RADIO KOBAT FM

TERIMA KASIH KERANA ANDA SUDI MENJADI TEMAN KAMI, SILA DAFTAR SEKARANG

Catatan Popular

Rabu, 22 Jun 2011

RAHIM TAMBI CHIK BAKAL TERLUCUT JAWATAN PENGERUSI RISDA?

Oleh: WFAUZDIN NS

MALAYSIAKINI melaporkan hari ini, Datuk `T' yang diketuai oleh Datuk Eskay berkemungkinan akan didakwa di Mahkamah Jumaat ini atas kesalahan menayangkan video lucah. Sebelum ini pun ada berita yang seumpama itu, dan kita harapkan kali ini `betul-betul, bukan cobaannn".

Sudah lama kita menunggu hasil siasatan ke atas kumpulan `three strooges' ini walaupun mereka pun sudah lama mengaku menayangkan video seks yang kununnya melibatkan DS Anwar. Kini, kita menanti apakah kali ini benar-benar mereka didakwa dan apakah hukumannya nanti. Adakah sama dengan hukuman terhadap pesalah-pesalah yang lain di dalam kes yang sama, itu semua menjadi perhatian kita.

Saya yakin, sekiranya mereka didapati bersalah sekalipun hukumannya bukan lah sampai ke tali gantung. Jika diberi pilihan samada penjara atau membayar denda, saya pasti kumpulan tersebut tiada masalah dengan bayaran denda. Bayar saja denda, mereka pun akan bebas.

Seandainya Rahim Thamby Chik juga turut didapati bersalah, walaupun beliau terlebih mampu untuk membayar denda namun wajarkah beliau sebagai pesalah bahan lucah boleh terus memegang jawatan Pengerusi Risda? Kita lihat nanti sejauh mana kekuatan pemimpin Umno untuk menangani masalah moral orang seperti ini./wfauzdin.blogspot.com

4 ulasan:

  1. KRONI AKAN BANTU KRONI NO HAL PUNYA !

    BalasPadam
  2. penyamun dan penyangak kan sama,i help u,u help me kata ketua semua penyamun dan penyangak....maka bodoh lah dulu,kini dan selamanya....

    BalasPadam
  3. tak. dia sebenarnya bukan lg pengerusi risda. dah di ganti oleh datuk rahim...sumber dlman risda. hahaha...abis la projek supply baja eskay ke risda.

    BalasPadam
  4. RTC dengar kabar masih pengerusi RISDA . Beberapa orograme telah di atur pada July ini untuk RTC. 2 bulan lepas programe RTC banyak di batalkan.

    BalasPadam