TERIMA KASIH KERANA ANDA SUDI MENJADI TEMAN KAMI, SILA DAFTAR SEKARANG

Catatan Popular

KOBAT FM


web widgets

CERAMAH DI MENTAKAB

CERAMAH DI MENTAKAB

Khamis, 5 Mei 2011

SEBENARNYA WANITA ITU `DIROGOL' OLEH ANWAR ?


Oleh: WFAUZDIN NS

MUDAH untuk dibaca mengapa Eskay mengeluarkan perkataan ini, “Saya tidak pernah menuduh Anwar berzina. Bila saya tuduh dia berzina? Soal dia zina atau tidak berzina tidak ada kena mengena dengan saya," kata Eskay (Malaysiakini). Kerana apa? Sebab utamanya tentulah beliau mahu mengelak dari dibicarakan di dalam kes qazaf. Lojik tak?

Sekarang ini majoriti rakyat termasuk yang Non Muslim menolak dan mentertawakan sumpah laknat Eskay. Umat Islam, termasuk beberapa tokoh ugama dan Mufti meminta isu ini diadili mengikut Islam iaitu di dalam Mahkamah Syariah berkaitan hukum Qazaf. Apa itu Qazaf? Qazaf adalah satu bentuk perundangan Islam yang mana barang siapa yang menuduh seseorang itu berzina tanpa membawa 4 orang Saksi yang adil, maka hendaklah dibicarakan di bawah kes qazaf.

Ini lah yang amat ditakuti oleh Eskay kerana Qazaf memperuntukkan 80 kali sebatan jika sabit kesalahan. Ketika sebatan dilakukan, tentunya tidak dibenarkan memakai baju besi atau kalis peluru. Justeru itu, cerita mesti diubahsuai bahawa beliau tidak menuduh Anwar berzina tetapi jelas, terang dan nyata di dalam sumpahnya beliau menyebut Anwar yang beraksi di dalam video seks berkenaan kerana beliau ada di situ. Menambahkan bukti lagi, beliau mengugut agar Anwar dan Azizah meletakkan jawatan di dalam politik sekiranya tidak mahu video seks berkenaan diedarkan.

Ada seorang teman FB saya berhujah, mengapa bukti video tidak boleh diterima di dalam kes zina ini dan mengapa perlu 4 orang saksi? Beliau memberi contoh kisah Nabi Allah Yusof AS dengan Zulaikha yang mana hanya baju koyak dijadikan bukti, tiada pun menggunakan 4 orang saksi. Inilah pertanyaan puak-puak yang sudah sebati dengan Umngok yang tidak pernah serius dengan hukum hakam Islam yang membuatkan mereka terus jahil.

Saya bukan mahir untuk menjawab hujah teman saya ini, tetapi saya katakan padanya adakah Nabi Allah Yusof dan Zulaikha itu berzina? Kisahnya secara rengkas, Zulaikha cuba menggoda Nabi Yusof tetapi tidak dilayan oleh Nabi Yusof lantas ketika terdesak, Zulaikha menuduh Nabi Yusof cuba mencabul atau merogolnya. Maka, perlu apanya 4 orang saksi di dalam kes ini? Memang ketika itu apa jua bukti yang ada boleh digunakan kerana tidak melibatkan kes zina. Justeru itu, baju yang koyak di bahagian belakang Nabi Yusof dijadikan bahan bukti. Satu lagi, adakah Syariat Nabi Allah Yusof boleh digunakan di dalam Syariat Nabi Muhammad S.A.W?

Jika Eskay masih berhajat untuk mengenakan Anwar juga, patutnya beliau mengubah cerita baru yang lain iaitu wanita di dalam video berkenaan sebenarnya dirogol oleh Anwar. Jika itu ceritanya, maka terpakailah video itu untuk dijadikan bahan bukti termasuk DNA dan tidak perlu lagi 4 orang saksi. Mungkin tidak terlambat untuk Eskay mengubah cerita, cuma wanita itu kena cepat sedikit membuat laporan Polis mengatakan sebenarnya beliau dirogol oleh Anwar. Masalah kita lihat di dalam video berkenaan wanita itu melawan atau tidak, itu masalah lain janji Anwar mesti dikenakan. Tidakkah Saiful juga dikatakan `dirogol' dari belakang oleh Anwar walaupun selepas itu Saiful makan karipap dan goreng pisang? Ada orang kisah?

Fahamlah kita mengapa jalan cerita ini sentiasa berubah. Jangan pelik jika jalan cerita ini akan berubah dari zina kepada rogol pula. Sekiranya kali ini gagal juga untuk mengenakan Anwar, tidak perlu bimbang kerana Eskay telah memberitahu ada yang lain untuk didedahkan. Ada kita kisah?/wfauzdin.blogspot.com

4 ulasan:

  1. orang umngok ni cakap macam mana pun tak jalan.. buat bazir air liur boleh la..apa2pun tahniah krn memberikan jawapan yg cukup tepat dan jelas..tunggu apa plk soalan bangang dia orang..

