RADIO KOBAT FM

TERIMA KASIH KERANA ANDA SUDI MENJADI TEMAN KAMI, SILA DAFTAR SEKARANG

Selasa, 5 Oktober 2010

Benarkah Nurul Izzah Pernah Umum Sokong Zaid


Laporan itu memetik Nurul sebagai berkata demikian kepada pemberita di Sarawak. Perkara yang paling aneh mengenai laporan yang agak sensasi ini adalah, walaupun Nurul disebut memberitahu isihatinya pada sidang media di Kuching, TIDAK ADA SATU PUN media yang melaporkan berita sebagaimana yang disiarkan oleh FMT.

Mereka yang dalam bidang kewartawanan tentunya akur bahawa jika benar Nurul berucap sebagaimana yang didakwa oleh FMT, ia adalah tajuk utama akhbar dan stesen TV diseluruh negara. Utusan Malaysia, Berita Harian dan TV3 tentunya bertepuk gembira jika benar Nurul menyatakan demikian. Namun kecuali FMT, seluruh media arus perdana dan media alternatif lain termasuk Malaysiakini membisu. Dan, sebab mereka berbuat demikian ialah kerana Nurul tidak melafazkan sebarang sokongan untuk Zaid atau pun mencemuh Azmin dari apa segi sekali pun.

Laporan fitnah FMT itu adalah cubaan terdesak untuk memaparkan Zaid menerima sokongan Nurul dan memberi erti beliau menyanggah ayahnya.

Free Malaysia Today Dibiayai Oleh Soh Chee Wen

Nurul yang menyatakan dari awal beliau akan bersikap berkecuali dalam pemilihan Timbalan Presiden – sama seperti kedudukan yang diambil oleh ibu-bapanya - diheret kedalam kancah perebutan jawatan itu menerusi laporan fitnah FMT. Nurul terpaksa mengeluarkan kenyataan menerusi ibupejabat PKR minggu lalu, menegaskan sekali lagi bahawa beliau tidak memihak kepada mana-mana calon, tetapi hanya mahukan ahli mengundi calon yang difikirkan dapat mendokong perjuangan parti.

Selasa (21 September) akhbar The Star memetik Nurul sebagai menafikan laporan FMT itu. Beliau sekali lagi menegaskan bahawa tidak timbul soalan beliau memihak kepada Zaid atau menentang Azmin. Sebagaimana yang kita maklum, FMT adalah dibiayai oleh Soh Chee Wen, seorang jutawan dan bekas ahli MCA yang menjadi penggerak utama kempen Zaid untuk menjadi timbalan presiden. Selain FMT, Soh juga membiayai sebuah akhbar berbahasa Melayu yang diedarkan percuma kepada ahli PKR dalam usaha mencari sokongan untuk Zaid.

Walaupun ghairah mencanang sifat “gentleman”nya, amat mendukacitakan Zaid, Soh Chee Wen dan orang upahannya Nelson Fernandez sanggup mengheret Nurul dan ibunya dalam kempen fitnah mereka. Nama Nurul dan Wan Azizah diperdagangkan oleh kem Zaid dalam kerakusan untuk meletakkan bekas Ketua bahagian Umno itu sebagai Timbalan Presiden PKR.

Sumber: Pahang Daily

3 ulasan:

  1. apa punya sutlu bana hampa dalam pkr ni.kalau logik akal,kami ahli PAS ni sepatutnya tak undi pkr dalam pru12 dan prk bkt selambau yang lepas kerana ADUN dan Parlimen bukan PAS yang wakil.
    nampaknya blog pro pkr ni lebih terok daripada blog dan media umno sewaktu berkempen untuk calon yang disokong.kesempatan memecah belah pkr yang sepatutnya dijuarai olih blogger umno kini dah diambil alih olih hampa hampa semua.

    BalasPadam
  2. mcm ni la, saya sebagai yg berkecuali, nak bagi teguran sikit kat PAS. PAS menang bukan semata undi ahli PAS. DAP, PKR dan pengundi atas pagar dan juga undi dari UMNO sendiri yg memenangkan calon2 PAS ( dgn izin Allah). Begitu juga sebaliknya bagi calon PR yg lain. So jgn la takbur lebeh2 lagi bagi org2 yg bercakap, berceramah bercerita, bersendalkan ayat2 suci Al Quran dan juga hadis2 seperti PAS. Tak molek namapaknya. PERIOD!

    BalasPadam
  3. salam..

    budaya UMNO hampa bawa lagi no dlm PKR..
    ni nak g tau kt azmin....PR13 nanti hang tumbang kt gombak.....kani mahu pemimpin yg mengutamakn rakyat buka kroni ....

    BalasPadam