pihak lawan. Maka pada tahun 2011, semasa pemilihan AJK PAS Pusat dijalankan, sokongan Hassan Ali di kalangan ahli PAS terbukti merudum.

Pada 2009 Hassan Ali mendapat undi yang ke-empat tertinggi semasa pemilihan AJK PAS Pusat. Pada 2011, beliau mendapat undi yang ke 16 tertinggi.

Dalam kes saya pula adalah sebaliknya. Pada 2009 saya tidak terpilih apabila menduduki tempat ke 23 tertinggi sedangkan hanya 18 yang tertinggi akan dipilih. Pada tahun 2011, saya mendapat undi ke 8 tertinggi.

Peribahasa menyatakan sudah jatuh ditimpa tangga. Inilah apa yang berlaku ke atas diri Hassan Ali pada tahun 2011. Setelah melihat popularitinya jatuh sedemikian rupa, beliau tidak pula dilantik untuk menjawat jawatan PJ Selangor oleh DS Presiden. Pemilihan PJ dilakukan semasa mesyuarat pertama selepas muktamar diadakan. Dalam mesyuarat itu Hassan Ali hadir dan selepas pemilihan dimuktamadkan, beliau terus keluar.

Sokongan beliau terjejas bukan sekadar di kalangan ahli, tetapi jelas, ianya juga terjejas di kalangan pimpinan.

Untuk melengkapkan kekecewaan beliau, pada penghujung tahun 2011, semasa senarai nama dikemukakan oleh cawangan untuk diturunkan sebagai calon dalam PRU ke 13, nama beliau tidak dinaikkan untuk DUN Gombak Setia. Walaupun telah dinyatakan bahawa keputusan belum muktamad dan sekiranya Gombak Setia tidak mahu, maka tempat lain bersedia, Hassan Ali tidak peduli.

Pada ketika itu, mungkin Hassan Ali melihat bahawa masa depannya bersama PAS tidak secerah dahulu. Oleh itu beliau terpaksa menyusun ‘exit strategy’ atau ‘strategi untuk keluar PAS’. Inilah apa yang dapat saya rumuskan berhubung tindakan beliau semenjak peristiwa mutakhir tahun 2011 yang saya ceritakan di atas.

PEMECATAN HASSAN ALI

Bacaan saya berhubung Hassan Ali, persoalan yang paling utama baginya adalah untuk menjadi MB Selangor. Persoalan ini sering beliau sebutkan walaupun sudah bertahun-tahun selepas perlantikan Tan Sri Abdul Khalid sebagai MB Selangor.

Apabila beliau tidak lagi menjadi Pesuruh Jaya, beliau menganggap bahawa peluang beliau untuk menjadi MB melalui PAS sudah lenyap dengan begitu sahaja. Lebih-lebih lagi apabila tidak menjadi calon di kerusi yang sekuat Gombak Setia. Mungkin beliau menganggap beliau akan diletakkan di kerusi yang sukar untuk dimenangi kerana beliau bukan lagi pimpinan di Negeri Selangor.

Dengan dibekal sangkaan buruk sebegini, Hassan Ali memikirkan cara terbaik untuk beliau melepaskan diri dari berada bersama PAS tetapi dengan cara ‘terhormat’. Tiada cara lain melainkan dengan menyatakan bahawa PAS sudah tersasar dari matlamat asalnya. Ini bermakna bukan beliau yang terpesong tetapi sebaliknya PAS. Bukan beliau yang salah tetapi PAS.

Beliau terus melemparkan tuduhan bahawa PAS telah tersasar dari landasannya berkali-kali melalui media perdana dan walaupun dinasihati untuk berhenti oleh pimpinan tertinggi, beliau terus melakukannya. Oleh itu, tidaklah hairanlah apabila beliau dipecat. Beliau bukan sekadar melanggar amaran keras yang pernah diberi kepada beliau sebelum ini, beliau melampauinya.