    BalasPadam
  2. semua cerita liwat dan video adalah bodoh.

    isu sebenar yg mesti dihebahkan ialah :

    UMNO TAKUT PR AKAN MENANG LAGI DALAM PRU13, MAKA SEGALA USAHA GILA TK GILA, LOGIK TK LOGIK, WARAS TK WARAS, FASIK TK FASIK...MESTI DIBUAT UTK MENJATUHKAN PR.

    NK JATUHKAN PR, KENA JATUHKAN ANWAR YG HEBAT ITU..

    cukup mudah, budak kecil siam pun boleh faham

    BalasPadam
  3. umporno adalah haram, bergabung dgnnya adalah haram, menyokongnya adalh haram, ada aku kesah.....fuck to UMPORNO....

    BalasPadam
  4. Pernahkah Mahkahmah Syariah membuat pertuduhan zina kepada pasangan yang ditangkap? ( walaupun terdapat kes telah berlakunya zina ). Kebanyakan kes hanya berkhalwat dan percubaan melakukan persetubuhan haram....

    Untuk kepastian mengapa kanun hudud berkenaan zina tidak dilakukan hanyalah takzir sahaja.. dijemput anda ke blog ini... jika anda mencari kebenaran ...

    Memahami Keperluan dan Perlaksanaan Hukum Hudud Menurut Al-Quran
    Oleh Mohd Amiruddin Hamzah

    http://amir-legacy.blogspot.com/2009/03/memahami-keperluan-dan-perlaksanaan.html

    oleh kerena pembuktian sabitan terlalu ketat, seperti saksi yang adil yang tidak fasiq, melakukan keseluruhan perintah Allah seperti solat dan zakat dan mempunyai thiqah (kepercayaan) kepada masyarakat, dan kesalahan disaksikan dengan cukup
    korum (seperti 4 bagi kes zina dan 2 bagi kes mencuri), menjadikan sabitan bagi pendakwaan amatlah sukar dan hampirlah kepada amat mustahil dengan keadaan masyarakat yang ada sekarang. Tambahan lagi kepada hukuman hudud kepada saksi yang membuat dakwaan dusta atau dakwaan yang gagal disertakan dengan saksi yang kompeten yang boleh dihukum dengan empat puluh kali sebatan sekiranya sabit kesalahan. Walau bagaimanapun, satu-satu kes yang gagal dibawa atau disabitkan dengan kesalahan hudud, boleh dibicarakan atas peruntukan undang-undang ta'zir sekiranya bukti yang ada mencukupi bagi pendakwaan dibuat.

    Untuk memahami kenyataan ini, penulis berpendapat, wajar untuk kita wujudkan satu kajian kes bagi kesalahan hudud. Sebagai contoh, bagi kes penzinaan. Dalam satu kes yang berlaku seorang wanita ditangkap berkhalwat dengan seorang lelaki yang mana kesalahan zina boleh dibicarakan atas hukuman hudud. Fakta kes: Suharni ditangkap berkhalwat bersama dengan seorang lelaki, Suhar yang bukan mahramnya dan didapati ketika tangkapan dibuat, pintu bilik hotel didapati terkunci. Selepas diarahkah membuka pintu, selepas 10 minit Suhar membuka pintu dan didapati Suharni berada dalam keadaan berpakaian penuh tetapi berselimut di atas katil. Begitu juga dengan Sahar. Walau bagaimanapun, selepas pemeriksaan dibuat, terdapat satu kondom yang telah digunakan dengan kesan air mani pada kondom tersebut. Pemeriksaan lanjut di hospital juga mendapati terdapat kesan air mani dalam faraj Suharni yang positif dengan profil DNA Suhar dan terdapat kesan koyakan pada faraj yang pada kebiasaannya disebabkan oleh zakar lelaki. Pendakwa kemudian melihat ada kes bagi mendakwa Suhar dan Suharni iaitu kesalahan berkhalwat dan melakukan persetubuhan haram. Walau bagaimanapun mereka didakwa di bawah Undang-undang Ta'zir dan bukannya hudud. Jika sabit kesalahan, mereka boleh dihukum penjara selama 2 tahun atau denda sebayak RM3000.00 atau kedua-duanya sekali. Mereka juga dikehendaki melalui tempoh pemulihan akhlak selama 6 bulan.

    Ulasan kes: Melalui pembuktian yang ada iaitu kedudukan air mani yang berada dalam kemaluan si perempuan, mempunyai syak yang kuat bahawa dalam keadaan biasa telah berlaku persetubuhan dimana zakar lelaki telah masuk ke dalam faraj perempuan. Walau bagaimanapun, dalam kes ini, bagi pendakwaan dibawah peruntukan atau kanun hudud amatlah tipis kerana tidak ada sesiapa melihat kejadian kemasukan zakar melebihi hafsyah ke dalam farah wanita terbabit. Melalui kes ini, dapatlah kita fahami bahawa sesuatu kes yang tidak boleh didakwa di atas kanun hudud, boleh didakwa dibawah kanun ta'zir yang diwujudkan oleh pemerintah. Masih ada syak yang kecil bahawa kemungkinan air mani itu diletakkan ke dalam faraj dan zakar lelaki itu tidak pernah masuk ke dalam faraj wanita berkenaan.
    BACALAH DENGAN HATIMU YANG BERIMAN...

    BalasPadam

Terdapat ralat dalam alat ini