RADIO KOBAT FM

TERIMA KASIH KERANA ANDA SUDI MENJADI TEMAN KAMI, SILA DAFTAR SEKARANG

Catatan Popular

Jumaat, 24 Jun 2011

HARAMKAH AKHBAR UTUSAN?

Oleh: WFAUZDIN NS

APA hukum membeli, menjual dan membaca akhbar Utusan? Sebelum ini akhbar Suara Keadilan ada menyiarkan kenyataan Prof Dr Harun Din yang menyebut bahawa `haram' membaca akhbar pencacai ini. Namun, akhirnya akhbar Suara Keadilan terpaksa menarik balik penyiaran kenyataan Prof Dr Harun Din kerana beliau sendiri menafikan pernah berkata sedemikian.

Ertinya, Prof Dr Harun Din tidak bersetuju dengan apa yang disiarkan oleh Suara Keadilan tersebut. Selepas itu, kita dikejutkan lagi dengan perbuatan akhbar milik parti sekutu Apco tersebut yang menyiarkan lukisan kartun yang jelas menghina hukum Islam di dalam isu rogol dan zina.

Adakah akhbar ini masih `harus' dibeli dan dibaca oleh umat Islam? Saya tidak tahu hukumnya kerana bukan sekali akhbar ini menghina hukum Islam atau menghina alim-ulamak dan melaporkan berita fitnah seks, tetapi apabila Prof Dr Harun Din menegur akhbar Suara Keadilan yang menyiarkan `haram' membaca akhbar Utusan maka terfikir oleh saya mungkin akhbar ini masih `halal' untuk dibeli dan ditatap.

Hari ini diberitakan ada beberapa siri tunjuk perasaan membantah akhbar Utusan yang dianjurkan oleh Dewan Pemuda PAS Pusat. Mengapa kita perlu bantah akhbar yang masih `halal' ini? Tidakkah Dewan Pemuda PAS bimbang sekiranya mereka ditegur kerana membantah akhbar Utusan sepertimana Suara Keadilan ditegur?/wfauzdin.blogspot.com

1 ulasan:

  1. CIJ (CENTER FOR INDEPENDENT JOURNALISM)BELA AKHBAR PANDI KUTTY KAKI KELENTONG DAN FITNAH . SEBEBAS-BEBAS SUARA AKHBAR BUKAN UNTUK MENIPU,BOHONG DAN MEMFITNAH APALAGI MEMUTARBELIT SECARA LICIK UNTUK TUAN-TUAN UMNO@APCO YANG BAGI MAKAN PADA DEPA ! NAMPAK SANGAT CIJ NAK JADI BARUA PARTI SEKUTU APCO@UMNO-BN !

    BalasPadam