RADIO KOBAT FM

TERIMA KASIH KERANA ANDA SUDI MENJADI TEMAN KAMI, SILA DAFTAR SEKARANG

Catatan Popular

Sabtu, 25 Jun 2011

UTUSAN SYAITAN DIBAKAR SEMALAM, TAHNIAH PEMUDA PAS

Oleh: WFAUZDIN NS

TAHNIAH, ucapan ini saya tujukan kepada Dewan Pemuda PAS Pusat yang telah berjaya di dalam kempennya siang tadi (Jumaat) untuk mengajak seluruh umat Islam yang beriman untuk membakar dan memboikot akhbar Utusan syaitan di negara ini.

Bersyukur kita ke hadrat Allah Subhanahu Wataala, masih ramai rakyat di negara ini yang beriman dengan Allah dan hukumnya dan mereka tidak terpedaya dengan kerja jahat akhbar lidah syaitan ini. Sebab itu, saya tidak meragui langsung jika ada yang menghukum membeli dan berurusan dengan akhbar lidah syaitan ini `haram' hukumnya.NONE

Walaupun masih terdapat yang membela akhbar milik sekutu Apco ini, namun rata-rata umat Islam khususnya semakin sedar fungsi akhbar ini untuk menjahanamkan bukan sahaja perpaduan rakyat berbilang kaum bahkan menyesatkan umat Islam.

Di Kuala Lumpur, kawasan ibu kota yang penduduknya rata-rata dari golongan bijak pandai dan elit, ratusan umat Islam berkumpul di Masjid Jamek Kampung Baru. Lakaran kartun yang jelas menghina hukum yang Allah tetapkan itu menjadikan rakyat semakin jijik menyebut nama akhbar Utusan lidah syaitan ini. Akhbar ini menjadikan kerja-kerja Syaitan lebih mudah dan umat Islam wajib terus menentangnya.

NONEJelas, akhbar ini terus mendapat perlindungan dari bos mereka yang sekarang ini sibuk menyebut bahawa PAS kini tidak lagi berhasrat untuk menubuhkan Negara Islam. Seolah-olah mereka kepingin sangat untuk berada di dalam sebuah Negara Islam. Hakikatnya, 50 tahun lebih mereka membawa umat Islam semakin jauh dari Islam.

Apabila kita tidak membeli atau membaca akhbar Utusan syaitan ini dengan niat tidak mahu bersekongkol dengan akhbar yang menghina hukum Allah, saya yakin dan percaya Allah akan memberikan pahala kepada kita.

Mereka yang membakar akhbar Utusan syaitan ini dengan niat untuk menunjukkan bahawa kita tidak mahu hukum Allah ini dihina, sudah pasti Allah memberikan pahala buat kita. Semoga Allah melaknat mereka yang terlibat dengan kerja-kerja Iblis ini./wfauzdin.blogspot.com

Sumber foto: Malaysiakini


4 ulasan:

  1. AKHBAR UTUSAN MELOYA PANDI KUTTY PECACAI PARTI SEKUTU APCO ARUS JAHILIAH PENYEBAR FITNAH NOMBOR SATU MALAYSIA ! MOGA JAHANAM INSYALLAH DENGAN EDITOR-EDITOR KEPALA LEMBUNYA SEKALI AMEEN !

    BalasPadam
  2. Apa kesanya setelah Utusan di bakar....

    BalasPadam
  3. Aku cadang bukan setakat boikoy utusex, tapi kita kempen boikot barangan yang iklan dalam utusex. Kasi gempak sikit.

    Nana

    BalasPadam
  4. Aku dah tak beli utusan sejak tahun 1998... huhu, tv3 and yang sekongkol dengan nya pun dalam setahun entah bape jam jer kalo tertengok di kampung... orang2 tua dah tabiat tengok berita tv3 a.k.a tvgila punya pasal

    BalasPadam