RADIO KOBAT FM

TERIMA KASIH KERANA ANDA SUDI MENJADI TEMAN KAMI, SILA DAFTAR SEKARANG

Isnin, 17 Januari 2011

ISU BEKERJA DI PREMIS ARAK - UMNO MAHU KUTIP UNTUNG BUKAN IKHLAS DENGAN ISLAM

Oleh: WFAUZDIN NS

MENGULAS tindakan YB Ronnie Liu yang juga Exco Perumahan dan Kerajaan tempatan yang mengarahkan MPSJ menarik balik larangan terhadap orang Islam bekerja di premis menjual arak, kita patut bersyukur kerana PAS Selangor bertindak ke hadapan di dalam menangani isu ini. Tindakan segera PAS Selangor samasekali menutup mulut pemimpin Umno Selangor untuk mempolitikkan isu ini kerana Umno sudah kita kenali tidak pernah ikhlas di dalam memperjuangkan Islam.

Semua tahu dan maklum, siapakah pemberi lesen arak terbesar di Kilang arak di Shah Alam. Kita juga tahu siapakah yang bertanggungjawab meluluskan lesen judi terbesar di Genting, bahkan pernah bercita-cita untuk meluluskan lesen judi Bolasepak Piala Dunia yang lalu. Kita tidak lupa siapakah yang terlibat di dalam penganjuran Festival Busana Islam yang mendedahkan tubuh badan itu di mana isteri Presiden Umno memainkan peranan penting penganjurannya. Tangan siapakah yang menulis surat kepada Kerajaan Negeri Kelantan suatu ketika dahulu yang memberi amaran agar Kerajaan Negeri di bawah PAS itu tidak melaksanakan Hukum Hudud? Apa pemimpin Umno mahu jawab dengan isu ini? Di mana keikhlasan mereka? Mengapa Umno masih redha dengan akta zalim ISA sekiranya mereka ikhlas dengan perjuangan Islam?

Kesemua persoalan di atas tidak akan dapat dijawab oleh mana-mana pemimpin Umno termasuk Senator Jamil Khir bekas Pengarah Kor Agama Angkatan Tentera itu. Jamil Khir hanya terdaya menegur YB Ronnie Liu di dalam isu teknikal seperti menarik balik larangan orang-orang Islam bekerja di premis arak yang hangat diperkatakan sekarang. Kerana apa? Kerana ada kepentingan politik Umno di situ.

Mengapa saya sebut bahawa isu larangan yang ditarik baik itu merupakan soal teknikal? Seperti yang dijelaskan oleh YB Ronnie Liu, beliau minta larangan itu ditarik balik kerana pihak MPSJ tidak memaklumkan kepada Kerajaan Negeri terlebih dahulu. Memang keputusan MPSJ itu baik untuk kepentingan umat Islam, tetapi tentu lebih baik jika ianya dibawa ke pengetahuan Kerajaan Negeri terlebih dahulu kerana MPSJ adalah di bawah Kerajaan Negeri. Seandainya ia dibawa ke pengetahuan Kerajaan Negeri dan Exco ini membantahnya, maka kita tidak teragak-agak akan menentang habis-habisan YB Ronnie Liu.

Apa pun alasan YB Ronnie Liu, Islam samasekali tidak membenarkan umatnya bersubahat dengan pekerjaan yang diharamkan itu. Jika bersubahat pun diharamkan oleh Islam, apatah lagi mereka yang membenarkan arak ini dikilangkan secara besar-besaran. Mengapa Jamil Khir tidak terfikir yang ini? Mengapa Noh Omar tidak menyalak hal ini? Ini adalah kerana mereka berdua tahu tangan siapa yang punya angkara.

Saya tabik dengan kebijaksanaan MB Selangor di dalam hal ini. Tan Sri Khalid menyatakan beliau akan berbincang dengan YB Ronnie Liu, Pesuruhjaya PAS Selangor DR Hassan Ali dan semua Pegawai Majlis Perbandaran/Tempatan untuk mengatasi permasalahan ini. Harus diingat, mereka telah bekerja di premis arak sudah lama sebelum PR memerintah lagi. Ini satu perkembangan baik oleh Kerajaan PR dan tidak mudah untuk merealisasikannya tanpa ada perancangan. Justeru itu, bagi menyelamatkan umat Islam yang mencari makan di tempat haram seperti itu, tentunya perancangan perlu dibuat dan inilah yang sedang dilakukan oleh MB Selangor. Di zaman mereka memerintah, isu ini tidak timbul kerana mereka tidak langsung prihatin kepada kebajikan umat Islam di negeri tersebut.

Inilah hikmahnya bila PAS berada di dalam PR. Tidak timbul isu DAP anti Islam kerana pemimpin DAP itu tidak memahami banyak perkara tentang hukum Islam. Apabila PAS tampil ke depan di dalam isu ini, maka ianya akan dapat membantu Kerajaan Negeri di samping memberi pengetahuan kepada pemimpin-pemimpin DAP terhadap Islam. Inilah bezanya Umno dengan PAS, PKR dan DAP. Hendak harapkan Umno? Untuk selesaikan masalah azan pun mereka terkemut-kemut./wfauzdin.blogspot.com

1 ulasan:

  1. Ikhlas atau tidak hanya Allah SWT yang maha mengetahui. Apabila satu pihak cuba untuk menegakkan kebenaran, kita umat Islam perlu menyokong perkara yang baik dan jangan bersangka buruk kerana sesungguhnya bersangka buruk itu satu DOSA.Anda sudah tua, dah bersara pun. Jangan apabila tinggalkan dunia ini tak lama lagi, membawa banyak dosa, sedikit pahala. Nauzubillah.

    BalasPadam