TERIMA KASIH KERANA ANDA SUDI MENJADI TEMAN KAMI, SILA DAFTAR SEKARANG

Catatan Popular

KOBAT FM


web widgets

SAYANGI MALAYSIA, HAPUSKAN KLEPTOKRASI

SAYANGI MALAYSIA, HAPUSKAN KLEPTOKRASI

Jumaat, 20 Mei 2011

PORTAL PRO UMNO PUN RIMAS DENGAN IBRAHIM ALKATAKI DAN NAZRI

Apa sudahnya......

Thursday, 19 May 2011

Apa sudahnya, seakan semua boleh membicarakan perkara-perkara yang amat sensitif untuk perhubungan antara kaum. Benar, kita mahu memperjuangkan Melayu tetapi adakah cara yang di buat hari ini dapat menyelesaikan masalah keciciran orang Melayu.

Keciciran orang Melayu sebenarnya mempunyai banyak sebab khususnya melihatkan kemiskinan kalangan orang Melayu – masalah sosial dan juga masalah yang melibatkan pembahagian perekonomian di kalangan Melayu itu sendiri termasuk ruang untuk membolehkan orang Melayu tu bergerak dan memacu kejayaan. Melayu kena keluar dari kepompong pemikiran kepimpinan ortodoks seperti yang cuba diterapkan oleh Ibrahim Ali dan kalau Ibrahim Ali mengatakan bahawa beliau melakukan atas apa yang dipersetujui oleh YAB Najib Tun Razak maka YAB Najib Tun Razak perlu menyatakan yang sebenarnya makna 1 Malaysia yang diterapkan.

Ramai yang mula mengatakan UMNO terbabit dalam perencanaan untuk mengugut keharmonian kaum bagi tujuan memenangi pilihan raya. UMNO perlu megelak dari rakyat keseluruhan – khususnya pengundi juga nampak senario yang serupa. Kita mesti bunuh persepsi itu bagi memastikan UMNO dilihat jelas – memperjuangkan hak orang Melayu dan dalam masa yang serupa BN bergerak bagi memastikan semua kaum terbela nasib mereka.

BN/UMNO kena mula bertindak agak jelas – makna perjuangan Melayu bukan merampas atau mendiskriminasikan kaum lain. Setakat ini kerajaan seakan nampak membiarkan persepsi ini menari-nari di kalangan rakyat negara ini. Sekiranya kaum lain mencabar hak keistimewaan orang Melayu maka tindakan perlu diambil, begitu juga sekiranya ada individu Melayu – yang menyebarkan niat jahat memusuhi kaum lain – mengganggu keharmonian perpaduan – melalak mengenai titisan darah terakhir – ambil tindakan dan sumbat beliau dalam penjara.

Zaman sudah beredar. Jangan mengarut sanggup berjuang ke titisan darah terakhir untuk Melayu. Berkorban suku dari harta untuk perjuangan Melayu pun susah ini pula mahu menitiskan darah untuk membela Melayu. Apa lagi mahu turun melihat Melayu yang terpinggir bukan sahaja dari sudut fizikal tetapi dari sudut minda dan ruangan untuk kemajuan pun mereka tidak tahu.

Amat malang sekali sekiranya Melayu dibawa mengharungi idealisme kuno kononnya mahu bangkit memperjuangkan Melayu tapi bila Melayu ditindas dalam contoh peneroka kota dan peniaga kecil-kecilan. Semua akan tertanya kenapa akhir-akhir ini Nazri Aziz – menyatakan BOLEH untuk berbicara mengenai isu- isu ekstrem perkauman – kenapa biarkan Ibrahim Ali mengatakan Najib seakan memberi restu – kenapa tidak ada tindakan ke atas isu blog yang menyebarkan artikel mengenai Kristian dan kalau sudah ada asas pun – mereka yang terlibat mesti turut di ambil tindakan segera.

Akhirnya persepsi akan menari di minda rakyat – BN dan UMNO yang terlibat. Akhirnya BN/UMNO yang rugi. Masa sudah tiba untuk kita melakukan perubahan politik – transformasi politik khususnya dari sudut minda dan pemikiran termasuk kepimpinan yang ada. Apa yang kita boleh buat adalah membantu memberi tahu pendapat dan terbabit dalam memulakan langkah menyedarkan – jangan asyik berpolitik – untuk diri./umno-reform2

2 ulasan:

  1. Salam,
    kalau kita teliti betul2, jihad yang dikatakan oleh pak berahim adalah menunjukkan ketidakcerdikan En Berahim dalam mengeluarkan kata2 atau dalam bahasa yang sesuai dan agak keras sikit bodoh atau stupid.Crusade atau perang salib adalah perang yang dilancarkan oleh POPE untuk kepentingan agama kristian, kenapa pulak En Berahim yang terhegeh-hegeh melancarkan jihad perang salib? Sepatutnya "fisabilillah'kerana nak pertahankan agama ALLAH,tapi En berahim sudah terbabas atau memang dia tak tahu apa yang dia kata.Kasihan PERKOSA ada leader sebodoh Berahim, tak membawa untung malah jadi bahan ketawa dan kutukan orang. En Berahim ni masa study kat ITM dulu , orang dah cukup masak dgn karektor beliau, penakut,cakap besar,penipu,selfish,talam dua muka dan macam2 sifat keji dan kelakar.Teman2 seangkatan dengan beliau cukup arif, dan amat malu bila berahim keluarkan statement.Tapi malangnya masih ada lagi melayu percaya berahim, tak tahu lah aku ,spesies ini patut dikuarantin, sebab boleh mengancam minda manusia sejagat malah haiwan pun takut dekati berahim! Agak2 ramai tak melayu nak ikut berperang dengan berahim?

    BalasPadam
  2. tok guru brahim katak lebih alim dari tg NIK AZIZ ramai penyokong umno berguru dengannya dan ramai anak muridnya mencapai tarap muhtahid yang boleh mengeluarkan petua seperti dalam kes liwat dan zina mengikut petua mereka;-
    sumpah laknat hendaklah dikenakan kepada pengadu dan penzina seperti yang dilakukan oleh sepol dan eskay.
    maaf!!!! kerana perkara diatas hanya rekaan tapi itulah realiti yang berlaku sekarang.

    BalasPadam

Terdapat ralat dalam alat ini