RADIO KOBAT FM

TERIMA KASIH KERANA ANDA SUDI MENJADI TEMAN KAMI, SILA DAFTAR SEKARANG

Catatan Popular

Sabtu, 21 Mei 2011

KETUA PENGARAH ROS MAHU `COVER' MALU ?

Oleh: WFAUZDIN NS

SALAHKAH Setiausaha Agung PKR mengadakan sidang media untuk memaklumkan bahawa parti tersebut telah menerima surat mohon tunjuk sebab mengapa parti tersebut tidak boleh diharamkan? Adakah notis sepenting itu yang melibatkan hidup mati parti itu perlu dirahsiakan dari ahli-ahli parti?

Kelmarin Setiausaha Agung PKR, Saifuddin Nasution telah mengadakan sidang akhbar memaklumkan bahawa parti PKR telah menerima notis dari ROS kununnya parti tersebut telah melanggar Perlembagaan dan berkemungkinan boleh diharamkan. Lebih melucukan lagi, notis tersebut tiada kena mengena dengan Perlembagaan Parti dan aduan yang disebut juga tidak melibatkan anggota parti. Jelas, pegawai tinggi dari ROS yang telah menandatangani notis tersebut cuai kerana tidak menyemak fakta terlebih dahulu.

Apabila sidang media dibuat oleh PKR, kecuaian dan ketidakcekapan Ketua Pengarah ROS diketahui umum dan berkemungkinan beliau merasa malu dengan kakitangan bawahannya. Oleh yang demikian, beliau menyalahkan PKR kerana mengadakan sidang media dan namanya tercemar akibat kebodohannya sendiri. Kununnya, mengadakan sidang media itu `kurang manis'. Adakah perbuatan beliau itu teramat manis dengan memajukan notis yang tidak betul tanpa fakta?

Ini bukan masalah `manis' atau tidak. Ini masalah maruah parti yang cuba dicemar dengan kaedah sedemikian rupa. Semua ahli parti berhak tahu apa yang menimpa parti mereka. Rakyat juga perlu tahu kerana PKR adalah sebuah parti yang besar apatah lagi Ketua Pembangkang adalah Ketua Umum parti ini. Mana mungkin perkara yang serius ini boleh dirahsiakan?

Saya ingin mengingatkan ROS, bekerjalah dengan tahap profesionalisma yang tinggi dan penuh integriti. Jangan cuba bertindak terburu-buru walaupun jika arahan itu datangnya dari pihak yang terlalu berkuasa. Apa yang berlaku baru-baru ini jadikan iktibar kerana ianya memalukan keseluruhan kakitangan di dalam Jabatan itu sendiri. Jika saya sendiri sebagai kakitangan ROS, saya tidak tahu di mana mahu letakkan muka dengan sikap bos yang begitu?/wfauzdin.blogspot.com

--------------------------------------------------------------------------------
Bernama melaporkan:

KUALA LUMPUR, 19 Mei (Bernama) -- Pendaftar Pertubuhan (ROS) meminta Parti Keadilan Rakyat (PKR) menjawab notis pembatalan pendaftaran yang dikeluarkannya terhadap parti itu dalam tempoh yang ditetapkan dan bukan menggunakan saluran media untuk memberi jawapan.

Ketua Pengarah ROS Datuk Abdul Rahman Othman berkata notis itu adalah mengikut Seksyen Kecil (2), Seksyen 13, Akta Pertubuhan 1966, di mana PKR diberi tempoh sehingga 9 Jun depan untuk memberi sebab memuaskan mengapa pendaftaran parti itu tidak patut dibatalkan.

Beliau memberitahu Bernama bahawa pihak yang diberi notis tersebut hanya perlu untuk menjawab balik notis itu berserta dengan alasan-alasan kukuh dalam tempoh masa yang diberikan.

"Apabila ROS keluarkan notis, mengikut Akta Pertubuhan 1966, pihak yang ditujukan perkara tersebut diminta menjawab dalam masa yang diberikan, menggunakan saluran yang sama, bukan menggunakan saluran media kerana ia dianggap kurang manis," katanya. - Bernama.

14 ulasan:

  1. Kepala bapak hang kurang manis, silap haribulan hang yang kena kencing manis. Jangan jadi Barua jadilah pegawai kerajaan yang berintegriti. Hang mengaji sekolah mana?

    BalasPadam
  2. BETOILAH SANGAT MACAM PAK MAT KATA ! KENA KENCING MANIS TAK PA LAGI TAKUT KENA PENYAKIT YANG LA NI KUAT DOK MEREBAK IAITU DEMAN 'PANDDY KUTTY' OLEH PARTI SEKUTU APCO ! AWAS JANGKITAN KUMAN PANDDY KUTTY YANG AMAT-AMAT BAHAYA !

    BalasPadam
  3. Masalah yang di termia ROS bukan kurang manis tetapi rahsia BN terbongkar dengan sendirinya. Jadi untuk "COVER ARAHAN SIAPA" maka ROS terpaksa telah sedikit pahit yang menjadikan kurang manis.

    BalasPadam
  4. Bayangkan kalau Saifuddin tak buat press conf. Akan sahlah PKR diharamkan.

    BalasPadam
  5. Gula dah naik, kenalah kurangkan manis

    BalasPadam
  6. Ketua Pengarah ROS...
    (sedia menerima arahan bini kak ros)

    BalasPadam
  7. Pelbagai cara Allah mendedahkan kesalahan umatNya. Kalau tak percaya, saya peduli apa? guru.

    BalasPadam
  8. ROS = PECACAI UMNO

    BalasPadam
  9. lain kali sebelum sign surat tu baca dulu dan cek jangan sign buta aja,add value la kat jawatan awak tu???

    BalasPadam
  10. Apa yang dimaksudkan kurang manis?

    Pahit?
    Tawar?
    Masam? atau
    Masin? atau

    Muka dah tebai macam tayar traktor?

    BalasPadam
  11. lerr...ROS mintak bagi surat tunjuk sbb, dia pegi jawab kat press buat ape? jawab la surat tu, ape susah? suma nak dipoliticizedkan..

    Cukup2 la berpolitik, kebajikan rakyat ni tak terbela dibawah PR..menyesal aku vote PR mase PRU2008..dah tiga tahun da memerintah, mane perlaksanaannye? menyesal dahulu pendapatan, dan kesilapan tidak sepatutnye berbuah dua kali..next PRU 13, kena vote betul2..takde nak experimen2 lagi..bersyukur ape yg ada..

    BalasPadam
  12. Dia ni pernah jadi SU Sulit Menteri Pendidikan suatu ketika dulu.

    BalasPadam
  13. Mamat bahlol nih..rasanye prnh jadi KP Imegresen yang kene tendang pasal kes pasport palsu tu kot....klu btul padan lah bangang + bahlol...

    BalasPadam
  14. Seorang Ketua Pengarah yang tidak competent.

    BalasPadam