RADIO KOBAT FM

TERIMA KASIH KERANA ANDA SUDI MENJADI TEMAN KAMI, SILA DAFTAR SEKARANG

Rabu, 27 Januari 2010

SIAPA BAKAL JADI `KATAK BERKETAYAP' ?

Oleh: WFAUZDIN NS

SUNGGUH kita tidak mengerti mengapa YB Zulkifli Nordin begitu keras hatinya sejak kebelakangan ini. Bukan sekali dua beliau menimbulkan masalah di dalam PKR mahu pun di dalam PR. Cumanya pimpinan PKR sahaja yang terlalu memanjakan YB Zul seolah-olah beliau seorang YB yang terlalu berkaliber. Apa kelebihan YB Zul jika dibandingkan dengan YB-YB dari PKR yang lain? Sekiranya beliau ini benar-benar seorang pejuang Islam, tindak-tanduknya ternyata tidak melambangkan sedemikian.

Sikap suka mencari pasal, suka bertelagah, suka menghina orang lain bukan sifat seorang pejuang Islam. Menggelar seseorang `firaun kecil', menuduh ketuanya sendiri menyokong Kristian juga bukan sifat seorang pejuang Islam. Jika ini lah yang ditunjukkan oleh YB Zul, saya rasa PAS pun jijik hendak menerima orang sedemikian. Tempat yang paling sesuai buat beliau mungkin Umno. Dan, mungkin itu lah tujuannya yang sebenar.

Semenjak kita ikuti perkembangan dan tingkah laku YB Zul ini, ternyata beliau lebih selesa untuk berada di dalam Umno. Mungkin untuk terus mengistiharkan memasuki Umno beliau mungkin bimbang akan digelar `katak berketayap'. Jadi, jalan sebaiknya adalah untuk mencari pasal. Jika beliau diambil tindakan, beliau mempunyai seribu alasan untuk menjadi `katak berketayap'. Rugikah kita jika dibiarkan YB Zul ini menjadi `katak berketayap'?

Sudah tentu amat baik dan bertuahnya jika YB Zul keluar segera. Alangkah bermaruahnya jika YB Zul kosongkan kerusi Parlimen Kulim Bandar Baru terlebih dahulu sebelum mengistiharkan diri menjadi `katak berketayap'. Buat pimpinan PKR, tiada masa lagi untuk kita bermanja dengan orang seperti ini./Kembali ke laman asal di sini.

8 ulasan:

  1. Tuan, fahami yg tersirat bukan sekadar yg tersirat. 1M telah membawa kita kp "kekeliruan" atas nama "Keadilan" dan "Kesamarataan".

    BalasPadam
  2. Saya masih berkenyakinan Zul tak akan istihar keluar dari PKR atas sebab ikrar dan lafaznya sewaktu hendak menjadi calun PRU12.
    Ianya bukan soal maruah atau takut untuk dgelar apa sahaja kerana manusia sepertinya tidak akan menghiraukan semua ini.
    Manakala DSAI pula sukar untuk mengarah PKR menyingkir manusia ini selagi kes mahkamah beliau belum selesai.

    BalasPadam
  3. mmg lebih bermaruah dia letak jawatan MP dan ahli PKR segera daripada merapu tak tentu pasal dalam media... jangan lupe diri rakyat pilih kamu atas nama parti bukan kerana diri kamu...
    fikiran tak sehaluan berhenti jelah tak siapa pun marah... then masuk umno, join geng ezam kotak

    BalasPadam
  4. salam

    payah jenis orang x pandai berterima kasih ni, aritu dia mintak info dan soalan parlimen, ucapan terima kasih pun tak dak.

    BalasPadam
  5. pelik nuar masih nak simpan malaon mangkuk hayun tak sedar diri. dia ni layak join ibrahim ali. dua2 spesis tak kenang budi. dia ingat dia menang pilihanraya sbb dia best sgt. bodoh. hidup la kamu zul makan sumpah hari2. kalau kamu tu islamik sgt napa tak serbu je karaoke, disco atau pesta mandi buih kat bangsar tu. atau serbu je puak umno time dorang hina sunnah, hukum hudud...ni loyar gred E- nie. otak letak kat celah kangkang. bodoh piang. Nuar lagi satu....pecat je zul tu, atau nuar pun nak kena magkuk ngan aku...

    BalasPadam
  6. kata pejuang islam...ini tak bagus,itu tak bagus,ini tak boleh,itu tak boleh..tapi kenapa mu dikata ke YB Zul macam nak rak....haprak betuii kamu niii..

    BalasPadam
  7. mangkuk ayun Zul ni sebenarnya sengaja nak cari pasal,,
    Di kawasan Parlimen dia(Kulim Bandar Bharu)pun pengundi dah naik meluat dengan dia ni,dah la tak jaga kawasan,,kaki kencing pula,,,,
    Jenis tak tau bersyukur,,dan merosakkan nama PR saja,,

    BalasPadam
  8. Kenapa Jawatankuasa PKR maseh lagi melengah-lengahkan masa utk mengambil tindakkan dengan
    YB Zul ni. Ambil tindakkan dgn tegas, jangan pileh bulu, pecat saja drp beliau terus bersuara dengan tidak mengambil kira soal maruah PKR sendiri. Apakah PKR maseh sayangkan
    YB Zul lagi? Banyak lagi pemimpin2 muda PKR yang lebeh baik drp beliau. Jika PKR maseh lagi
    kekalkan beliau dlm PKR, banyak lagi kenyataan2nya akan menyakitkan hati.. orang yang sentiasa bermasaalah, lebeh baik dibuang
    saja, habis cerita..

    BalasPadam