TERIMA KASIH KERANA ANDA SUDI MENJADI TEMAN KAMI, SILA DAFTAR SEKARANG

Catatan Popular

KOBAT FM


web widgets

SAYANGI MALAYSIA, HAPUSKAN KLEPTOKRASI

SAYANGI MALAYSIA, HAPUSKAN KLEPTOKRASI

Rabu, 18 Mei 2011

Putuskan Anwar bela diri, mahkamah berat sebelah- Suaram

KUALA LUMPUR: Suara Rakyat Malaysia (Suaram) menyatakan rasa kesal dengan keputusan hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur mengarahkan ketua pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim membela diri dalam kes fitnah II.

Koordinator Suaram, Hasbeemasputra Abu Bakar berkata prosiding perbicaraan terhadap Anwar dijalankan secara berat sebelah.

“Sepanjang perbicaraan kes Anwar, Suaram mendapati mahkamah berat sebelah terutamanya apabila menafikan akses peguam Anwar kepada laporan perubatan dan lain-lain dokumen yang merupakan hak asas mereka dalam perbicaraan.

“Hal ini lebih melucukan apabila hakim beranggapan Saiful Bukhari adalah “saksi yang jujur dan boleh dipercayai” sedangkan Saiful sendiri berulang kali memberikan kenyataan bercanggah malah didapati menjalinkan hubungan sulit dengan salah seorang pendakwa raya ketika perbicaraan berlangsung,” kata Hasbeemasputra dalam kenyataannya semalam.

Katanya, Suaram juga tidak bersetuju dengan penerimaan hakim tentang kesaksian tiga doktor, di mana ada percanggahan jelas dalam kesaksian mereka yang mengatakan wujud penetrasi.

“Tapi kemudian hakim menunjukkan keputusan yang tidak konsisten apabila dari awal menolak untuk menerima sampel DNA yang diperolehi daripada lokap di mana Anwar ditahan.

“Ini senario tidak masuk akal berdasarkan keterangan doktor apabila disoal peguam bela merujuk kepada laporan perubatan yang dibuat keatas Saiful,” kata beliau.

Dalam pada itu, beliau menyifatkan keputusan hakim, Mohamad Zabidin perlu dipertimbangkan semula kerana wujud elemen konspirasi politik dalam kes itu.

“Penting untuk diberikan perhatian bahawa asas penghujahan peguam Anwar adalah wujud konspirasi politik untuk menjatuhkan Anwar.

“Berkali-kali Suaram menyuarakan bahawa mahkamah telah dijadikan boneka oleh kerajaan yang memberikan keputusan berat sebelah bukan berdasarkan kepada keadilan,” tegasnya.

Sumber:
http://www.keadilandaily.com/putuskan-anwar-bela-diri-mahkamah-berat-sebelah-suaram/

4 ulasan:

  1. Kita tunggu hakim yang tidak menjalankan tugas dan amanah dengan jujur dan adil pasti akan menerima pembalasan dari ALLAH.
    Takut lah kamu wahai manusia! Seorang hakim beragama Islam dengan jelas menentang hukum Alquran.
    Apa nak jadi kat Malaysia ni?

    BalasPadam
  2. Sejak dari kes fitnah liwat 1 lagi hakim jadi anjing suruhan pemimpin UMporNO, bukan baru pun, rakyat je yang tak tahu...

    BalasPadam
  3. bukan tak tahu tapi jenis isap bau najis macam mat rempit isap gam mana mahu pikir! janji bau najis sentisa ada.

    BalasPadam
  4. Berbahagialah kau Mohamad Zabidin mendapat gaji dengan cara yang haram kerana bersekongkol dengan kerja-kerja haram dan menjadi hakim yang tidak adil...universiti manalah kau belajar ni???. Berbanggalah ibu-bapa dan sanak saudara kau di kampung kerana kau berjaya menjadi hakim yang tempang dan mungkar. Berani sungguh kau menongkah arus kebenaran dan menipu rakyat dalam penghakiman kau. BAGI AKU....SUNGGUH SIAL RAHIM IBU YANG MENGANDUNGKAN KAU...

    BalasPadam

Terdapat ralat dalam alat ini