RADIO KOBAT FM

TERIMA KASIH KERANA ANDA SUDI MENJADI TEMAN KAMI, SILA DAFTAR SEKARANG

Jumaat, 1 Oktober 2010

SEMUA ADUN UMNO P.PINANG AKAN PULANGKAN GAJI DAN ELAUN MEREKA ?

Gaji Semua Adun Umno P. Pinang Juga Haram.. Kenapa Tak Pulangkan?

"Kalau Umno cakap semua wang termasuk RM100 haram, maka, gaji yang diterima Adun Umno juga haram. Jadi, pulangkan duit gaji, jangan ambil,” kata Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Komtar, Ng Wei Aik, hari ini.

Beliau berkata demikian mengulas tindakan lebih 40 warga emas memulangkan sumbangan kerajaan negeri berjumlah RM100 berikutan propaganda media arus perdana, kononnya dana itu bersumberkan hasil judi.

Bercakap kepada TV Selangor, Wei Aik menganggap Umno merampas hak warga emas beragama Islam apabila mendalangi usaha dengan ‘memperbodohkan’ mereka dengan menyebarkan propaganda tidak bersandar fakta.

“Kesian mereka. Mereka tidak tahu apa yang sebenarnya berlaku. Tapi jelas, Umno cuba merampas apa yang sepatutnya mereka dapat," kata ketika dihubungi dari Shah Alam, hari ini.


Kenyataan beliau senada Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama, Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Pulau Pinang, Abdul Malik Abul Kassim yang mengecam tindakan Umno menakut-nakutkan warga emas.
.
Wei Aik berkata kerajaan negeri tidak pernah memaksa mana-mana syarikat menghulur sumbangan baik badan korporat mahupun kelab lumba kuda tetapi dana itu diasing mengikut kategori.
.
"Bantuan ini terletak di bawah pegawai kewangan negeri. Mereka boleh mengasingkan sumbangan tanpa ada masalah", katanya yang kesal kerana warga emas disogok maklumat tidak tepat dan percaya ia didalangi pimpinan Umno.

"Itu majlis yang diaturkan Umno. Tak adalah, mana boleh warga emas yang minta majlis macam itu. Ini memang didalangi mereka. Siapa yang membangkitkan isu ini terlebih dahulu? Umnolah,” katanya lagi.

Sumber: (Salmi Druhamad Drahsin)/Blog-list.blogspot

2 ulasan:

  1. bantuan/sumbangan dgn hasil cukai or hasil dari keringat (ie kerja) pun ko tak dapat bezakan..yg bercakap pulak org kafir..adoi..ape ni majlis agama islam penang..

    nak jd penjilat tegar pun jgn la sampai org kapir jd jurucakap agama islam?

    dah sah2 dalam surat tu tulih sumbangan utk membasmi kemiskinan..

    tak reti baca ke?

    bodoh pnye fuckatan!

    BalasPadam
  2. Belum dapat...Haram...tapi sudah dalam tangan...Halal...

    BalasPadam