RADIO KOBAT FM

TERIMA KASIH KERANA ANDA SUDI MENJADI TEMAN KAMI, SILA DAFTAR SEKARANG

Rabu, 4 Mei 2011

SUMPAH ESKAY - APA KATA PRESIDEN PAS ?

Kontroversi: Presiden PAS Tegaskan Tindakan Si Eskay Ambil Sumpah Laknat Tidak Berlandaskan Hukum Islam & Al-Quran Yang Di Tuntut Agama !


PETALING JAYA 3 Mei - Presiden PAS, Datuk Seri Hadi Awang menegaskan tindakan Sahzryl Eskay mengambil sumpah laknat mengenai video lucah ysng ditayangkannya baru-baru ini tidak berlandaskan hukum Islam dan Al-Quran. “Mereka telah melakukan sumpah yang salah.


Sumpah pakai al-Quran, tetapi hukum di dalam al-Quran tidak dipakai. Mengapa bersumpah al-Quran di gunakan tetapi hukum tidak dipakai? Biar dia jawab,” kata Hadi selepas mesyuarat pimpinan tertinggi Pakatan Rakyat. “Kalau sumpah, mesti pakai hukum yang ada dalam itu (al-Quran).

Mengikut Islam tidak cukup menggunakan kitab tetapi mesti memakai hukumnya. Ini sumpah pakai Kitab tetapi tidak digunakan hukum dalamnya", tambah beliau. Jelas Hadi, Shazryl hanya menggunakan kitab Al Quran sebagai syarat supaya membolehkan beliau melafaz sumpah berkenaan namun ahli perniagaan itu tidak mengikut syiar Islam yang ditetapkan. Eskay melafazkan sumpah laknat itu setelah beliau memegang al-Quran terbalik sebelum diperbetulkan oleh seorang penceramah bebas.

Beliau mengambil sumpah laknat bahawa Anwar adalah pelaku dalam video seks yang disebarkan sejak 21 Mac, sungguhpun diingatkan bahawa sumpah itu tidak laku dalam kes-kes fitnah. Beberapa tokoh agama termasuk mufti Perak dan Selangor bersetuju isu fitnah harus ditangani mengikut hukum qazaf yang dipersetujui oleh Anwar. Anwar menolak fitnah bahawa beliau pelaku video itu dan menegaskan Eskay dan gandingan Datuk T bersekongkol dengan UMNO dan polis untuk menjatuhkannya sebelum pilihanraya umum akan datang.

Pada sidang akhbar berkenaan, Anwar ditanya mengenai dakwaan bahawa sayap pemuda PKR membuat kecoh di dalam Masjid Amru al-Asr Bandar Baru Sentul untuk menghalang Eskay mengambil sumpah laknat. Anggota Angkatan Muda Keadilan telah mendesak supaya fitnah yang dibawa oleh Eskay itu diputuskan menerusi hukum qazaf. Anwar berkata Eskay dan dua rakannya, Bekas Ketua Menteri Melaka Rahim Thamby Chik dan Shuib Lazim mencemar Islam dan masjid dengan perbuatan yang membelakangkan syarak agama.

[Nampaknya, Datuk Eskay ternyata membuat kesilapan besar apabila tergamak mengangkat sumpah laknat tanpa merujuk kepada nasihat daripada ulamak tersohor. Tindakan itu jelas sekali bermotifkan politik semata-mata, dalam usaha beliau untuk menjatuhkan Anwar Ibrahim mengikut amanat dan skrip yang telah ditetapkan oleh pihak-pihak tertentu. Memang benar, mereka hanya menggunakan Al-Quran untuk "angkat sumpah" semata-mata, tapi hukum Allah yang terkandung dalam Al-Quran yang sepatutnya dilaksanakan dalam kes seperti ini (Qazaf) tidak pula diikuti. Wajarkah Al-Quran dijadikan "Kitab Angkat Sumpah", tetapi isinya dibiarkan begitu sahaja. Inilah dia bukti apa yang berlaku ini bakal merosakkan umat Islam itu sendiri sebenarnya. Mereka sanggup mempermainkan hukum Allah, sebaliknya apa yang wajib ditegakkan tidak diendahkan. Apakah senario ini akan berterusan buat selamanya?. Makanya, jalan terbaik ialah melakukan perubahan dalam Pilihanraya Umum akan datang. Nescaya, hukum Allah yang sebenarnya pasti akan tertegak di atas muka bumi ini]./PahangDaily

Tiada ulasan:

Catat Ulasan