RADIO KOBAT FM

TERIMA KASIH KERANA ANDA SUDI MENJADI TEMAN KAMI, SILA DAFTAR SEKARANG

Jumaat, 17 September 2010

KJ AKAN KELUAR PARTI JIKA UMNO SOKONG PERKASA, KHIR TOYO PUJI PERKASA

Khir Toyo: PERKASA lebih ke depan isu Melayu

Datuk Seri Khir Toyo berkata, beliau melihat bahawa NGO seperti Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (PERKASA) lebih ke hadapan dalam menyuarakan isu-isu berkaitan orang Melayu di Selangor.

Dalam satu wawancara khas dengan Malaysiakini sebelum ini, bekas menteri besar Selangor itu berkata, beliau tidak tahu mengapa pergerakan Pemuda Umno tidak memainkan peranan tersebut.

Bagaimanapun, beliau menafikan tanggapan bahawa peranan Umno dalam bersuara mengenai isu-isu tersebut telah 'dikontrakkan' kepada NGO seperti PERKASA .

"Mungkin NGO lebih banyak bersuara berbanding Umno, (tetapi) Umno ada strateginya sendiri (iaitu) cuba untuk mendekati masyarakat terlebih dahulu.

"(Presiden Umno) Datuk Najib (Razak) beritahu kita, turun ke bawah, jumpa lebih banyak (anggota) masyarakat (dan) dan bersama dengan mereka. Itu strategi kita," katanya lagi dalam satu wawancara dengan Malaysiakini.

Beliau juga mendakwa, Umno kini berjaya mengukuhkan kedudukannya di kawasan majoriti Melayu di Selangor, hasil daripada kempen 'Selamatkan Selangor.' Ini merupakan kejayaan peringkat awal, sebelum mereka mula memasuki kawasan majoriti bukan Melayu, kata Khir lagi.

Teguh di belakang PERKASA

Khir menyuarakan pandangan beliau itu sebelum perkembangan terbaru yang dilihat meletakkan Najib dalam kedudukan yang tidak menyenangkan untuk menyatakan pendiriannya terhadap hubungan antara Umno-PERKASA.

Ini diperhatikan apabila penaung NGO berkenaan Tun Dr Mahathir Mohamad sendiri telah memberikan amaran bahawa Umno bakal kehilangan sokongan sekiranya ia bertindak memusuhi PERKASA.

Berlainan pula dengan pendirian ketua pemuda Umno Khairy Jamaluddin dalam isu berkenaan. Khairy yang kerap bertegang leher dengan presiden PERKASA Datuk Ibrahim Ali telah memberikan kata dua -- beliau akan bertindak keluar daripada parti sekiranya Umno menyokong pergerakan itu.

Khir pula berdiri teguh di belakang PERKASA. Katanya, pertubuhan itu wajar diberikan ruang untuk bersuara, seperti mana kebebasan yang dinikmati kumpulan yang menumpukan kepentingan kaum lain.

"Macam (pertubuhan) Suqiu, yang menjadi tempat untuk masyarakat Cina menimbulkan keprihatinan mereka terhadap pendidikan, hak masyarakat Cina, perkara-perkara seperti itu.

"Kalau nak negara terbuka, jadi kena terbukalah. Jangan bila PERKASA buat kita suruh tutup mulut dia. Orang lain kita suruh buka mulut pula. Kalau terbuka, biar terbuka, biar semua orang bersuara," katanya lagi.

Khir juga menolak tanggapan bahawa kekalahan Umno BN dalam dalam pilihan raya umum sebelum ini disebabkan keangkuhan parti tersebut./Malaysiakini

1 ulasan:

  1. Bila sebut SUQIU dan bila Khir Toyo dan mereka yang sealiran membanding dengan kebolihan SUQIU memperjuangan masyarakat Cina ,ternyata sebenarnya mereka betul betul dungu dan maha bodoh.
    SUQIU walaupun memperjuang hak Cina tetapi PEMIMPIN NYA tak main politik berbanding PERKASA yang rata rata dipimpin olih ahli UMNO yang sudah tidak laku.
    SUQIU meletak MCA-GERAKAN-DAP diluar kotak perbincangan.Sebab tu mereka bolih bersatu.Ini berlainan dengan PERKASA.Agenda asal Ibrahim Ali nak naik semula melalui UMNO setelah ditendang keluar dan melutut pada PAS meminta kerusi dan akhirnya mengkhianatinya.
    Dengan rekod tu,siapa yang mau pada Ibrahim Ali

    BalasPadam