Apabila dipecat, pada mulanya Hassan Ali mengatakan beliau tidak kisah. Selepas itu beliau kata mungkin beliau akan merayu. Selepas itu dikatakan tidak akan merayu. Begitu juga dengan pemecatan beliau sebagai exco. Pada mulanya dikatakan tidak mengapa. Kemudian ditulis surat kepada MB menyatakan tempoh rayuan belum habis. Selepas itu dikatakan tiada yang mampu melainkan dirinya. Akhirnya berkata tidak mengapa juga.

KENAPA SAYA YANG DISASARKAN

Dalam kemelut yang terhasil, Hassan Ali melihat saya sebagai punca kejatuhannya. Oleh itu saya disasarkan beliau. Dalam serangan beliau terhadap diri saya, Hassan Ali tidak kisah samada apa yang dikatakan adalah benar atau sebaliknya. Namanya roadshow untuk mempertahankan aqeedah tetapi saya dan pimpinan PAS menjadi sasaran. Mungkin beliau tidak tahu maksud perkataan ‘aqeedah’ itu dan dianggap apa sahaja yang keluar dari mulutnya adalah aqeedah. Itu saya tidak pasti.

Yang pasti beliau telah menunjukkan akhlak yang paling tercela dengan membuat tuduhan dan fitnah terhadap diri saya bahawa saya di antara yang merosakkan aqeedah ummat Islam. Dituduhnya juga saya sebagai orang yang menghalang pengharaman jualan arak, penutupan kedai judi dan rumah urut (pelacur) di Shah Alam. Amat jelas bagi saya Hassan Ali sudah gila talaq.

Bagaimanakah boleh saya menghalangnya? Kuasa apa yang ada pada saya? Saya PJ atau dia? Saya exco atau dia? Kalau benar saya ada kuasa untuk menghalang, kenapa tidak saya menghalang diri saya dari didakwa JAIS atas tuduhan mengajar tanpa tauliah?

Dalam soal pengharaman penjualan arak di kawasan ummat Islam dominan seperti di kawsan Shah Alam asal, ianya telahpun dilaksanakan tanpa kekecohan, dengan persetujuan pihak peniaga. Sebenarnya yang merampasnya dulu pun adalah pihak penguat-kuasa MBSA, bukan JAIS. MBSA bukan dibawah Hassan Ali tetapi beliau tumpang sekaki untuk dijadikannya isu.

Pada masa itu semua Ahli Majlis, termasuk yang dari DAP, telah bersetuju supaya penjualan minuman keras akan diharamkan di kawasan tersebut. Mereka hanya menunggu untuk menguatkuasakannya apabila lessen diperbaharui. Rancangannya ialah supaya disebut secara khusus larangan berkenaan dalam lessen baru. Tidak sempat lessen mati, pihak penguat-kuasa bertindak tanpa arahan dari pihak MBSA. Hanya atas arahan seorang ahli Majlis lama.

Hakikatnya kita berbeza dari segi pendekatan. Hassan Ali suka gunakan kuasanya dan suka memaksa sedangkan saya lebih cenderung kepada kaedah dakwah dan mendidik. Terhadap yang Islam dan yang bukan Islam.

KESIMPULAN

Melalui tulisan ringkas ini saya ingin memberitahu semua bahawa Hassan Ali sudah gila talaq. Maka jangan percaya apa yang dinyatakan beliau. Beliau sanggup berbohong dan memutar-belit semua perkara. Lagi beliau cakap lagi jelas kegilaannya.

Hadis Rasulullah (SAW);
Dari Abi Umaamah yang berkata, telah bersabda Rasulullah (SAW),
“Terdapat pada orang beriman semua jenis kekurangan, kecuali khianat dan berdusta” (Dari Ahmad, Baihaqi dari Saad Bin Abi Waqas).


Hadis ini diketengahkan bukan untuk menafikan keimanan mana-mana pihak. Tetapi ianya adalah untuk menjelaskan betapa kejinya sifat khianat dan berdusta.

WaLlahu 'Alam
KHALID SAMAD