TERIMA KASIH KERANA ANDA SUDI MENJADI TEMAN KAMI, SILA DAFTAR SEKARANG

Catatan Popular

KOBAT FM


web widgets

SAYANGI MALAYSIA, HAPUSKAN KLEPTOKRASI

SAYANGI MALAYSIA, HAPUSKAN KLEPTOKRASI

Rabu, 18 Mei 2011

KLIP VIDEO SEKS - PERLUKAH POLIS MENGAMBIL RISIKO?

Oleh:WFAUZDIN NS

SEORANG menteri yang lembab dan ketinggalan masih berhujah dengan modal yang lapuk dan menunjukkan kebebalannya. DS Anwar kini telah sampai ke tahap "Yahoo! Malaysia Question Time, tetapi Ketua Penerangan Umno Ahmad Maslan masih bercakap pasal tulin tak tulin video seks.

Hari ini Malaysiakini melaporkan, Ahmad Maslan memberikan cadangan untuk menyelesaikan isu video seks yang kununnya melibatkan Ketua Pembangkang tersebut. Apa yang pasti, tiada satu pun cadangan dari Ahmad Maslan yang berpandukan kepada ajaran Islam dan sememangnya Umno tidak selesa dengan hukum Islam. Ahmad Maslan memberikan cadangan, cadangan itu termasuklah mengesyorkan DS Anwar supaya memanggil pakar dari luar negara untuk mengesahkan video seks didakwa melibatkan ketua umum PKR itu tidak tulen.

"Video itu telah disahkan (tulen) oleh pakar dari Amerika Syarikat dan Korea (Selatan). Saya kira polis sudah buat apa disebut sebagai semakan. Apabila Korea sudah buat diikuti Amerika, mereka sudah menyemak sekali lagi dan mengesahkan video itu tulen," katanya kepada pemberita di Putrajaya hari ini (Malaysiakini).

Sudah berbulan-bulan kita disajikan dengan tulin atau tidak video seks berkenaan dan entah berapa banyak duit rakyat digunakan untuk kerja bodoh ini. Tetapi, sehingga kini makhluk yang mengaku menayangkan video lucah berkenaan di khalayak ramai masih belum ditangkap atau didakwa. Pedulikan tulin atau tidak, yang pasti itu video lucah dan menjadi kesalahan sesiapa pun memiliki dan menayangkan video lucah. Masalah siapa pelakun adegan seks itu, kita serahkan kepada pihak yang berwajib menyiasatnya. Selesaikan dulu kes pertama, iaitu `tukang tayang' video seks dan mengapa perlu mengambil masa yang lama untuk menyiasat kerana mereka telah mengaku menayangkannya.

Tentang pelaku di dalam video berkenaan, tuduhan telah dibuat oleh Eskay di dalam upacara sumpah laknat yang sesat itu. DS Anwar pula memilih jalan yang dianjurkan oleh Islam iaitu membawa kes ini ke mahkamah syariah di bawah undang-undang Qazaf. Eskay pula mengambil jalan mudah dan tahyul iaitu dengan bersumpah dengan memakai baju besi. Apabila Eskay berjaya mempersendakan Islam dengan hukumnya sendiri, maka Ahmad Maslan pun mahu agar Anwar turut bersumpah dan menjadi jahil seperti Eskay.

Tidak terbayang oleh kita betapa rendahnya kefahaman Islam di kalangan pemimpin Umno. Mereka masih dibelenggu dengan cerita sesumpah dan meninggalkan hukum di dalam Al-Quran. Apakah pihak Polis akan mengambil risiko untuk mendedahkan siapa pelaku di dalam video seks berkenaan? Saya yakin, sebaik sahaja Ketua Polis Negara atau sesiapa sahaja yang membuat kenyataan bahawa pelaku di dalam video seks tersebut adalah DS Anwar, maka satu lagi kes Qazaf akan dibawa ke mahkamah syariah.

Sebenarnya tiada pilihan lain jika kita beriman dengan Al-Quran melainkan kes ini diselesaikan di mahkamah syariah. Ahmad Maslan tidak perlu berkata isu ini akan mengelirukan masyarakat kerana majoriti rakyat tidak terkeliru kerana mereka kenal siapa Umno dan media-media pencacai yang bersekongkol dengan parti sekular itu./wfauzdin.blogspot.com

7 ulasan:

  1. Dah dia pun ketinggalan zaman ... macamna nak memerintah . Jadi memnteri di JPM ....

    BalasPadam
  2. dari ketua polis sampai timbalan dia pun sama aje...otak ketam..semua benda nak cakap secara senget...masa mula2 umum kata kertas siasatan dah siap pun ayatnya mcm dah tala ke DSAI...siap canang semua media dah pun...sekarang dah ckp tak nak amik risiko...korang dah pun amik risiko yg dah buat rakyat benci hasil kerja polis...dari kes ni pun rakyat dah tau polis tak cekap buat kerja...tangkap orang pun lambat padahal DSAI yg buat laporan polis...!!!dah la slow..siap buat kerja sambil makan2 lagi...sampai si berahim katak tu istihar perang ngan kristian pun korang kata masih ok!!!aku rasa tahun ni kita tabalkan BOMBA jadi pasukan yang paling cekap sbb diaorang sentiasa bersedia dan cepat serta cekap...polis megah tang C4 dia aje...tang kredebiliti dah tak ada.....pooorahhh....

