RADIO KOBAT FM

TERIMA KASIH KERANA ANDA SUDI MENJADI TEMAN KAMI, SILA DAFTAR SEKARANG

Catatan Popular

Jumaat, 24 Jun 2011

AKHIR ZAMAN - PENAYANG VIDEO SEKS MENDAPAT SOKONGAN?

Oleh: WFAUZDIN NS

SIBUK sejak kebelakangan ini orang bercakap pasal betul kah Perhimpunan atau Demontrasi BERSIH pada 09 Jul nanti `haram' dari segi hukum agama dan undang-undang negara. Sebenarnya Perhimpunan BERSIH pada 09 Jul nanti `halal' samada dari segi hukum agama mahupun undang-undang negara dan ianya merujuk kepada pendapat dari berbagai pihak.

Terbukti pula hari ini, sekumpulan dari Perkasa telah pun mengadakan demontrasi secara aman di hadapan kompleks mahkamah Jalan Duta, KL untuk menyokong penayang video lucah Datuk Eskay. Kita tidak perlu persoalkan mengapa di akhir zaman ini orang yang melakukan dosa besar seperti penayang video seks ini mendapat sokongan dari kumpulan yang jahil, tetapi kita perlu hormati hak mereka untuk berhimpun secara aman.

Adakah kumpulan kita yang menentang pendapat kumpulan Perkasa itu berhimpun juga di tempat yang sama? Tidak, kita tidak perlu mengacau mereka kerana kita mahu mereka aman sepanjang menunjukkan kejahilan mereka di dalam isu tayangan video seks ini. Oleh yang demikian, kita semakin yakin bahawa perhimpunan aman masih dibenarkan di negara ini hatta perhimpunan menyokong penayang video lucah. Justeru itu, adakah perhimpunan Bersih pada 09 Jul nanti yang menuntut SPR membersihkan perjalanan pilihanraya sesuatu yang salah?

Berita tentang kumpulan Perkasa yang berhimpun hari ini saya salin semula seperti di bawah atau klik di sini.

-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Sekumpulan kira-kira 100 orang berkumpul di kompleks Mahkamah Jalan Duta di Kuala Lumpur awal pagi ini menunggu kehadiran trio 'Datuk T' yang dijangka didakwa atas tuduhan menayangkan satu video seks di sebuah hotel tiga bulan lalu.

datuk t supporters in court 1Mereka, antaranya dipercayai anggota PERKASA, hadir memberi sokongan kepada 'Datuk T' yang mendedahkan video aksi seks individu yang mirip Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Sambil memegang pelekat bertulis 'Hidup Datuk T' dan Kami Sokong Perkasa', mereka melaungkan sokongan Datuk T.(Malaysiakini)

6 ulasan:

  1. tak lama lagi mereka tuntut hak atau hantar memorendum untuk dapat hak seks dtempat terbuka!!

    BalasPadam
  2. pencacai angkat najis umporno bodoh dan tolol dulu,kini dan selamanya,standardnya jadi tukang sorak,nasi bungkus dan air kotak saja....yang kaut harta negara pasti puak2 bangsawan um-no...nasib kau lah labu nak buat macam mana sebab sendiri pilih....

    BalasPadam
  3. yang puak UMNO/BN buat nape halal belake.

    BalasPadam
  4. Menyangkal dengan air liur saja tak cukup. PKR perlu cari pakar untuk buat analisis profail tubuh (perut, dada, hidung, rambut, dll) pelaku video sexs bagi membuktikan bukan Anwar. Jika ini tidak dibuat, maaf! rakyat akhirnya tidak ada hujah untuk menolak bahawa itu Anwar.

    BalasPadam
  5. mmg dunia da nak akhir zaman..apabila.pelaku zina dibela dan diangkat sbg pemimpin..salah tafsirkan ayat al quran utk membela penzina demi kebencian yg membuak2 kpd saudara seagama sendiri..

    BalasPadam
  6. kpd tanpa nama 8:11,ko ni sbnrny brckp bkn ada ilmu agama pun,klau ada mustahil ayat bgini yg kluar dr mlut ko!Quran tu pkai sparuh je,mna yg tk ssuai ko buang.pd ko Islam tu ibadah je,bkn cara kehidupan.ko ni nama je merdeka,tp brjiwa hamba.x nmpk lnsung slah pmimpin ko.mcm rkyat mesir di zaman firaun.main ikut je!btul x btul lain kira jnji ko bleh cari mkan

    BalasPadam