RADIO KOBAT FM

TERIMA KASIH KERANA ANDA SUDI MENJADI TEMAN KAMI, SILA DAFTAR SEKARANG

Catatan Popular

Selasa, 26 Januari 2010

TUDUH ANWAR SOKONG KRISTIAN, PECAT SEGERA YB ZUL

Oleh: WFAUZDIN NS

TERLALU besarnya ego dan lagak YB Zulkifli Nordin MP Kulim Bandar Baru ini. Beliau seorang peguam tetapi bukan seorang ahli politik yang bijak jauh sekali sebagai seorang pendakwah. Krisis antara beliau dengan beberapa pemimpin di kalangan PR, dan yang terbaru melibatkan laporan polis terhadap YB Khalid memperlihatkan YB Zul tidak layak untuk berada dalam saf perjuangan rakyat. Pemikiran beliau ternyata dangkal dan paling mengecewakan sikap beliau yang tidak menghormati orang lain amat mengecewakan kita.

Krisis di antara beliau dengan YB Khalid sebenarnya mudah diselesaikan sekiranya YB Zul tidak terkejar-kejar membuat laporan Polis. Ini menunjukkan YB Zul tidak lagi yakin bahawa pimpinan PR mampu menyelesaikan masalah mereka. Paling mengejutkan, kenyataan YB Zul terhadap DS Anwar, Penasihat PKR sendiri yang merupakan Ketua Pembangkang yang membayangkan YB Zul menganggap DS Anwar penyokong Kristian. Petikan dari akhbar Sinar menyebut, YB Zul berkata, "Sebagai pemimpin Melayu, katanya, Anwar seharusnya mengambil sikap neutral dengan tidak menyokong mana-mana pihak.

“Walaupun dia mengambil keputusan menyokong Kristian, dia perlu neutral,” katanya. (Sinar)

Ingin kita bertanya YB Zul, semenjak bila DS Anwar sokong Kristian? Apakah dengan memetik fatwa dari Syeikh Yusof Qardawi menunjukkan DS Anwar seorang penyokong Kristian? Apakah YB Zul lebih arif dari Ulamak Muktabar tersebut? Saya sebagai orang yang jauh dari DS Anwar faham apakah yang dimaksudkan oleh DS Anwar serta semua pimpinan PR di dalam isu Kalimah Allah ini, masakan orang secerdik YB Zul sukar untuk memahaminya? Melabelkan DS Anwar sebagai penyokong Kristian amat melampau dan membuktikan bahawa YB Zul memang seorang yang angkuh dan sombong. Maka, PR tiada pilihan melainkan mengenakan hukuman berat ke atas YB Zul.


Cukup lah kita diserabutkan dengan perangai YB Zul ini. Beliau tidak tahu berpolitik malahan tidak tahu berdakwah. Beliau hanya layak sebagai seorang Peguam, itu mungkin./Kembali ke laman asal di sini.

5 ulasan:

  1. Penglibatan Zul dalam team pembelaan DSAI menyulitkan sebarang tindakan diambil terhadapnya.Ini manusia yang tidak punya sifat profesional.Memecatnya seolah mengundang lebih cepat pada kejatuhan DSAI.Walaupun hati kecil bekata dalam kes mahkamah DSAI berada dipihak yang benar,namun manusia ini sanggup melakukan apa saja bagi merealitikan semua janjinya sewaktu melepaskan nya dalam kes petision Kulim-Bandar Baru.

    BalasPadam
  2. lg bagus dia buat report polis dan report pada jakim skali..mintak siasat kesesatan yg ada dlm pemimpin PKR dan ulama2 dlm PAS tentang pendirian kedua2 parti ini...Minta majlis fatwa kebangsaan keluarkn fatwa yg PAS,PKR dan yusof qordowi ni sesat.Tarik blk anugerah maal hijrah pd syeikh yusof...ada berani YB Zul????

    Nilah sikap pemimpin bodoh..petik buah sblm masak...dia tu layak seret beg peguam2 anuar je..xlayak pn jadi peguam...org2 mcm ni la yg mendatangkn masalah..xfaham!!!!!!!bebal!!!!sombong!!!!ego!!!!

    -saddamalaya-

    BalasPadam
  3. Buat sementara waktu Parti PKR Pusat patut mengambil tindakan menutup mulut YB Zul sehingga Jawatankuasa Disiplin bermesyuarat membincangkan kes ini. Ini akan dapat meredakan ketegangan dalam parti PKR dan Pakatan Rakyat.

    Apa apa keputusan yang akan diambil oleh Jawatankuasa Disiplin PKR biarlah kemenangan bagi semua pihak agar tidak menjejaskan kekuatan parti.

    BalasPadam
  4. Pecat saja YB Zul dari kepimpinan PR.. habis
    cerita. Tak ada gunanya bersama2 PR, jika YB
    Zul menyusahkan kita..

    BalasPadam
  5. ni masaalahnya dgn nuar. selalu la lambat selangkah dlm bertindak. pecat mangkuk hayun tu, rasanya rakyat dah boleh fikir yg mana elok yg mana tak elok. nuar ni nak kena mangkuk lak dek aku pulak agaknya.

    BalasPadam