    BalasPadam
  3. GUAN ENG KATA.. "KALAU ANWAR GAY SEKALIPUN, APA SALAHNYA!!?"
    Posted: Wednesday, May 18, 2011 by Gelombang Rakyat in Labels: Anwar Ibrahim, DAP, Lim Guan Eng
    9

    "Jikalau Anwar bersalah sekalipun di dalam pertuduhan Kes Liwat beliau, DAP akan tetap ikhtiraf Anwar sebagai bakal Ketua Pembangkang malah sebagai PM sekalipunjika Pakatan Menang PRU 13." Itu sebahagian kenyataan Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng berkenaan calon Ketua Pembangkang jika Anwar diumumkan bersalah di dalam kes liwat beliau. Lim Guan Eng berkata Anwar mempunyai 1 aura yang kini jarang ditemua dalam mana2 Pemimpin Dunia dan adalah 1 perkara yang merugikan jika Anwar ditolak rakyat walaupun beliau seorang Peliwat. Kenyataan terbaru Setiausaha Agung DAP itu amat berbahaya. Beliau seolah2 mengakui bahawa Anwar benar2 melakukan insiden liwat bersama Saiful Bukhari. Gua Eng juga dilihat tidak peka dengan sensitiviti bukan sahaja Umat Islam, malah Adat budaya Asia/Ketimuran yang tidak boleh menerima Pemimpin Kerajaan yang mempunyai masalah moral. Guan Eng menggunakan pengaruh beliau di kalangan masyarakat Tiong Hua agar membuang sentimen ketimuran yang dilihat kolot dan menerima Anwar walaupun terlibat dalam aktiviti rambang seperti itu. Inilah seorang Pemimpin Politik yang kemaruk gilakan kuasa. Apabila sampai 1 tahap, moral diketepikan. Walaupun sebelum ini Moral menjadi modal murahan mereka bagi menyerang Pemimpin2 UMNO. Bak kata Anwar, HARAM JADAH!!

    BalasPadam
  4. BILA AKHBAR PANDY KUTTY,POLIS ,MAHKAMAH,TAMBI INDIA PENAYANG VIDEO LUCAH,BRAHIM KATAK RASIS,UTUSAN MELOYA RASIS MAKA SAH LAH DEPA NI SEMUA JADI PANDY KUTTY SEBERADIK DENGAN MAHATAIK ISKANDAR KUTTY MALABARI,SEKUTU APCO DAN ARUS JAHILIAH TAPI ADA JUGA PANDY KUTTY SEBELAH TEPI DOK SOKONG PANDY KUTTY BESAR ! KAHKAHKAH PANDY KUTTY@NANGOI SEKUTU UMNO@APCO !

    BalasPadam
  5. kita teringat kes vidio siu lek ,dimana beliau telah mengaku orang yang didalam vidio itu adalah beliau, walau pun siu lek telah mengaku memang beliau melakukan sek bersama perempuan yang ada dalam vidio itu tetapi ia tetap diterima sebagai peresiden mca bagi mereka kaum tionghua munkin pekara ini biasa bagi mereka sebagaimana pengakuan lim guan eng pada anuar tapi bagi kita orang melayu memang pelik bagaimana bagi pehak umno boleh bersekonkol dengan mca yang jelas perisidenya yang sangat rendah moralnya lagi jijik.
    berbalik pada kes anuar ibrahim,sebagai orang islam kita wajib melihat kes anuar mengikut hukum islam yang menetapkan empat orang saksi yg adil dalam pertuduhan zina kalau tak sipenuduh(pengadu)dikenakan qazaf(sebat 80 rotan)dan penyaksiannya tidak boleh diterima selamanya dan haram menjadi wali nikah.
    walaubagaimana pun ada segulungan orang yg mengaku islam tidak menerima hukum islam ini dan mereka tetap mempertahankan hukum thaogh yang ada dalam kepala mereka sebagai hukum yang lebih tinggi dari hukum islam,kita cukup dukacita dan kesihan kepada mereka yg tak mahu menerima kebenaran yang jelas datag dari ALLAHSWT munkin mereka ini telah dibala oleh ALLAHSWT atas perbuatan mereka memfitnah seorang muslim dengan tujuan menjatuhkan maruahnya sejijiknya2.

    BalasPadam
  6. What the fuck Din...

    BalasPadam
  7. kenyataan lge harus di baca dengan teliti...

    "Jikalau Anwar bersalah sekalipun di dalam pertuduhan Kes Liwat beliau, DAP akan tetap ikhtiraf Anwar sebagai bakal Ketua Pembangkang malah sebagai PM sekalipunjika Pakatan Menang PRU 13."

    bersalah sekalipun di dalam pertuduhan... kenyataan ini keluar kerana lge tau bagaimana corak penghakiman di malaysia... dia juga pernah jd mangsa dalam kes rtc dulu...

    BalasPadam

Terdapat ralat dalam alat ini