| Khutbah: K'jaan negeri nafi nama Lim ganti Agong | 
Ogos 20, 10
Kerajaan negeri Pulau Pinang menafikan sekeras-kerasnya bahawa  nama Ketua Menteri Lim Guan Eng menggantikan nama Yang di-Pertuan Agong  dalam khutbah Jumaat yang dibaca di beberapa masjid di negeri itu.
Exco Hal-Ehwal Agama negeri, Abdul Malik Abul Kassim berkata siasatan awal mendapati ianya tidak berlaku kerana teks khutbah Jumaat, yang disediakan oleh Jabatan Agama Islam negeri, tidak menggunakan nama Lim.
Exco Hal-Ehwal Agama negeri, Abdul Malik Abul Kassim berkata siasatan awal mendapati ianya tidak berlaku kerana teks khutbah Jumaat, yang disediakan oleh Jabatan Agama Islam negeri, tidak menggunakan nama Lim.
![]()  | 
Abdul  Malik berkata, beliau telah membuat siasatan awal dan mendapati  kejadian itu tidak berlaku seperti yang didakwa oleh Datuk Seri Ahmad  Zahid Hamidi yang juga pengerusi perhubungan Umno negeri.
Abdul  Malik menjelaskan, teks khutbah yang disediakan oleh Jabatan Agama  Islam Pulau Pinang (JAIPP) tidak menggantikan nama Yang di-Pertuan Agong  dengan nama Lim, seperti yang didakwa.
"Dan kalau  mereka tidak baca teks sekalipun, saya percaya hanya orang yang tidak  waras sahaja yang akan ganti nama Yang di-Pertuan Agong dalam khutbah,"  katanya lagi.
Tambahnya, dakwaan itu juga tidak  menyebut dengan jelas masjid yang terbabit, sebaliknya hanya menamakan  kawasan Permatang Pauh, Jelutong dan Tasek Gelugor.
Ditanya lanjut, beliau berkata kerajaan negeri tidak akan mengambil tindakan lanjut atas dakwaan itu kerana "tidak timbul isu."
"Isu ini sengaja diada-adakan, sebab sememangnya tiada isu. BN yang sengaja wujudkan isu ini," katanya lagi ketika dihubungi Malaysiakini hari ini.
Ditanya lanjut, beliau berkata kerajaan negeri tidak akan mengambil tindakan lanjut atas dakwaan itu kerana "tidak timbul isu."
"Isu ini sengaja diada-adakan, sebab sememangnya tiada isu. BN yang sengaja wujudkan isu ini," katanya lagi ketika dihubungi Malaysiakini hari ini.
![]()  | 
"Kalau dia ada maklumat, sepatutnya dia buat laporan kepada kerajaan negeri, atau kepada polis atau kepada pejabat mufti, bukannya pergi beri kenyataan kepada media," katanya lagi.
Sementara itu, bercakap dalam satu sidang media pagi ini, Abdul Malik juga berkata kerajaan negeri serta JAIPP tidak menerima sebarang arahan lisan mahupun bertulis untuk menukar nama tersebut dalam teks khutbah.
Beliau juga tidak menolak kemungkinan bahawa sesetengah jawatankuasa masjid menggunakan isu tersebut untuk mensabotaj kerajaan negeri./Malaysiakini






salam Ramadhan...
BalasPadamZahid budak suruhan yg bodoh piang..baik balik sg tiang ngecop sawit lg baguih
nak tanya sikit dizaman nabi saw,adakah nabi saw menyebut khusus nama raja raja yang sezaman denganya dalam khutbah sembahyang berjemaah?macam kita diwajibkan menyebut nama agong,sultan atau raja.pernahkan berlaku didalam pemerintahan khalifah al rasydin,tabiin atau tabi tabiin.kalaulah ada ingin bebenar nak tahu hadithnya,kalaulah tidak ada dari mana timbulnya.saperkara lagi salahkah kita mendoakan orang bukan islam supaya diberikan hidayah oleh allah swt?.umpamanya seorang anak yang islam mendoakan kedua ibubapanya bukan islam supaya diberikan kebaikan dan hidayah oleh allah swt.dan tidakkah boleh kita berdoa terhadap pemimpin yang bukan islam semoga allah memberi hidayah terhadap mereka.
BalasPadamBukti UMNO adakan bacaan Yassin dan Solat Hajat untuk calom PRK Hulu Selangor, P. Kamalanthan - pahangdaily.blogspot.com
BalasPadamYang kekalornya...kat johor rakyat dia komat-kamit doakan sultan supaya sihat dan panjang umor. Kau orang tau tak?...lagi panjang umor sultan tu..maka lagi banyak tanah teroka melayu yang tak bergeran depa sapu...kalian doalah komat-kamit...dia terhuyung-hayang dekat daerah separuh gelap....Kau orang lepas doa komat-kamit...balik masjid terus pergi tombak sawit. Sedorlah sikit HOI ORANG JOHOR!!!!!!!
BalasPadam