RADIO KOBAT FM

TERIMA KASIH KERANA ANDA SUDI MENJADI TEMAN KAMI, SILA DAFTAR SEKARANG

Sabtu, 12 Mac 2011

MEREKA TERGILA-GILA DENGAN DNA ANWAR UNTUK APA?

Oleh: WFAUZDIN NS

PENDAKWA kes fitnah Liwat II DS Anwar kelihatan bersungguh-sungguh mahu mendapatkan DNA Datuk Seri Anwar Ibrahim. Kita masih ingat di dalam kes fitnah Liwat I dahulu yang melibatkan Azizan Abu Bakar, pihak mereka telah pun mempunyai sampel DNA DS Anwar.

Persoalannya sekarang, adakah berbeza data sampel DNA DS Anwar yang dahulu dengan DNA beliau sekarang? Sekiranya data yang diperolehi melalui sampel itu sentiasa berbeza dari masa ke semasa, ada lojiknya mereka mahu mengambil DNA DS Anwar untuk kes fitnah II kali ini. Tetapi kita sedia maklum, DNA tidak akan pernah berubah sampai bila-bila. Seperti Kumpulan Darah, jika kita mempunyai Kumpulan Darah `A' , biar berapa kerap pun kita menderma darah, darah kita tetap statusnya dari Kumpulan `A'. Justeru itu, amat menghairankan mengapa begitu `selera' mereka inginkan DNA terbaru DS Anwar. Apakah rahsia di sebaliknya?

Kita jangan bertanya mengapa DS Anwar sukar sekali untuk menyerahkan DNA nya. Paling penting kita harus bertanya untuk apa DNA tersebut diperlukan lagi sedangkan mereka masih menyimpan data DNA DS Anwar dahulu? DS Anwar mempunyai cukup pengalaman di dalam menghadapi karenah tipu daya dan manipulasi pihak-pihak tertentu termasuk DNA nya sewaktu di dalam kes Liwat I terdahulu. Maka, DS Anwar ada sebab untuk tidak menyerahkan DNA nya kali ini.

DS Anwar di dalam blognya ada menyebut, "Dalam kes Altantuya, kenapa mereka tidak minta DNA Najib?” soal Anwar. Beliau juga merasa hairan kerana pihak pendakwa seolah-olah cuba mengalihkan beban pembuktian kes kepada peguam bela sedangkan ia tanggungjawab mereka dan menyifatkan permintaan pendakwa untuk mendapatkan DNA beliau, membuktikan kes Fitnah II sebenarnya bermotifkan politik. “(Pendakwa) hanya untuk menyampaikan mesej politik. Mereka seolah-olahnya berkata ‘kita sudah ada semua bukti dan sekarang apa yang kita perlukan adalah DNA Anwar (untuk mensabitkan beliau)’. Ini tidak masuk akal. “Beban pembuktian terletak pada pihak pendakwa,” kata Ketua Umum KEADILAN itu.

Harus kita ingat, DNA bukan bukti kukuh untuk menyabitkan seseorang kerana kemungkinan DNA boleh di manipulasikan juga agak besar. Bahkan, seorang pakar mengakui hakikat ini di mana tiada jaminan seseorang itu boleh mengelak dari menjadi mangsa akibat DNA yang bertujuan untuk menganiayainya. Baca di sini.

Bayangkan, jika anda memasuki sebuah tandas awam untuk membuang air dan tanpa anda sedari sehelai bulu anda tertinggal di tandas tersebut. Tidak beberapa lama selepas anda keluar dari tandas berkenaan, berlaku satu pembunuhan di dalam tandas yang anda masuki tadi. Apabila siasatan dijalankan, pihak berkuasa menjumpai bulu anda dan dilakukan ujian DNA. Maka, terbukti itu adalah data DNA anda dan anda pun dituduh sebagai pembunuh. Adakah itu adil buat anda? Sebab itu, DNA dikatakan bukan bukti kukuh untuk menyabitkan seseorang. DNA hanya berfungsi sebagai bukti sokongan sahaja.

Tidak dapat dinafikan DNA memang penting sebagai membantu di dalam beberapa kes terutamanya yang melibatkan jenayah. Di dalam kes DS Anwar ini, mereka telah mempunyai rekod data DNA DS Anwar yang terdahulu, maka adalah lebih praktikal jika data DNA itu diguna pakai tanpa memerlukan DNA yang baru apatah lagi dengan cara helah atau penipuan.

Mudah-mudahan kita yang mengikuti kes fitnah Liwat II kali ini tidak mudah diperdayakan oleh mereka dan media pencacai yang sering menggambarkan bahawa DS Anwar takut untuk menyerahkan DNA nya. Media pencacai ini akan terus mencari jalan untuk menghilangkan keyakinan rakyat terhadap DS Anwar seperti apa yang telah mereka lakukan sebelum ini dengan isu sumpah laknat. Mereka tidak merujuk kepada hukum Islam asalkan mereka dapat memperdayakan kita. Peliknya, media pencacai ini tidak pula memberi perhatian apabila permohonan DS Anwar untuk membawa kes Qazaf ke Mahkamah Syariah ditolak angkara seorang Menteri yang kununnya berjiwa Islam. Bukankah jalan Qazaf itu adalah kaedah Islam?/wfauzdin.blogspot.com

2 ulasan:

  1. usah pertikaikan sumpah laknat,,mengapa harus bersusah payah naik makhamah,,,dimakhamah macam2 boleh berdalih,,,,yg paling senang,,,,,,,,sumpah aja habis cerita,,,,,,lakukan raayat menunggu,,,,,berani kerana benar,takut kerana salah,,,,,,,,,ingat allah tetap menghukum apa dosa yg kita laku,

    BalasPadam
  2. pandai pun..dna mmg takkan berubah..tp hakim telah putus dna yg diambil tanpa kebenaran tak boleh digunapakai..nah, amik ko, bagi secara legitimate..ape masalahnya..

    pakar2 DNA diluar negara pun ade boleh nak awasi sepanjang kajian dna tu..nak takut dimanipulasikan ape lagi?

    qazaf? selama ini si jubur ni main suka ati saman org tak ingat pulak nak guna mahkamah syariah..adoii !

    kalu pakai data lama nanti anwar cakap mmg betul konspirasi..tp nak bagi yg baru, dia taknak kasi? what the fuck?

    dna yg ditemui bukan dari seluar saiful, ni dalam bontot saiful..bukan kat tepi toilet bro...ko ni bodoh sgt ni nape whathefuckden?

    BalasPadam